Selamat Datang

Jumaat, 21 Oktober 2011

Konvensyen Membina Negara Berkebajikan, Sempena Sambutan 60 Tahun Pas Peringkat Kedah




Konvensyen Ke Arah Membangun Negara Berkebajikan sempena Sambutan 60 tahun Pas peringkat Negeri Kedah berjalan baik pagi tadi. Cumanya beberapa perkara menjadi sesuatu yang tidak manis dilihat. Pertama, bermula lewat, sangat jauh terlajak dari jam asal. Ke dua, sambutan agak kurang memberansangkan.

Lalu persoalan yang timbul ialah, apakah pembentangnya tidak menarik? Atau tajuk perbincangannya kurang menarik? Ataupun ahli pas kedah tidak berminat dengan program berbentuk itu? Maka jawapannya kita serahkan kepada yang patut memikirkannya.

Tidak ada apa yang baru mahu dinukilkan untuk mengulas dua pembentangan dari 2 pembentang, iaitu Ustaz Idris Hj Ahmad dan Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. Semuanya perkara yang sering diulang-ulang. Maka sebab itu saya lebih gemar berlegar di luar tadi.

Alhamdulillah, ketika merayau-rayau di perkarangan Kompleks Pas Kedah tadi, saya dikenalkan oleh Ustaz Redhwan Abu Bakar dengan seorang veteran Pas Kedah. Beliau ialah Ust. Kasim Md Isa atau lebih dikenali dengan Kasim Mina. Antara orang yang rapat dengan Ust. Fadhil Mohd. Nor (Allah yarhamuhu). Teman sembang dan makan ust. Fadhil. Beliau adalah antara orang yang membawa Ust. Fadhil balik ke Kedah bersama Hj. Rahman Lin, Ust. Lah dan beberapa orang lain. Beliau masih terus istiqamah dengan Pas dan masih menjawat jawatan AJK Pas Kuala Kedah. Beliau pernah bertanding sebagai calon Pas di Dun Kubang Rotan dalam PRU tahun 1999.

Makanya yang saya ingin kongsinkan bahawa persidangan di kedai makan itu saya kira lebih bermakna untuk diri saya. Antara kesimpulannya, nasihat orang-orang lama ialah jangan bergaduh dan berpecah. Kesannya memakan masa lebih 20 tahun untuk membaik semula. Justeru, itulah penyesalan kebanyakan pejuang-pejuang veteran.

Tiada ulasan: