Selamat Datang

Rabu, 26 November 2008

Media Pro pembangkang / Kerajaan kurang peduli Kedah

Keputusan dari undian yang dijalankan di blog ini terhadap pandangan pengunjung ke blog ini berhubung "apakah pandangan anda terhadap Bajet Kedah 2009 " mendapati peratus undian setelah ditutup hari ini seperti berikut ;
a. Baik = 16 % ( 1 Undian )
b. Gagal = 0
c. Biasa sahaja = 16 % ( 1 undian )
d. Kurang liputan = 66 % ( 4 unidan )
Oleh demikian, mungkinlah benar cakap orang bahawa Bajet Kedah memang betul kurang mendapat liputan media samada media pro kerajaan atau pembangkang. Suasana matang kerajaan Kedah dan pembangkang di Kedah dalam persidangan bajet baru-baru ini mungkin tidak banyak boleh diberitakan. Yang ada cuma berita babi.
Apa pun, terimakasih kepada yang sudi membuat undian. Tujuannya cuma satu, mahu melihat bagaimana pengunjung blog ini samada prihatin atau tidak terhadap perkembangan Kedah.
Jawapannya, anda simpulkan sendiri..

Selasa, 25 November 2008

Semoga krew tv3 mencari rezeki yang halal.

PENDEDAHAN : TV3, di sebalik Isu Babi di Kedah.

Apa yang rakyat Kelantan rasa lebih 18 tahun dulu, kini rakyat kedah mula terasa. Semenjak Pas / PR Ambil alih kerajaan 9 bulan yang lalu, sekarang banyak media perdana baru terjumpa berita2 kemunduran dan kejelekan Kedah.

Sekarang rakyat kedah akan sentiasa dengar berita kedah ni teruk. Begitu juga dengan Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelantan sudah mangli. Tak mengapa.

Tapi alhamdulillah, ada orang yang prihatin. Berita tv3 baru-baru yang sengaja dibangkitkan berhubung isu babi di Kedah diteliti oleh seorang wartawan yang peka.

Nah, dah terang lagi bersuluh. Bagi orang pas yang wala' kepada pimpinan, pastinya tidak akan mempercayai dakyah jahat tv3. Malah nak bukak siaran tv3 pun pasti rasa berdosa kerana seperti bersekongkol mencipta fitnah. Mungkin terlalu teruk kalau nak ibaratkan tv3 seperti SHIT. tidak, saya tak kata tv3 shit.

Strategi kalut tv3 telah membongkar peranan mereka mengampu Umno / BN dan anggapan mereka bahawa rakyat Malaysia semuanya bodoh untuk menelan bulat2 paparan mereka ternyata membawa padah bila kerja keji tersebut diteliti secara mendalam dan penuh kewarasan.

Demekian Laporan sdr. Izwan Abdul Halim berhubung Isu Babi di Kedah baru-baru ni.

Sila baca laporan tersebut di sini.

Saya bersoal sendiri, Halalkah pendapatan puak tv3 yang dok sebar fitnah ni? Majlis Fatwa tak terlintaskah untuk membincangkan hukum media yang dok sebar fitnah ni?

Isnin, 24 November 2008

Kenapa Pas Selangor gugurkan Saari Sungib & Khalid Samad?

Aku tidak faham, Apa kena dengan Pas Selangor..

Tetapi itulah keputusannya yang telah diumumkan oleh Pas Selangor.

Rombakan dengan menggugurkan 2 Tokoh penting Pas Selangor sangat mengejutkan dan amat mengharapkan penjelasan.

Saya antara yang sangat mengkagumi tokoh yang bernama Saari Sungib. Perjuangan kemanusiaan yang berteraskan Islam telah menjemputnya untuk bersama mengisi ruang yang kurang diisi dalam Pas. Seorang yang tidak ekstrim dengan Pas tetapi sangat kukuh dengan pegangan dengan doktrin Islam.

Saya juga melihat antara kelebihan Pas Selangor ialah kewujudan Khalid Samad yang bersikap Vokal.

Namun, apa pun itulah keputusan mesyuarat. Ada yang kata disebabkan Dr. Hasan Ali tidak menggemari pendekatan mereka berdua yang bertentangan dengan pendekatan pesuruhjaya Pas Selangor itu. Namun sangkaan baik, demi kelangsungan lebih berkesan gerakan Pas Selangor.

Ada yang kata keputusan menggugurkan kedua-dua tokoh berkenaan mendapat
sebulat suara oleh semua anggota perhubungan Pas Selangor tanpa ada sebarang bantahan. Ada pula yang kata tidak sebulat suara, malah tidak diberi ruang untuk mengemukakan pandangan.

WalLahu A'lam.

Semoga Keputusan tidak menjejaskan perjalanan Pas Selangor. Didoakan keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk Pas.

Buat Yb Saari Sungib dan Yb Ir. Khalid Samad, semoga perjuangan diteruskan.. InsyaAllah, keputusan jamaah mungkin yang terbaik untuk jamaah.

Jumaat, 21 November 2008

Ikhlas dan tak perlu dedah. Itulah pendirian MB kami di Kedah. Namun setelah diminta oleh Umno dalam sidang Dun baru-baru ni, ditambah pula rakyat bawahan termasuk ahli pas menuduh Ust Azizan sedang bermewah dengan kesenangan, Maka Timbalan Pesuruhjaya Negeri akhirnya mendedahkan sikap Ust Azizan dalam menguruskan Gajinya yang agak lumayan.

Tahniah Ust Azizan. Saya bangga punya MB macam Ustaz.


Petikan Malaysiakini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Rabu, 19 November 2008

Sila Undi di sebelah

Saya amat tersibuk dalam minggu terakhir ini sebelum pulang ke Syria pada 28 November ini.

Alhamdulillah, 18-20 November yang sedang dilalui ini, saya berpeluang untuk menjadi pemerhati sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.
Selepas itu saya akan mula untuk bersiap dan berkemas untuk pulang ke Syria. Saya dijangka bertolak dari rumah di Sungai Petani pada 25 November ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan dan terus ke Syria pada 28 November, 3 pagi dari KLIA.

Jadi saya tinggalkan saudara-saudari pengunjung dengan dua persoalan yang saya sediakan di ruang undian di sebelah. Jasa anda mengundi amat diharapkan dan diucap terima kasih.

Silalah undi. Jangan tak undi.. kesian ni, permintaan tuan rumah :)

p/s: InsyaAllah saya akan cuba untuk update jika berkesempatan dalam tempoh sibuk ini.

Isnin, 17 November 2008

Mereka merancang, Allah juga merancang...

Sekarang saban hari Kerajaan PR 5 buah Negeri yang berjaya dibuka oleh Pas dan rakan dalam PR pada PRU12 Mac lalu sering saja dilanyak dengan pelbagai fitnah oleh musuh. Malangnya jentera kerajaan dan Media pula menjadi tali barut syaitan dalam memperpanjangkan fitnah dan provokasi agar kerajaan yang adil sentiasa dicurigai.

Begitulah halnya juga yang belaku di Kedah kebelakangan ini. Banyak suara mengecam dan membawa ura-ura Kerajaan Pas / Pakatan Rakyat di Kedah sangat membimbangkan dengan risiko peralihan kuasa bakal berlaku. Apa sebenar yang berlaku?! WalLLahu a'lam.

Mereka sentiasa merancang untuk menjahanamkan Kerajaan yang telus, tetapi Allah juga punya perancangan dan kehendak sendiri untuk menentukan ketentuannya. Kita berdoa dan terus berdoa agar Kerajaan yang membela rakyat ini kan terus dikekalkan dan mintak berlindung dengan Allah agar kerajaan yang zalim dan penuh skandal tidak akan sama sekali kembali menguruskan Negeri Kedah. kita cuma mampu berdoa.

Semalam, keputusan segera yang diambil pimpinan Pas Sungai Petani menghimpunkan pimpinan pas dari semua peringkat dalam kawasan Sungai Petani telah berjaya memenuhi segenap ruang Balai Islam atau markaz pas Sg Petani di Tikam Batu itu. Tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk sama-sama bermunajat agar Kerajaan Pas /PR dikekalkan dan diberi petunjuk untuk terus berlaku adil dan akan terus diterima oleh rakyat Kedah. Program yang diputuskan segera dan dipanggil cuma melalui sms itu telah berjaya menghimpunkan penyokong dan pimpinan akar umbi di Sg Petani. Kehadiran amat mengejutkan pimpinan Kawasan. Apa yang dapat disimpulkan, ahli dan penyokong Pas masih setia dan wala' kepada pimpinan Ust Azizan dan terus menyokong beliau dengan dasar yang telah dirangka. Perasaan sayang dan cinta kepada perjuangan, jamaah dan pimpinan masih tebal dalam hati sanubari ahli dan penyokong Pas. Alhamdulillah.

Semalam juga saya diberitakan bahawa TV3 ada menyiarkan satu isu di Kedah. Isunya Kedah membuat majlis Muhasabah pada jumaat lepas. Dalam majlis muhasabah tertutup itu, pimpinan kerajaan Pas Kedah telah meminta semua kawsan mengemukakan segala komentar, cadangan dan pandangan terhadap perjalanan kerajaan kedah selama 8 bulan ini. Perjalanan muhasabah itu pastinya ada yang manis didengar dan sebaliknya. Biasalah suasana mesyuarat yang berbentuk muhasabah. Saya hairan. tetapi itulah perjanjian Allah. Mereka merancang, Allah juga merancang.

Dengan laporan tersebut, rakyat sekarang sedar bahawa pimpinan pas terutamanya di Kedah bukan bertindak mengikut hawa nafsu. Jauh sekali mengamalkan sikap diktator. Pandangan akar umbi yang mewakili suara rakyat keseluruhan dijadikan pedoman dalam membuat sebarang polisi dan keputusan kerajaan. Itulah pas. Walaupun bergelas MB, Exco dan Yb-yb, pimpinan pas tidak melupakan suara akar umbi. Walaupun bergelas dato' Seri, mereka masih mementingkan kepentingan rakyat bawahan dalam pentadbiran. Pimpinan pas sedia terbuka untuk dikritik dan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan untuk sama-sama membangunkan negeri Kedah. Biarlah sama-sama yang mengisi kemenangan ini. Tidak guna mesyuarat kedai kopi. Pimpinan pas memberi wadah yang lebih baik agar suara itu disalurkan kepada pengeahuan pihak pimpinan.

Alhamdulillah, rakyat dan ahli masih menyokong dan menyayangi kerajaan Pas di Kedah.

Desas-desus mengatakan kerajaan bakal bertukar tangan. Wallahu a'lam.

Mereka merancang, Allah juga merancang.

Kalau dulu DSAI gempar dengan 16 September, nah kali ni Umno Kedah pula yang buat gempar dengan 18 November. Semoga apa yang digembar-gemburkan itu cuma angan-angan Mahadir Khalid sahaja.

Semua yb pas yang telah menang pada pru12 lalu terikat dengan Perjanjian dan sumpah yang dibuat oleh mereka ketika membuat 'baiah' ketika dipilih menjadi calon. Sumpah dan taklik jika tinggalkan parti yang mereka buat ini sangat berat. pasti tak mampu ditanggung jika mereka melanggar 'baiah' ini. Ini, sekurang-kurangnya menjamin kesetian mereka kepada perjuangan dan jamaah. Apa yang dibimbangi ialah akidah politik rakan-rakan yb dari rakan Pakatan Rakyat yang lain dalam saf kerajaan Kedah. Semoga Dato Seri Anwar Ibrahim dan yb Ir Zamri (ketua perhubungan PKR Kedah), Lim Kit Siang dan pimpinan Dap dapat memastikan wakil yang dipilih mereka tetap terus dengan permuafakatan pakatan yang mahu bersama bergelumang membangunkan masyarakat.

InsyaAllah, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang berniat busuk. Kita harapkan segala strategi dan usaha jahat musuh digagalkan oleh Allah. Semoga kerajaan Pas / Pakatan Rakyat terus kekal di negeri jelapang padi ini.

Semua dijemput,

MUNAJAT PERDANA
KEKALKAN KERAJAAN PAS / PR KEDAH

bertempat:
Kompleks Pas Kedah, Bt.9, Jln Alor Star-Sg Petani.

Pada:
Hari Khamis
20 / November /2008Khamis
Bermula jam 11.30 malam
sehingga 7 pagi (hari jumaat)

Semua ahli dan penyokong diajak hadir beramai-ramai bersama bermunajat.

Tahniah kerajaan Pas Kedah...

Bukan tidak ada aktiviti. Malah terlalu banyak aktiviti yang dilakukan. Cuma saja, aktiviti program kerajaan kurang mendapat liputan. Mengharapkan Warta Darulaman yang diedar percuma setiap bulan sahaja pasti tidak mampu menyampaikan misi kerajaan kepada rakyat dan penyokong. Lebih malang, Harakah juga seakan tidak berapa berkenan mengkhabarkan agenda kerajaan Kedah. Yang saya hairannya kenapa agenda Kedah kurang menarik perhatian editor harakah untuk diwar-warkan... Banyak pembaharuan telah dibuat tetapi tidak diberi liputan. Begitu juga dalam isu kuota 50-50 pemilikan rumah baru-baru ini. Apa sangat sumbangan Harakah dalam menyampaikan pemahaman yang betul kepada rakyat?

Bayu melihat sesuatu yang amat malang bila penyokong dan ahli pas lebih suka mengambil sikap menyerang dari berbincang dan bersoal terus kepada pihak pimpinan. Malangnya lagi bila ramai penyokong pas menjadi lidah kepada BN / Umno dalam melekehkan kerajaan sedia ada.\Tetapi sikap untuk membela langsung kosong. Kalau dah yang salah dijaja merata kampung tanpa dibincang dengan pimpinan akan hujung pangkalnya di samping yang betul pula tidak disokong dan dipertahankan maka Kerajaan Pas Kedah sebenarnya berhadapan bukan sahaja dengan BN tetapi ahlinya sendiri yang mendendami dan mengkhianati pimpinan.

Setelah 8 bulan, banyak pihak terutamanya penyokong PR seperti tidak berpuas hati bila kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Ust Azizan Abd. Razak tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan tiada bahan BN kedah mahu jadikan bahan serangan. Ini lah malangnya, minda pembangkang yang masih tidak dapat diubah lagi dalam masa 8 bulan ini.

Sikap Ust Azizan memilih 'cara selamat' tidak berapa disenangi oleh penyokong pas yang saya labelkan ekstrim. Sikap Ust Azizan yang tidak terburu-buru dan bermain politik selamat dalam mentadbir Negeri Kedah seharusnya diberi kepercayaan dan pujian kerana tumpuan menyusun stratergi dan sistem dapat difikirkan secara lebih baik. tarbiyah wala' di saat inilah harus direalisasikan. Hasrat YAB Menteri Besar untuk memperkasakan terlebih dahulu pentadbiran dan menstabilkan pengurusan Kerajaan suatu langkah yang baik. Bukan semua perkara mesti digopohkan.

Bukankah 50 tahun itu terlalu lama? maka seharusnya semua Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri diberi masa untuk membersihkan segala daki ini secara baik dan teliti selain kita juga menyedari semua yang menerajui kerajaan kedah sebelum ini bukanlah orang yang pernah mentadbir kerajaan. Mereka harus terlebih dahulu menyemak dan meneliti. Bukankah peruntukan tahunan Kerajaan Kedah 2008 juga telah dihabiskan dalam suku tahun pertama sebelum PR ambil alih Kerajaan?!

Baru-baru ini Kerajaan Pas Kedah telah mencadangaan untuk menambah kuota pemilikan rumah Bumiputera dari 30% kepada 50%. Penyokong yang sebelum ini mahukan pas kedah ada isu, tiba-tiba merekalah orang yang paling gubra dan bagai beruk dibelacankan bila masing-masing melatah dan tak senang duduk.

Pemaju-pemaju perumahaan yang kebanyakannya bukan kaum Bumiputera sebelum ini pun bukannya betul sangat. Ramai pemaju-pemaju yang menyembunyikan kuota Bumiputera itu dengan memberi alasan ianya sudah habis dijual bila ada kalangan Bumiputera mahu membelinya. Perkara seperti ini banyak berlaku terutama bagi pembangunan rumah-rumah yang berdekatan dengan bandar. Setelah disimpan dalam satu jangka waktu, mereka akan membuat permohonan supaya kuota itu dilupuskan dengan alasan tidak mendapat sambutan dari Bumiputera. Mereka gunakan pula orang-orang politik yang berpengaruh untuk menyokong permohonan mereka itu. Sedarkah dengan keadaan politik sebegitu dalam zaman BN memerintah dulu?

Sebenarnya cadangan kuota 50-50 itu dibuat pada penempatan rizab melayu. Seharusnya jika disebut tanah rizab melayu, bukan sahaja 50-50 tetapi lebih dari itu, atau mungkin 100% mesti diberikan kepada melayu/bumiputera. Sedar atau tidak, tanah-tanah rizab melayu ini apabila dibangunkan maka melayu akan kehilangan tempat mereka. Strategi 30-70 ditambah lagi dengan pengamalan kerajaan sebelum ini merupakan taktik bersistem menghambat bumiputera dari bumi sendiri demi keuntungan beberapa pihak sahaja bukannya rakyat biasa.

Isu kuota ini langsung tidak kena mengena atau melibatkan hak atau tanah milikan bersama antara kaum apatah lagi menelan hak kaum lain. Kuota ini hanya bertujuan memastikan hak melayu yang telah diperuntukan selama ini tidak tergadai malah menguruskannya supaya dapat dipastikan sampai kepada sasaran. Kuota ini hanya menguruskan hak yang diperuntukkan kepada melayu/bumiputea semata-mata tanpa diusik sedikit pun hak kaum lain. Maka tindakan kerajaan kedah menyelamatkan bumiputera ini sangat harus disokong dan diberi pujian. Malangnya, jika selepas tanah rizab melayu dibangunkan dan kuota asal 30-70 terus diamalkan maka makin hari makin jauhlah bumiputera dihalau dari tanah sendiri.

Ini bukan isu perkauman atau isu Pas menelan hak kaum lain. Tetapi ini adalah keputusan membela tuan tanah dari dihambat oleh sistem. Tanah dan hak kaum lain seinci pun tidak dikacau.. dan hak kaum lain sedikit pun tidak tergugat kerana kuota ini hanya pada tanah rizab untuk orang melayu. Apa guna rizab untuk orang melayu ada, jika pembelaan dan kuota untuk menyelamatkan rizab tersebut diserang...

Mungkin benar, orang pas terjerat dengan bayangan perkauman yang dicipta budaya BN..

Isnin, 10 November 2008

Kedah bakal ada pilihanraya kecil...

waLLahu a'lam..

Dengar khabar, salah satu Dewan Undangan Negeri di Kedah akan dikosongkan. Sebabnya masih kurang jelas. Tetapi bukan kerana lompat parti. ADUN yang bertukar parti bukanlah menjadi alasan untuk kerusi dikosongkan.

Angin yang sampai ke telinga saya mengatakan hal ini berhubung dengan keputusan mahkamah. Tetapi bukan petisyen pilihanraya yang dibuat pada PRU-12. Mahkamah telah mengiytiharkan 'sesuatu' kepada ADUN berkenaan yang menyebabkan kerusi yang disandang beliau terpaksa dikosongkan.

Apa pun, semua itu masih suatu khabar angin. Sehingga kini masih belum ditemui sumber yang sahih.

Jika benar bagai ditiup angin, PR dan Pas berpeluang untuk merampas kembali kerusi tersebut demi memperkasakan lagi pemerintahan Pas/PR di negeri Kedah. Dun yang terletak di hujung-hujung Kedah itu mempunyai potensi besar untuk dimenangi berdasarkan pengalaman pilihanraya 1999 dulu. Malah, PRU12 baru ini pun, calon pas cuma kalah tipis yang dikatakan berpunca dari kecuaian dan sikap beberapa kelompok dalam pas yang tidak bekerjasama. Selain itu, fenomena yang menimpa Umno/ BN sekarang bakal memberi suatu kelebihan buat PR.

Jika tidak benar, sama-samalah kita doakan agar perkara tersebut menjadi benar..

Sabtu, 8 November 2008

Norman-Memey jangan dibiar lama : GAM segera!!

Tak sempat nak up date blog kebelakangan ini disebabkan sedikit kesibukan mengurus tiket untuk pulang ke Syria selain ada aktiviti (musafir) luar rumah dalam seminggu kebelakangan ini. Banyak benda yang ingin disentuh. Antaranya cerita rasuah dan pergaduhan perdana dalam pemilihan Umno. Cerita artis kena tangkap khalwat. Artis ditahan kes dadah. Isu-isu setempat. Kemenangan Obama. Pengalam-pegalam bayu sepanjang cuti dan sebagainya.

Dalam pada itu ada satu tajuk yang bakal bayu publishkan juga insyaAllah bertajuk "si manis berbaju kurung" terhasil sepanjang pemusafiran bayu di beberapa daerah dan bandar besar sepanjang cuti kali ini.

tetapi, Post kali ini bayu cuma mahu nyatakan Dah muak membaca krisis rumahtangga Norman- Abby berikutan tangkap Khalwat Norman-Memey. Siapa mereka ini? Tentulah artis.. sebab itu banyak mata memandang.

Bayu tak mahu respon banyak. Sebab tidak ada makna mereka ini dalam kehidupan kita pun. Tetapi bila dah terlalu tidak terkawal cerita ini bayu cuma bimbangkan soal Khalwat tidak lagi dilihat kepada kebusukan dan kejelekan khalwat tersebut tetapi lebih kepada krisis rumah tangga biasa. Sebab itu ada pihak meminta Abby- Norman berbincang baik2 dan selesaikan secara damai. ada juga yang mengatakan tangkapan itu sebagai satu strategi terancang, selain kenyataan2 mereka yang ditangkap seakan menafikan kesalahan berkhalwat tersebut. Semua ini seolah mahu menutup kegiatan jahat dan cuba membutakan masyarakat bahawa Khalwat itu tidaklah seteruk mana.

Khalwat adalah haram. Walaupun atas urusan kerja. Khalwat itu sendiri adalah HARAM. bukan mesti tunggu ada perzinaan baru khalwat menjadi haram.. itu perkara jelas.

Oleh itu, bila sudah didapati cuma merka berdua (lelaki dan perempuan yang bukan mahram) berada di tengah malam dalam satu tempat tertutup, maka jelas ia adalah khalwat.. Ini amat membimbangkan kita kerana artis menjadi perhatian ramai dan dibimbangi akan secara tidak langsung menaja dan mengiklankan peminat masing-masing kepada aktiviti yang tidak berakhlak tersebut.

Bagi bayu selain respon banyak pihak cukup senang, pihak berwajib samada kementerian atau stesen2 Televisyen/ radio perlu bertindak wajar dan tegas kepada setiap artis yang melanggar undang-undang apatah lagi undang2 syariah. Sesiapa sahaja artis yang terlibat dalam jenayah termasuk jenayah syariah seperti khalwat ini harus di'GAM' sehingga terbukti mereka tidak bersalah.

Nabi saw dalam sirah baginda juga bertindak kepada Aisyah dalam peristiwa hadisatul ifki. Baginda tidak menghukum dengan rotan atau sebagainya tetapi Baginda 'gam' dari berbicara dengan Aisyah. Tindakan baginda ialah Baginda tidak bercakap dengan Aisyah sehingga Allah turunkan wahyu menjelaskan hal sebenar.

Dalam hal ini, Norman-Memey secara jelas ditangkap berkhalwat walaupun Norman nafi mereka berada dalam keadaan meragukan. Tetapi khalwat tetap haram walaupun tidak berlaku perzinaan. Pihak berwajib harus segera GAM Norman-Memey dalam isu ini sebagai tindakan mengajar erti akhlak dan sekaligus mengawal kerosakan masyarakat yang sedia ada akibat menjadi ikutan ramai artis yang busuk perilaku mereka...

Khamis, 30 Oktober 2008

blog bicarabeta dah update!!!

Alhamdulillah, setelah lebih setahun bayu tinggalkan, hari ni blog bicarabeta telah di-update semula..

Bayu berhasrat akan meneruskan lagi karya dan diskusi ilmiah dalam blog tersebut. Semoga Allah beri kekuatan dan ruang masa untuk hasrat tersebut..

Sabtu, 25 Oktober 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 - Taktik menjemput pasukan lemah tidak berjaya!!!

Aouhh.. itu lah laungan saya selepas melihat sepakan zamani misbah ditampal penjaga gol Vietnam dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka semalam. Walaupun kurang percaya kepada skuad kebangsaan. tetapi saya letakkan juga Harapan agak menggunung mahukan Negara pertahankan kejuaraan kerana hanya berdepan dengan skuad 'berhingus' Vietnam. Namun itulah sebenarnya Malaysia yang saya sekarang sudah tawar dan pada saya Malaysia tak akan mampu ke mana-mana melainkan cuma pergi ke ranking yang lebih menjunam ke bawah.

Perancangan menjemput pasukan-pasukan belasahan menyertai Pesta Bola Merdeka kali ini dengan harapan mempertahankan kejuaraan tersebut nyata sekali gagal. Perancangan yang agak kartun untuk menipu rakyat akhirnya pecah bila kita dapat menilai tahap sebenar Skuad Kebangsaan kita semalam. Berhadapan di padang sendiri, di hadapan ribuan penonton sendiri dengan pengadil yang agak banyak membantu, Malaysia masih gagal membenam Vietnam yang cuma pasukan hingusan. Apa pucanya biarlah Santhia yang menjawab. Kerana sudah pasti jawapan Santhia nanti sesuatu yang beri harapan baru kepada penduduk Malaysia kemudian bakal diruntuhkan semula bila ada perlawanan.

Betul Vietnam banyak dengan taktik bertahan. Malah hampir 75 minit terakhir banyak berkumpul di kubu sendiri. Namun itulah taktik Vietnam. Penonton tidak selesa dengan perlawanan seumpama itu. Tetapi bagi jurulatih taktik merupakan sesuatu yang penting. Itulah perlunya jurulatih untuk mengatur strategi mengikut pasukan lawan. Greece pada tahun 2004 dijulang sebagai juara Euro kerana pandai mengatur taktik berhadapan pasukan lawan. Baju harus diukur di badan sendiri merupakan penilaian penting sebagai jurulatih. Jangan inginkan sesuatu yang sensasi tetapi akhirnya mengorbankan sesuatu yang amat penting. Kekalahan semalam adalah kegagalan Jurulatih. Sungguh!

Selain itu, Dengan serangan yang tidak henti-henti bermula dari minit ke 45 sampai akhir perlawanan menggambarkan bahawa Malaysia sangat miskin penyerang. Malah menggambarkan betapa serangan Malaysia terlalu tumpul menerjah kubu Vietnam yang hanya dikawal budak-budak hingusan.

Amatlah malang penyerang muda yang berkaliber tidak dipilih tetapi memilih kuda tua untuk mengisi penyerang yang nyata bisanya sudah hampir benar kehabisan. Mungkin Malaysia tidak berani mebuat rombakan besar-besaran terhadap skuad kebangsaan atau mereka tak reti memilih sehigga akhirnya pilihan dibuat kepada mereka yang pernah terpilih tanpa pertimbangan yang profesional. Selain itu, stamina Malaysia masih lagi di tahap teruk. Segala kudrat sudah habis untuk mengharungi setengah jam masa tambahan, ini termasuk pemain-pemain muda Malaysia.

Bayu terfikir.. sepatutnya dengan kekalahan yang memalukan ini, Malaysia harus tukar coach!!! Santhia harus Letak Jawatan kalau ada maruah diri!! Pasukan Kebangsaan harus dirombak besar-besaran. FAM juga harus bertanggungjawab sepenuhnya. Kepimpinan FAM harus dipersalahkan kerana omongan mahu menaikkan taraf bola sepak Malaysia hanya retorik semata-mata dan tidak langsung perubahan kebaikan dilakukan. Hal demikian amat jelas terhina kerana taktik menjemput pasukan belasahan tidak berjaya dimanfaatkan untuk mempertahankan kejuaraan Pesta Bola Merdeka.

Harian Metro tidak patut..

Saya sebenarnya sedih dan terfikir kenapa Harian Metro begitu berminat dengan ungkapan seakan-akan berniat jahat mahu burukkan golongan Ustaz.

"Imegresen Memburu 'Ustaz' dipercayai dalang membawa masuk pendatang" (25 Oktober m/s A 27) dan " 'Ustaz' gila Judi " (Metro Ahad, 26 Oktober 2008, m/s B6) merupakan 2 contoh paling terbaru yang saya percayai berniat sesuatu terhadap label 'ustaz'.

saya sangat sedih dengan penggunaan tersebut yang sebenarnya bukan menceritakan perihal sebenar seorang ustaz.

saya fikir penggunaan tajuk yang sensasi sebegitu tidak lain hanyalah sebagai dakyah sulit pihak media dalam merendahkan gelaran 'ustaz'.

Bagi umat Islam dan melayu, ustaz merupakan golongan yang muli dan sentiasa menjadi rujukan. Walaupun mereka bukan maksum tetapi gelaran tersebut tidak boleh dicapai melainkan perlu orang yang ada ilmu agama. Saya melihat, dalam kebejatan akhlak manusia hari ini yang terpalit hampir ke semua lapisan masyarakat, pihak media khususnya Metro cuba mengheret gelaran yang mulia ini bersama dalam kekalutan masyarakat supaya menggambarkan orang yang ada ilmu agama juga terjebak dengan maksiat, apatah lagi orang biasa dan artis yang tidak langsung berpegang kepada agama.

Saya juga sedar, ada golongan yang berpendidikan agama turut terlibat dalam gejala-gejala yang tidak baik, tetapi harus sedar bukan semua orang yang belajar agama mendapat status ustaz selain kes-kes moral yang melibtkan golongan ini masih menjadi kes-kes terpencil jika betul-betul ada.

Saya pohon media segera menghentikan usaha mencemarkan kedudukan dan status ustaz di mata masyarakat. Sekurang-kurangnya gelaran tersebut mencerminkan masih ada pihak yang baik dalam masyarakat sekarang.

waLLahu a'lam.

Khamis, 23 Oktober 2008

Malu dengan kekedahan ka?

Dah lama sebenarnya perkara ni terbuku di hati..

Orang kedah ni dia malu dengan jati diri kedah ka haa...

Apa yang saya cuba maksudkan ialah, ramai yang saya kenali seakan lupa dia orang Kedah.

Mana tidaknya, mereka lebih selesa bercakap dengan pelat KL. Walaupun yang saya kenal itu, dilahirkan dan membesar di Baling, keluar dari Baling pi belajar di Pokok Sena.
Ada pulak yang belajar dan membesar di Pokok Sena, jarang-jarang pi Alor Setar, Kaddang-kaddang baru pi jauh sikit.. lama-lama sekali baru ke negeri lain. Tapi alahai, bila sampai Syria dah cakap Ke eL.. itu situasi di Syria. tak kurang jugak di Malaysia ni pun. Ngaji di Selangor atau tinggal di Ke eL baru 2 tahun, sedangkan dok kedah dari kecik dah 20 tahun lebih..tapi bila balik bercuti 'je', atau cakap telefon dah terlupa cakap Kedah...
alahai, malu agaknya..

Tapi mungkin depa tak sedaq bahawa orang lain suka dengaq orang kedah bercakap. Saya 2-3 hari lepas di Shah Alam sempat ke sebuah gerai. Tokey gerai tersebut tak kira sapa dia cakap kelantan buat tak gheti.. Tapi saya rasa bangga dengan dia. Selain kita terasa mahu pelajari pelat Kelantan. Antara kekaguman orang dekat Lan pet-pet adalah kerana kekedahannya. Orang suka Mat Sabu pun kerana Kekedahannya. Tak kira di mana, dia tetap dengan pelat Kedah. Orang suka...

Selain itu, saya melihat di Kedah sendiri orang lebih gemar guna 'jenama' yang dinamakan oleh negeri lain. Di Kedah la ni, dah tak dapat 'cucuq pisang' sebab goreng pisang dah banyak. Takkan dapat dah roti kerai sebab orang lebih suka roti jala. Orang tak mau lagi taik minyak, orang nak koleh kacang. Orang tak cari Ais kacang dah, sebab orang kedah la ni nak air batu campur... begitulah keadaannya.. Di Kelantan penduduk sana masih suka dengan nama yang diberi oleh orang tempatan. Jadi orang teringin nak kenali bahasa mereka. (sekarang tak tau la kot2 orang kelantan pun dah cemuih dengan 'bahasa' kelantan..)

Tidakkah orang kedah sedar, bahawa 'bahasa' kedah itu adalah bahasa yang sangat indah. Malah bahasa melayu yang paling fasih dan tepat itu ialah bahsa Kedah...huhu.
Tak percaya?

Tak ada istilah untuk air atau apa2 yang sangat padat dan dah nak melimpah. Tetapi kedah namakannya sebagai 'ghepu'..
Tidak ada bahasa untuk namakan 'cincang halus' tetapi Kedah ada. Orang kedah panggil 'ghincik'. iaitu dah cincang halus, kemudian dihaluskan lagi....
'Hemoi' satu perktaan yang susah nak diterangkan. Tetapi amat sesuai dengan Yb Mahfuz Omar..
'megheloh' : tidur yang terlalu lena dan asyik.

dan banyak lagi yang sedang dihimpunkan.. mungkin boleh buat kamus satu hari nanti :)

ada seorang sahabat yang masih berjati diri kedah tulen berkata "tak silap aku, lepas bahasa quran, bahasa kedah la bahasa yang paling mulia dan penuh balaghah..."

Rabu, 22 Oktober 2008

Celaka betul perangai Berita Harian.

Amat celakalah mereka yang membuat fitnah kemudian jelas perkara tersebut adalah fitnah dan enggan memohon maaf. Sesudah itu, penfitnah tersebut mendakwa pulak orang yang menghukum mereka sebagai tidak bijak dan tidak patut.

Dah tak larat nak menulis pasal Berita Harian ni..

Marilah sama-sama kita jayakan betul-betul kempen BOIKOT Berita Harian!!!!

Gerakkanlah di semua peringkat!!!

Saya desak semua pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat sekali lagi suarakan Kempen Boikot Berita Harian dan seangkatan dengannya. Suara pimpinan Pas dan PR sekarang pasti lebih berpengaruh!!!

Selasa, 21 Oktober 2008

Malaysia menang besar : Nak bangga ka?

Entah mahu berbangga atau buat-buat tak tau saja atau mungkin terasa hina. Itulah dilema perasaan mendengar berita kejayaan Skuad Kebangsaan membenam Nepal 4-0 Sierra Leone 4-0 dan Afghanistan 6-0.

Bila nak tumpang bangga, menyedari bahawa semua pasukan jemputan merupakan pasukan kelas bawahan dalam dunia bola sepak. Berdasarkan kedudukan ranking terkini yang dikeluarkan Fifa, Vietnam berada di ranking ke-166, Nepal (177), Bangladesh (179) dan Afghanistan (182) manakala Myanmar kini menghuni ranking 160, Sierra Leone (145) dan Mozambique (103). Manakala Malaysia kini menduduki ranking ke-161. Itupun Vietnam tidak menghantar skuad utamanya malah cuma menghantar skuad bawah 23 tahun.

Kejayaan Malaysia di peringkat kumpulan ini bukan sesuatu yang menarik memandangkan pertemuan dengan kumpulan-kumpulan ceroi dan keadaan padang yang bersawah. Kemampuan Malaysia mungkin teruji dengan pertemuan berhadapan Myanmar Khamis ini.

Sudah banyak pihak yang memberi maklum balas yang kurang enak terhadap jemputan Skuad-skuad yang ceroi mewarnai Pesta Bola Merdeka tahun ini. Mungkin juga kerana terdesak untuk pertahankan gelaran juara menyebabkan mereka lebih suka menjemput pasukan-pasukan ceroi dan belasahan menyertai Pesta Bola Merdeka kali ini.

Apa pun Tahniah buat sementara waktu ini buat Skuad Kebangsaan. Buktikan anda mampu berhadapan dengan Myanmar seterusnya mampu berhadapan dengan skuad-skuad lain yang sama taraf sekurang-kurangnya.

Sebenarnya luka dan pedih diaibkan dalam Piala Asia 2007 masih belum kering.

Sathianathan yang agak bercakap besar mengulas kemenangan Skuad Kebangsaan di bawah bimbingan beliau harus ingat bahawa bukan sebab Skuad kita yang mampu berhadapan dalam apa juga jenis padang (seperti laporan berita malam ini), tetapi kemenangan Skuad Kita adalah disebabkan Skuad-skuad lain terlalu lemah.

Isnin, 20 Oktober 2008

Kerajaan Kedah Menggesa Pilihanraya Kampus (PRK) supaya Telus.

Kenyataan Media Exco Pendidikan Negeri Kedah.

YB Tn. Hj. Abdullah Jusoh


sila klik ;
di sini.

Aku kerdil, tapi digeruni..

Laman-laman web dan weblog bukanlah besar sangat kuasanya. Kuasanya cuma kuasa hujung jari. Cuma ada akal untuk menilai. Ada otak yang berfungsi untuk berfikir. Ada perasaan yang sering diselar oleh pihak yang ada kuasa negara. Ada hati yang tidak dipenjara dan terpenjara. Ada jiwa yang merdeka untuk tidak selamanya mengatakan ya kepada kebatilan. Ada keberanian untuk tidak dayus dan bacul melihat kebobrokan bermaharajalela. walaupun jihad tidaklah sebesar perang fi sabilillah, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik dari iman mereka yang sentiasa diam dan benci dalam hati sahaja terhadap kemungkaran. Apa yang tidak betul, diluahkan dalam laman peribadi. Kalau ada yang baca alhamdulillah. Kalau takdak yang baca pun takpa...

Para blogger dan pengendali-pengendali web yang dilabel 'anti-kerajaan' cuba menyedarkan masyarakat dengan kudrat yang termampu. Cerdik biar ditumpang. Apa salahnya, bila masyarakat ditipu, orang-orang kerdil yang bukan menteri, bukan juga wakil rakyat dan bukan penceramah melainkan penulis sahaja bersuara menghurai isu yang berlaku. Penulis harus jujur dengan tulisannya. Bukan seperti sesetengah pihak yang menulis ikut nafsu ketua-ketua mereka dan mencari dalil untu mengiyakan apa yang salah.

Laman web dan weblog bukanlah terlalu besar untuk menjatuhkan kerajaan yang dah berakar lebih 50 tahun. Jangan salahkan laman-laman 'anti-kerajaan' kerana rakyat sudah berubah. Rakyat sudah erti mengenal baik buruk. Rakyat sudah muak dengan laporan putar-belit kerajaan dan media 'pro-kerajaan'. Sedarkah, sebenarnya bukan laman 'anti-kerajaan' yang menyebabkan rakyat tidak lagi berminat dengan kerajaan sekarang tetapi rakyat sudah benci dan mual dengan kerajaan yang terlalu lama tanpa ada sebarang perubahan masyarakat yang positif.

Amatlah jumud dan dayus mana-mana pihak yang membuat usul supaya laman-laman yang tidak setuju dengan kerajaan dikengkang. Mereka ini cumalah mahu terus mengampu dan mencucuh supaya kerajaan yang sedia ada terus melakukan kekejaman dan kezaliman. Mungkin seronok rasanya bila kerajaan zalim terus bertakhta dan rakyat terus menderita.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tahniah 'YB J' dan 'Ratu Anjing'

bagi bayu puisi dan cerpen yang dikatakan kontreversi baru-bari ini satu perkembangan sihat dalam dunia penulisan. Cerepen YB J dan puisi Ratu Anjing walaupun mungkin dianggap agak keterlaluan oleh sebahagian pihak, namun bagi bayu ia suatu yang menarik.

Pembelaan yang dibuat Pena berhubung isu ini sangat jelas. "Pena mempertahankan Dr Ibrahim dan Datuk Chamil atas dasar karya kreatif yang tidak menyatakan secara spesifik kepada apa dan siapa.

"Itu merupakan hak penulis untuk berkreatif," kata setiausahanya Syed Mohd Zakir Syed Othman.


Jika ada pihak yang terasa disentuh, ini menunjukkan karya tersebut telah berjaya. Begitu juga dengan SHIT bila ada mereka yang benar-benar terasa shit itu mengisahkan tentang hidup mereka.

Apa pun karya mesti diteruskan. Penulis harus bersifat diktator dengan penulisannya. selagi tidak menghina dan menfitnah secara jelas, segala karya harus terus bebas. Bayu menyokong pembelaan Pena ini berdasarkan kebebasan berkarya. Cuma dalam kebebasan, batasan yang diletakkan oleh Islam harus terus dijaga. Jika karya ini betul berunsur fitnah dan menghina, itu urusan pemilik karya dengan Tuhan, kerana di sini semuanya dibuat dalam bentuk kinayah.

Khamis, 16 Oktober 2008

MCA cuma alat Umno

Setelah berpuluhan tahun, Pemuda MCA hari ni baru menyedari bahawa selama ini MCA hanya menjadi alat untuk UMNO memenuhi agenda UMNO semata-mata. Umno menjadikan MCA sebagai rakan komponen BN hanya untuk meraih sokongan kaum cina. Begitu juga MIC untuk menipu dan meraih sokongan kaum India. Tapi sayang MIC masih belum sedar. Oleh kerana itu, jawatan-jawatan penting BN semuanya dibolot oleh UMNO selain banyak keputusan penting BN diputuskan sendiri oleh UMNO tanpa di bawa mesyuarat bersama komponen lain dalm BN.

Maka tidak hairanlah MCA mendesak supaya jawatan Timbalan Pengerusi BN diserahkan kepada MCA yang didakwa parti kedua terbesar dalam komponen BN. Selain itu, wajarlah juga MIC diberi jawatan bendahari contohnya atau mana-mana parti komponen. BN juga boleh melakukan putaran giliran memegang Pengerusi BN jika mereka benar-benar ikhlas menjadikan MCA, MIC dan lain2 komponen sebagai rakan kongsi politik mereka.

Namun, bayu ada pilihan yang lebih baik untuk MCA. Sertailah Pakatan Rakyat !! Dalam Pakatan Rakyat, kita tidak mengabaikan semua rakan pakatan kita. Semua keputusan, kita putuskan selepas perbincangan. Semua pimpinan parti pakatan saling dihormati. Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang dinobatkan Parti Dominan.

Rabu, 15 Oktober 2008

HPA BAGUS. Tetapi menjumudkan kehidupan yang luas.

Saya tertarik dan amat berbangga dengan HPA berikutan kejayaan mereka dalam pembangunan ekonomi orang melayu. Selain itu, HPA juga telah banyak memberi alternative kepada keperluan orang ramai. Terbaru, selain RFC yang dikatakan telah menggugat KFC, HPA sedang menyiapkan hotel di Sungai Petani berhampiran RFC. Syabas dang tahniah kerana telah menjana ekonomi orang melayu muslim secara berkesan.

Namun di sebalik kejayaan HPA, saya amat kesal dengan sikap ahli-ahli HPA (mungkin segelintir. Tetapi sudah ramai yang saya temui) yang terpaksa menyempitkan hidup yang luas yang diberikan oleh Tuhan.

Allah swt memberi kebebasan untuk manusia minum, makan dan guna apa saja barang yang mereka suka selagi tidak melanggari perintah dan suruhan Allah swt. Tetapi sayang, kita akan dicop oleh sebahagian ahli HPA dengan pelbagai cop yang tidak baik sekiranya tidak guna barang HPA.

Seorang kawan menyebut dia pernah dicop oleh rakan-rakannya ketika mereka sedang minum di gerai. Rakan-rakannya semua memilih radix sedangkan beliau meminta teh o ais kalau tidak silap memandangkan radix RM2 dan teh o ais cuma 80 sen. Tidak semena-mena dia disindir oleh rakan rakannya “anta tak ikut jemaah langsung”. Islam tidak menyempitkan hidup manusia untuk minum radix sahaja. Coklat, teh, kopi dan lain-lain air juga diizinkan untuk diminum. Mengapa perlu kita mendera hidup kita untuk minum radix semata-mata pada bila-bila jua?


Kita ucapkan syabas kepada HPA yang mengeluarkan ayam organic. Tetapi cukupkah bekalan ayam organic ini untuk menjadi alternative utama kepada ayam yang sedia ada. Ayam organic \ HPA tidaklah sesegar ayam di pasar yang baru disembelih dan masih panas (tanda ayam baru sembelih). Jadi, ada orang yang mahu makan ayam segar. Bukanlah satu dosa kalau dia nak makan ayam segar yang bukan organic. Rakan kepada abang saya sanggup tidak makan bila diberitahu ayam yang dihidangkan bukanlah ayam HPA. Baru-baru ni mereka pergi beraya. Tuan rumah menjamu mereka ayam. Tanpa menghormati tuan rumah, si pentaksub HPA ini bertanya, "ayam HPA ke ayam biasa ni?" Lalu tuan rumah menjawab, "ayam biasa". Rakan abang saya terus berkata “maaf, saya tak makan ayam biasa, saya Cuma makan ayam HPA (organic) sahaja”. Tidakkah perkara tersebut telah menyempitkan keluasan hidup yang diberikan oleh Allah? Mampukah ayam HPA menampung permintaan sempena raya atau seumpamanya? Hari-hari biasa pun pelanggan dah tak larat nak menunggu.

Selain 2 contoh yang saya sebutkan tadi, banyak lagi yang saya temui. Agen-agen atau ahli-ahli biasa akan mengecop mereka yang tidak gunakan product HPA. HPA memang berusaha menjadi alternative kepada keperluan manusia sekarang. Namun bekalan yang kurang dan service yang tidak cekap harus segera diperbaiki. RFC contohnya, sanggupkah pelanggan menunggu lama setiap kali mereka pergi ke RFC? Kalau sekali dua untuk mencuba, mungkin mereka sanggup menunggu. Tetapi pasti berfikir banyak kali untuk kali ke tiga.. Begitu juga dengan product2 lain. Procuct memang berkualiti. Namun banyak stokis atau agen yang layanannya kurang baik selain bekalan sentiasa “baru je habis. 2-3 hari lagi akan sampai lain. Maaf ya…”

Apa yang paling membimbangkan saya ialah Pentaksub HPA hanya akan rugi bila kehidupan yang luas akhirnya disempitkan untuk hanya berada dalam tempurung HPA. Alangkah amat ruginya jika nikmat dunia yang lain tidak dapat dirasai oleh ahli-ahli HPA.

Apa pun tahniah kepada HPA kerana telah Berjaya memberi alternative kepada pengguna muslim khususnya.

Selasa, 14 Oktober 2008

plan 16 September berada di fasa-fasa terakhir?

walaupun 16 September sudah berlalu, tetapi projek plan 16 September masih berterusan. Walaupun kedengaran macam-macam bunyi di peringkat akar umbi penyokong parti masing-masing, namun usaha pucuk pimpinan Pakatan Rakyat tidak lagi menoleh ke belakang malah terus menyusun usaha untuk memenuhi cita-cita rakyat Malaysia tersebut.

Perkembangan terbaru menunjukkan khilaf yang berlaku antara pimpinan Pas sudah selesai dan semua pihak kembali mendokong projek plan 16 September yang didakwa sudah memasuki fasa-fasa terakhir mengambil alih kerajaan persekutuan yang sedia ada.

Keputusan Pas untuk mengahantar delegasi 5 orang pemimpin paling kanan dalam Pas menyertai Mesyuarat Pembentukan Kerajaan baru bersama Dap dan PKR dilihat sebagai suara sepakat baru Pas mendokong plan 16 September. 3 pimpinan utama yang dikatakan kurang yakin plan ini berjaya ( Presiden, Timbalan Presiden dan Mohamad sabu ) telah dipilih dan mereka juga bersetuju untuk ke Mesyuarat yang didakwa keputusan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru "sampai ke tahap lebih tinggi" yang melibatkan perbincangan dasar-dasar dan persediaan membentuk jemaah menteri.

Dakwaan Abdullah Badawi yang semakin dipinggirkan oleh Umno bahawa Pembangkang mengarut dan buang masa mungkin boleh dijadikan bukti peralihan itu benar bakal berlaku. Pemimpin Umno bila bercakap, pasti lah yang betul adalah kenyataan sebalik ucapan tersebut. Beliau yang kerap mengatakan usaha pakatan ini tidak betul dan sering meminta dihentikan isu ini seperti terlupa kerana beliaulah orang yang kerap mengulas isu tersebut. Usaha melalak tak ketahuan punca sedangkan dakwaannya perkara ini cumalah angan-angan kosong pakatan menggambarkan betapa beliau yakin dan sentiasa gusar Plan 16 September akan berjaya..

Isnin, 13 Oktober 2008

Tak perlu cerdik nak jadi menteri

Kelmarin, bersama 4 orang rakan telah menjadi tetamu YB Kuala Kedah untuk hadir melihat suasana persidangan Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.

Persidangan berhubung perbahasan bajet 2009 yang diisi oleh Ketua Pembangkang semalam seolah menampakkan Dewan Rakyat telah menjadi milik mesyuarat Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pun menteri yang bersama mengikuti perbahasan. Tambah memilukan Menteri Kewangan yang baru juga turut tidak mengikuti perbahasan tentang bajet. Tetapi anehnya, bila persidangan behenti rehat, merekalah yang memberi komen. Sedangkan hakikat dalam Dewan Ketua Pembangkang dan ramai MP Pakatan Rakyat semalam bangun berkali-kali mendesak respon segera dari kabinet atau mana-mana menteri berhubung "bajet outdated" yang dibentangkan oleh kerajaan BN, namun mereka tidak ada dalam Dewan. Mana-mana pihak semalam termasuk Speaker , Timbalan Speaker dan MP Barisan Nasional menerima bahawa bajet yang dibentangkan sebulan setengah yang lalu tidak lagi realistik berdasarkan fakta unjuran harga minyak dan defisit semasa seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang. Namun desakan Pakatan Rakyat dan peluang yang cuba ditawarkan oleh Ketua Pembangkang supaya Bajet ini dikemaskini atau dibuat semula berdasarkan kewangan semasa tidak dipedulikan oleh MP BN. Mungkin kerana keegoan mereka, cadangan supaya Parlimen tidak merugikan masa membahas sesuatu yang tidak realistik hanya menjadi sia-sia.
sila klik

Apa yang terlalu mengecewakan saya ialah suasana perbahasan tidak wujud. Manakan tidak, orang yang bertanggungjawab iaitu menteri kewangan atau menteri kewangan ke2 atau mana-mana menteri kabinet tidak ada seorang pun yang mengikuti perbahasan dalam dewan. Orang yang tidak cerdik memang berpotensi tinggi untuk jadi MP BN kerana tak perlu fikir hujah dan tak perlu susah buat penyelidikan. Kerja mengangguk,membingitkan dan mengampu tak perlu apa2 kelulusan dan itulah kerja-kerja asas MP Barisan Nasional. Malah rasanya MP BN semalam bengong dengan istilah dan pembentangan ketua Pembangkang. Jadi, apa pun hujah yang walaupun tidak mampu lagi dilawan, MP-MP BN tetap dengan pendirian menentang. Terlalu bodoh MP yang tidak ada pendirian sendiri.


Bila sahaja kita keluar, kita dapati ramai menteri (termasuk menteri yang membuat ulasan di lobi semalam) yang tidak langsung terlihat kelibat mereka dalam dewan rupa-rupanya sedang merokok, berseloroh dan menghabiskan masa di kantin parlimen.Rupanya MP BN yang telah diundi oleh rakyat hanya bercita-cita untuk ke kantin Parlimen. Sebab itu gamaknya dewan yang sepatutnya diisi oleh mereka lengang dan akhirnya menjadi bilik mesyuarat Pakatan Rakyat bila respon dan cadangan hanya berlegar di kalangan MP2 pakatan rakyat. Senang rupanya kerja menteri ni, buat-buat bajet atau apa2, pastu bila bersidang lari keluar dan buat ulasan di luar dewan..

Bila saja keluar dari dewan kami merumuskan,

"rupa-rupanya TAK PERLU cerdik kalau nak jadi Menteri dan TAK BOLEH cerdik kalau nak jadi MP Barisan Nasional..."



Jumaat, 10 Oktober 2008

Jom kita lihat....

Anda Pasti Teruja...





sila klik:
AntiNajib

Shah rukh Khan pun dapat 'Datuk'??!

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok. Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. (Bharian 11 oktober 2008)

Gelaran yang sepatutnya diberi kepada orang yang berjasa dan dihormati oleh masyarakat akhirnya terlepas juga kepada manusia yang paling tidak berguna kepada masyarakat samada dalam projek pembangunan minda, material apatah lagi pembangunan moral. Shah Rukh Khan antara artis India yang cukup bermasalah dalam soal keagamaan terutama menjadi pencabar kepada pengaruh islam dengan tindak tanduknya tidak seharusnya diberi gelaran tersebut. Jangan sampai oleh kerana kita minat kepada orang tersebut, akhirnya segala keburukannya yang begitu besar kita cuba padamkan dan digambarkan pula kepada khalayak bahawa dia adalah idola dan ikutan yang sangat baik.

Kita amat kecewa dengan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada Shah Rukh Khan yang merupakan seorang manusia yang tidak langsung menyumbang sebarang kebaikan kepada negara juga masyarakat Malaysia.

Bayu amat bimbang, gelaran yang sepatutnya baik dan mulia itu selepas ini bakal dimonopoli oleh orang-orang yang tidak baik lagi tidak mulia...

Apa padangan anda?
Sila beri komen...

Selasa, 7 Oktober 2008

Gambar Besar ka berhala ka.. Turunkan saja..

Secara peribadi bayu melihat gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diletakkan di Batu Caves Selangor haruslah diturunkan segera.

Sebagaimana kita menentang kewujudan Tugu Negara dan seumpamanya, saya juga melihat Gambar Besar DSAI itu juga turut mempunyai motif mengagungkan pimpinan serta telah melampau dalam usaha memperingati seseorang manusia.

Walaupun disifatkan oleh sesetengah pihak bahawa Gambar besar bukannya patung, bayu melihat definisi tersebut hanyalah berunsur definisi lughawi (dari dudut bahasa) semata-mata. Tetapi konsep dan pengamalannya tetap berunsur memuja pemimpin tersebut termasuk di dalam dosa besar yang dilarang oleh Nabi s.a.w sebagai "at-taswir" atau "musawwir" dalam hadis yang sangat banyak dan termsuk juga sebagaimana kata ikrimah dalam golongan "yukzun" di dalam ayat 57 surah Ahzab. ( Disebut oleh imam az-zahabi dalam Al-Kabair)

(sila rujuk Kitab al-Kabair lil imam az-zahabi : Disebut dengan dalil hadis-hadis yang banyak dari sahih Bukhari dan Muslim, Imam Malik, Imam Ahmad, An-Nasai, Ibnu Majah dan selainnya)

Antara yang disebut:

Riwayat Abu Daud : dari Ali bin Abi Tolib berkata : Rasulullah saw. Bersabda : "Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki sebarang rumah (dan tempat-tempat lain) yang ada padanya anjing, gambar dan orang yang junub"

dan
Daripada Aisyah r.a berkata : Suatu ari Rasulullah telah pulang dari musafir dan aku (aisyah) telah memasang tirai yang ada padanya gambar-gambar (benda yang hidup). \Apabila \Baginda terlihat pada gambar-gambar itu Baginda lantas memalingkan wajahnya seraya bersabda : wahai aisyah, Sedahsyat-dahsyat orang yang akan diazab di Akhirat nanti ialah orang yang membuat persamaan dengan Allah azza wa jalla" ( iaitu mereka disifatkan seolah-olah mahu tunjuk yang mereka juga boleh mencipta apa yang Allah cipta - Wallahu a'lam) lalu Aisya berkata aku pun terus jadikannya sebagai sarung bantal / pengalas / kusyen.
Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad dan Nasai

Sebenarnya dalam bab gambar ini telah berlaku khilaf di kalangan ulama. Namun kesimpulannya, ramai ulama muasir telah membolehkannya. Namun untuk tujuan pemujaan, pengagungan, peringatan yang melampau atau sebarang tujuan yang tidak mendesak atau tidak mempunyai kepentingan yang syarie, maka hukumnya adalah Haram (terlalu hampir disepakati di kalangan para ulama yang terdahulu dan sekarang).

Oleh itu, bayu turut mendesak Gambar Besar yang dipasang itu segera diturunkan demi menghormati Umat Islam. Walaupun hujah yang sederhana ini tidak diterima, alangkah baiknya kita keluar dari khilaf dan kita lebih dahulu memadamkan fitnah yang bakal bangkit jika gambar besar ini tidak juga diturunkan. Semoga Negeri Selangor akan diturunkan rahmat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Wallahu A'lam..

Ahad, 5 Oktober 2008

Rumah Terbuka. Selamat Menyambut Eidul Fitri.

Sekitar Majlis Rumah Terbuka. Jemputan hampir 500 orang.







banyak juga menu disediakan. Alhamdulillah. Semuanya hasil usaha sendiri. Dibantu oleh sanak saudara.
Antara Menu:
1. Laksa (kakak)
2. Bihun Kuah (mama)
3. Nasi Goreng kampung (kakak)
4. Ketupat daun palas (teman-teman mama dan baba)
5. Rendang daging (Mama)
6. Nasi himpit dan kuah kacang (Mak Teh)
7. Roti Jala dan gulai ayam ( abang dan keluarga mertuanya)
8. Gulai daging (mama)
9. Popia dan karipap ( Makteh)
10. Tapai (abang dan keluarga mertuanya. made in kelantan)
11. Donat (sepupu)






Di sebalik tabir majlis rumah terbuka ini:
Semua hidangan disediakan sendiri oleh sanak saudara dan teman-teman baba. Bayu pun tak ketinggalan..huhu
Suasana sambut raya!







Tak larat nak menulis. Cukuplah sekadar letakkan gambar.

Selamat Menyambut eidul Fitri.
walaupun rumah terbuka dah berlalu, kalian tetap dijemput ke rumah pada bila-bila masa sahaja.

p/s : apa la cerita suasana raya kawan-kawanku di Syria... huhu, ingatanku tetap menjengah depa di sana. Dalam syok melantak makanan2 yang best, kawan2 di sana tetap diingati.. huhu.
apa la yang depa makan raya ni...
huhu

Sabtu, 4 Oktober 2008

seloka pak lah di aidil fitri.

Waah..
Benarkah PakLah tak mahu pertahankan jawatan Presiden Umno?


Waah..
Ali Rustam dan Zahid Hamidi sudah mula tawarkan diri bertanding Timbalan Presiden..

Wah..
alasan depa kalau berlaku kekosongan di Jawatan Timbalan, atau berdasarkan telahan Najib akan ambil alih jawatan Presiden.

hmm,
macam betul je akan berlaku kekosongan jawatan Timbalan.. ke mana timbalan akan pergi? Presiden? Wow!

Waah..
Najib pun berita pagi ni dah sebut.. “kita mesti buat perubahan !! kalau kita tak buat perubahan orang akan mengubah / menukar kita”


"Perubahan apa? Tukar apa?\"
ooo....

Waah..
Jawatan Presiden Takdak pertandingan ka?

Waah..
Teruk La kalau Najib yang mengganti Presiden Umno dan terus ke Jawatan PM Malaysia..


Waah..
Kalau Najib yang jadi, Maknanya ini la PM Pertama di Malaysia yang terkenal tinggi budi pekerti rakyatnya memiliki PM yang paling banyak dan teruk Skandal..
wow. MENGKAGUMKAN!


Waah..
Takkan Pak Lah nak mengaku kalah dengan Najib..

Waah..
takkan Pak Lah akan Turun dengan imej yang belum dibersihkan?
Tak berasa tercalar kah maruah Pak Lah?
Betul ke Pak Lah ni memang seorang pemimpin yang sangat lemah?
Tak boleh bagi peluang sikit lagi ka untuk paklah membuktikan kemampuannya?

huhu,
Nampaknya desakan untuk Paklah turun bukan sahaja dari peringkat bawahan. Tetapi telah pun didesak oleh pemimpin tertinggi BN itu sendiri.. MT Umno dan Kabinet telah menolak Pak lah...?
Betul ka Pak Lah dah nak bersara?

Selamat Aidil Fitri.
Semalam rumah saya di Sungai Petani dah buat rumah terbuka..
esok saya cuba post cerita rumah terbuka.. insyaAllah\!

Khamis, 2 Oktober 2008

seloka Aidil Fitri..

"Ahhh durhaka betul.
Hari ni aku nak suka-suka.

Kenapa depa datang kacau-kacau rumah terbuka aku."

Jawab datuk pencacai baju biru:

"Diorang datang nak jumpa tuan Ku pak.
Depa teringat dalam suasana gembira, kawan2 sanak sedara mereka sedih meringkuk dalam penjara.
Tanpa bicara pulak tu..
Tuanku pak tak kesian ka?"



Jawab tuan ku pak:

"Ahhh..
Apa peduli gembira mereka.
Yang penting hari ni aku nak suka-suka.
Aku tak suka Aku kena kacau.
Sekat mereka wahai datuk pencacai baju biru.
Bukankah kerja kamu jaga kedudukan aku dan parti aku..
Keselamatan rakyat dan Negara biarkan dulu..
Tak payah sibuk-sibuk jaga depa.
Hang nak hentam depa sebab nak jaga aku pun takpa..
Hang kompom tak salah.
Gaji hampa tetap aku tak bawak naik…
Hahaha.
Aku suka pegawai2 macam anda kalian wahai datuk pencacai baju biru….
Aku terjamin.
Parti Aku juga terjamin.
Gaji murah.
Tapi setia jaga aku dan parti aku…
Bagus bagus..
Biar lah Negara, org lain yang jaga…"


Tanya Wakil Pencacai baju biru:

"Sapa nak jaga Negara?"
………………………………………..



Dalam pada itu, Sorak tok-tok dari Majlis Tipu (MT) dan Jemaah Menteri goyang kaki cari projek pribadi:

"Yaaa..
Betull..
Depa puak ni mai tak kena masa..
Kita nak suka-suka.
Depa buat tak kena tempat..
Biar lah depa yang kena penjara tu dok terus dalam penjara.
Biarlah depa tak dibicara pun.
Biarlah depa tak bersalah pun.
Janji hari ni hari raya.
Kami nak suka-suka.
Buat apa gaduh dok pikiaq pasai depa..

Tok sah dok usaha la..
Walaupun hari ni hari raya ka.
Hari tak raya ka.
Hari apa ka.
Depa memang takkan kami bebas.
Depa ancam Negara.
Walaupun kami tak tau apa depa buat.

Jadi, puak2 yang mai nak tuntut adik beradik dan sedara-mara mereka dibebaskan adalah bersalah.
Mereka tetap bersalah.
Mereka telah kacau gugat majlis raya hari ni…"



Jawab puak2 yang mai beramai2 bju putih tu. Yang mai kena tahan oleh pencacai baju biru tu. Yang dituduh buat kacau rumah terbukak tu :

"Kami dah hantar surat nak mintak jumpa dgn tuanku Pak dah banyak kali.
Macam2 cara dah kami usaha nak bebaskan kawan2 dan sedara mara kami dari tahanan tanpa bicara tu.
Tuank Ku pak tak pulak bg jawapan dan respon.

Jadi dah kata hari ni majlis rumah terbukak untuk semua rakyat.
Guna duit Rakyat…
Kami sebagai rakyat ambik kesempatan nak bersalaman dengan tuanku pak.
Kalau kami salah, kami nak pohon maaf.
Kalau tuanku Pak salah.
Tuanku Pak pohonlah maaf dan bebaskan kawan-kawan kami….
Tuanku Pak cakap dalam perutusan dalam TV semalam ajak saling bermaaf-maafan dan harus akui kesalahan sendiri.

Tapi hari ni, kami sekali lagi dikatakan bersalah sebab nak jumpa dengan Tuanku Pak…"


Sekian.
Skrip ini diceritakan dengan imaginasi sahaja. Tidak ada kena mengena dengan isu Rumah Terbuka PM dan Kabinet di serang Kumpulan penyokong hindraf..Sungguh!!
Segala watak dan cerita tidak kena mengena dengan sesiapa pun. Yang hidup Mahupun telah mati…
Selamat Hari Lebaran.
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Pohon Maaf Zahir dan Batin

Selasa, 30 September 2008

Tazkirah Aidil Fitri.

Hari ini adalah hari seluruh umat Islam bersatu melaungkan kebesaran Allah Azza wa Jalla . Ia merupakan laungan kesyukuran dan penghambaan kepada Tuhan yang satu yang telah mengurniakan segala bonus lumayan di sepajang Ramadhan. Laungan yang penuh dengan tahmid dan tauhid ini adalah sebagai menyatakan kesyukuran setelah umat islam berjaya menjadikan Ramadhan yang telah kita lalui sebagai madrasah yang mengembalikan kita kepada asal fitrah kita sebagai hamba yang akhirnya membawa kita mendukung segala tanggungjawab kita sebagai hamba di hadapan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, hari ini umat Islam dianjurkan untuk berpakaian yang baru, berkunjungan, berpesta dan berhibur untuk menghidupkan suasana ceria dalam sambutan hari besar umat Islam ini. Namun hiburan dan keceriaan yang kita maksudkan bukanlah hiburan melampau dan sesat seperti yang disediakan oleh kebanyakan media dan televisyen saban tahun. Pengisian raya yang menderhakai Allah dengan rancangan2 yang tidak mengajak kepada kebesaran Allah dan rancangan mungkar yang tidak ketahuan telah mencemarkan sambutan kita meraikan kemenangan kembali kepada fitrah dalam menjunjung segala perintah dan menjauhi segala larangannya

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 185:

Ertinya : dan supaya kamu menyempurnakan puasa di hari-hari Ramadhan, lalu kamu hendaklah membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid kerana telah mendapat petunjuknya di bulan Ramadhan. Semoga kamu bersyukur.


Rasulullah saw dalam hadis riwayat At-tobarani menyebut;

Ertinya: hiasilah hari raya kamu dengan laungan Takbir membesarkan Allah.

Eidul Fitri ini sangat besar dalam erti menghidupkan jiwa kehambaan kepada Allah. Rasulullah saw bersaba di dalam riwayat ibnu majah:

Ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya dengan penuh mengharapkan keredhaan Allah maka hatinya tidak akan mati sebagaimana matinya hati-hati mereka yang kufur dan ingkar pada hari dimatikan hati-hati manusia.


Oleh itu, janganlah Eidul Fitri kali ini kita mencemarkan ibadah raya ini dengan tertipu dan terpana dengan rancangan mungkar yang disediakan oleh media. Media dan televisyen seharusnya bertanggungjawab menghormati hari raya dan umat islam itu sendiri dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Launagan takbir dan tahmid yang kita sorakkan sempena Aidil fitri ini juga merupakan laungan kemenangan Islam Agama suci ke atas gabungan musuh yang menentang Islam. Sebuah kemenangan yang berpaksi kepada ajaran tauhid , mengesa dan mengagongkan Allah Jalla wa A’la .

“ Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Tuhan Yang Maha Esa , Tuhan Yang Telah benarlah JanjiNya , Tuhan Yang Telah Memberi Kemenangan kepada HambaNya dan Tuhan Yang telah Memberi keperkasaan kepada TenteraNya dan Tuhan Yang telah Membinasakan Tentera Ahzab dengan segala keEsaanNya .
Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah dan Allah adalah Tuhan Yang Maha Agong……….. Allah Tuhan Yang Maha Agong dan kembali kepada Allah segala Kepujian “.


Selain itu laungan ini juga mengajak kita menginsafi hakikat kejadian manusia di muka bumi selain mengajak manusia kembali kepada asal fitrah manusia sebagai hamba yang sepatutnya menjunjung segala amanah dan perintah Allah selain menjauhi segala larangan Tuhan Sang Pencipta.

Sedarkah kita bahawa umat semakin tenat?

Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sehingga anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan , isteri durhaka tanpa rasa hormat kepada suami dan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan dayus tanpa rasa bersalah.

Golongan remaja pula mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa . Masa depan mereka tidak terarah kepada positif. malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik. Mereka menyumbang kepada peningkatan taraf index jenayah yang menggugat rasa aman dalam Negara.

Bukan kata golongan remaja sahaja yang bermasalah, tetapi golongan tua dan veteran yang diharap sebagai pembimbing juga terlalu banyak yang terlanjur dengan gejala yang membimbangkan. Pendek kata, semua lapisan masyarakat berhadapan dengan keruntuhan akhlak dan krisis agama yang sangat membimbangkan. Jika keadaan ini tidak disedari dan diberi perhatian oleh kita semua, kita bimbang keadaan ummat islam yang semakin tenat ini akan bertambah hancur.


Bersempena eidil fitri kali ini, marilah sama-sama kita menginsafi segala ketelanjuran kita di hadapan Allah dan saling merenung kesilapan kita sesama makhluk Allah.

Eidul Fitri ini bukan sekadar harus dipupuk semangat bermaafan sahaja, Malah bagi mereka yang mampu dianjurkan membantu golongan yang kurang senang untuk sama-sama menyambut Eidul Fitri dengan penuh kegembiraan. Namun harus diingat, lebih dari itu marilah bersempena Eidul Fitri tahun ini kita menghidupkan kembali suasana Amar Makruf Nahi Munkar dalam kehidupan bermasyarakat. Sesungguhnya adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama membetulkan segala kesilapan masyarakat kita.

Apakah kita layak menyambut Sambutan Besar umat Islam kembali kepada asal fitrah sebagai hamba Allah yang suci bersih dengan rahmat, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari Azab neraka Allah yang kita telah dilatih sebulan Ramadhan ini?

Marilah bersempena Eidul Fitri ini, kita merenung suatu kaedah dan cara yang boleh kita ambil dalam pelbagai ruang dan kesempatan untuk mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran Islam yang betul. Marilah sebagai ibu atau bapa, sebagai guru, pendidik atau seumpamanya, sebagai anak-anak dan adik beradik, sebagai teman-teman dan sahabat-sahabat dan sebagai anggota masyarakat, kita berfikir bagaimana untuk kita bersama mengangkat maruah Islam yang kita sendiri telah rendahkannya. Marilah kita berfikir bagaimana mahu menyelamatkan anak-anak, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat kita dari terus hanyut sesat dalam kancah gejala sosial, akhlak dan aqidah umat akhir zaman hari ini.


Akhirnya, marilah sempena Eidul Fitri kali ini sama-sama kita merenung sepotong ayat Al-Quran untuk mengisi sambutan dan pesta manusia kembali kepada fitrah insani sebenar yang tidak tercemar.

Toha ayat 124 – 128.

" Barangsiapa yang berpaling tadah dan tidak mengikut Preingatanku (ALLAH) dari kitab Al-quran maka baginya kehidupan yang pincang lagi kelam kabut. Dan Kami (Allah) akan himpunkan orang tadi pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.
Lalu berkatalah orang tersebut : Wahai Tuhanku mengapakan engkau bangkitka aku dalam keadaan buta sedangkan dulu di dunia aku dapat melihat?

Allah menjawab : Begitulah jadinya. Sebenarnya telah dating kepada kamu peringatan dan ayat-ayatKu tetapi kamu sengaja melupainya. Maka sepertimana kamu biarkan dan tinggalkan ayat-ayatku, hari ini kami pula yang akan membiarkan kamu. Demikian juga kami akan membalasi sesiapa yang melampau dan tidak mempercayai peringatan Tuhan-Nya.

Sedarlah azab Allah itu sangat pedih lagi berkekalan.
Adakah mereka mereka tidak mengambil iktibar dan mendapat petunjuk tentang sudah berapa ramai golongan-golongan kufur dan ingkar dahulu yang telah kami binasakan sedangkan mereka itu berjalan dan melilau di tempat yang sama pernah dijalan oleh golongan yang dimusnahkan terdahulu.

Ingatlah, sesungguhnya itu semua merupakan petunjuk kepada mereka yang ada akal."


Selamat Menyambut Eidul Fitri
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Maaf Zahir dan Batin.

Sabtu, 27 September 2008

Kenyataan NGO Islam dalam konflik Negara Hari ini.

PENDIRIAN NGO ISLAM TERHADAP ISU SEMASA DALAM NEGARA

Kami mengambil perhatian serius terhadap perkembangan politik semasa dalam Negara . Dengan percaturan dan persaingan yang sangat sengit diantara parti politik sekarang kami sangat prihatin terhadap masa depan dan prospek perubahan yang diinginkan oleh rakyat jelata yang semakin menyerlah.

Kami menginsafi betapa sistem pemerintahan yang sedia berjalan di Negara ini adalah sistem yang sedemikian lama berlanjutan dari peninggalan penjajah sejak 51 tahun yang lalu.

Sistem pemerintahan ini telah mengekalkan model yang diperkenalkan oleh penjajah. Ia telah meliputi berbagai aspek ketatanegaraan dalam hampir semua bidang kehidupan rakyat : pendidikan , ekonomi , sosial , budaya , politik , undang-undang dan sistem kehakiman , pentadbiran , teknologi dan pembangunan.

Berasaskan corak dan jenis pembangunan yang digunapakai di Negara ini termasuk soal penggubalan dasar dan mekanisme perlaksanaan dasar Negara , kami merumuskan sistem pemerintahan sekarang sejak 51 tahun yang lalu adalah sistem yang maseh menggunakan paradigma yang sama seperti yang diujudkan bermula zaman kolonial lagi.

Menggunakan premis ini kami meneliti perjalanan pembangunan dan pemerintahan Negara . Jelas dalam banyak hal ia telah diwarnai dan dicorakkan oleh sebuah sistem politik berdasarkan kepentingan kaum yang sempit , terpisah dari asas dan nilai kebenaran dan keadilan dalam Islam . Pada realitinya sistem ini hanya menguntungkan segelintir golongan elit berkepentingan dikalangan kaum masing-masing .

Sementara itu sistem pemerintahan yang lebih bersifat sekular iaitu pemisahan antara negara dan syariat Islam menjadi ciri yang dominan dan dikekalkan sehingga hari ini.

Sejak dari 1957 kewujudan parti politik berdasarkan kaum telah memberi pengaruh kepada corak dan dasar pemerintahan yang diamalkan dalam berbagai aspek pembangunan.
Namun walaupun acuan perpaduan antara kaum cuba dipupuk , sikap chauvinis melampau yang sempit dan berakar lama dalam sistem politik yang ada sering mendedahkan negara kepada potensi pertembungan dan konflik antara ras dan antara agama.

Kami juga meneliti bahawa berdasarkan perkembangan dan perubahan besar yang telah berlaku pada pilihanraya ke 12 yang lalu , jelas menunjukkan semakin ketara angin perubahan untuk menuntut reformasi sistem politik yang sedia ada di Negara ini.

Dengan kesedaran , bahawa sementara kejayaan yang dicapai dalam Negara berbilang kaum dan agama ini secara relatifnya boleh dibanggakan , namun berbagai kepincangan yang telah berlaku terlalu lama dalam sistem pemerintahan yang sedia ada telah menghakiskan keyakinan rakyat. .
Kepincangan itu termasuk soal penyelewengan dalam guna kuasa , monopoli kekayaan , pembangunan yang tidak seimbang , politik sogok dan opportunisme , salahguna sumber dan khazanah Negara , dasar pengswastaan yang mengkayakan kroni dan penggunaan kuasa keselamatan untuk menyekatkan kerasahan rakyat .

Kepincangan tersebut pada hakikatnya adalah berpunca dari amalan budaya feudal dan patronisme yang dijadi asas pencaturan dikalangan politik elit dalam Negara ini. Lebih parah lagi ia yang membiakkan amalan rasuah , kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran negara.
Kesan yang parah kini ditambah burukkan lagi dengan terheretnya Negara dalam kancah krisis ekonomi yang menyebabkan rakyat bawahan sedang melalui kehidupan yang perit dan semakin tertekan. Salah urus dan lemah dalam menggariskan ekonomi untuk manfaat rakyat terbanyak , telah menghumban Negara kepada kelesuan dan porak-peranda ekonomi
Dipihak yang lain pula polisi yang digubal dan dilaksanakan oleh pemerintah kelihatan terus memburukkan lagi keadaan sehingga implikasi negatif mulai dirasai oleh rakyat .

Dampak sosial akibat kepincangan ini semakin kelihatan dalam bentuk penambahan kadar jenayah yang meningkat terus-menerus dan gejala sosial yang meruncing. Ini mengakibatkan Negara berhadapan bukan sahaja dengan krisis ekonomi malah krisis juga kepimpinan yang serius.

Berlanjutan dari itu , pemerintahan yang ada kini dijangkiti dengan berbagai penyakit ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang melibatkan salahguna wang rakyat , pencerobohan kepada institusi kehakiman , pengkhianatan kepada budaya dan bahasa bangsa , keruntuhan akhlaq dan terongkainya sosio-budaya umat termasuk semakin terjejasnya penghayatan Islam dan syariah dikalangan masyarakat Muslimin.

Sebagai akibat jangka panjang , kedudukan agama dan bangsa kini sering berada dalam keadaan tidak menentu dan terdedah kepada tekanan dan cabaran dari pihak yang mahu mengikis dan mempersoalkan hak dan wibawa umat Islam itu sendiri.

Semua hal ini telah menyebabkan kami merumuskan bahawa sebuah perubahan besar dan holistik perlu dilakukan segera jika rakyat mahu menyelamatkan dan menjadikan Negara ini sebagai Negara contoh dan disegani.

Kami berpendapat perubahan yang mendesak yang perlu segera dilakukan ialah perubahan dalam sistem pemerintahan. Ini bukan semata-mata dalam isu peralihan kuasa akan tetapi juga suatu anjakan yang jelas dalam tadbirurus (governance) yang menetapkan pembangunan negara berlandaskan kebenaran dan keadilan mengikut Islam.

Dalam hal ini kecenderungan pemikiran dan sikap politik rakyat kini jelas menunjukkan kesedian untuk menerima dan menyambut perubahan. Desakan kepada perubahan ini menjadi sangat ketara bila majoriti rakyat mengikut survei sebuah badan kajian bebas , Merdeka Center bersetuju supaya peralihan kuasa dilaksanakan.

Akibat dari kehilangan keyakinan yang semakin menonjol terhadap kepimpinan maka kami berpendapat demi kepentingan Negara , sudah tiba masanya untuk pemerintahan yang sedia ada menghormati kehendak rakyat yang menuntut kepada perubahan yang lebih murni dan tulin.

Kami merumuskan bahawa sebarang peralihan kuasa yang mungkin dan bakal berlaku tidak boleh dilihat sebagai suatu petaka dan gugatan kepada keamanan dan keselamatan Negara. Asalkan perubahan itu dapat menjaminkan segala prinsip kebenaran dan keadilan berdasarkan tuntutan Islam sebagai dasar tidak dikompromikan .

Kemelut politik dalam parti dan antara parti yang kini semakin tegang perlu segera diredakan dengan mengujudkan kembali kesepakatan nasional berdasarkan tuntutan Islam. Kami tidak akan bertolak ansur dengan politik opportunis dikalangan ahli politik yang hanya mementingkan diri untuk mengaut keuntungan dan kesenangan atas penderitaan rakyat.

Kami percaya jalan keluar kepada kemelut politik yang ada kini hanya boleh dirongkai dengan meletakkan asas yang betul dan tepat berteraskan formula Islam untuk semua pihak yang berkenaan mencapai suatu kesepakatan yang murni.

Pendekatan formula Islam dalam semua aspek berasaskan maqasid syar’iyyah untuk menjaga agama , akal , nyawa , harta dan keturunan perlu diaplikasikan jika hak rakjyat hendak diperjuangkan.. Jika parti-parti politik merujuk kepada kuasa sebagai sebuah amanah untuk menegakkan agama dan menguruskan politik didunia ini kami yakin kemelut yang berlaku dapat diselesaikan.

Untuk itu kami menggesa supaya pemimpin-pemimpin politik dikalangan umat Islam memberi perhatian kepada pendirian dan tuntutan kami seperti berikut:

1. Kami mengesa semua pihak bersikap rasional dan menerima baik perubahan yang dituntut oleh rakyat agar ketelusan , intergriti serta hak dan tanggungjawab bersama untuk membangunkan Negara ini tidak tergadai oleh kepentingan peribadi.

2. Kami juga menuntut supaya peralihan dan perubahan pemerintahan yang kini menjadi isu besar Negara ini hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat dan berhemat demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

3. Persetujuan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati sebagai kerangka membentuk dan membangunkan negara ini hendaklah dihormati . Tindakan mencabar dan mempersoalkan hak dan kedudukan kaum pribumi dan umat Islam di Negara ini perlu dihindari.Kami juga mengingatkan bahawa berasaskan komposisi pendudukan negara ini bahawa majoritinya adalah Islam maka perwakilan yang menganggotai Dewan Rakyat serta barisan kabinet kerajaan hendaklah terus menggambarkan komposisi tersebut demi menjaga kestabilan dan keharmonian negara ini.

4. Penggunaan kuasa dan undang-undang hanya untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan peribadi dan kelompok hendaklah ditolak. Kami tidak dapat menerima sebarang pendekatan menggunakan kuasa untuk menyekat hak individu dan kelompok diluar yang dibenarkan undang-undang yang sah dan adil. Kami menolak ugutan mengguna kuasa dan memprovokasi rakyat yang menimbulkan tindakan diluar batas undang-undang.

5. Kami berpendapat bahawa kepimpinan parti politik pemerintah di negara ini tidak harus terlalu ghairah untuk mempertahankan kuasa secara tidak demokratik sehingga menyebabkan rakyat kehilangan fokus dan keyakinan terhadap agenda yang hendak dibawa untuk membela nasib rakyat. Pihak yang mahu mendapatkan kuasa dan pihak yang ingin terus kekal berkuasa perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

6. Kami menolak pihak yang menggunakan politik fitnah dan politik wang untuk merebut jawatan. Kami juga menuntut mereka yang telah berkuasa selama 51 tahun menerima dengan jujur kemahuan yang kuat dikalangan rakyat untuk menuntut perubahan pemerintahan .

7. Kami mengesa agar semua pemimpin Islam dikalangan organisasi politik dan NGO bersedia mengujudkan kesepakatan yang murni untuk menghadapi cabaran yang sedang mendepani umat . Perselisihan pendapat dan pegangan pemikiran politik antara pemimpin hendaklah tidak sampai merosakkan keutuhan kesatuan umat yang sangat perlu diperkukuhkan.

8. Kami menekankan bahawa perhubungan kaum di negara ini hendaklah berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam berasaskan panduan Al Quran ” Wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak untuk saling berkenalan . Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ( Al Hujurat : 13) . Kami mengesa agar sikap fanatik dan chauvinis kaum hendaklah ditolak.
9. Kami menuntut agar seluruh sistem perundangan yang telus dan adil hendaklah ditegakkan. Institusi kehakiman yang berintegriti dan bebas dari campurtangan kuasa Eksekutif hendaklah dijamin untuk memastikan keadilan dipertahankan. Kezaliman atas nama keselamatan yang diguna untuk mempertahankan kuasa hendaklah ditolak samasekali.
10. Kami mendesak semua pihak media massa memberhentikan pelaporan yang semakin menegangkan suasana politik negara bila terdapat media arusperdana yang cenderung menyiarkan kenyataan-kenyataan yang menambah-burukkan lagi krisis yang sedia ada dan terus mengadu-domba antara parti politik yang mengakibatkan rakyat semakin keliru..
11. Untuk menghadapi gejala fitnah-menfitnah yang kini sangat berleluasa kami mengingatkan seluruh umat Islam kembali kepada pedoman Al Quran “Wahai orang-orang yang beriman , sekiranya datang kepada kamu orang-orang yang fasiq membawa berita maka selidikilah agar kamu tidak akan mencelakakan sesuatu kaum kerana kejahilan yang akhirnya kamu akan menyesal diatas perbuatan kamu tersebut” ( Al Hujurat : 6)
12. Disamping itu kami menuntut agar semua pemimpin-pemimpin politik mengelakkan diri dari membuat kenyataan-kenyataan yang saling menuduh yang boleh memburukkan lagi konflik antara umat Islam.

13. Kami berpendapat bahawa krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara sekarang harus dianalisa secara objektif dan ilmiah , bukan dengan menuding jari dengan melulu kepada seteru politik. Seluruh pengurusan ekonomi dan dasar ekonomi yang digunapakai selama 51 tahun itu perlu dikaji semula kerana secara jelas Malaysia sememangnya mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan liberal yang bersifat kapitalistik. Analisis terperinci (melibatkan semua dasar fiskal iaitu penentuan kadar faedah , asas perbelanjaan dan dasar pertukaran matawang ) untuk membentuk sistem ekonomi alternatif yang lebih manusiawi yang berpaksikan keadilan menurut kehendak Islam perlu dibangunkan.
14. Kami mengharapkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agung segera campur tangan dalam krisis politik yang meruncing ini dan menggerakkan usaha untuk mempertemukan semua pemimpin-pemimpin politik agar mencari jalan keluar yang terbaik demi kemuliaan agama dan kelangsungan survival bangsa.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Disokong oleh :
Syeikh Abu Bakar Awang
YDP Persatuan Ulama Kedah

Hafiz Mustaffa Lubis
YDP ABIM Kedah

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Setiausaha Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah (ISRA)

Dr. Hasbullah
Jamaah Islah Malaysia , Kedah

Dr. Abdul Rahman Ahmad
Wadah Kecerdasan Umat , Kedah

Ust Aizuddin
Pengerusi Badan Bertindak Menangani Gejala Sosial , Sg.Petani (TEGAS)

Shahrizan Sazali
Pengerusi Ummah Aid

Aziz Man
Persatuan Warga Desa Kedah

Masadah Sajadi
Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia