Selamat Datang

Ahad, 27 Mei 2007

JAUH vs DEKAT

Kata orang, pandangang lelaki itu selalunya jauh-jauh. Sebab itu yang dekat-dekat jarang lelaki nampak. Kata orang, pandangan wanita itu di dekat-dekat. Sebab itu di dalam hal-hal pendidikan, penjagaan serta urusan mengemas perempuan lebih hebat dari lelaki..

hmmm..
Tiba-tiba bagai tersedar sesuatu..

Dalam asyik teropong yang jauh-jauh, terlupa ada insan yang berdekatan..
Insan yang sering berikan perhatian tetapi tak pernah dihiraukan..
Insan yang tak putus-putus berikan harapan, namun tak ku sedar rupanya ku balas kehampaan..
Ku tak sedar, rupanya insan yang ku anggap kawan itu, sebenarnya telah melakukan apa yang lebih bermakna dari erti persahabatan...
Mungkinkah itu ertinya teman !!!

ahh!! nanti la aku fikirkan balik. Apa pun lepas exam nanti laaa....

Jumaat, 25 Mei 2007

Ambil Asap Buang Angin....

Tadi. bermula dengan seronok sekali. bayu dan beberapa rakan keluar bersiar-siar mengambil angin malam sambil pula menghilangkan tekanan di hadapan bahan rujukan masing-masing. Destinasi kami adalah jabal (bukit) Qasiyun. Di atas sana, kami melihat ragam kota Damsyik dari sudut atas. memang memukau walaupun hakikatnya jika kami berada di tengah-tengah kota tersebut ketika itu adalah terlalu sesak dan membingitkan hati dan perasaan dek kekalutan orang kota dan keghairahan penduduk damsyik keluar berhimpun di merata-rata pelusuk kota menyatakan sokongan padu mereka kepada Presiden Basyar Al-Asad. (makluman : Syria sekarang berada dalam suasana Pilihanraya Presiden - tetapi hakikatnya suasana renew jawatan presiden... faham-faham je la!!)

Kami seramai 8 orang terdiri 1 doktor perubatan yang berziarah ke sini, 5 blogger syria, 1 arab Algeria dan seorang muballigh tabligh muda yang faqih (puji la sikit.. hehe) menghabiskan 2 jam masa begitu sahaja sambil dihembus angin malam yang mendamaikan di atas Qasiyun. Pot kami, sebuah restoran separa unik. 2 meja dan 8 kerusi kami manfaatkan. Sebaik sahaja duduk, hidangan yang belum pun kami order sampai. Kemudian kami minta tambah teh. Hidangan kami di Restoran tersebut ialah;
1. Teh : 8 cawan teh
2. Strawberi : 14 biji
3. Plum : 10 biji
4. Aki Dunia (sejenis buah) : 10 biji
5. Air mineral : 2 botol besar
6. Kuaci : 2 mangkuk kecil
7. Kacang : 2 mangkuk kecil (rasanya segenggam je kot)
8. Kacang apa ntah : 2 mangkuk

Kami berborak sambil layan angin malam. Ada yang bergambar. bayu tak bawa kamera. Dompet pun tak bawa. yang bawa hanya telefon bimbit.

Setelah hampir 45 minit melepak di situ, rasanya sudah mahu turun dan balik ke rumah. Janji dengan driver , pukul 11.45 malam bertolak turun. Sekarang sudah 11.30. Kami ke kaunter. Di fikiran kami, paling mahal mungkin LS1000. Tetapi kami tersilap. Kami dituntut bayaran sebanyak LS2800 (lebih kurang RM250)...
Langsung tidak logik. dengan makanan tahap cipan macam tu pun kena harga sebanyak tu. alahai... mujur bayu tak bawa dompet :)

Selepas sedikit debat berlaku, kami membayar LR2500 dan terus keluar. Satu lagi masalah pulak berlaku. Van tak sampai. Kami terpaksa tunggu sampai pukul 12.20 malam. Memang janji arab betul la....

Ya Allah !! Siapa la antara kami yang tidur lepas subuh ni?!

Cadang mahu ambil angin sambil tenangkan jiwa,
tapi sekali ambil asap buang angin daaa.....

Pesanan Penaja : siri cerita Syria yang malang.. Tobat aku tak pi dah kedai tu!!!!

Papan Iklan : Jika anda berpeluang ke Syria, cuba ruangkan masa ke Jabal Qasiyun tersebut. Memang mengasyikkan. Cuma elok sahaja tidak menjadi bodoh menghabiskan duit yang banyak melepak di restoran-restoran di situ. Langsung tidak berbaloi.

Rabu, 16 Mei 2007

Siri Cerita Syria

Sukar juga menceritakan perihal penduduk Syria. Di kota Damscus yang sesak ini, kami hidup sangat bahagia. Ada 2 perkara yang paling penting menjamin kententeraman hidup di sini . Pertama Jiran, kedua Tuan rumah. Kalau dapat kedua-dua ini memahami kita, alangkah bahagia dan selesa tinggal di sini walaupun rumah seperti rumah hakim dirani.. kan?

Keistimewaan dan keseronokan hidup di sini sukar dibayangkan. Suasana ilmu sungguh rancak dan mekar hidup sentiasa. Kalau bayu di Sungai Petani asyik membilang dan mengatur hari meninjau pasar malam, di sini para pelajar asyik mengatur masjid setiap malam dan memilih sendiri syeikh-syeikh mana untuk belajar talaqi. Setiap hari dan malam pasti banyak masjid dan syeikh membuka kelas pengajian. Ini cerita di luar kelas.

Kehidupan orang asing seperi kami tidak bahaya. Sentiasa disenangi oleh masyarakat sini. Berjalan seorang diri di kala jam sudah 2-3 pagi juga tidak mengapa. Cuma untuk mereka yang bergelar perempuan, jangan lah mencuba sekali-kali berjalan seorang diri di tempat dan kala sunyi. Biasa la arab ni, makan daging banyak.. yang baik pun kena jaga-jaga jugak.
Mentaliti mereka terhadap pelajar agama juga sangat baik. Bagi kami yang, penerimaan mereka terhadap kami sangat baik. Kesusahan kami sering dimengertikan. Mereka menghargai kesanggupan kami merantau jauh ke negara mereka mencedok ilmu. Mereka sering meraikan kami. Alhamdulillah.

Kalau anda berpeluang seperti kami hidup di bulan puasa, anda tak perlu berbuka di rumah. Pasti saja ada jemputan setiap hari. Duit poket atau zakat juga kerap dihulurkan kepada pelajar. Bagi yang kaya, pantang terlihat orang yang memerlukan terus sahaja diberikan sumbangan. Derma dan kutipan saban minggu di hari Jumaat bisa meringankan masjid dan mereka yang meminta. Anda pergi saja ke mana-mana masjid di sini, pasti begitu.

Kami yakin, apa yang menghijaukan bumi Syria dengan longgokan ketenangan dan keberkatan ini adalah disebabkan Rasulullah pernah mendoakan bumi ini. Hadis Rasulullah dari Riwayat Bukhari dan Tirmidzi menyebut : 'wahai Allah, berkatilah Syam kami dan Yaman kami'.

Pada suatu hari, rasululah pernah ditanyai oleh para sahabat 'wahai rasulullah, jika suatu masa nanti sudah tiada lagi keamanan di dunia, ke manakah harus kami pergi?' jawab rasul s.a.w. ' hendaklah kamu pergi ke Syam'.

Syam ialah Syria dan termasuk sebahagian dari Jordan. Kalau anda berbicara dengan masyarakat arab, bila di sebut syam, mereka maksudkan Kota Damsyik (Damascus).

Syam juga termasuk dalam kawasan yang disebut Allah dalam firmannya 'Maha Suci Tuhan yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dimana telah kami berkati kawasan sekelilingnya".
Keberkatan tersebut dapat dilihat dari segi penghuninya yang menerima jejakan begitu ramai Rasul, Nabi, Wali Allah, Sahabata Rasulullah, Ulama', Tokoh-tokoh dan selainnya. Bumi ini juga berkat dengan tanah yang subur dan cuaca yang menyenangkan. Bumi Syria dapat mengeluarkan tumbuhan yang banyak sekali sehingga mampu di bawa keluar ke negara-negara lain. Antara Produk bumi yang terbesar ialah zaitun, tin, anggur, epal dan bermacam lagi buah yang sungguh enak dan segar kalau di beli terus di pasar-pasar di sini. (Cikgu iza, buah kurma tak banyak di Syria.. hehe)


Pesanan penaja : Periksa mula 30 haribulan ni, Tapi semangat nak khatamkan kitab sebelum peperiksaan bermula masih tak berjaya. mungkin kena baca malam periksa juga kot... hehehe

Ahad, 13 Mei 2007

Aku Rindu Mama

dari blog ke blog ku jajahi, rata-rata ceritakan kisah ibu..
ah! terlalu mengoncang kalbu keras ini merindui mama di kampung sana..
Aku Rindu Mama !!!!
Selamat hari Mama buatmu ibu yang tersayang...

Salam sayang ku utusi bersama gugusan doa khusus buat mama (dan juga baba)..
Hati ini sering saja merindui senyumanmu..
Lidah ini terlalu idamkan air tanganmu..
Pipi ini mendambakan ciuaman kasih darimu..
Bibir ini terlalu merindui tanganmu..

Gambar Mama dan Baba bersama bayu di hari Majlis Penerimaan Sijil dulu, bayu lekatkan di penjuru meja bacaan.. semoga Impian yang mama (dan baba) impikan, tidak bayu abaikan..
insyaAllah

Jumaat, 11 Mei 2007

Syria : Pusat Tamadun Purba dan Bumi Anbiya' ( 1 )

episod 1 :

Syria : Pusat Tamadun Purba dan Bumi Anbiya'

Mukaddimah :

luas: 185 180 km persegi
kedudukan : di bahagian Timur Laut Maditerranian
penduduk : 18 juta
muslim : 88%
ibu negara : Damascus
Bahasa : Arab
Matawang : Syria Pound / Lira
Sistem : Republik

menjadi pintu keluar masuk ke Benua Asia bagi orang yang datang dari sebelah Barat dan pintu ke Benua Eropah bagi orang yang datang dari sebelah Timur.

Bumi Syria pernah menyaksikan sejarah hidup manusia-manusia penting dan kerajaan penting dalam sejarah dunia seperti;
Nabi-nabi:
1) Muhamad (datang berniaga di Syam danmasih terdapat kesan gereja paderi bahira dan tempat duduk unta Nabi)
2) Yahya (terdapat makamnya di sini)
3) Zakaria (terdapat makamnya di sini)
4) Nabi Ayub (terdapat makamnya di sini), dan lain-lain

Tokoh, Ulama dan Sahabat :
1) Muawiyah
2) sdtna Ruqayyah
3) Umar bin Abd. Aziz
4) Bilal bin Robah al habasyi
5) Solahuddin al-Ayubi
6) Abu Darda'
7) Sultan Nuruddin Az-zinki, dan lain-lain


Kesan kerajaan penting dalam sejarah :
1) Roman (terdapat kesan tamadun rom danmasih megah senibinanya. contoh : Roman Amphitheatre)
2) Kerajaan Umawiyah
3) Kesan Kerajaan Uthmaniah
4) Kerajaan di bawah Ratu Zanobia


Pesanan penaja : semua yang bayu tahu insyaAllah akan diceritakan di sini dalam episod-episod yang akan datang. Sekarang ni tak boleh lelama depan komputer :)

Isnin, 7 Mei 2007

ntah apa2 la...



ah !!! nak buat apa ni?! tengah sibuk, kena jadi seorang yang misteri la sikit.. hehe




rasa hati nak ajak kawan-kawan hilangkan tension dengan bakar-bakar ayam... tapi kalau dah semua taknak kongsi, mana la tahan nak belanja sorang-sorang... hmmmm




tiba-tiba teringat rakan blogger di Malaysia terlampu ghairah menunjuk buku-buku yang didapati di pesta buku baru ni, teringin la jugak dapatkan kitab baru.. menambahkan koleksi mini perpustakaan sendiri :) kuikuikui (kumpul saja la, baca ntah bila...)
1. Kitab Fiqh Muqaran (perbandingan antara mazhab)
2. Kitab Tuhfatu Thullab (Fiqh syafie - sempena syeikh Rusydi Al-Qalam sudah mula mengajar kitab tersebut )
3. Kitab Fiqh Muamalat (mubassith) - hukum hakam harta.
4. Kitab Fiqh Muamalat (mubassith) - hukum hakam dalam jual beli



hmmm.....

ala, kitab dah beli. tapi penyakit malas tetap terlupa nak tinggal kat jalan tadi...
rehat la jap, sambil layan blues.....




pesanan penaja : salam ingat dan rindu buat semua teman yang sentiasa mengunjungi dan mendoakan bayu :)

Khamis, 3 Mei 2007

Celaka

Tadi. Baru sebentar tadi. Jam dah pukul 11 malam. Bayu bertemankan seorang kawan ke sebuah bank. Biasa la awal bulan. hehe...

Bank tersebut terletak di kawasan hotel terkemuka di Syria. Banyak juga hotel-hotel lain di situ. Terdapat juga berberapa pusat hiburan. Walaupun tak besar dan mewah, tapi matlamatnya tetap sama.

Bayu ambil duit. Banyak juga bekal untuk bulan ni. Ribu-ribu. Tapi Pound Syria je la, hehe...

Setelah selesai ambil duit, bayu dan rakan terus melintas jalan dan menunggu bas di seberang. Sebaik saja kaki berhenti, ada se'mangkuk' kereta dari seberang tadi menghentikan keretanya di depan kami. Diberinya salam sambil mengukir senyuman. Disuakan sekeping kad kepada kami. Kami terpinga-pinga seketika. Lalu se'mangkuk' pemuda dalam kereta tersebut bersuara. Sila la ke tempat ini. Ada disko. Ada juga Perempuan-perempuan. Banyak pilihan. Perempuan Syria, Labenon, Iraq dan banyak lagi dari negara lain juga ada. Harga murah.

tercetus di hati. CELAKA punya manusia....
kalau nak promosi benda jahat ni, tak payah la bagi salam.. siap bagi salam penuh lagi tu. Assalamualaikum Warahmatullah Wa barokatuh...

Kami cakap, kami akan hubungi kalau berminat. Kad masih disimpan. hehe...

sebaik kereta tersebut berlalu, sekali lagi mulut terungkap CELAKA !!!!!

nota: penjodoh bilangan 'mangkuk' diadaptasi dari istilah maki "mangkuk ayun atau hayun" dan digunakan kepada manusia dan perkara-perkara celaka... (sumber ilham sendiri)