Selamat Datang

Ahad, 23 Mac 2008

Siapa Lebih Hebat? Umno pula mengugut dan menghina Institusi Sultan di Terengganu.

Setelah Kerajaan campuran berjaya dibentuk di Perak Darul Ridzuan dengan aman dan penuh semangat setiakawan antara ketiga-tiga parti Barisal Alternatif, Terengganu pula sekarang sedang sibuk dan riuh isu Umno berpecah sesama sendiri merebut jawatan MB di negeri tersebut.

Masih segar bila Lim Kit Siang dengan isu surat mengajak anggota DAP tidak menghadiri majlis angkat sumpah pada kali pertama yang terpaksa dibatalkan, Alangkah hinanya Umno bila cuba membangkitkan sentimen perkauman yang sangat bahaya.

Hari ini Umno dengan SUNGGUH BIADAP kepada institusi Kesultanan Terengganu, juga telah menolak keputusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Terengganu dan Lebih BIADAP dan KURANG AJAR mengajak 23 anggota ADUN UMNO memboikot majlis angkat sumpah yang dijadualkan esok.

Kita menasihati semua umat Melayu yang cintakan keamanan agar Sekali lagi bangun mempertahankan Institusi tertinggi orang melayu (Institusi Sultan) yang telah dikhianati oleh UMNO. Kita nasihati Orang Melayu dan Rakyat Terengganu seluruhnya bangun melawan dan mengajar UMNO Barisan Nasional tentang erti adab dab hormat kepada Sultan.

Kita mahu tanya kepada UMNO dan Umat melayu Terengganu, apakah Abdullah Badawi atau Idris Jusoh lebih agung dari Tuanku Pemangku Sultan Terengganu. Sedarkah kita bahawa, Tuanku Sultan Terengganu merupakan Yang Di Pertuan Agung Malaysia. Umno dengan sengaja telah menghina Tuanku Yang diPertuan Agung yang sepatutnya Masyarakat melayu bangun dan melawan UMNO.

Kita tak mahu melihat, dengan sebab perpecahan dalaman umno yang sanagt serius turut mengaitkan dan mengheret Institusi Sultan yang mulia bersama dalam kemelut perkelahian antara mereka.

Kita juga amat terkilan bila Peguam Negara Gani Patail juga turut terlibat menghina institusi sultan tersebut. Saya sangat marah dengan kebiadaban beliau. sebab itu, saya tidak akan sama sekali memanggil gani dengan pangkat hormat yang telah dikurniakan kepadanya. Penglibatan Gani dalam isu ini hanya lebih untuk memenangkan Tokey-nya Umno. Penglibatannya juga membawa kepada memenangi Pak Lah dan idris sambil menghentam atau mungkin boleh dikatakan menghina Sultan dan Pemangku Sultan Terengganu.

Apa guna adat menerima watikah dari sultan kalau peranan sultan dalam merestui calon sengaja diabaikan dan tidak dipedulikan...?!

Isnin, 17 Mac 2008

Tahniah buat Ummat Malaya

Dah selesai sehari penamaan calon, 13 hari berkempen, satu hari pilihanraya dan sekarang sudah 9 hari dunia mengetahui keputusan PRU ke 12, bayu sedang mengira hari untuk pulang ke Syria. Rasakan bagai tidak letih perjalanan yang memakan masa hampir 2 hari pulang ke Malaysia bila dapat bersama dengan rakyat negeri Kedah Meraikan dan mengalu-alukan kerajaan baru di bawah Pas dan PKR.

Pelbagai pengalaman baru yang sangat indah dapat diukir kali ini. Antaranya yang mungkin terpahat lama dalam ingatan ialah pengalaman pertama berceramah di khalayak kaum india-hindu, pengalaman orang tidak layan dan buat tak peduli bila berceramah, pengalaman mendapat tepukan gemuruh bila berceramah, pengalaman bertemu para pengundi yang pelbagai, pengalaman menyambut kemenangan setelah kian lama dinantikan, pengalaman menyambut kerajaan baru dan yang penting pengalaman melihat dominasi Barisan Nasional terhadap kuasa demokrasi negara tercalar hebat dengan rekod terburuk mereka pada kali ini.

Buat masa sekarang, badan terasa sangat letih bila terpaksa berhadapan dengan kenduri kesyukuran yang sangat banyak. Macamana la agaknya YB kami. semoga Allah panjangkan umurnya dalam khidmat dan amanah. Ini la perjuangan, kalah pun buat kenduri..apatah lagi bila menang kali ni...semuanya rasa manis :)

Tahniah buat rakyat negeri Kedah. Tahniah juga buat Rakyat Malaysia keseluruhan...
insyaAllah kita sedang menunggu suatu berita yang bakal mengejutkan Malaysia dan Dunia sekali lagi dalam masa terdekat ini....