Selamat Datang

Isnin, 23 Jun 2008

Minyak dan Nazri Aziz.... SOMBONG!

Pemimpin yang sombong dan tidak peduli nasib rakyat !

Kita terkejut apabila Harga Minyak dan barang keperluan melonjak naik. Minyak yang naik melampau terllu membebankan kehidupn rakyat kebanyakan. Keadaan tersebut juga terarah kepada terbentuknya golongan rakyat miskin tegar bertambah.

Mereka pak menteri tak rasa susahnya rakyat nak cari duit. Pak Nazri Aziz tak rasa yang rakyat sudah tak mampu nak beli minyak dengan harga yang kerajaan Barisan Nasional SETUJU untuk Sengaja mencekik rakyat.

Sampai sekarang pak-pak menteri dan wakil-wakil rakyat Umno tidak ada seorang pun yang rasa prihatin terhadapa rakyat dengan bebanan harga minyak yang keterlaluan. Mereka hidup Mewah dan bertambah mewah. Rakyat yang dulu tak miskin sekarang dah miskin. Dulu bilangan miskin tegar agak ramai, sekarang selepas PAK LAH dan Kerajaan Barisan Nasional naikkan harga minyak, golongan Fuqara' tegar akan melampau ramainya.. pak-pak menteri tak rasa susah. Gaji mereka beribu. Elaun bini saja pun dah beribu. Peruntukan minyak untuk kenderaan mereka lebih mahal dari pendapatan rakyat. Mustahil mereka rasai keperitan rakyat. Elaun-elaun menteri-menteri BN sudah terus-terus diberikan dan diperuntukan. Subsidi rakyat yang seorang berada duit sangat lah itu pulak ditarik demi menjaga elaun-elaun dan gaji-gaji mewah menteri-menteri Barisan Nasional dan wakil2 rakyat mereka. Mana dengan Kera Jalanan (KJ- bukan Khairy Jamaludin)yang tak sudah-sudah memintak-mintak itu dan ini dengan Pak Mertuanya (PM.

Negara semakin parah. Pemimpin2 Barisan Nasional semakin Mewah. Hala tuju dah tak terarah. Rakyat hampir punah...

BAyu sangat marah dengan kesombongan nazri Aziz yang ternyata bangga harga minyak naik dan sombong untuk berbudi bicara tentang harga minyak. Bayu ambil petikan kesombongan nazri terhadap respon Wakil Pakatan Rakyat berbasikal ke Parlimen hari ini... (petikan dari Utusan Malaysia)

Kata Nazri:

“Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak)"


“Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?” kata Mohamed Nazri ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Bila pemimpin Sombong, Hanya rakyat yang mampu mengajar..
Kalau rakyat pula tak kisah pemimpin mereka sombong dan bodoh, Tuinggulah keadaan yang lebih kejam bakal pemimpin2 sombong tersebut lakukan!!!

Sabtu, 21 Jun 2008

Kembali....

Hmm..

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahiim.

Sudah terlalu lama bayu tinggalkan tanah ini gersang tanpa siraman.. mujur lah Alhamdulillah, umurnya masih panjang.. Tanah ini akan kembali disiram dengan rapuan, leteran, mungkin cadangan, 'hantaman', kritikan dan macam2 lagi yang Ikut Suka Aku (ISA) nak tulis... Bayu akan terus berpegang dengan prinsip diktator dalam penulisan bayu.. hehe.. InsyaAllah, diktator yang diizinkan..huhu

Pelbagai isu hangat tanahair mutakhir ini bayu tidak sempat berkongsi pandangan di tanah ini. Walaupun sebenarnya, suara bayu bukanlah apa-apa sangat dan saura ini langsung tidak memberi kesan kepada iklim dan cuaca politik dan sosial negara, namun sekurang-kurangnya bayu berasa terubat bila suara hati ini dapat diluahkan di tanah ini.

Rugi rasanya bila isu pergolakan dan krisis kepimpinan dalam BN, isu Minyak dan macam2 isu besar di negara kita, bayu ketinggalam untuk bersama-sama mewarnai ulasan2 yang pelbagai. Namun, insyaAllah, Sesudah selesai imtihan minggu depan, bayu berharap Allh berikan kekuatan untuk blog ini terus boleh bertahan...

Sudah ramai kawan2 blogger ambil pencen awal dari dunia blog ini.. Bayu masih menaruh harapan supaya blog ini akan terus hidup..Blog ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk menjadi diari kepada isi hati..