Selamat Datang

Rabu, 2 Disember 2009

Aku Berpuisi lagi tentang Sahabat


Hidup Untuk Memberi

Memiliki dan dimiliki
Bunyinya sama pengertiannya berbeza
Adakalanya yang memiliki
akan kurang memberi
Adakalanya yang memberi
menjadi kurang memiliki

Intailah hari demi hari
Dimanakah cerita ceria dan gembira yang dicari
Mungkin ianya ada di sini
Juga mungkin hilangnya pergi membawa diri
Keliru, gelisah dan resah hanya menikam diri
Biarlah senyuman menjadi pengganti

Andai derita ini dibiarkan terus berlari
Izinkan cinta hadir membawa seri
Moga di akhirnya nanti
Kebahagiaan hakiki yang ditemui
Bersama mekar sayangnya Ilahi
.....................................
.......................................
puisi ini diterbitkan di blog Bayu Senja setelah mendapat keizinan diterbitkan semula oleh Saudari Pencipta..
Terima Kasih untuk beliau

hidup untuk memberi


Hidup Untuk Memberi


Memiliki dan dimiliki
Bunyinya sama pengertiannya berbeza
Adakalanya yang memiliki
akan kurang memberi
Adakalanya yang memberi
menjadi kurang memiliki


Intailah hari demi hari
Dimanakah cerita ceria dan gembira yang dicari
Mungkin ianya ada di sini
Juga mungkin hilangnya pergi membawa diri
Keliru, gelisah dan resah hanya menikam diri
Biarlah senyuman menjadi pengganti


Andai derita ini dibiarkan terus berlari
Izinkan cinta hadir membawa seri
Moga di akhirnya nanti
Kebahagiaan hakiki yang ditemui
Bersama mekar sayangnya Ilahi


Selasa, 1 Disember 2009

Aku Berpuitis Tentang Sahabat

Dengan bantuan sahabat (terima kasih ya ukht...)
kupuisikan bait-bait ini juga buat seorang sahabat


Bicara hati untuk Sahabat

Sahabat,
Ku tahu ada erti kasih di hatiMu,
Kerana itu yang ku simpan di benak jiwaku..

Dalam tangisMu ada aku,
Dalam gundahKu wujud kamu..

Kita dah tawa bersama, riang berdua..
Bukan sehari cuma kita bersama

Sekilas ikan di air,

ku tidak tahu jantan betinanya,
Tapi sekilas riak di wajahmu,

ku tahu kau pendamkan sesuatu..

Apa itu salahku?

Sedangkan lidah lagi tergigit
Maafkan aku,
Aku tak pernah menyesal bersamaMu

Apa yang ku mahu kau tahu,
Hidup ini kan sunyi tanpa mu..


Aku mahu titipkan namamu,
dalam helaian diari hidupku...

Bab Musolla, Damascus
1 Disember, 12.50 waktu syria

Khamis, 5 November 2009

Biarlah kematian menjadi didikan!

Akhir-akhir ini, terasa dekat benar dengan kematian.

Hati tidak menangisi pemergian si mati, tetapi amat gementar melihat kujur-kujur badan yang keras, pucat dan tidak bernyawa itu.. saat perhitungan akan bermula. Maka bermulalah kehidupan yang sebenarnya.. Kekal!

Aku bukan gementar kerana 'mayat akan bertukar hantu'. Tetapi aku takut melihat bila saja si makhluk bergelar mayat, maka habislah peluang merebut amal dan takwa. Diri lagi tidak mampu berbuat apa-apa, sehingga mandi yang terlalu peribadi itu pun akan diurus orang. menunjuk betapa lemahnya makhluk apatah yang mati mahu berhadapan dengan Allah. Lagi diri tidak mampu bergerak seinci pun, apakah manusia mampu mengelat dan mengelak ketika disoal siasat oleh munkar nakir apatah menepis azab yang bakal dilalui di alam barzakh itu.. oh, cukup menggerunkan!

Tahlil orang yang hidup tak mampu menambah berat amalan untuk ditimbangkan di mizan-Nya pun. Talqin yang diajar selepas si mati disimpan di perut bumi, tidak akan mampu pun membantu si mati menjawab dengan petah soalan malaikat jika di atas bumi tidak mengikut ajaran Tuhan. Oh, tidak senang rupanya!


Apakah pakej kematian yang berkelas 'a', duit solat empat kepak dengan rm 4-5 mampu menempatkan kita di mahligai di syurga kalau ketika hidup, kita sangat kedekut dengan jariah.. ya benar sekali, solat yang didirikan ke atas si mati sama sekali tidak akan meredakan Murka Allah terhadap solat-solat fardhu yang ditinggalkan ketika hidupnya. Solat jenazah cuma tuntutan fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup.

Aku melihat karenah orang-orang yang hidup, yang mengelilingi si mati... Apakah mereka mengambil peristiwa kematian ini sebagai peringatan atau cuma kesedihan kerana yang disayangi sudah tiada lagi? Amat rugilah kalau kematian seseorang tidak mendidik mereka yang hidup.


Aku lebih hairan melihat ghairahnya kumpulan-kumpulan mencari keuntungan dengan kematian orang lain. Adanya pakej urus jenazah mengikut kelas dan harga, ada kumpulan-kumpulan yang pusing meronda mencari orang mati untuk solat kerana upahnya yang bernilai rm5, malah ada pondok yang dapat beli van hasil wang kematian! wah, industri jenazah namanya ni!

Sayangnya, yang beria-ria pusing solat jenazah itu, semuanya sudah berumur. Apakah mereka tidak sedar, secara sunnah alamnya, mereka akan dipanggil oleh tuhan seperti si mati yang mereka solatkan itu pada bila-bila detik sahaja. Mau solat itu bagus, uruskan jenazah itu juga satu tuntutan, tetapi bila fardhu kifayah ini dicabuli dengan tangan-tangan yang mahu mencari kepentingan dan mahu buat bisnes dengan kematian, maka tercemarlah ibadah ini.

Aku juga bingung dengan fahaman masyarakat kita. Menutup aurat depan si mati, tetapi tidak depan mereka yang hidup. Mereka tidak bertudung seharian, tetapi akan bertudung bila ziarah kematian. Mereka berseluar pendek malah tidak berbaju pun keluar rumah, tetapi akan berbaju melayu siap berkopiah putih bila menziarahi kematian.. Ah, lebih malu dengan mayat yang tidak boleh berbuat apa-apa berbanding yang hidup rupanya!

biarkanlah.. moga satu hari nanti, Allah memberi hidayah kepada mereka. Semoga Allah menjadikan mereka orang yang mengambil berita kematian sebagai signal peringatan.

Aku bersyukur, kerana Allah memberikan aku peringatan ini. Boleh kata saban hari ada saja berita kematian yang ku terima seminggu-dua ini. Pelbagai kelas kematian ditunjukkan. Ada yang mati kerana usia tua, ada yang mati kerana tragedi, ada yang mati kerana sakit / penyakit dan ada yang mati bukan kerana itu semua.. muda, tidak berpenyakit malah tidak terlibat dengan apa-apa tragedi pun mati.

Benarlah, 'setiap yang akan datang itu adalah dekat'. Yang sudah berlalu terlalu dan terlalu jauh. kita tak mampu lagi kembali. Tetapi yang akan datang itu teramat dekat. Berapa kesempatan yang kita ada, gunakanlah dengan ibadah dan manfaatkannya dengan amalan yang mampu memberatkan mizan kita di hadapan Allah nanti.


Satu, jangan lupa perbanyakkan doa memohon agar kita mendapat redho Allah swt. Amalan kita tak mampu memasukkan kita ke syurga Allah. cuma redhonya sahajalah kunci kehidupan yang kekal bahagia di alam yang hakiki.


'Ya Allah, Tamatkanlah kehidupan kami dengan Husnul Khatimah'

P/s : Semua gambar di atas cuma sebagai hiasan.

Jumaat, 30 Oktober 2009

MERENUNG KEBIJAKSANAAN SYEIKHUR RAHIL, ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN




Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.


Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang bukan Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.
Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.


Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.


Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni sirah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul .
Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Rabu, 7 Oktober 2009

Kerajaan Pas Kedah - 121,904 hektar hutan Kedah diwartakan


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 7 Okt. - Kerajaan negeri mewartakan sejumlah 121,904 hektar hutan di seluruh negeri untuk dijadikan hutan simpan dan kawasan tadahan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pewartaan itu dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Mac tahun lalu sebanyak 31,219 hektar diikuti 29 Julai lalu (14,480 hektar) dan yang terbaru semalam iaitu seluas 76,205 hektar.

Beliau berkata, pewartaan kawasan tersebut menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil bumi dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion kerana tidak boleh menebang balak di situ.

''Kami berharap Kerajaan Pusat menimbangkan pemberian geran berikutan kesediaan kerajaan negeri mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan hujan.

'''Jumlah geran yang diminta akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Azizan berkata, kerajaan negeri turut bersetuju mewujudkan tiga taman negeri melibatkan keluasan kira-kira 65,000 hektar bagi memastikan khazanah hutan yang berharga termasuk hidupan flora dan faunanya terpulihara, sekali gus dijadikan sebagai destinasi pelancongan. diputuskan.

''Mesyuarat Exco telah meluluskan perkara ini dan kita akan mewartakannya dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kawasan yang dipilih ialah Taman Negeri Ulu MUda berdekatan Tasik Pedu membabitkan keluasan sebanyak 27,196 hektar, Taman Negeri Lembah Bujang, Merbok (11,636 hektar) dan Taman Negeri Langkawi melibatkan kawasan seluas 26,163 hektar.

Menurut beliau, taman-taman negeri itu adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri dan akan dikendalikan oleh Jabatan Hutan menerusi kos tertentu yang belum


ALOR SETAR 7 Okt. - Kerajaan negeri mewartakan sejumlah 121,904 hektar hutan di seluruh negeri untuk dijadikan hutan simpan dan kawasan tadahan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pewartaan itu dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Mac tahun lalu sebanyak 31,219 hektar diikuti 29 Julai lalu (14,480 hektar) dan yang terbaru semalam iaitu seluas 76,205 hektar.

Beliau berkata, pewartaan kawasan tersebut menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil bumi dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion kerana tidak boleh menebang balak di situ.

''Kami berharap Kerajaan Pusat menimbangkan pemberian geran berikutan kesediaan kerajaan negeri mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan hujan.

'''Jumlah geran yang diminta akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Azizan berkata, kerajaan negeri turut bersetuju mewujudkan tiga taman negeri melibatkan keluasan kira-kira 65,000 hektar bagi memastikan khazanah hutan yang berharga termasuk hidupan flora dan faunanya terpulihara, sekali gus dijadikan sebagai destinasi pelancongan. diputuskan.

''Mesyuarat Exco telah meluluskan perkara ini dan kita akan mewartakannya dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kawasan yang dipilih ialah Taman Negeri Ulu MUda berdekatan Tasik Pedu membabitkan keluasan sebanyak 27,196 hektar, Taman Negeri Lembah Bujang, Merbok (11,636 hektar) dan Taman Negeri Langkawi melibatkan kawasan seluas 26,163 hektar.

Menurut beliau, taman-taman negeri itu adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri dan akan dikendalikan oleh Jabatan Hutan menerusi kos tertentu yang belum diputuskan.


''Mesyuarat Exco telah meluluskan perkara ini dan kita akan mewartakannya dalam tempoh terdekat," katanya

Khamis, 1 Oktober 2009

Isu Kartika: Umat Islam harus bangkit pertahankan hukuman sebat dan Lawan SIS!!

Tercabar dan terus tercabar.

Islam sengaja dicabar. Gerakan kufur dan munafik takkan berhenti mengganggu Islam. Kumpulan sesat seperti golongan liberal akan ada sahaja mahu mencabar kuasa Allah. Aku hairan, apakah mereka tidak takut azab Allah swt.

Nabi telah peringatkan kita,
"Tidaklah akan dibiarkan maksiat berleluasa terang-terangan ditengah-tengah suatu kaum, kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu."
(Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sekarang, nah pelbagai musibah bala dan penyakit yang Allah kirim mencabar ego manusia. Walaupun pelbagai versi (samada bencana, penyakit dan sebagainya) namun ia tetap bala dari Allah. Tetapi manusia sombong dan samseng dengan Allah akan terus sombong dan tidak akan akui bala ini dari Allah kerana dosa manusia. Bala ini tidak mahu dinisbahkan kepada Allah yang menghantar peringatan dari kemaksiatan berleluasa manusia.

kita harus mengaku berdasarkan hadis tersebut, bahawa puncanya ialah manusia telah jauh dari rahmat Allah swt. Dengan sebab jauh inilah, Allah tidak kasihan lagi mahu menghina manusia dan mengazabkan manusia. Manusia juga terlalu menjauhkan diri dari Allah. Aturcara hidup dan syariat yang Allah turunkan, kita tinggalkan. Kita pilih cara thaghut mengisi kehidupan kita.

Antara aturcara dan syariat yang terang kita tinggalkan malah kita tentang ialah tidak menguruskan sistem hidup berdasarkan hidayah dari Allah. Paling jelas maksiatnya, Kita tidak melaksanakan undang-undang menurut kehendak Allah SWT. Ekoran daripada itu, Allah SWT mencabut rasa takut dari hati manusia terhadap ancaman AzabNya yang pedih dalam melakukan maksiat. Sekalipun terdapat undang-undang yang dikuatkuasakan, namun selagi tidak berlandaskan syariat Allah SWT, ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah.

Firman Allah yang Mafhumnya :

”Dan hendaklah kamu jatuhkan hukuman di antara mereka berdasarkan apa yang telah diturunkan dan ditetapkan olehAllah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang Telah diturunkan Allah), Maka Ketahuilah bahawa Sesungguhnya Allah mahu menurunkan mushibah kepada mereka disebabkan antara dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Maidah, ayat 49)

Allah swt telah menetapkan cara berundang-undang mengikut hidayat Allah. Pastinya dengan hukuman yang mengikut kebijaksanaan Allah ini ada hikmah penyelesaian kepada setiap gejala kerosakan masyarakat, hikmah manusia akan takut melakukan dosa jenayah dan pasti ada hikmah mengeluarkan manusia dari kemurkaan Allah. Ruh inilah yang kita tidak akan dapat dari undang-undang selain dari undang-undang Allah.

3 hukum yang disebut oleh syariat ialah HUDUD, QISAS dan TAAZIR. salah satu yang akan saya bicarakan di sini ialah HUDUD.

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menambah atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum pancung kepala si murtad, hukuman sebat kepada pembuat fitnah (qazaf), hukuman rotan kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin dan lainnya.

Semua hukuman harus dijatuhkan selepas sesi perbicaraan. Hukuman yang tidak melaui perbicaraan akan tetap ZALIM walaupun ianya betul, kerana falsafah penghakiman di dalam Islam, 'tersilap maaf adalah lebih baik dari tersilap Hukum'. Oleh sebab itu dalam islam, segala bentuk keraguan (syubuhat) yang timbul dalam perbicaraan, hudud atau qisas akan digugurkan demi mengelak berlakunya kezaliman.

Namun, hukum mesti dijalankan sekiranya kesalahan sabit dan terbukti dengan pengsaksian yang menolak keraguan atau pesalah membuat pengakuan terhadap dosa dan jenayahnya.

Hari ini, bising sangat manusia samseng berkokok mencabar Allah. Manusia dajjal yang tidak lagi takut dengan Allah. Manusia yang tertipu dengan intelek mereka. Manusia yang tidak langsung yakin dan mengimani suruhan dan janji Allah.

Isu Kartika, seorang model sambilan di Pahang yang dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Syariah setelah mengaku bersalah meminum arak baru-baru ini mendedahkan bagaimana sikap sebenar sebahagian manusia terhadap pelaksanaan undang-undang Islam . Tahniah kepada model ini kerana sudah insaf, dan meyakini bahawa cara hukuman dengan cara Allah sahajalah mampu menebus dosanya di akhirat dan di dunia.

Orang yang memberi komen mengancam tidndakan sebat ini mengaku kononnya beriman tetapi sebenarnya angkuh dan samseng dengan Allah swt. Padahal hukuman sebat yang dijatuhkan itu tidaklah seratus peratus berlandaskan syariat, namun ia sekurang-kurangnya mempunyai sedikit sebanyak semangat undang-undang Islam.

Puak liberal dan kuffar akan meneruskan usaha menggagalkan hukuman yang ada ruh syariat ini. Mereka berhimpun, bersidang, bertindak ke mahkamah dan sebagainya bagi menggagalkan usaha ini. Namun, saya cuma melihat pertubuhan-pertubuhan Islam sekarang tidak lebih cuma dari memberi komen balas. Itu sahaja.

Saya rasakan, dengan kebodohan dan kedajjalan pihak samseng ini terus mencabar Allah, Pihak berkuasa, Kerajaan Malaysia (sebuah negara Islam seperti didakwa), Jabatan Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan, IKIM, JAKIM dan selainnya yang punya kuasa dan suara harus segera bertindak. Jangan dibiarkan puak ini terus menghina Islam. Jangan cuma berfungsi menjadi boneka dalam beberapa isu sahaja. Isu ini besar. Ini melibatkan maruah Islam. Mereka yang mempersoalkan undang-undang Islam atas alasan hak asasi manusia, jelas SESAT! Saya fikir, ramai umat Islam akanmenyokong kalaulah SIS dan sekutunya diharamkan dan dilabel sesat oleh pihak yang berwajib. Saya melihat, SIS dan Rasul kahar sama sahaja sesatnya.


Dari sudut lain pula, pertubuhan-perubuhan Islam harus bangkit mengambil tindakan terhadap Ajaran sesat tersebut yang dipimpin oleh SIS. Umat Islam harus bangkit, menyatakan ketakutan kita kepada Allah dan membantah kebiadaban SIS.

Kalaulah hindraf boleh ke jalan demi agama mereka, kalaulah rakyat boleh berhimpun menyatakan suara padu rakyat terhadap kezaliman ISA, kalaulah rakyat berhimpun lagi kerana ketidakadilah SPR... saya rasa Ummat Islam yang sayangkan Allah bersedia juga ke jalan bagi melawan kedajjalan SIS dan rakan sekutunya. Umat islam di Malaysia juga sedia bertempur demi kemaksiatan yang berleluasa ini dapat dinoktahkan! Kita juga sedia bersahut, untuk turun berhimpun malah jutaan umat Islam akan berhimpun menyatakan sokongan terhadap hukuman sebat ke atas pesalah minum arak!

Saya harap, ada tindakan paling dekat akan diambil oleh Pas, Ngo-ngo islam, pertubuhan-pertubuhan melayu islam dan semua gerakan yang atas nama Islam demi tidak membiarkan pembantaian berterusan pihak sesat ini terhadap ketetapan Allah.

Kalaulah tidak ada lagi manusia yang mahu pertahankan undang-undang islam ini, Kita amat bimbang Allah tidak lagi melihat kita di Malaysia dengan pandangan Rahmat. Azab Allah ke atas sesuatu kaum pasti dihantarnya. Di dalam kaum itu, semuanya bakal merasai azab Allah, samada dia orang Soleh atau sebaliknya.

Sabtu, 19 September 2009

Khutbah Eidul Fitri 1430

Selamat menyambut Eidul Fitri.

Saya tinggalkan saudara / saudari penjenguk blog ini dengan khutbah saya di Surau Al-Ikhwan, Bandar Amanjaya Kedah.

KHUTBAH AIDILFITRI 1430H

Khutbah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورجمة الله وبركاته

اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر
اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَر

الله أكبر خَلَقَ الخُلْقَ وَأَحْصَاهُمْ عَدَداً ، الله أكبر وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَرْداً ، الله أكبر خَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ بِقَدَرْ، الله أكبر مَلَكَ كُلَّ شَيْءٍ وَقَهَّر،َ اللهُ أَكْبَرُ كُلَّمَا صَامَ صَآئِمٌ وَأَفْطَرَ، اللهُ أَكْبَرُ كُلَّمَا لاَحَ صَبَاحُ عَيْدٍ وَأَسْفَرَ، اللهُ أَكْبَرُ مَا هَلَّلَ مُسْلِمٌ وَكَبَّرَ.وَتَابَ تَآئِبٌ وَاسْتَغْفَرَ.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَرُ لا إله إلا الله و اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ،

الحمد لله الذي جعَل هذا اليوم عيدًا لعباده المؤمنين. وختَمَ به شهر الصيام للمخلصين. وجعَل في طاعته عزَّ الدنيا والآخرةِ للطائعين. وفي معصيته ذلُّ الدارَين للعاصين. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريكَ له، وأشهد أن محمدا عبده ورسولُه. اللهم صلِّ على سيدنا محمدٍ وعلى آله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عباد الله، اتقوا الله، إنّ الله مع المتقين.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.



Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian agar marilah bersama kita teguhkan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana orang-orang yang mendapat kemenangan di hari akhirat kelak hanyalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, apakah kita peroleh taqwa yang Allah tawarkan kepada ummat yang mengisi Ramadhan ini dengan melaksanakan segala titah perintah Allah, meninggalkan segala larangannya dan menjungjung tinggi syiar membesarkan Allah dalam segala aspek kehidupan manusia. Bukankah madrasah Ramadhan ini tujuannya mahu mendidk hamba supaya meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT?

Firman Allah swt. berfirman

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

” wahai orang-orang yang beriman, difardhukan kepada kamu puasa sepertimana difadhukan kepada umat sebelum kamu semoga kamu nanti bertaqwa”
Al-baqarah 183

Hadirin mukminin rohimakumuLLah.

Kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, maghfirah dan jaminan pembebasan dari azab neraka Allah swt. Amat beruntunglah mereka yang meninggalkan ramadhan bersama dengan satu kemenangan kembali kepada fitrah kehambaan di sisi Allah swt. Alangkah sia-sianya mereka yang tidak mengambil kesempatan sepanjang berada di bulan Ramadhan untuk meningkatkan amal ibadat sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT. Alangkah ruginya mereka yang tidak mengambil kesempatan mendidik jiwa dan nafsu supaya kembali tunduk kepada Pencipta dengan erti kata sebenarnya. Dan alangkah celakanya mereka yang meninggalkan ramadhan tanpa dosa diampuni, malah semakin bertambah pula dosa dengan Allah swt. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda :

« احُضُرُوا المِنْبَرَ » فَحَضَرْنَا فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ : « آمين » ، فَلَمَّا ارْتقَىَ الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قال : « آمين » فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قال : « آمين » ، فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنكَ الْيَوْمُ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ قَالَ : « إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِندَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ قلت : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الجَنَّةَ قُلْتُ : آمين »

Yang bermaksud : Rasulullah SAW bersabda : Hadirlah ke mimbar semuanya. Apabila kami (sahabat) hadir, Nabi :saw telah lalu naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, baginda berkata : Amin, apabila melangkah tangga kedua, baginda berkata, Amin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata Amin. Apabila baginda turun, kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami telah mendengar daripada kamu pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku :
Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang bertemu Ramadhan tetapi dia tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT, aku berkata, Amin.
Bila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata : Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat kepadamu, aku berkata, Amin.
Bila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang kedua ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak memasukkannya ke dalam syurga (dengan amal baktinya sebagai seorang anak), aku berkata, Amin.
(Hadis riwayat Hakim dan disahihkan oleh Albani)


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya yang merupakan hari kemenangan bagi kaum muslimin. Kesempatan ini saya sekali lagi berpesan sepertimana khutbah saya di tahun lepas, janganlah kita rosakkan ibadah raya kita dengan aktiviti-aktiviti maksiat. Terlalu bidaah dholalahlah syawal kita jika kita isi sambutan eidul fitri ini dengan hiburan yang melampaui syariat Allah seperti yang dianjur oleh banyak pihak terutamanya pihak televisyen saban tahun. Semoga, kita terhindar dan tidak bersama dengan pihak yang kufur dengan nikmat rahmat eidul fitri ini.

Marilah kita isikan eidulfitri ini dengan perbanyakkan doa agar segala amalan yang kita isi dalam ramadhan yang baru berlalu diterima oleh Allah swt. Allah mengajar agar eidul fitri ini diisi dengan program membesarkan Allah swt. Perbanyakkan ucapan takbir membesarkan Allah swt, ucapan tahlil yang meneguhkan tauhid mengesakan Allah serta memuji dan memuja Allah swt.

Firman Allah swt dalam menyebut perihal Ramadhan dan raya ini.

ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

“Dan semoga Kamu menyempurnakan hari-hari ramadhan, juga supaya kamu membesarkan Allah diatas apa yang telah Allah hidayahkan kepada kamu dan semoga kamu bersyukur.”
(al-baqarah: 185)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.

Namun, dalam kegembiraan Hari raya pada tahun ini, saya nak mengajak hadirin sekelian melihat bagaimana ia disambut dalam keadaan dunia berhadapan dengan fitnah yang cukup besar. Fitnah kehancuran dunia akhir zaman. Wabak dan bala dari Allah yang tidak putus-putus. Pelbagai bentuk bencana, wabak dan bermacam lagi bala dari Allah saling silih berganti. Malah hari ini, selesema babi masih menjadi ancaman. Semalam kita mendapat berita ada lagi kematian baru dilaporkan bersabit wabak ini. Wabak ini langsung tidak menunjukkan sebarang keredaan malah diramalkan akan kembali dengan pusingan kedua selepas raya ini dengan keadaan yang lebih dahsyat. Sehingga hari ini, Allah tunjukkan, bahawa manusia walau sekuat mana pun dia, sebijak mana pun dia setinggi mana pun dia, namun manusia tetap adalah hamba yang sama sekali tidak ada keupayaan melawan kuasa Allah swt.

Sedarkah kita bahawa tersebarnya fitnah kehancuran ini walau apa versi sekali pun samada wabak atau bencana atau lainnya sebenarnya telah awal lagi diberi peringatan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda :

لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا

"Tidaklah akan dibiarkan maksiat berleluasa terang-terangan ditengah-tengah suatu kaum, kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu."
(Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Wabak selesema babi yang menular di seluruh dunia pada hari ini tidak pernah didengari oleh generasi sebelum kita. Justeru itu, hendaklah masing-masing di kalangan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar agar tidak terjebak dengan kemaksiatan yang berleluasa yang mengundang bala daripada Allah SWT.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian.

Kenapakah berleluasanya maksiat di tengah-tengah masyarakat pada hari ini? Apakah puncanya yang menyebabkan manusia semakin hari semakin lupa kepada tuntutan sebagai hamba Allah SWT?

Mahu tidak mahu, kita harus mengaku berdasarkan hadis yang saya bacakan tadi bahawa puncanya ialah manusia telah jauh dari rahmat Allah swt. Dengan sebab jauh inilah manusia sekarang meninggalkan syariat dan aturcara hidup yang Allah tentukan kepada manusia. Antara lain ialah kerana kecuaian kita di dalam mengurus sistem berdasarkan hidayah dari Allah. Kita tidak melaksanakan undang-undang menurut kehendak Allah SWT. Ekoran daripada itu, Allah SWT mencabut rasa takut dari hati manusia terhadap ancaman AzabNya yang pedih dalam melakukan maksiat. Sekalipun terdapat undang-undang yang dikuatkuasakan, namun selagi tidak berlandaskan syariat Allah SWT, ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah.

Apa yang menyedihkan, walaupun terdapat individu-individu yang merelakan diri untuk dihukum seperti yang disyariatkan oleh Allah, namun ada pula umat Islam yang memberi pelbagai komen yang sombong dengan Allah. Isu seorang model sambilan di Pahang yang dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Syariah setelah mengaku bersalah meminum arak baru-baru ini mendedahkan bagaimana sikap sebenar sebahagian manusia terhadap pelaksanaan undang-undang Islam . Mereka mengaku kononnya beriman tetapi sebenarnya angkuh dan samseng dengan Allah swt. Padahal hukuman sebat yang dijatuhkan itu tidaklah seratus peratus berlandaskan syariat, namun ia sekurang-kurangnya mempunyai sedikit sebanyak semangat undang-undang Islam.

Ekoran isu ini, kita menyaksikan bagaimana bisingnya kumpulan-kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia malah terdapat sebahagian pemimpin yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan di atas nama keadilan kononnya. Bagi mereka, hukuman sebat ke atas peminum arak itu satu kezaliman dan tidak berlandaskan hak asasi manusia apatah lagi jika dijatuhkan terhadap pesalah wanita. Sepatutnya mereka harus Sedar bahawa hukuman sebat mengikut undang-undang sivil lebih menyakitkan dan lebih tepat untuk dikatakan sebagai zalim dan ganas. Inilah dia wajah sekular yang sama sama sekali tidak berniat untuk melaksanakan Islam. Ingatlah firman Allah SWT :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Mafhumnya : ”Dan hendaklah kamu jatuhkan hukuman di antara mereka berdasarkan apa yang telah diturunkan dan ditetapkan olehAllah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang Telah diturunkan Allah), Maka Ketahuilah bahawa Sesungguhnya Allah mahu menurunkan mushibah kepada mereka disebabkan antara dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Maidah, ayat 49)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian.

Di tengah-tengah kemelut ini, di mana wabak dan bala dari Allah tidak putus-putus dikirimkan kepada ummat manusia, kita harus faham ia sebenarnya membawa mesej agar manusia mengambil peringatan dan kembali kepada Tuhan Pencipta dengan erti ubudiyah dan penghambaan sebenarnya. umat Islam wajar meletakkan keutamaan untuk kembali semula kepada syariat Allah SWT. Janganlah lagi terpengaruh dengan slogan-slogan karut yang bertujuan mengelirukan masyarakat. Sesungguhnya sekular itu tetap satu sekalipun ia datang dengan pakej yang berlainan. Bagi seorang muslim yang sebenar, beriman dengan Al-Quran merupakan satu syariat, Islam perlu didahulukan dan hak Allah SWT mesti diutamakan. Tidak guna 1 Malaysia kalaulah satu Quran tidak diimani secara menyeluruh!

Hadirin mukminin Rohimakumullah.

Allah tidak membiarkan umat ini hancur begitu sahaja. Allah tetap memberikan jalan keluar untuk semua jenis masalah. Cuma manusia sahaja, adakah dia akan tunduk dengan kebijaksaan Allah atau dia akan sombong tidak pedulikan tawaran dari Allah swt. Rasulullah saw telah menawarkan jalan keluarnya dalam sebuah hadis.

قال علي، سمعت رسول الله ( ص) يقول : إنها ستكون فتنة. قلت ما المخزج منها يا رسول الله؟ قال : كتاب الله. فيه نبأ ما قبلكم وخبر ما بعدكم وحكم ما بينكم، هو الفصل ليس بالهزل، مَن تركه مِن جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى من غيره أضلَّه الله


Saidina Ali karramallahu wajhah meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda ”Nanti satu masa akan berlaku fitnah” lalu saidina ali bertanya : Apakah jalan keluar yang kami ada wahai rasulullah?
Rasulullah menjawab ” Kitab allah iaitu Al-quran. Di dalamnya ada cerita tentang kaum terdahulu sebelum kamu. Ada juga berita tentang apa akan berlaku selepas kamu. Ada hukum antara kamu. Inilah kitab yang putus qatie bukan kitab main-main. Sesiapa meninggalkannya kerana samseng dan sombong Allah akan hancurkannya dan sesiapa yang mengharapkan petunjuk selain dari kitab Allah ini, maka Allah akan sesatkannya. – Hadis riwayat At-Tirmizi


Kita sedar bahawa jalan meredakan fitnah yang sedang dihadapi oleh umat manusia hari ini cumalah Al-Quran. Alquran merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang mampu meredakan kemurkaan Allah. Umat Islam harus kembali secara menyeluruh kepada isi kandungan Al-quran. Jangan mengimani sebahagian dan menolak pula sebahagian yang lain. Ingatlah Peringatan dari Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 85

أفتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون ببعض، فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزيٌ في الحياة الدنيا، ويومَ القيامة يردون إلى أشد العذاب، وما اللهُ بغافل عما تعملون

”Adakah patut kamu Cuma beriman dengan sebahagian dari kitab sedangkan kamu mengingkari dan menolak sebahagian yang lain? Maka tidak adalah balasan terhadap orang yang berbuat demekian melainkan diberi penghinaan ketika hidupnya di dunia dan di hari kiamat nanti pula mereka akan dihumban kedalam azab seksa yang paling hebat. Dan ingatlah Allah sama sekali tidak akan lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”

Oleh itu, Al-quran jangan hanya dibaca dan ditadarus Cuma pada malam-malam Ramadhan tetapi harus berlanjutan dan dilaksanakan segala isinya. Ramadhan menjadi medan bermula kita mendekatkan diri dengan Al-Quran maka seharusnya syawal pula mejadi medan kita kembali sepenuhnya dengan ajaran yang terkandung di dalam al-quran.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Hadirin mukminin sekelian,

Bersempena eidul fitri ini juga marilah kita mengenali hakikat penciptaan manusia. Sedarlah manusia tidak diutus ke dunia ini sia-sia tanpa tanggungjawab.

Firman Allah dlm surah almukminun: 115.

أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم إلينا لا ترجعون

”Adakah kamu wahai manusia menyangka Kami( Allah) menciptakan kamu sia-sia saja dan adakah kamu sangka kamu tidak akan kembali lagi kepada Kami.”

Sedarlah Manusia ada amanah yang mesti diisi dan ditunaikan. Manusia yang dilantik menjadi khalifah di dunia ini mestilah menguruskan dunia dengan kehendak dan perkenan dari Allah. Ingatlah Manusia juga mesti mengisi kehidupan sementara di dunia ini dengan pengabdian total kepada Allah swt. Manusia tidak punya hak memberi komen sebarang ketetapan Allah swt. Tugas kita Cuma patuh!

وما خلقت الجن والإنسانَ إلا ليعبدون

”Tidak lah aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan mereka bertanggungjawab menghambakan diri kepadaku.” Az-zariyat : 56

Sedarlah raya kita di dunia ini Cuma raya yang bermusim. Namun raya kita di akhirat nanti adalah raya yang berkekalan abadi. Oleh itu, jadikanlah syawal ini titik bermulanya kita mencari bonus lebih supaya dapat dijadikan bekal di akhirat nanti. Tingkatkanlah ketaqwaan. Kukuhkan keimanan. Dekatkan diri kita dengan Tuhan. Di akhirat nanti tidak ada sesuatu pun yang lebih berharga berbanding hati sejahtera dengan iman.
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

"Hari qiamat yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan sebarang manfaat dan pertolongan, Kecuali harta benda dan anak-pinak orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Surah As-Syu’araa’, ayat 88-89)

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم



Khutbah kedua

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ.
الحَمْدُ للهِ الَّذِى جَعَلَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ لِعبَاْدِهِ، اِذا أَفْطَرَ وَاِذَا لَقِىَ رَبَّهُ. أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لاَ مَعْبُوْدَ سِوَاهُ، وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صِلَّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِىِّ الْكَرِيْمِ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ فَقَدْ فَازَ اْلمُتَّقُونَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat tetamu tetamu Allah,

Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah hasil daripada kejayaan kita menempuh ramadhan yang lalu. Kita di hari ini disuruh bergembira. Berpakaian baru dan hidupkanlah suasana gembira. Orang yang beriman bertaqwa akan bergembira pada hari ini kerana mereka telah sedih di saat akhir Ramadhan. Air mata mereka telah banyak tumpah ke bumi sepanjang Ramadhan kerana takutkan Allah swt. Mereka tidak punya masa untuk berfoya kerana bonus yang dijanji tuhan Cuma sebulan sahaja. Jadi hari ini, mereka akan berembira kerana mereka berjaya dididik oleh madrasah Ramadhan. Namun, kegembiraan mereka kita akan lihat sentiasa berada di dalam batas-batas syariat. Orang yang beriman tidak akan sama sekali lupa untuk meneruskan semangat ibadah ramadhan. Jadi, janganlah pula kita lupa untuk berpuasa enam, kerana ia merupakan ekstra bonus buat ummat islam.

Nabi saw bersabda
" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.
Ertinya: "Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya yang demikian itu seperti dia berpuasa setahun tanpa putus"

Hadirin mukminin sekelian,
Kadang-kadang malah selalunya orang yang terlalu gembira ialah mereka yang tidak berjaya pun dalam ujian Ramadhan. Mereka gagal, tetapi mereka ini pula yang lebih-lebih berpesta menyambut syawal. Sebab itu kita dapat lihat masyarakat kita tidak menyambut Eidul Fitri ini dengan slogan iman tetapi lebih bergembira kerana Syaitan yang dirantai sebulan akan kembali berteman. Sebab itu kegembiraan dan hiburan yang dituntut berdasarkan syariat bertukar menjadi pesta hiburan yang jauh dari Allah swt.

Marilah juga kita bersempena eidul fitri ini kita eratkan silaturrahim dengan perbanyakkan aktiviti ziarah kerana itu adalah yang dituntut dalam ibadah raya ini. Bergembiralah selagi mana tidak melanggar perintah Allah swt. Berhiburlah selagi tidak maksiat kepada Allah, kerana eidul fitri ini, kita disunatkan mengisinya dengan kegembiraan.

Dalam kegembiraan ini, kita harus mengenangkan nasib ummat islam yang lain diserata dunia. Begitu juga, Golongan yang susah, jangan dibiarkan, kerana itu tanggungjawab kita semua. Dengan maksud itulah kita diwajibkan membayar zakat fitrah. Zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam dan merdeka yang mempunyai harta yang lebih dari keperluannya dan tanggungannya untuk malam dan hari raya itu. Jadi, zakat ini tidak hanya orang yang kaya raya sahaja diwajibkan, malah orang sederhana yang tidak tergolong dalam golongan fuqara’ juga diwajibkan. Semuanya untuk membersihkan diri kita sejajar dengan sambutan kita kembali kepada fitrah selain membantu golongan yang kurang berupaya.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: فَرَضَ رسولُ الله (ص) زكاةَ الفطرِ طُهْرَةً للصائم من اللغو والرفث. وطُعمةً للمساكين. مَن أدّاها قبل الصلاة فهي زكاةٌ مقبولةٌ. ومَن أدّاها بعد الصلاة فهي صدقةٌ من الصدقات

“Daripada ibnu abbas r.anhuma berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan diri orang yang berpuasa dari segala perkara sia-sia dan buruk. Juga menjadi makanan kepada orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat sunat raya maka dialah zakat fitrah yang diterima. Dan sesiapa yang mengeluarkannya selepas solat sunat raya maka jadilah dia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
- Hadis riwayat Abu daud

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Akhirnya, khotib ingin mewasiatkan hadirin sekelian dengan firman Allah swt. Semoga menjadi panduan kita sepanjang menempuh hari-hari yang mendatang.
Bismillahir Rahmanir Rahiim.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11) يغفر لكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجري من تحتها الأنهارُ ومساكنَ طيبة في جناتِ عدن ذلك الفوز العظيم.(12)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Perniagaan itu ialah kamumesti beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai serta diberikan kepada kamu tempat tinggal yang baik di dalam syurga yang kekal. Itulah kemenangan yang besar. (Surah al-Shaff, ayat 10-11)
Tidak lupa di hari mulia ini, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, penghulu segala nabi, utusan penutup segala syariat, semoga beroleh syafaatnya di hari akhirat nanti
﴿ إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَـتـَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا ﴾
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَارْحَمْنَا وَإِيَّاهُمْ بَرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
إني داعٍ فأمِّنوا،
اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي فيها معاشنا، وأصلح لنا آخرتناالتي إليها معادنا، واجعل الحياة زيانة لنا في كل خير، واجعل الموت راحة لنا من كل شر.
اللَّهُمَّ أَكْرِمْنَا وَلا تَهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَزِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضِ عَنَّا. اللَّهُمَّ اجْعَلْ كَلِمَةَ اْلإِسْلاَمِ هِىَ الْعُلْيَا وَاجْعَلْ كَلِمَةَ أَعْدَاءِ اْلإِسْلاَمِ هِىَ السُّفْلَىْ. اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ اْلإِسْلاَمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَدْرَأُ بِكَ فِى نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ رُدَّ عَنَّا كَيْدَهُمْ وَفُلَّ حَدَّهُمْ وَادْلُ دَوْلَتَهُمْ وَاذْهِبْ عَنْ أَرْضِكَ سُلْطَانَهُمْ وَلاَ تَدَعْ لَهُمْ سَبِيْلاً عَلَى أَحَدٍ مِنْ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ.

واغفرِاللهم لنا ولوالدِينا ولإخوتنا ولمن له حق علينا ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات, اللهم أعِزَّ الاسلامَ والمسلمين, وأذِلَّ الشرك والمشركين ودمِّرْ أعداء الدين وانصرْ عبادَك المؤمنين. اللهم ألِّف بين قلوب المؤمنين, واجعل هذ البلد آمِنا مطمئنا رخاءا وسائر بلاد المسلمين.
اللَّهُمَّ َأَيِّدْ إِخْوَانِنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِى كلِّ بِلاَدِ اْلإِسْلاَمِ وغيرِها حَيْثُمَا كَانُوْا. اللَّهُمَّ أَيِّدْهُمْ بِمَلإٍ مِنْ جُنْدِكَ، اللَّهُمَّ أَمِدْهُمْ بِرُوْحٍ مِنْ عِنْدِكَ، اللَّهُمَّ احْرُسْهُمْ بِعَيْنِكَ الَّتِى لاَ تَنَامُ وَاكْلأْهُمْ فِى كَنَفِكَ الَّذِى لاَ يَضَامُ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَاِسْرَافَنَا فِى أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ يَعِظُكُمْ لَعَلَكُّمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرَ. والله يعلم ما تصنعون.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ،من العائدين والفائزين كلَ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُهُ.

Ahad, 6 September 2009

ziarah 'ahli syurga' - mereka perlukan bantuan Anda!

Apa perasaan anda melihat anak ini?

Alhamdulillah. Berasa insaf. Tingkatkanlah kesyukuran kita kepada Allah swt.
Kita doakan waris dan penjaga mereka diberikan ketabahan. Dalam kesusahan menjaga dan mengurus mereka yang kurang berupaya ini. Ingatlah sebenarnya mereka adalah ahli syurga kerana bersihnya mereka dari segala dosa. Semoga mereka akan memberi bantuan di akhirat nanti kepada orang yang telah membantu mereka di dunia ini.. Pasti bagi penjaga mereka yang tabah dan redho dengan Tuhan ini akan dijamin dengan kesenangan di akhirat Nanti.










Kelihatan ADUN bersama Isteri melawat keluarga ini


Adik ini berusia 18 tahun. Lelaki. Kelihatan tubuhnya tidak berisi. Ayah sudah tiada. Mak bekerja membawa lori sayur (kalau tidak silap dengar). Di jaga oleh neneknya (bertudung putih dalam gambar di bawah).



inilah ruang rumah mereka, dapur yang bersambung dengan 'ruang tamu' ditambah satu lagi bilik tidur kecil!


Bayangkan nenek yang usianya sudah lanjut, sepatutnya hanya perlu memikirkan dan menguruskan diri sendiri sahaja tetapi terpaksa menanggung sendiri cucunya ini. Terpaksa menyalin lampin si adik ini. Bayangkan, beliau akan mengusung adik ini ke bilik mandi! Si tua terpaksa menarik tikar yang melapik adik tersebut kerana kekurangan kudratnya yang sudah tidak seberapa.

Malangnya, kita mendapat berita dari nenek ini, bantuan zakatnya dihentikan. Alasan tidak tahu. Bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk adik yang bergelar OKU seperti ini juga tidak diberikan.

Wallahu a'lam. Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pantai Merdeka dan Pihak ketua kampung Hujung Matang sedang mengkaji laporan tersebut. Apa pun, bantuan peribadi segera telah dihulurkan oleh ADUN Pantai Merdeka Yb. Abdullah Jusoh setelah mendapat berita ini. Pas cawanganlah yang sedang membantu sekadar kemampuan. Namun, adik dan nenek ini masih memerlukan bantuan Anda! Tanpa mengira fahaman politik!

Tabah dan Redho sungguh nenek ini. Hanya senyuman memanjang dalam melayan kehadiran kami. cuma sesekali, terlihat kelopak matanya yang tua itu berkandung air jernih, tetapi cepat ditahannya dari menitis. Bayangkan 18 tahun si nenek tua ini tabah mengasuh dan menguruskan adik tersebut.

Di mana kita? Tidak bolehkah kalau sedikit bantuan dihulurkan kepada adik dan nenek ini?

Mana mereka yang kaya raya? Jutawan? Badan-badan kebajikan dan zakat? Syarikat-syarikat yang untungnya berjuta-juta?

Saya pasti ramai yang terdetik bersempena Ramadhan ini akan menghulurkan bantuan terus kepada beliau. Alangkah gembiranya nenek ini, jika ada orang datang menziarahi beliau.
Alangkah bagusnya kehidupan mereka ini jika boleh ditaja oleh mana-mana syarikat yang ehsan kepada hidup mereka. Alangkah baiknya kalau Pejabat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat datang melihat sendiri keadaan kehidupan mereka.

Sila hubungi Ketua Kampung Hujung Matang atau PKWR Dun Pantai Merdeka atau ADUN Pantai Merdeka sendiri untuk maklumat lanjut.

Tazkirah Ramadhan. Jangan lokek menderma!

Hadis Riwayat Tirmizi dari Muaz bin Jabal r.a bahawa nabi bersabda:

"Puasa itu perisai kejahatan, dan Sedekah itu memadamkan kesalahan dan dosa sepertimana air memadamkan api"

Begitu juga saranan Nabi kepada kita untuk sama-sama memenuhi tanggungjawab sosial dengan menghulurkan tangan untuk menjinjing segala keperitan umat dan masyarakat kita. Hulurkanlah sumbangan walaupun sedikit!

Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahihnya, menyebut bahawa Nabi saw bersabda;

"Sesiapa yang memberi orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka jamuannya itu adalah pengampunan buat dosa-dosanya, dan baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa memengurangkan sedikitpun pahalanya" lalu para sahabat mengadu: Kami tak punya apa-apa untuk menjamu orang berbuka ya rasulallah. Lalu rasulullah menjawab : " Allah memberikah ganjaran ini kepada orang yang menjamu walaupun sebiji tamar, seteguk air atau seteguk laban (susu masam)"

dan ditempat yang lain dalam riwayat yang sama Rasulullah menyebut: "Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan berinya minum dari telagaku (kauthar) sekali minum yang mana dia tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk syurga"

Begitu juga firman Allah mengingatkan manusia supaya jangan menyesal kerana tidak menginfakkan (memberi sumbangan) apa yang telah Allah berikan kepada kita.
" Infakkanlah (dermakanlah) daripada apa yang telah kami rezekikan kepada kamu sebelum datang kepada kamu kematian.Maka dia pada saat itu akan merayu : Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan kedatangan ajalku ke suatu tempoh sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah dan aku akan menjadi orang soleh. Dan Ingatlah, Allah tidak akan sesekali melambatkan kedatangan ajal seseorang apabila tiba ajalnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu lakukan"
Ajakan kita sempena Ramadhan ini;
1. Perbanyakkan menjamu orang berbuka puasa, terutamanya golongan yang kurang kemampuan. Disamping mendapat ganjaran, dapat pula membantu mengurangkan bebanan mereka. Malah golongan inilah terlebih dituntut untuk dibantu.
2. Hulurkanlah sedekah,, derma, hadiah sebanyaknya terutama kepada mereka yang memerlukan.
3. Pastikan zakat fitrah sampai terus kepada golongan yang betul-betul susah. Cubalah mencari golongan ini. Jangan cuma mengambil mudah.
4. Perbanyakkan wakaf.
5. Pulunlah menjamu orang berbuka berbanding moreh. Masih ramai yang tidak berkemampuan berbuka. Buatlah jamuan untuk golongan ini. Kalau sudah tidak ada, alangkah baiknya diberi jamuan kepada penuntut2 agama.

Khutbah Nuzulul Quran

Disampaikan di Masjid Kuala Muda. 4 September 2009.

Marilah bersempena ramadhan ini, kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan menjunjung dan melaksanakan segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya di samping menegakkan syiar membesarkan Allah s.w.t selari dengan matlamat asal kita mengharungi bulan ramadhan yang mulia ini utnuk akhirnya nanti kita tergolong dalam golongan Muttaqin.

Firam Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman, Difardhukan Puasa kepada kamu wahai ummat Muhammad sepertimana difardhukan juga kepada umat sebelum kamu semoga kamu akan tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa (yakni jika kamu mengerjakan ibadah ramadhan dengan sempurna)”

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana telah menganugerahkan kepada kita kesempatan untuk melalui fasa ke dua Ramadhan pada tahun ini, dan harapan kita semoga biarlah kesempatan ini kita isikan dengan erti sebenar seperti apa yang dituntut Ramadhan. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t kita juga bakal bertemu lagi dengan tarikh keramat antara peristiwa besar dalam ramadhan ini. Apa yang saya maksudkan tersebut ialah peristiwa Nuzulul Quran iaitu penurunan al-quran yang menjadi Kitab Perlembagaan untuk Umat Islam



Melalui madrasah Ramadhan ini jika kita amati, sebenarnya bukan sahaja mengandungi ruh mengawal kehendak nafsu, malah lebih dari itu ialah mentarbiah dan mengarahkan nafsu supaya tunduk dengan kebesaran Allah s.w.t. lalu patuh dengan segala perintah larangannya.

Oleh kerana Allah swt Maha mengetahui bahawa manusia ini sering berbolak balik, maka diturunkannya Alquran sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia untuk sepanjang zaman.

Allah s.w.t berfirman

“ Bulan Ramadhan yang kami telah turunkan di dalamnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menerangkan petunjuk tersebut serta menerangkan apa yang membezakan haq dan batil”
Al-Baqarah ayat : 185

Jika kita membuat sedikit tinjauan terhadap sejarah nuzulul quran, maka kita akan dapati bahawa al-quran ini diturunkan melalui 2 tahap penurunan. Pertama ditirunkan dari lauhul mahfuz ke langit dunia dan kedua dari langit dunia kepada nabi Muhammad s.a.w.

Para Ulama bersepakat pendapat bahawa Proses penurunan yang pertama iaitu dari lauhul mahfuz ke langit dunia berlaku pada Lailatul qadar dalam bulan Ramadhan diamana ia diturunkan secara keseluruhannya dengan sekali gus.

Bagi Proses kedua pula iatu penurunan Al-Quran daripada lauhul mahfuz kepada Rasulullah saw berlaku dalam masa 20 tahun di waktu kenabiannya atau 23 tahun mengikut riwayat yang lain di mana ia diturunkan secara berdikit-dikit mengikut keadaan. Dalam tempoh 20 tahun ini pula, Alquran diturunkan dalam 2 peringkat iaitu apa yang disebut sebagai Makki dan Madani. Ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah Rasulullah saw dan Ayat Madani pula ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas peristiwa hijrah Baginda.

Ayat-ayat Makki banyak berlegar dalam konteks penanaman aqidah suci dengan beberapa perkara berkaitan dengan iman.

Manakala Ayat-ayat madani pula banyak berlegar dalam konteks hukum hakam ibadat, muamalat, Undang-undang jenayah, politik dan kenegaraan serta sebagainya yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

Demikian secara ringkasnya pengenalan tentang peristiwa nuzululquran.

Hadirin Mukminin yang dirahmati Allah sekelian.

Dari rentetan tersebut, jelas kepada kita bahawa hubungan kedatangan ramadhan tidak mahu tidak kita harus mengisisnya dengan penghayatan al-quran.

Oleh sebab itu kita boleh lihat betapa Rasulullah menyarankan supaya puasa itu diisi dengan membaca al-quran dalam sabdanyamelalui Hadis riwayat Muslim dari Abi Umamah r.a:

“bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya al-quran akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat kepada orang yang memenuhi haknya”

Hadirin mukminin sekelian,

Antara mesej penting yang dibawa oleh ramadhan ialah mengajak manusia kembali kepada isi kandungan Al-Quran secara keseluruhannya. Maka oleh itulah, Ramadhan ini harus menjadi titik mula kita mendekatkan diri dengan Al-Quran bermula dari bacaan sendiri, tadarus, memahami tafsirnya seterusnya melaksanakan apa yang dibawa oleh Al-Quran. Banyak Hadis Nabi s.a.w mewasiatkan motivasi untuk kita mendampingi al-Quran sempena ramadhan ini.



Nabi s.a.w bersabda sempena dengan ramadhan ini melalui satu hadis sahih riwayat Tirmizi dari ibnu masu’d r.a :

“ Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Dan untuk satu kebaikan itu dibalasi dengan sepuluh kali ganda kebaikan. Aku tidak maksudkan alif lam miim itu satu huruf, tetapi yang aku maksudkan ialah alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan miim itu satu huruf.”

Sidang jumaat sekelian,

Saranan untuk merebut peluang membaca quran bukan sahaja untuk golongan yang sudah lancar membaca sahaja, Malah mereka yang gagap dengan quran juga berpeluang besar merebut bonus ini. Malah Nabi juga berjanji bahawa satu lagi ganjaran ekstra untuk mereka yang tidak fasih dan tidak lancar membaca jika mereka berusaha untuk membaca al-quran:

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.anha bahawa nabi s.a.w bersabda :

“Orang yang mahir membaca al-Quran, maka dia bersama para malaikat yang mulia, dan bagi orang yang merangkak dalam membaca quran, malah baginya untuk membaca itu merupakan kesusahan maka baginya 2 pahala.”

Sebab itu di dalam Ramadhan ini, kita juga diajak dan dikempen supaya menyertai tadarus al-Quran. Nabi sendiri mengisi ramadhannya dengan bertadarus al-quran bersama Jibril alaihis salam.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas ada menceritakan perihal tersebut:


“Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan ketika mana Baginda bertemu dengan Jibril alahissalam. Nabi akan bertemu dengan Jibril pada setiap malam Ramdhan dan baginda bertadarus dengan Jibril. Sesungguhnya rasululullah itu adalah orang yang lebih pemurah dengan kebaikan berbanding angin yg membawa rahmat.”

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian.

Saya
mengingatkan diri saya dan hadirin sekelian supaya Jangan pula bila habis ramadhan, Al-Quran terus ditinggalkan. Tiada bacaan malah tiada juga perlaksanaan. Sudah tentu alQuran yang dijanjikan akan memberi syafaat pada hari akhirat nanti tidak diberi mudah begitu sahaja. Alquran haruslah sentiasa dibaca. Isi kandungannya haruslah difahami seterusnya dipraktikkan dan dilaksanakan dalam urusan kehidupan kita. Mana mungkin al-quran akan memberi syafaat kepada orang yang menentang isi al-Quran!! Sebab itu kita disaran berdoa semoga Al-quran itu menjadi hujah menyelamatkan kita bukan hujjah yang akan membinasakan kita di akhirat nanti.
Allahummaja’lil qurana hujjatan lana la hujjatan alaina ya robbal alamiin.


Hadiri sidang jumaat yang dikasihi sekelian,

Dalam mengimani kesucian dan kesahihan al-Quran kita harus mengetahui bahawa Al-Quran telah melaui proses yang sangat meyakinkan dalam sejarah sebarannya dan warisannya dari generasi ke generasi yang lain. Al-quran yang kita miliki sekarang bebas dari segala syak wasangka terhadap kesahihannya.

Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 2

“Demikianlah kitab yang sempurna yakni al-Quran yang tidak ada padanya sebarang keraguan malah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.”

al-Quran telah melaui proses yang disebut ulama sebagai ‘tawatur’ iaitu periwayat yang ramai di semua peringkat sehingga ayat yang dinaqalkan kepada kita itu mustahil boleh berlaku walau sedikit pun pembohongan, penambahan, penguranagn atau pengkhianatan kepada asal al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang meragui kesahihannya walaupun satu huruf adalah dibimbangi telah rosak imannya. Begitu juga sesiapa yang mempertikaikan apa yang dibawa oleh Al-quran, amat dibimbangi tergolong dalam golongan kufur yang mengingkari rukun iman yang ke-tiga iaitu beriman dengan segala kitab samawi.

Hadirin mukminin sekelian.

Seperkara yang harus disedari bahawa tanggungjawab memikul amanah dan mesej al-Quran bukannya mudah. Allah telah menceritakan bagaimana makhluknya yang lain tidak sanggup memikul al-Quran kerana terlalu besar amanahnya.

“Sekiranya aku turunkan Quran ini kepada bukit bukau dan gunung ganang, nescaya kamu akan lihat takut dan bergementar kerana terlalu takut kepada Allah, Demikianlah perumpamaan yang kami buatkan kepada manusia supaya mereka mengambil peringatan.” Surah alhasyr ayat 21
Namun manusia yang digelar ahlul kilfah sanggup pula untuk memikul amanah ini kerana manusia merupakan khalifah di muka bumi Allah swt.

Oleh itu, jangan sesekali memandang remeh terhadap isi kandungannya. Jangan sebarangan memperkecilkan apa yang diturunkan oleh Allah tersebut. Ulama bersepakat, mereka yang mempersendakan isi al-quran sebagai manusia yang kufur kepada Allah swt. Namun, dalam tanggungjawab yang besar itu, Al-Quran bakal membantu kita dalam urusan di akhirat nanti.

Nabi s.a.w bersabda:

“Puasa dan Quran akan memberi syafaat di hari kiamat nanti kepada hamba Allah”
Riwayat Imam Ahmad daripada Abdullah bin Umar r.a.


Tidak hairanlah bila kita mendengar betapa Al-quran nanti bakal memberi syafaat kepada orang melaksanakan segala tuntutannya, kerana tuntutan al-quran memerlukan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Saidina Ali r.a berkata Rasulullah saw. Bersabda;

Maksudnya;

Saidina ali berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, nanti akan berlaku fitnah! Lalu aku bertanya, apakah jalan keluarnya?
Jawab Nabi : Kitab Allah. Di dalamnya ada berita tentang kaum terdahulu, ada juga khabar apa yang akan berlaku. Ada di dalamnya hukum buat kamu. Dialah kitab yang membezakan kebenaran dari kebatilan bukan kitab lawak.
Sesiapa yang meninggalkannya kerana samseng dang angkuh, Allah akan hancurkannya. Dan sesiapa yang mengharapkan hidayah dari selainnya, nescaya Allah akan sesatkannya. Dialah kitab yang menjadi tali Allah yang padu. Dialah kitab azzikrul hakim. Dialah kitab siratul mustaqim. Dialah kitab yang tidak akan diterberbangkan angin. Tidak akan tersamar oleh lidah. Tidak akan berani denggannya oleh para ulama. Tidak menjadi buruk walaupun dengan sebab banyak penolakan. Dialah yang tidak akan habis segala keajaibannya.

Hadirin mukminin sekelian,

Al-Quran merupakan dustur atau perlembagaan kepada umat Islam. Perlembagaan ini merangkumi semua aspek kehidupan. Soal social, undang-undang, hukum-hakam, urusan pentadbiran, urusan penguatkuasaan, urusan jual beli, pengurusan negara dan semuanya disebut dan diberi panduan oleh Al-quran. Maka orang yang menolak walaupun salah satu dari ajaran alquran merupaka mereka yang sombong dengan Allah s.w.t.

Ambillah Pengajaran dari Surah Almaidah ayat 42-49.

secara ringkasnya Allah memberi amaran kepada umat nabi Muhammad supaya tidak lari dari al-quran sepertimana bani israil meninggalkan taurat. Allah menyebut:




“Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang ditetapkan oleh Allah, maka mereka dari golongan Kafirun.” (ayat 44)

Dan ayat seterusnya Allah menceritakan perihal Qisas atau undang-undang jenayah balas.

Lalu diberinya lagi peringatan kepada umat Muhammad supaya melaksanakan hukum yang diperintahkan dalam kitabnya,

“bahawa sesiapa yang melaksanakan Qisas maka itu adalah kaffarah bagi dosanya sedangkan orang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan melalui kitabnya, maka mereka dari golongan manusia yang Zalim!” (ayat 45)

Allah juga mewajibkan ahlul injil melaksanakan apa yang allah turunkan dalam ayat selepasnya. Maka bagi sesiapa yang tidak melaksakan apa yang Allah turunkan maka mereka tergolong dalam golongan Fasiq!

Sidang jumaat sekelian,

Bila kita menyebut bahawa al-quran itu sebagai perlembagaan, maka tidak dapat tidak ia mesti dipatuhi oleh semua manusia. Perlembagaan semestinya tidak akan dilanggar malah mesti dipatuhi oleh semua pihak samada rakyat biasa atau pemerintah. Tetapi hanya manusia samseng sahaja yang berani melanggar perlembagaan walaupun dicipta oleh manusia.

Begitu juga dengan perlembagaan Allah. Hanya manusia samseng sahaja yang melanggar apa yang di bawa oleh al-quran. Malah yang lebih samseng dari itu, lagi mereka sanggup menghina dan memperkecilkan pula undang-undang yang dibawa oleh al-quran. Orang Islam yang tidak beramal dengan ketetapan tuhan merupakan muslim yang berdosa tetapi orang yang sombong sehingga menghina apa yang dibawa oleh al-quran ialah orang yang dihukum kufur oleh para ulama.

Hadirin mukminin sekelian,

Akhirnya, marilah bersempena Ramadhan ini kita perbetulkan apa yang salah terutamanya tanggapan kita terhadap al-Quran. Kembalilah kita kepada al-Quran secara menyeluruh. Jangan pula menerima sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain.

Firman Allah s.w.t:


“ Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-quran dan kamu kufur pula dengan sebahagian yang lain? ” - Albaqarah ayat 85

Sesungguhnya jika kita kembali kepada al-quran, nescaya bersuluhlah hidup kita kearah keredhoan Allah di dunia dan akhirat. Ingat, al-quran bukan sahaja untuk dibaca, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk dilaksankan.

Bismillahirrahmanirrahim

“Ha mim. Demi kitab Al-Quran yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya kami (ALLAH) menurunkan al-quran itu pada malam yang berkat (lailatul qadar), kami berbuat demekian kerana Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (supaya kamu tidak diazab). Di dalam kitab ini dijelaskan setiap perkara yang mempunyai hikmah. Iaitu perkara yang terbitnya dari hikmah kebijaksanaan Kami, sesungguhnya sudah menjadi sunnah kami, kami mengutuskan rasul. Sebagai rahmat dari tuhanmu kepada umat manusia. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Isnin, 31 Ogos 2009

Era rakyat didahulukan : Lebih banyak hak rakyat bakal dihapuskan

Ulasan subuh..

Mau tak mau terpaksa juga di postkan kebimbangan pada hari ini.

Dalam musim politik dan suasana yang gawat hari ini, rakyat Malaysia menunggu keputusan dari badan-badan yang kononnya bebas tidak berpihak dalam politik Malaysia.

Tinjauan saya ke laman-laman blog banyak tidak berkeyakinan dgn SPR untuk mengosongkan kerusi Kota Seputih, Kedah pada hari ini. Tempoh untuk mebuat kajian yang diambil terlalu lama, bayangan awal dari Muhyiddin (TPM / Tim. Presiden Umno) bahawa tiada kekosongan dun tersebut, memandangkan kenaikan harga minyak semalam, rentetan penolakan berterusan rakyat terhadap UBN, kekurangan isu yang mahu digunakan terhadap kerajaan PR Kedah dan banyak lagi faktor akan menjadikan keputusan SPR hari ini mengisytiharkan bahawa kerusi tersebut tidak dikosongkan. Saya percaya, pelbagai alasan cuba di 'melampau munasabah' kan oleh SPR supaya kononnya rakyat mudah ditipu.

Sudah lah suasana hari ini akan menambah gawatkan keadaan Malaysia, esok pula kita akan melihat sekali lagi peristiwa hitam berlaku di Perak Bumi Yeob! \Rentetan drama hantu jahat akan berterusan supaya akan membukakan lagi mata banyak pihak termasuk orang di luar malaysia terhadap kesan buruk rampasan kuasa yang tidak bermoral. Apa respon pihak keselamatan terutamanya polis dalam tragedi esok sama-sama kita nantikan, apakah akan meneruskan lagi agenda menjadi kumpulan samseng berlesen dan mafia yang dikawal perlembagaan? sama-sama kita tungguuuu....

Isnin, 10 Ogos 2009

Cuti-cuti Malaysia...

Assalamualaikum.

Memang terlalu lama tidak menjenguk blog ni. MasyaAllah, dah bersawang rupanya. Jenuh nak mengemas semula. Berhabuk dekat sekati.. huhu

Alhamdulillah, tahun ni Allah tetapkan saya selamat sampai juga Malaysia untuk bercuti. Ada beberapa urusan yang mesti saya lakukan sempena cuti ini.

Apa pun kebimbangan yang sangat menghantui percutian kali ini ialah bala H1N1 yang Allah hantar kepada dunia. Apakah manusia akan mengambil peringatan?

Allahumma a'fina..wasyfi mardhonaa..wajannibna minal waba'i wal bala'i ya robbal alamiin.

Sabtu, 25 April 2009

Apa kata kalau Dr. Haron Din jadi Timbalan Presiden

Tuan Guru Dato Prof. Dr. Haron Din jadi Timbalan Presiden, Jalan Terbaik!


Sudah menjadi tradisi dan kebiasaan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Pas setiap dua tahun sekali. Maka kita dapat melihat sudah ramai yang melalui proses ini. Pemimpin datang dan pergi. Jawatan diisi dan diganti. Tidak ada sesuatu yang kekal. Namun perjuangan tetap kekal..


Terpanggil juga diri ini untuk membicarakan tentang pemilihan Pas tahun ini. Dalam suasana politik yang semacam sekarang. Suasana ahli yang sudah pelbagai. Situasi yang semakin mencabar. Maka pemilihan tahun ini amat penting dalam menggambarkan kelangsungan Pas untuk sekurang-kurangnya berhadapan 2-3 tahun singkat yang akan datang yang dikatakan zaman politik peralihan kuasa kuno kepada kuasa baru rakyat di Malaysia. Suasananya genting. FITNAH pasti lebih hebat!


Parti Islam harus lebih hebat Islamnya. Pimimpinnya harus berjiwa Islam sebenar!


Apa yang kami bimbang, pemegang-pemegang jawatan tertinggi Parti Islam tidak sehaluan dengan pemikiran Islam yang betul. Amat malanglah jika sebuah jemaah islam yang benar didokong dan dipimpin oleh pemikir yang tidak tepat dengan ajaran Islam. Apa yang perlu dititk beratkan oleh perwakilan ialah, sekurang-kurangnya jawatan-jawatan penting parti daripada presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak diisi oleh golongan bukan SUNNI. Pas harus berhati-hati dengan ‘golongan ayatuLlah’ yang berada di dalam Pas. Aliran pemikiran yang bersangkut dengan akidah ini amat berbahaya jika menular dan berjaya mempengaruhi minda ahli yang bertaraf awam. Sejarah dan Hakikat sekarang sudah banyak mendedahkan permusuhan nyata dan licik golongan berusul takiyyah ini kepada ummat Islam yang beraqidah ahli sunnah wal Jamaah yang merupakan satu-satunya golongan Islam yang diterima. Maklumat tentang kewujudan golongan dan pengaruh 'ayatullah-ayatullah' ini dalam Pas bukan lagi suatu rahsia.


Untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden secara khusus pula, kita amat mengharapkan Parti Islam terus dipimpin oleh golongan Ulama’. Ya, walaupun jawatan Timbalan Presiden. Mereka yang tidak bertaraf Ulama, cukup saja di jawatan Naib Presiden. Cara berfikir ulama lain dari bukan ulama’. Pandangan mereka ditunjuk oleh Allah. Mereka dekat dengan Allah. Cakap mereka diilhamkan oleh Allah. Berbeza golongan yang tidak Muqarabah dengan Allah dan kurang muroqobah, pandangan mereka lebih mudah bercampur dengan nafsu.


Untuk Jawatan Presiden, saya rasakan semua ahli bersepakat mengekalkan TG Hj Hadi Awang. Beliau terbaik untuk jawatan tersebut.


Cuma bagi jawatan timbalan, mungkin satu perubahan harus dilakukan. Ustaz Nasaruddin Mat Isa, seorang yang punya ilmu yang tinggi. Namun mungkin bukan masanya lagi pengaruhnya mampu menguasai ahli. Mungkin sedikit masa lagi selepas belajar dari bawah beberapa ketika, beliau adalah orang yang paling layak kembali ke jawatan tersebut.


Saya fikir beberapa faktor harus ada pada Timbalan Presiden supaya mampu mententeramkan ahli dan mampu mewakili ahli. Selain jawatan tersebut mampu melambangkan kekuatan Pas.


1. Faktor Usia amat penting dalam menjadikan pimpinan itu dihormati.


2. Fktor Kredibiliti dari keupayaan mempengaruhi melaui kata-kata.


3. Faktor Peribadi dari segi penampilan diri, ucapan, kehormatan, kedudukan di mata masyarakat, waraa dan sebagainya yang mampu diterima oleh semua pihak.


4. Faktor ke’GAH’an diri juga amat penting dalam berhadapan situasi luar jangkaan dan genting. Banyak pimpinan tidak dapat membuat keputusan penting yang mencabar (yang mungkin bakal menimbulkan kontroversi dan fitnah ) dengan tepat sambil dapat mententeramkan ahli supaya tidak kecoh. Faktor ini mampu mempengaruhi ahli supaya dapat menerima dan memberi kepercayaan kepada pimpinan dalam menguruskan sesuatu isu. Bukankah sekarang, Pas di suatu tahap yang sedang menuju kegemilangan. Dan Bukankah sebab kedudukan pas di tahap ini menyebabkan banyak keputusan genting dan kontroversi harus dilakukan. Pas sekarang berada di zaman FITNAH! Maka golongan ulama adalah yang terbaik yang boleh diharapkan dan diletakkan kepercayaan untuk berhadapan dengan zaman seperti ini.


5. Faktor Kefahaman tentang Islam. Maka golongan Ulama adalah yang paling tepat. Banyak keputusan dalam parti Islam tidak lari dari hukum dan pandangan Islam. Maka, golongan bukan ulama bukanlah orang yang paling memahami Islam.



Oleh itu, sebagai memenuhi ciri-ciri tersebut, pilihan yang paling layak untuk ke jawatan Timbalan Presiden ketika ini, saya dan mungkin kebanyakan ahli lain fikirkan cuma nama Dato Prof Dr. Haron Din sahaja yang paling layak. Kewibawaan beliau tidak siapa pn dapat nafikan. Ketokohan beliau diiktiraf semua. Beliau seorang yang disegani oleh semua pihak. Tidak ada golongan yang memusuhi beliau. Cakap-cakap beliau dijadikan hujah dan pegangan oleh ahli. Beliau mampu mempengaruhi golongan elit mahu pun sebaliknya. Seorang ulama yang disegani oleh lawan dan kawan. Mempunyai buah pandangan yang mampu membawa parti Islam lebih maju dan mengawal parti dari tidak sesekali tersimpang dari kehendak agama.


Saya berharap, Dato Husam Musa atau Mohamad Sabu jika benar bagai diberitakan dan heboh sekarang, atau sesiapa sahaja yang ada niat mahu merebut jawatan Timbalan Presdien, dapat membatalkan niat mereka tersebut. Bagi saya mereka belum layak untuk ke jawatan penting itu. Jika mereka benar mahu ke jawatan tersebut, maka kita persoalkan..Kekosongan dan keperluan apakah yang mereka boleh isi jika mereka ke jawatan tersebut?! Bagi saya, tidak ada. Biarlah jawatan itu diserah kepada mereka yang lebih layak!


InsyaAllah, kombinasi TG Hj Abd Hadi Awang dan Dato Prof Dr. Haron Din mampu memandu pas dalam Membangun Bersama Islam di bawah Kepimpinan Ulama ke arah berhadapan dengan fitnah Zaman yang semakin mencabar, di samping dapat menggembelingkan tenaga Ulama, profesional dan ahli kesemuanya...insyaAllah.


Harapan kita semoga semua kawasan boleh mencadangkan Dato Prof. Dr. Haron Din sebagai Timbalan Presiden. Namun, jika nama itu belum tepat, adalah lebih baik urusan ini dikembalikan kepada syura membuat sebarang perbincangan dan keputusan! Kembalikan urusan besar ini kepada SYURA!