Selamat Datang

Jumaat, 21 Oktober 2011

HIMPUN Aman, Tidak seperti Dakwaan Ahli Politik.. Himpun Sayang Aqidah Ummah



Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :

  1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.
  2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar
  3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
  4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan
  5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium
  6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing
  7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.

Larangan :

  1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program
  2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.
  3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.
  4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung

Berikut adalah deklarasi yang akan dibaca nanti;

Bahawasanya , Islam adalah Risalah Illahy yang membawa mesej “rahmatan lil ‘alamin” dan Islam mera’ikan kehidupan harmonis antara umat beragama berdasarkan sikap saling hormat-menghormati berasaskan hak dan keadilan untuk semua ,

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjung kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak ,

Bahawa Islam menjaga hak semua penganut agama yang lain yang bersepakat untuk hidup dengan aman dan menghormati hak majoriti Muslimin dalam negara ini yang hidup bersama dengan pelbagai keturunan dan kepercayaan agama.

Bahawa perhubungan harmonis antara pelbagai penganut agama di negara ini perlu dipupuk untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.

Bahawa kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan dan penyebaran agama lain dari Islam kepada penganut agama Islam dilarang berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen Islam di negeri-negeri hendaklah didormati dan dipertahankan ,

Bahawa kebebasan dan hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman adalah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan ,

Bahawa usaha memesongkan aqidah umat Islam secara halus dan terang-terangan untuk memurtadkan orang Islam akan menjejaskan keselamatan nasional dan akan mengujudkan hubungan tegang antara anggota masyarakat berbilang agama dan ia hendaklah ditolak dengan tegas,

Bahawa sebarang percubaan mengugat pegangan hidup umat Islam yang bertunjangkan aqidah tauhid adalah tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan harmoni antara umat Islam dan umat dari agama yang lain.

Bahawa percubaaan mencabar atau menghina atau menggugat peruntukan undang-undang Islam sebagai undang-undang yang sah untuk orang Islam adalah suatu tindakan yang dilihat mencabar orang Islam dan kedudukan Islam di negara ini,

Mengambil perhatian serius bahawa ada usaha untuk mempersoalkan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan negara sebagai agama Persekutuan dan oleh itu seluruh umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya hendaklah menrima dan mempertahankan Islam sebagai asas pembentukan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara beragama.

Bahawa kami , umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya pada hari ini , 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, menyertai suatu perhimpunan yang diberi nama Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan memberi komitmen penuh untuk :

BERSATU mempertahankan Aqidah Islam dari sebarang usaha dari mana-mana pihak yang mahu merosak dan memesongkan pegangan orang Islam . Sesungguhnya tindakan sengaja untuk memurtadkan orang Islam boleh menimbulkan ketegangan antara pelbagai penganut agama di negara ini,

MEMPERKUKUHKAN kesatuan seluruh umat Islam seperti yang diwahyukan dari Allah dalam Ayat 103 , Surah Ali Imran , mengelakkan perpecahan yang merugikan dan kembali kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah secara total dalam semua aspek kehidupan umat Islam,

MENGINGATKAN semua pihak dikalangan rakyat Malaysia supaya menjaga sesnsitiviti terhadap pegangan Aqidah umat Islam dan menghormati segala hukum Islam terutama dalam isu murtad kerana kepentingan mempertahankan aqidah Tauhid adalah isu terbesar bagi umat Islam mengatasi segala isu yang lain ,

MENETAPKAN bahawa agenda dalam apa bentuk sekalipun semada secara terang-teranganan mahupun secara halus untuk memesongkan aqidah umat Islam akan berdepan dengan bantahan tegas dari kalangan umat Islam

MENDOKONG peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan peranan dan amanah menjadi pelindung dan payung kepada pentadbiran Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ,

BERILTIZAM untuk melindungi , mempertahan dan memelihara peruntukan mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yaitu Islam adalah agama Persekutuan dan semua peruntukan yang lain mengenai hak dan tanggungjawab Raja- raja Melayu dan Kerajaan terhadap Islam yang tertera dalam Perlembagaan di negara ini perlu dihormati.

MENYOKONG usaha untuk memastikan seluruh makna dan kandungan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini secara “ruh” (spirit) dan secara“kalimat”(word) diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan nyata dalam pentadbiran dan pembangunan negara ,

MENDUKUNG semua usaha untuk memperkasa pelbagai institusi Islam untuk meningkatkan martabat dan wibawa Islam di negara ini dalam pelbagai aspek kehidupan umat semada sosial,budaya,ekonomi,undang-undang mahpun politik.

MENGEMBLENG tenaga dan seluruh sumber untuk meningkatkan penghayatan dan pembelaaan terhadap kesucian agama Islam dikalangan umat Islam demi memastikan martabat Islam dijulang dan kemuliaannya dipertahankan, Untuk itu seluruh organisasi Islam hendaklah berusaha semaksima mungkin untuk menjaga kebajikan dan meningkatkan pendidikan Islam secara berkesan kepada semua lapisan masyarakat Islam,

MENGESA supaya institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Institusi Zakat dan Baitul Mal meningkatkan keberkesanannya untuk menangani segala masalah yang dihadapi golongan mualaf dan golongan dhuafa serta kelompok yang memerlukan bimbingan demi menjaga aqidah dan amalan Islam mereka,

MENUNTUT supaya undang-undang khas iaitu Akta Pencegahan Murtad selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan untuk membendung gejala murtad dan kegiatan pemurtadan hendaklah segera digubal dan dikuatkuasakan secara terselaras dan menyeluruh diperingkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

MENYATAKAN gesaan supaya semua kekuatan umat Islam semada dalam kerajaan mahupun dikalangan masyarakat sivil supaya berganding bahu meningkatkan fungsi seluruh agensi dan institusi umat Islam agar lebih berkesan dan benar-benar mampu mengangkat martabat umat Islam ke tahap Khairo ummah yang sejati.

MENDESAK pihak berkuasa dari Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri melaksanakan polisi yang tegas untuk menyekat segala bentuk hiburan melampau dalam media massa, kelulusan acara konsert terbuka yang berunsur liar dan lpengeluaran lesen pusat hiburan yang menganjurkan acara yang mendedahkan generasi muda Islam kepada keruntuhan akhlaq dan penghakisan pegangan Aqidah Islam.

SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
  15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
  16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS
  17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD
  19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM
  20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM
  21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM
  22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA
  23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN
  24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS
  25. Gabungan Persatuan Silat
  26. Gerakan-gerakan belia
  27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  29. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN
  1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS
  2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO
  3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  4. Oh Media Network | Oh! Media
  5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad
  6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah
  7. Islam Itu Indah
  8. BeautifulNara
  9. Nasyeed.com


Tiada ulasan: