Selamat Datang

Khamis, 26 Julai 2007

Tanahairku

Semalam tak sedar lebih 3 jam kami berborak. Rasanya, ingin bayu catatkan segala bahan bualan kami semalam. Tapi, entah bagaimana mahu diungkap...

Semalam, bayu bersama rakan menziarahi seorang rakan lain yang baru pulang dari Umrah. Bersama kami seorang rakan yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa di tanahair. Sedar tidak sedar, banyak perbualan kami semalam menyentuh isu di tanahair. Soalnya terlalu kronik. Isu-isunya sangat besar. Lapangannya sangat luas. Musuh dan sasaran dakwah juga terlalu pelbagai dan beraneka jenis. Persediaan dan bekalan terlalu banyak harus kami sediakan jika benar ingin kembali ke tanahair. Gambaran yang sebenarnya berada diluar sangkaan kami. Persediaan yang bukan hanya menagih kemampuan mengupas isu wudhu' dan solat atau haji dan sebagainya, tetapi perlu menyentuh pelbagai isu kontemporari. Bekalannya perlu meng'akar'.. iaitu bukan sahaja memadai kemampuan yang sambil lewa. Methode dakwahnya perlu lebih profesional dan intelektual.

Selain isu keruntuhan moral yang menjadi-jadi, isu-isu serangan terhadap aqidah dan kesatuan umat juga sangat bersifat serius. Mana tidaknya, selain perlu berhadapan dengan kumpulan kristienisasi dan globalisasi, umat islam harus menepis dan berhadapan kumpulan-kumpulan (yang kononnya) islam yang lain. Mana dengan sister in islam atau apa-apa sahaja kumpulan islam liberal yang lain, kumpulan syiah dan sebagainya sehingga akhirnya kumpulan yang menghentam sesama ahli sunnah dan mereka ini mengaku sebagai kumpulan tajdid (pembaharuan). Sebenarnya semua gerakan ini mempunyai aset-aset yang besar dalam mempengaruhi minda masyarakat selain mempunyai perancangan dan tindakan yang sangat tersusun. Penentangan terhadapnya memerlukan suatu gerakkerja yang tersusun juga. Hujahnya tidak mampu dibalas jika bukan dari orang yang melakukan persediaan rapi. Manusia yang tidak lengkap bekalnya, amat sukar untuk menghujai gerakan-gerakan ini.

aduh, letih betul sekarang.. itu baru sahaja memikirkan dan berbual tentang keadaan tanahair ku.. Hidup pasti tidak letih kalau tidak memikirkan semua hal ini. Tetapi, bolehkah kalau aku tak fikirkan hal-hal ini?!

Jumaat, 20 Julai 2007

Malu oh malu.....

Mukaddimah :
Bismillahirrahmanirrahim..

Hampir sebulan blog ini terbiar tanpa sebarang entri baru. Ah, terlalu sibuk. Selesai satu ursan berjabu pula urusan lain mendatang.

tetapi kerana terlalu merindui lapangan ini, hati meronta-ronta meminta diruangkan sedikit masa mengunjungi rakan-rakan maya.


Khabar dari Syria :

seminggu dua ini, malu rasanya diri nak mengaku rakyat Malaysia. tetapi bila difikir-fikir, sekali sekala kena peleceh apa salahnya. Sedangkan banyak lagi kesempoian Malaysia yang terkenal seluruh dunia. Malaysia dengan gelaran Truly Asia sekurang-kurangnya dapat juga merawat hati yang terluka akibat aib yang dipersembahkan di Stadium Bukit Jalil oleh jaguh2 Skuad Harimau... alahai, harimau ni suka sangat mengalah. Pemurah Betul !!! Seorang rakan dalam rancangan Sembang-sembang Piala Asia di sebuah stesyen televisyen (satelite) mengulas kekalahan yang amat memalukan sebagai pasukan tuan rumah, beliau berkata Malaysia ni pemurah !!! Alahai memang pemurah betul tuan rumah ni ya. Melayan tetamu cukup bersopan.

bayu dang rakan-rakan di Syria sekarang takkan ada yang sanggup berbicara bola dengan bangsa-bangsa lain di sini. Mahu sahaja melarikan diri dari topik bola. Sebab, bila sahaja mengaku rakyat Malaysia, semuanya mengata dan mengulas kekalahan yang memalukan. Tidak kurang juga yang memperlekehkan skuad kebangsaan kita. Tetapi, terima saja lah.. memang skuad kebangsaan kita terlalu lekeh dan daif. Mana tidaknya, ramai juga arab yang menyokong Malaysia bila perlawanan bertemu China. tetapi kecewa... kalaulah mereka kecewa, kami lagi kecewa dan sampai sekarang terus kecewa.

Semangat Thailand, Vietnam dan Indonesia langsung tidak tempias ke Tanah Air.. Malaysiaku tercinta.

seorang rakan lagi bila ditemuramah oleh sebuah rancangan televisyen di sini berkata sebagai mengulas kekalahan demi kekalahan yang mengaibkan Skuad Kebangsaan Malaysia, beliau berkata : "Malaysia negara perindustrian.. sebab tu tak sempat nak tumpu pasal bola....."
lantak la apa pun alasan, janji hang terlepas... hahaha
padahal perindustrian dan sukan langsung tak ada kaitan...


Pesanan Penaja : Semoga tintahati sabar menunggu tag untuk dibalas.. hutang tetap hutang. Bayu akan tunaikan.. hehe.. insyaAllah.