Selamat Datang

Jumaat, 30 November 2007

Filem kita Kurang Ajar

Terhina rasanya syiar Islam dengan kebiadaban artis kita. Isu sering berlaku bagai tak pernah diambil kisah oleh para artis terhadap sensitifiti umat Islam.

Semalam, bayu amat terasa dihina dengan dialog "astaghfirullah al azim" dan "assalamualaikum" dalam filem Haru Biru. Apa yang biadapnya ialah lafaz astagfirullah al azim itu disebut dengan nada selamba sambil berpeluk dengan lagak watak tengah merendek (macam nak memulakan zina). assalamualaikum pula di ucapkan selepas bercium lalu si perempuan tesebut keluar dari kereta. Apa yang untung dan motifnya dialog tersebut diletakkan dalam suasana tersebut kita pun tak tahu. Kemungkinan yang paling kuat mempengaruhi minda ini buat masa ini hanyalah mengatakan motifnya cuma satu iaitu menyindir dan menghina Islam serta Syiarnya.

Sudahlah pembawaan cerita langsung tidak bermesej. Cuma tidak lebih menunjukkan hiburan masyarakat dan suasana hidup rakyat kita yang bebas dan liar semata-mata. Di hujung cerita pula, langsung tidak ada pedoman dan pengajaran yang mahu ditonjolkan.

Apa sudah jadi dengan filem-filem melayu kita. Aksinya semakin melampau. Sekarang aksi-aksi berahi semakin banyak dalam filem negara. Tonjolan artis simbol seks juga semakin mendapat tempat dalam filem-filem terbaru. Sensitifiti terhadap agama semakan tidak dipedulikan. Aliran liberal beragama semakin diketengahkan. Sedangkan masyarakat kita memang sudah jauh tersasar dari panduan hidup yang sebenar. Bayu yakin, filem-filem melayu kini tidak langsung bertujuan merawat masyarakat. Yang jelasnya, masyarakat semakin parah dengan pengaruh filem sendiri.

Mungkin lembaga penapisan filem kita sudah tidak berguna. Atau petugas-petugasnya tidak bertugas (makan gaji buta). Atau memang petugas-petugasnya sendiri terlalu berminat filem-filem malaysia harus dibawa menjadi seperti filem barat yang tak perlu lagi ditapis. Atau juga, lembaga penapisan filem cuma sebagai satu sandiwara memelihara filem-filem tidak bermoral ini.

Kita juga yakin, pengarah dan penulis skrip filem-filem seumpama ini memang sudah jauh karat otaknya dipengaruhi elimen biru dan budaya kuning yang melampau. Jelas, mereka terlalu bernafsu membawa filem-filem Malaysia ke satu tapak lagi.. harus Berani dan Berahi !!!

Selasa, 27 November 2007

Apa punya Turrr... (khas untuk nozula)

Malu rasanya melihat tindakan Nozula. Saya sengaja tidak menyebut Yang Berhormat kerana saya hilang hormat kepada pemimpin yang samseng dan tidak bermoral seperti itu.

Perbahasan harus jangan tercemar dengan insiden seperti itu. Jelas menunjukkan kebodohan dan kerendahan tatatusila berbahas.

Tidak hairanlah DUN kelantan meluluskan hukuman menggantung kenggotaan Nozula dan sahabatnya Adnan kechik.

Umno harus berasa malu kerana mempunyai ahli dan pemimpin seperti itu. Umno kelantan sendiri harus bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka memilih calon yang sangat tidak cerdik itu. YAB Pak Lah harus menggugurkan Nozula dari senarai calon untuk pilihanraya akan datang. Bukan itu sahaja, Umno juga harus menggugurkan semua pemimpin2 mereka yang tidak bermoral....

Umno pun harus mengambil tindakan menggantung keahlian Nozula. Malah berpandangan adalah lebih baik jika Umno berkeputusan memecat dia (tak elok guna beliau kepada orang yang tak dihormati) dari keahlian Umno. Kesalahan tersebut jika melibatkan ahli bawahan maka hukuman menggantung keahlian adalah wajar. Tetapi kepada pimpinan yang membawa imej parti, tindakan lebih berat adalah yang sepatutnya. Tindakannya betul-betul mencemar parti.

Ahad, 25 November 2007

tindakan PAS kurang wajar

Tindakan pas dalam memberi respon dalam isu perhimpunan golongan hindu yang dipimpin oleh Hindraf dilihat amat tidak wajar. Dalam pertembungan yang terlalu dahsat atara islam dan dakyah agama-agama lain termasuk hindu (antara yang paling aktif) semakin kritikal, respon yang diberikan seakan menyokong suatu lanjutan yang bakal diterima dari keadaan tersebut. Tindakan mendiamkan diri dari memberi respon kepada isu tersebut dirasakan lebih baik walaupun berkemungkinan sentimen ini boleh menyatakan pas menjuarai suara demokrasi. Kerana isunya bukan hanya harus dilihat kepada isu kebebasan dan hak asasi manusia tetapi lebih dari itu isu lanjutan menuntut hak sama rata antara agama. Sentimen tersebut jangan hanya dinilai dari kepentingan politik semata-mata tetapi harus memikirkan kesan dari kelangsungannya terhadap negara dan bangsa.

Kita menyedari pertempuran antara Islam dan agama2 lain di Malaysia dalam keadaan yang sangat kritikal. Hindu merupakan antara agama yang paling aktif dan berpengaruh mencabar Islam di Malaysia. Gerakannya sangat kuat.

Kita juga menyedari, antara gagasan yang diresolusikan oleh pertubuhan2 hindu Malaysia antara lain cuba mengembalikan kuasa dan hak penduduk asal kepada mereka sepertimana dakwaan mereka yang mengatakan hindu dan masyarakat hindu merupakan penduduk asal tanah melayu dengan pertemuan dan bacaan sejarah selain dikuatkan oleh pertemuan candi-candi sebagai contoh. Agenda dari tuntutan hindraf itu membayangkan betapa gerakan dari resolusi tersebut sudah dilancarkan. Hal ini harus dinilai sebagai satu cabaran baru kepada gerakan Islam.

Kita juga amat bimbang tindakan ini merupakan lanjutan dari isu tuntutan hak sama rata antara agama dan isu pertikaian terhadap hak dan kepentingan islam yang masih berbaki sedikit dijaga oleh perlembagaan negara. Isu ini bukan isu perpaduan antara bangsa di malaysia tetapi isu yang bakal melahirkan pertentangan dan cabaran terhadap Islam.

Kita faham, pas tidak menyuarakan sokongan terhadap apa yang dituntut oleh Hindraf tersebut. Tetapi respon menyokong perhimpunan tersebut sebenarnya amat bahaya kepada gerakan Islam andai kata tuntutan mereka berjaya. kesan dan Lanjutan dari isu saman, bakal menjadi cabaran baru yang amat besar kepada dakwah Islam di Malaysia.

Bagi media-media dan penggerak dakwah Islam harus bijak menggunakan isu tindakan liar yang diambil oleh peserta perhimpunan tersebut (jika benar seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar nasional) dalam menafikan keganasan yang sering dikaitkan dengan kumpulan Islam. seharusnya jika keganasan dari perhimpunan hindu tersebut memang tercetus dari pihak mereka, hindu juga sepatutnya dikaitkan dengan keganasan dan ancaman kepada keselamatan negara.

Khamis, 15 November 2007

Pilihanraya budak Syria..

Salam buat semua..

Bayu agak kecewa dengan keputusan pilihanraya Pesatuan Pelaja Malaysia Syria. Keputusan yang memang sudah dijangka awal itu tetap berlaku melambangkan betapa mentaliti Majoriti pelajar Malaysia di Syria terlalu rendah menilai kepimpinan bedasarkan fikrah, kemampuan dan potensi kecemerlangan tugas yang pernah ditunjukkan oleh beberapa calon yang tewas. Wajah kepimpinan di Syria dilihat terarah dengan telunjuk asobiah dan mungkin sedikit terselit kepentingan politik pihak tertentu. Namun, mereka yang menang sudah pun menang. Cuma kekecewaan masih dirasai.

Menilai suasana pilihanraya mahasiswa Malaysia di Syria baru-baru ini, bayu beranggapan selain kempen yang sangat bersungguh-sungguh atas dasar asobiah memenangkan beberapa individu yang sememangnya tidak layak memimpin, pihak yang cuba meneutralkan keadaan serta mempunyai calon yang sangat baik pula ternyata terlalu lemah dalam bekerja memenangkan calon mereka. Apa yang lebih mengecewakan, para penyokong calon-calon terbaik ini mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Mungkin satu tindakan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap suasana dan pengendalian pilihanraya tahun ini. Dalam kegamatan suasana tesebut, suasana pilihanraya juga seakan-akan tercemar dengan keadan seperti disabotaj oleh pihak jawatankuasa pemilihan.

entah la..

Apa yang penting buat pimpinan baru, kembalikan keyakinan ahli kepada persatuan. Carilah sebab... kenapa telalu ramai ahli yang pernah aktif berkhidmat kepada persatuan telah berkeputusan jauhi dari sebarang agenda persatuan?! Jaga hati semua pihak. selain tu, Teruskanlah perjalanan persatuan tanpa sebarang campur tangan politik mana-mana pihak. BERSIHkan persatuan dari sebarang masalah perpaduan. BERSIHkan pesatuan dari imej Politik !!

"Keadaan kita berbeza dengan banyak pesatuan lain !! Teruskan keharmonian yang telah disemai oleh orang terdahulu. Sambunglah langkah toleransi dan hubungan yang erat dengan semua pihak tanpa mengira mana-mana fahaman. Kita merupakan pelajar yang bijak menilai. Apa yang baik kita ambil. Apa yang tidak baik kita kitar-semulakan supaya menjadi baik dan boleh diamalkan..."

- luahan ikhlas dari jiwa seorang mantan exco PPMS..

pesanan penaja : Dah habis sebulan syawal, bayu senja baru dapat baju baru !!
hehe :)

Ahad, 11 November 2007

Tahniah Gelombang Kuning!!

Semalam rakyat malaysia menunjukkan kuasa sebenar suara rakyat. Tahniah buat pejuang demokrasi negara. Tahniah buat rakyat Malaysia yang membanjiri Ibu Kota Negara dengan Gelombang Kuning.

Laporan TV malaysia sungguh tidak telus. Malu rasanya bila mengikuti laporan dari Al-Jazeera. Betul. Malaysia amat buruk amalan demokrasinya. Sungguh!!

bagi mereka yang pernah berada di suasana negara yang penuh toleransi dan baik amalan demokrasinya pasti memahami falsafah himpunan rakyat. Hak rakyat untuk berkumpul harus diberikan. Suasana himpunan harus dijaga oleh Pihak berkuasa. keberadaan pihak berkuasa seharusnya bukan bertujuan menafikan suara rakyat. teteapi mengawal keselamatan dan ketenteraman himpunan yang menjadi hak rakyat terbanyak ketika itu. Mereka yang datang ke perhimpunan bukanlah musuh negara, malah rakyat negara kita sendiri. Gelombang kuning yang boleh jadi ratusan ribu rakyat itu mewakili suara umum rakyat negara kita.

Apa yang diharapkan sekarang, memo yang dihantar kepada pihak Istana Negara itu akan diambil susulan yang sangat bijak oleh institusi tertinggi negara tersebut. 4 tuntutan tersebut bukanlah sebagai pilihan tetapi adalah kewajipan. Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab. Kita menyeru semua rakyat malaysia untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Allah agar keadilan dan demokrasi yang telus di negara kita dapat dijelmakan.

Kita memberi nasihat sekali lagi buat Perdana Menteri dan seluruh sekutunya agar Jangan cuba perbodohkan rakyat lagi. Jangan cuba bermain dengan api kebangkitan rakyat. Buat Khairi Jamaludin, Jangan cuba celupar mencabar Rakyat !!!!