Dah lama sebenarnya perkara ni terbuku di hati..
Orang kedah ni dia malu dengan jati diri kedah ka haa...
Apa yang saya cuba maksudkan ialah, ramai yang saya kenali seakan lupa dia orang Kedah.
Mana tidaknya, mereka lebih selesa bercakap dengan pelat KL. Walaupun yang saya kenal itu, dilahirkan dan membesar di Baling, keluar dari Baling pi belajar di Pokok Sena.
Ada pulak yang belajar dan membesar di Pokok Sena, jarang-jarang pi Alor Setar, Kaddang-kaddang baru pi jauh sikit.. lama-lama sekali baru ke negeri lain. Tapi alahai, bila sampai Syria dah cakap Ke eL.. itu situasi di Syria. tak kurang jugak di Malaysia ni pun. Ngaji di Selangor atau tinggal di Ke eL baru 2 tahun, sedangkan dok kedah dari kecik dah 20 tahun lebih..tapi bila balik bercuti 'je', atau cakap telefon dah terlupa cakap Kedah...
alahai, malu agaknya..
Tapi mungkin depa tak sedaq bahawa orang lain suka dengaq orang kedah bercakap. Saya 2-3 hari lepas di Shah Alam sempat ke sebuah gerai. Tokey gerai tersebut tak kira sapa dia cakap kelantan buat tak gheti.. Tapi saya rasa bangga dengan dia. Selain kita terasa mahu pelajari pelat Kelantan. Antara kekaguman orang dekat Lan pet-pet adalah kerana kekedahannya. Orang suka Mat Sabu pun kerana Kekedahannya. Tak kira di mana, dia tetap dengan pelat Kedah. Orang suka...
Selain itu, saya melihat di Kedah sendiri orang lebih gemar guna 'jenama' yang dinamakan oleh negeri lain. Di Kedah la ni, dah tak dapat 'cucuq pisang' sebab goreng pisang dah banyak. Takkan dapat dah roti kerai sebab orang lebih suka roti jala. Orang tak mau lagi taik minyak, orang nak koleh kacang. Orang tak cari Ais kacang dah, sebab orang kedah la ni nak air batu campur... begitulah keadaannya.. Di Kelantan penduduk sana masih suka dengan nama yang diberi oleh orang tempatan. Jadi orang teringin nak kenali bahasa mereka. (sekarang tak tau la kot2 orang kelantan pun dah cemuih dengan 'bahasa' kelantan..)
Tidakkah orang kedah sedar, bahawa 'bahasa' kedah itu adalah bahasa yang sangat indah. Malah bahasa melayu yang paling fasih dan tepat itu ialah bahsa Kedah...huhu.
Tak percaya?
Tak ada istilah untuk air atau apa2 yang sangat padat dan dah nak melimpah. Tetapi kedah namakannya sebagai 'ghepu'..
Tidak ada bahasa untuk namakan 'cincang halus' tetapi Kedah ada. Orang kedah panggil 'ghincik'. iaitu dah cincang halus, kemudian dihaluskan lagi....
'Hemoi' satu perktaan yang susah nak diterangkan. Tetapi amat sesuai dengan Yb Mahfuz Omar..
'megheloh' : tidur yang terlalu lena dan asyik.
dan banyak lagi yang sedang dihimpunkan.. mungkin boleh buat kamus satu hari nanti :)
ada seorang sahabat yang masih berjati diri kedah tulen berkata "tak silap aku, lepas bahasa quran, bahasa kedah la bahasa yang paling mulia dan penuh balaghah..."
16 ulasan:
geng kedah yang saya dok kenai jenis taassub lebih, contohnya saudara sendiri la. hhahaa
haha,
cintakan tanahair...
meninggalkan jejak di sini..
hehehe...
dulu dihah blajo kat kedah sana...seronok, makanan murah dan segalanya mendamaikan jiwa....
hujan batu negeri orang, hujan emas di negeri sendiri, bukan?
salam perpaduan.
mardihah
salam... orang kata klu sekali dah cakap kedah susah nak ubah... hehehehe... macam taassub ja.. hahaha
mardihah,
kedah best kan? hehe
salam perpaduan..
farid,
tu la satu lagi keistimewaan yg tak dihargai oleh orang asal kedah..
haha
tinta fleksibel. pi utara tukar loghat, pi selatan tukar loghat, pi belah timur tukar loghat...semua loghat tinta suka sbb daku rakyat Malaysia :)
tinta,
haa.. di mana bumi di pijak di situ langit di junjung..
tapi tanah asal jgn terlupa plak.. hehe. Baru org kenal 'cop' mana ;)
Salam ziarah...
huh?! ada gak kerr yang malu nak ngaku asal org kedah... kalau aku nak malu wat apa.. hehehe...
tu tak teruk sangat...
Kat sabah ni lagi laa... org tu baru pergi sebulan dua kat KL , balik balik langsung cakap KL (semenanjung) tah mana sleng sabah dia buang.. hahahaha...
ada gak yang malu nak ngaku jadi budak sabah... bab kat KL ramai budak sabah di cop sebagai samseng.. huhu
So kedah kerr sabah ker.. buat apa nak malu... tu kan tempat lahir kita kan... lol
Adry @ http://www.adrysabry.com
adry,
haaa, tu la pasal :)
Saya orang Johor. He he he!
wife aku org kedah.kat umah cakap kedah.anak aku pun terikut cakap kedah.aku orang ganu tapi tak cakap ganu,pasal kalu cakap diorang tak baper paham.balik ganu baru leh cakap ganu.
mr. jowo,
yaa.. saya tau.
hehe,
bangga dgn kejohoran tu bagus sekali...
Mr. Penyu,
ya la, ganu punya pelat awat yang cenggitu sekali. Saya pun nganga saja kalau budak ganu cakap..
dorang takut kot tercakap ngan orang yang tak fasih loghat kedah kot.....?
orang malaysia memang dari kecik diajar dengan cara macamtu.suka mengagung-agungkan dan melebihkan bahasa asing.tak macam negara2 seperti korea,thailand,jepun dan seangkatannya yang lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka sehinga memaksa orang asing yang nak berurusan dengan mereka mempelajari bahasa mereka.jadi tak hairanlah kalau orang kedah malu dengan loghat kedah sendiri.samalah jugak macam orang malaysia yang malu berbahasa malaysia.
maksu,
mungkin la kot.. tapi bila bercakap dgn org kampung sndri pn mcm tu jugak, tak taulah nak sangka camana...
bintu,
mungkin la kot :)
kalo org baling,xda loghat kedah...susah la..setahunya,org baling yg memang pelat kedah yg pekat...tapi,memang dijumpai ramai org yg dh hlg loghat asalnya..antara kwsn wlu berada di luar kedah,perlis,penang n utaro perak..yg masih da loghat kedah...kat kawasan felda...mcm felda d phg..
Catat Ulasan