Kelmarin, bersama 4 orang rakan telah menjadi tetamu YB Kuala Kedah untuk hadir melihat suasana persidangan Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.
Persidangan berhubung perbahasan bajet 2009 yang diisi oleh Ketua Pembangkang semalam seolah menampakkan Dewan Rakyat telah menjadi milik mesyuarat Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pun menteri yang bersama mengikuti perbahasan. Tambah memilukan Menteri Kewangan yang baru juga turut tidak mengikuti perbahasan tentang bajet. Tetapi anehnya, bila persidangan behenti rehat, merekalah yang memberi komen. Sedangkan hakikat dalam Dewan Ketua Pembangkang dan ramai MP Pakatan Rakyat semalam bangun berkali-kali mendesak respon segera dari kabinet atau mana-mana menteri berhubung "bajet outdated" yang dibentangkan oleh kerajaan BN, namun mereka tidak ada dalam Dewan. Mana-mana pihak semalam termasuk Speaker , Timbalan Speaker dan MP Barisan Nasional menerima bahawa bajet yang dibentangkan sebulan setengah yang lalu tidak lagi realistik berdasarkan fakta unjuran harga minyak dan defisit semasa seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang. Namun desakan Pakatan Rakyat dan peluang yang cuba ditawarkan oleh Ketua Pembangkang supaya Bajet ini dikemaskini atau dibuat semula berdasarkan kewangan semasa tidak dipedulikan oleh MP BN. Mungkin kerana keegoan mereka, cadangan supaya Parlimen tidak merugikan masa membahas sesuatu yang tidak realistik hanya menjadi sia-sia. sila klik
Apa yang terlalu mengecewakan saya ialah suasana perbahasan tidak wujud. Manakan tidak, orang yang bertanggungjawab iaitu menteri kewangan atau menteri kewangan ke2 atau mana-mana menteri kabinet tidak ada seorang pun yang mengikuti perbahasan dalam dewan. Orang yang tidak cerdik memang berpotensi tinggi untuk jadi MP BN kerana tak perlu fikir hujah dan tak perlu susah buat penyelidikan. Kerja mengangguk,membingitkan dan mengampu tak perlu apa2 kelulusan dan itulah kerja-kerja asas MP Barisan Nasional. Malah rasanya MP BN semalam bengong dengan istilah dan pembentangan ketua Pembangkang. Jadi, apa pun hujah yang walaupun tidak mampu lagi dilawan, MP-MP BN tetap dengan pendirian menentang. Terlalu bodoh MP yang tidak ada pendirian sendiri.
Bila sahaja kita keluar, kita dapati ramai menteri (termasuk menteri yang membuat ulasan di lobi semalam) yang tidak langsung terlihat kelibat mereka dalam dewan rupa-rupanya sedang merokok, berseloroh dan menghabiskan masa di kantin parlimen.Rupanya MP BN yang telah diundi oleh rakyat hanya bercita-cita untuk ke kantin Parlimen. Sebab itu gamaknya dewan yang sepatutnya diisi oleh mereka lengang dan akhirnya menjadi bilik mesyuarat Pakatan Rakyat bila respon dan cadangan hanya berlegar di kalangan MP2 pakatan rakyat. Senang rupanya kerja menteri ni, buat-buat bajet atau apa2, pastu bila bersidang lari keluar dan buat ulasan di luar dewan..
Bila saja keluar dari dewan kami merumuskan,
"rupa-rupanya TAK PERLU cerdik kalau nak jadi Menteri dan TAK BOLEH cerdik kalau nak jadi MP Barisan Nasional..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan