Selamat Datang

Rabu, 15 Oktober 2008

HPA BAGUS. Tetapi menjumudkan kehidupan yang luas.

Saya tertarik dan amat berbangga dengan HPA berikutan kejayaan mereka dalam pembangunan ekonomi orang melayu. Selain itu, HPA juga telah banyak memberi alternative kepada keperluan orang ramai. Terbaru, selain RFC yang dikatakan telah menggugat KFC, HPA sedang menyiapkan hotel di Sungai Petani berhampiran RFC. Syabas dang tahniah kerana telah menjana ekonomi orang melayu muslim secara berkesan.

Namun di sebalik kejayaan HPA, saya amat kesal dengan sikap ahli-ahli HPA (mungkin segelintir. Tetapi sudah ramai yang saya temui) yang terpaksa menyempitkan hidup yang luas yang diberikan oleh Tuhan.

Allah swt memberi kebebasan untuk manusia minum, makan dan guna apa saja barang yang mereka suka selagi tidak melanggari perintah dan suruhan Allah swt. Tetapi sayang, kita akan dicop oleh sebahagian ahli HPA dengan pelbagai cop yang tidak baik sekiranya tidak guna barang HPA.

Seorang kawan menyebut dia pernah dicop oleh rakan-rakannya ketika mereka sedang minum di gerai. Rakan-rakannya semua memilih radix sedangkan beliau meminta teh o ais kalau tidak silap memandangkan radix RM2 dan teh o ais cuma 80 sen. Tidak semena-mena dia disindir oleh rakan rakannya “anta tak ikut jemaah langsung”. Islam tidak menyempitkan hidup manusia untuk minum radix sahaja. Coklat, teh, kopi dan lain-lain air juga diizinkan untuk diminum. Mengapa perlu kita mendera hidup kita untuk minum radix semata-mata pada bila-bila jua?


Kita ucapkan syabas kepada HPA yang mengeluarkan ayam organic. Tetapi cukupkah bekalan ayam organic ini untuk menjadi alternative utama kepada ayam yang sedia ada. Ayam organic \ HPA tidaklah sesegar ayam di pasar yang baru disembelih dan masih panas (tanda ayam baru sembelih). Jadi, ada orang yang mahu makan ayam segar. Bukanlah satu dosa kalau dia nak makan ayam segar yang bukan organic. Rakan kepada abang saya sanggup tidak makan bila diberitahu ayam yang dihidangkan bukanlah ayam HPA. Baru-baru ni mereka pergi beraya. Tuan rumah menjamu mereka ayam. Tanpa menghormati tuan rumah, si pentaksub HPA ini bertanya, "ayam HPA ke ayam biasa ni?" Lalu tuan rumah menjawab, "ayam biasa". Rakan abang saya terus berkata “maaf, saya tak makan ayam biasa, saya Cuma makan ayam HPA (organic) sahaja”. Tidakkah perkara tersebut telah menyempitkan keluasan hidup yang diberikan oleh Allah? Mampukah ayam HPA menampung permintaan sempena raya atau seumpamanya? Hari-hari biasa pun pelanggan dah tak larat nak menunggu.

Selain 2 contoh yang saya sebutkan tadi, banyak lagi yang saya temui. Agen-agen atau ahli-ahli biasa akan mengecop mereka yang tidak gunakan product HPA. HPA memang berusaha menjadi alternative kepada keperluan manusia sekarang. Namun bekalan yang kurang dan service yang tidak cekap harus segera diperbaiki. RFC contohnya, sanggupkah pelanggan menunggu lama setiap kali mereka pergi ke RFC? Kalau sekali dua untuk mencuba, mungkin mereka sanggup menunggu. Tetapi pasti berfikir banyak kali untuk kali ke tiga.. Begitu juga dengan product2 lain. Procuct memang berkualiti. Namun banyak stokis atau agen yang layanannya kurang baik selain bekalan sentiasa “baru je habis. 2-3 hari lagi akan sampai lain. Maaf ya…”

Apa yang paling membimbangkan saya ialah Pentaksub HPA hanya akan rugi bila kehidupan yang luas akhirnya disempitkan untuk hanya berada dalam tempurung HPA. Alangkah amat ruginya jika nikmat dunia yang lain tidak dapat dirasai oleh ahli-ahli HPA.

Apa pun tahniah kepada HPA kerana telah Berjaya memberi alternative kepada pengguna muslim khususnya.

8 ulasan:

hakim dirani berkata...

Saudara, saya setuju sebahagian dari apa yang saudara bangkitkan tentang kualiti prkhidmatan yang perlu dipertingkatkan.

CERITA BONUS CNI berkata...

iye ke..taubatlah wahai insan sekalian..buatlah CNI...

BaYu SenJa berkata...

hakim,
kualiti perkhidmatan harus ditingkatkan sepasal. lagi satu apa yang saya cuba critakan ialah, jangan menyempitkan hidup.. segelintir manusia dalam HPA sahaja yang menjadi sasaran tulisan saya ni...

Tetapi Umat Islam tetap kena menyokong HPA.

cni,
lagi banyak perkara dalam cni yang tak bagus. Saya tak sebut cni sebab takut tak muat blog saya..
maaf !

tintaHati berkata...

HPA memang bagus kerana telah banyak mengeluarkan produk yang bagus n dijamin halal. Mungkin dari segi perkembangan masih belum meluas sebab tu masih sukar utk mendapatkan produknya terutama bekalan mcm ayam daging dsb.

Walaubagaimana pun, itu tidak bermakna produk keluaran lain tidak halal. Mungkin hal ni berlaku sebab pemikiran sesetengah ahli HPA yang telah diselewengkan oleh individu tertentu.

Tapi, dari cerita Bayu tu tinta sendiri pun rasa macam nak hempuk2 jer orang yang kata2 gitu. Ni fes time tinta terbaca hal seperti ini :)

BaYu SenJa berkata...

tinta,
ha.. itu la yg bayu maksudkan..

FAEIZAH BINTI TOHAR berkata...

SILA SEBARKAN KEBAIKAN PRODUK CNI UNTUK MERAWAT PENYAKIT...SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH BLOG NI

SaifuLLaH LuLLaiD berkata...

hamir setuju dengan bayu senja ....tapi masih ada golongan dalam lingkungan HPA yang 'tidak fanatik' dengan HPA.... kita masih bebas memilih apa saja yang kita mahukan asalkan halal.... ;)

mOoN berkata...

terima kaseh kerana menulis entry yg bagus sperti ini..saya merupakan mangsa...kepada individu yg terlampau taksub terhadap HPA...hingga suatu tahap saya naik menyampah..habis semua x HALAL...betui kata bayu..nikmat allah luas..