Selamat Datang

Selasa, 21 Oktober 2008

Malaysia menang besar : Nak bangga ka?

Entah mahu berbangga atau buat-buat tak tau saja atau mungkin terasa hina. Itulah dilema perasaan mendengar berita kejayaan Skuad Kebangsaan membenam Nepal 4-0 Sierra Leone 4-0 dan Afghanistan 6-0.

Bila nak tumpang bangga, menyedari bahawa semua pasukan jemputan merupakan pasukan kelas bawahan dalam dunia bola sepak. Berdasarkan kedudukan ranking terkini yang dikeluarkan Fifa, Vietnam berada di ranking ke-166, Nepal (177), Bangladesh (179) dan Afghanistan (182) manakala Myanmar kini menghuni ranking 160, Sierra Leone (145) dan Mozambique (103). Manakala Malaysia kini menduduki ranking ke-161. Itupun Vietnam tidak menghantar skuad utamanya malah cuma menghantar skuad bawah 23 tahun.

Kejayaan Malaysia di peringkat kumpulan ini bukan sesuatu yang menarik memandangkan pertemuan dengan kumpulan-kumpulan ceroi dan keadaan padang yang bersawah. Kemampuan Malaysia mungkin teruji dengan pertemuan berhadapan Myanmar Khamis ini.

Sudah banyak pihak yang memberi maklum balas yang kurang enak terhadap jemputan Skuad-skuad yang ceroi mewarnai Pesta Bola Merdeka tahun ini. Mungkin juga kerana terdesak untuk pertahankan gelaran juara menyebabkan mereka lebih suka menjemput pasukan-pasukan ceroi dan belasahan menyertai Pesta Bola Merdeka kali ini.

Apa pun Tahniah buat sementara waktu ini buat Skuad Kebangsaan. Buktikan anda mampu berhadapan dengan Myanmar seterusnya mampu berhadapan dengan skuad-skuad lain yang sama taraf sekurang-kurangnya.

Sebenarnya luka dan pedih diaibkan dalam Piala Asia 2007 masih belum kering.

Sathianathan yang agak bercakap besar mengulas kemenangan Skuad Kebangsaan di bawah bimbingan beliau harus ingat bahawa bukan sebab Skuad kita yang mampu berhadapan dalam apa juga jenis padang (seperti laporan berita malam ini), tetapi kemenangan Skuad Kita adalah disebabkan Skuad-skuad lain terlalu lemah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku no komen ka bab² bola neh.pasal aku sendirik pun tak reti main bola.

BaYu SenJa berkata...

mr.penyu,
Tak reti main lain cerita..
tu pengadil nuu belum tentu pandai sepak bola.. tambah2 hasbullah awang dan kengkawan pengacaranya..sembang kemas, main bola.. ntah reti ke tak pun tak tau:)

hehehe

tintaHati berkata...

Bayu, sekali sekala kasi can la paling penting berbaik sangka k. ;P

BaYu SenJa berkata...

tinta,
hehe.. dah bagi can ni. Dok tunggu tengok malam esok :)
hehe
Malaysia Boleh \!!!