Secara peribadi bayu melihat gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diletakkan di Batu Caves Selangor haruslah diturunkan segera.
Sebagaimana kita menentang kewujudan Tugu Negara dan seumpamanya, saya juga melihat Gambar Besar DSAI itu juga turut mempunyai motif mengagungkan pimpinan serta telah melampau dalam usaha memperingati seseorang manusia.
Walaupun disifatkan oleh sesetengah pihak bahawa Gambar besar bukannya patung, bayu melihat definisi tersebut hanyalah berunsur definisi lughawi (dari dudut bahasa) semata-mata. Tetapi konsep dan pengamalannya tetap berunsur memuja pemimpin tersebut termasuk di dalam dosa besar yang dilarang oleh Nabi s.a.w sebagai "at-taswir" atau "musawwir" dalam hadis yang sangat banyak dan termsuk juga sebagaimana kata ikrimah dalam golongan "yukzun" di dalam ayat 57 surah Ahzab. ( Disebut oleh imam az-zahabi dalam Al-Kabair)
(sila rujuk Kitab al-Kabair lil imam az-zahabi : Disebut dengan dalil hadis-hadis yang banyak dari sahih Bukhari dan Muslim, Imam Malik, Imam Ahmad, An-Nasai, Ibnu Majah dan selainnya)
Antara yang disebut:
Riwayat Abu Daud : dari Ali bin Abi Tolib berkata : Rasulullah saw. Bersabda : "Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki sebarang rumah (dan tempat-tempat lain) yang ada padanya anjing, gambar dan orang yang junub"
dan
Daripada Aisyah r.a berkata : Suatu ari Rasulullah telah pulang dari musafir dan aku (aisyah) telah memasang tirai yang ada padanya gambar-gambar (benda yang hidup). \Apabila \Baginda terlihat pada gambar-gambar itu Baginda lantas memalingkan wajahnya seraya bersabda : wahai aisyah, Sedahsyat-dahsyat orang yang akan diazab di Akhirat nanti ialah orang yang membuat persamaan dengan Allah azza wa jalla" ( iaitu mereka disifatkan seolah-olah mahu tunjuk yang mereka juga boleh mencipta apa yang Allah cipta - Wallahu a'lam) lalu Aisya berkata aku pun terus jadikannya sebagai sarung bantal / pengalas / kusyen.
Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad dan Nasai
Sebenarnya dalam bab gambar ini telah berlaku khilaf di kalangan ulama. Namun kesimpulannya, ramai ulama muasir telah membolehkannya. Namun untuk tujuan pemujaan, pengagungan, peringatan yang melampau atau sebarang tujuan yang tidak mendesak atau tidak mempunyai kepentingan yang syarie, maka hukumnya adalah Haram (terlalu hampir disepakati di kalangan para ulama yang terdahulu dan sekarang).
Oleh itu, bayu turut mendesak Gambar Besar yang dipasang itu segera diturunkan demi menghormati Umat Islam. Walaupun hujah yang sederhana ini tidak diterima, alangkah baiknya kita keluar dari khilaf dan kita lebih dahulu memadamkan fitnah yang bakal bangkit jika gambar besar ini tidak juga diturunkan. Semoga Negeri Selangor akan diturunkan rahmat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.
Wallahu A'lam..
4 ulasan:
hmmm ... tak tau nak cakap apa. kalau yang hak pun ramai nak pertikai .. ini kan pulak yang khilaf.
sedangkan yang bukan islam pun sanggup nak turunkan demi nak jaga hati orang islam ... orang islam sendiri berdolak dalih.
bila kena tang orang .. kecoh sekampung sampai kampung sebelah pun gegak gempita. bila kena diri sendiri sengapppp je.
labu oh labu
tu la, kita perlukan kejujuran.
pemimpin perlu bersedia menerima segala teguran yang betul, bukan sahaja berfikir sgala hujah memberi alasan betulkan kesalahan sendiri..
kebanyakan ulama kata "no" to personal pictures kan.. so lebih baik ditiadakan gambar besar dalam koleksi peribadi di rumah ek
ya...
macam yang saya tahu,
pendapat yang lebih syadid dari itu pun ada. iaitu Ambil gambar untuk biasa-biasa tanpa ada tujuan penting juga tidak dibolehkan, tetapi saya tidak berpegang dengan pendapat tersebut - waLLAhu a'lam :)
Catat Ulasan