Selamat Datang

Isnin, 7 Januari 2008

Ustazah.... ustazah....

Dalam satu kisah masyhur...
"dalam sebuah mesyuarat yang dianggotai ramai peserta. Salah seorang dari ahli mesyuarat langsung tidak bersuara semenjak mesyuarat dimulakan. Syak ahli-ahli mesyuarat yang lain, mungkin orang pendiam tersebut bodoh tak ada idea.... tiba-tiba dia bersuara dan jelas pandangannya menyerlahkan kebodohannya..."

sekadar gambar hiasan



Di Sebalik Persoalan - Kenapa Ramai lelaki Malaysia kahwini wanita Indonesia

Setelah hampir 4 tahun menyepi tiba-tiba seorang ustazah yang pandai berhias lagi pandai pula mencari dalil mengampu yang juga berkebetulan dilantik menjadi S/U parlimen di JPM kembali bersuara.. Tapi malang suaranya selaku S/U parlimen tak ubah seperti ahli mesyuarat dalam kisah tadi.

Phd dari Universiti Kaherah itu (kalau tak salah la kan?!) yang disuruh jaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri tiba-tiba berpandangan untuk mengkaji kenapa Ramai lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia... Alahai, apa punya otak wakil rakyat ni? Malaysia sedang menghadapi pelbagai isu yang rumit yang masih belum selesai. Negara sekarang memerlukan campurtangan menteri dan pimpinan-pimpinan masyarakat yang lain dalam menangani isu-isu besar yang melanda negara. Masyarakat memerlukan pandangan orang berpendidikan agama untuk selesaikan kekeliruan mereka yang tak henti-henti. Tiba-tiba ustazah ini persoalkan kenapa ramai lelaki malaysia kawin wanita indonesia... Sepatutnya persoalkan kenapa ramai anak bangsa kita tak kawin lagi tapi dah buat "kerja orang kawin"?! (sekurang-kurangnya.. )

Tapi mungkin la juga, bila saja angin sepoi membawa khabar dari istana Putrajaya membisikkan pilihanraya bakal dilangsungkan tahun 2008 ini, maka masing-masing yang sudah tenggelam dari kepopularan mula bangun bersuara semula mencari tempat... kot-kot tercalon semula..

alahai, sedih juga ada wakil rakyat dari Kedah macam ni.......
Mungkinkah petanda Musim Membodek (pilihanraya) sudah hampir?!

3 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Salam Bayu,

Budaya membodek sudah menjadi tradisi, bertambah rancak pada musim pilihanraya. Menular hingga ke budak pejabat! :-(

Mak Su berkata...

membizikan diri sendiri kot?

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

bestlah hang punya entri...boleh pinjam tak?.