Selamat Datang

Jumaat, 18 Januari 2008

Parti Mahasiswa Negara - Boleh pakai ka?!

Masih ragu dengan hasrat Parti Mahasiswa Negara ditubuhkan. Masih berat menyatakan PMN ditaja oleh BN. Bukti?! masih tiada...

Kalau PMN ditubuhkan untuk menentang kezaliman BN, kenapa tidak sahaja menyertai PAS sebagai sebuah Parti Islam. Kalu tidak pun sertai la KeAdilan sebagai sebuah parti Nasional yang menghimpun pelbagai agama dan bangsa. Atau pun mungknkah Barisan Alternatif ini juga tidak telus dan bersesuaian dengan kebenaran? Bila dah sertai pilihanraya nanti, dengan siapa mereka akan berlawan dan dengan siapa pula mereka akan bersama? Kenapa harus berani sangat berhadapan dengan Auku sedangkan masih banyak parti alternatif lain yang bermati-matian menentang kebobrokan BN?

Apa yang masih tetap membingungkan kita, dari mana PMN ini mendapat dana. Bukan sedikit dana yang diperlukan oleh Parti politik untuk menyertai pilihanraya ataupun menyara hidup perjuangan dalam kancah politik.
Walaupun PMN tetap mengatakan dananya tiada masalah....

Lagi, apa yang lebih dicurigakan berlaku klik-klik seumpama diprotes dalam usaha penubuhannya. Parti-parti pembangkang yang lain juga didaftarkan tetapi tidak lah seperti apa yang berlaku kepada PMN. Atau mungkinkah klik-klik tersebut diwujudkan oleh pihak tertentu yang sememangnya berpengaruh untuk cuba mengalih pandangan rakyat kepada parti yang masih kerdil pengaruhnya itu? Mungkinkah pihak tersebut merupakan pihak yang mampu menguasai media dan jentera kerajaan yang lain (termasuk pegawai keselamatan)?!

Oleh sebab itu, BA harus berhati-hati dengan PMN. Cuba jelaskan siapa sasaran politik sebenar PMN. Siapa musuh politik PMN itu harus jelas. Kerana pertandingan di pentas politik akan membingungkan rakyat. BA harus jelaskan hubungannya dengan PMN samada musuh politik mereka atau sebaliknya. Ahli dan Penyokong Pas, KeAdilan dan termasuk juga DAP masih bingung dengan PMN.

Mungkinkah dengan alasan rakyat cerdik memilih calon akan menjadi sebab calon PMN bakal bertanding di kawasan-kawasan BN berisiko kalah yang akhirnya usaha BN memecah undi rakyat dan pembangkang berjaya....??!!

Apa yang bayu dapat simpulkan ialah pilihanraya memang sudah dekat!!!

Satu lagi, Cerita pasal paklah pulak....
Apa la yang YAB Pak Lah suka sangat buat main teka-teki dengan tarikh pilihanraya ni.. Tak ada yang seronok pun. Kalau di banyak negara luar, Tarikh Pilihanraya awal-awal lagi sudah diberitahu. Maka masing-masing mencari pengaruh berdasarkan tarikh ketetapan pilihanraya tersebut. Baru adil dan jantan berlawan macam tu. Sedangkan di Malaysia, tarikhnya dijadikan bahan teka-teki yang sehingga sekurang-kurangnya PM boleh ikut suka hatinya mengumumkan akan ada pilihanraya bila melihat kedudukannya agak selamat dan boleh suka hati juga menangguh andaikata kedudukannya dan partinya masih tidak selamat...

5 ulasan:

tintaHati berkata...

Hurm semalam pon ada gak sembang2 ngan kawan2 pasal ni...Apa pun kena hati2 lah...Bukan nak tuduh2 dan berburuk sangka kan...tp siapa tau ada 'hidden agenda'....

BaYu SenJa berkata...

tinta,
betul betul betul...

QUDS REALCLOCKWISE berkata...

bayu..
fikir aku dengan menubuhkan partai baru akan mengecilkan lagi jemaah bukan membesarkan jemaah atau menguatkan jemaah...ini menunjukan PMN ada agenda selain dari agenda partai yg sedia ada...aku tak tau siapa yg akan kena tipu?..itu fikir aku..........entahlah.....

khairyn berkata...

feb 23 - pilihanraya???

itu desas desusnya

izinni berkata...

menteri pengajian tinggi dah bagi warning supaya pelajar2 ipta dan ipts tak boleh terbabit langsung dalam politik terutama nak menjelangnya pilihanraya. so, apa sebenarnya kedudukan budak2 dalam PNM ni. lucu sungguh budak2 ni. kononnya cuba bertindak matang tapi lebih banyak menunjukkan lelehan hingus yang lambat nak kering. kesian .....