Selamat Datang

Khamis, 10 Januari 2008

Kembalikan Fungsi Masjid dalam menghadapai dunia Akhir Zaman


Bayu tertarik dengan salah satu usul dari TERAS terhadap beberapa cadangan pengukuhan sosial masyarakat di negara ini untuk mengembalikan kualiti insan dikalangan rakyat sekaligus membenteras gejala jenayah :

"5. Setiap qariah masjid hendaklah mengujudkan badan pencegahan jenayah supaya pemantauan dan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih rapi. Badan ini hendaklah berfungsi dengan berkesan melalui latihan dan kerja-kerja kaunseling dan dokumentasi supaya semua kes-kes jenayah yang berlaku dari bulan ke bulan dapat dinilai Pihak berkuasa perlu bekerjasama dan mengujudkan sistem perhubungan yang kemas agar laporan jenayah yang diadu oleh masyarakat dapat disampaikan dan diambil tindakan segera."

sila layari http://temanteras.wordpress.com/

Sebagai tambahan kepada usul tersebut, bayu berpandangan peranan masjid harus digerakkan semula. Badan Pencegahan seperti diusulkan TERAS itu seeloknya bukan ditaja dan digerak oleh qariah tetapi digerakkan oleh masjid di dalam qariah itu sendiri.

Dalam usaha menggerak badan pencegahan tersebut, Masjid adalah yang paling layak dan harus dijadikan tempat khidmat masyarakat. Semua fungsi hidup masyarakat seharusnya berpusat dari masjid. Peranan masjid harus dikembangkan semula seperti ajaran dari Sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Masjid bukan sahaja mengumpul beberapa kerat manusia untuk bersolat jamaah, tetapi harus mengumpul umat islam dalam pelbagai acara kemanusiaan dan kemasyarakatan. Peranan Imam, pengerusi dan AJK masjid harus berpindah dari hanya sekadar menjaga tahi cicak kepada menjaga masyarakat setempat. Oleh itu, mereka sepatutnya bukan hanya setakat berperanan membuka pintu masjid untuk mengumpul beberapa orang mengisi saf yang tidak pernah cukup, tetapi lebih dari itu datang berjumpa setiap orang berkempen untuk bersama menghidupkan jemaah dan mengembalikan fungsi sebenar Masjid.

Masjid semestinya dikembangkan fungsinya dalam masyarakat sehingga boleh dijadikan pusat perkembangan ekonomi setempat, pusat kaunseling, kelas tambahan kepada pelajar, tempat lepak keluarga muslim, pusat bantuan bencana alam dan sebagainya. Selain itu, Seluruh ajk masjid harus mula bergerak dan mengambil inisiatif wakil rakyat dalam berkongsi masalah masyarakat. Mereka harus turun dan keluar dari kepompong kubah yang terbatas menemui setiap orang dalam komuniti mereka.

Oleh itu, pemilihan Imam, pengerusi dan ajk masjid perlu diberi perhatian berat. Jawatan tersebut bukan sekadar mengisi kotak-kotak kosong dalam carta jawatankuasa masjid tetapi pengisian tersebut harus diisi dengan tindakan-tindakan susulan demi memurnikan mayarakat muslim setempat sekurang-kurangnya. Bertitik tolak dari hal tersebut, bayu mencadangkan perlantikan jawatankuaa masjid harus diberikan kepada orang yang mempunyai tahap kelayakan yang baik seterusnya pihak berwajib pula harus menambahkan nilai wang saguhati kepada mereka atas khidmat pemulihan masyarakat tersebut. Menambah nilai saguhati tersebut sekurang-kurangnya dapat menarik ramai lagi sukarelawan muslim dalam bersama-sama mengembalikan fungi asal masjid dalam usaha memulihkan keadaan masyarakat yang terdesak dan tersasar jauh dari ajaran Agama.

Selain dari mengembalikan masyarakat kepada Masjid digerakkan di kalangan muslim, setiap agama lain juga sepatutnya menarik semula pengikut-pengikutmereka kembali kepada peranan dan pengaruh tempat-tempat ibadat mereka. Aliran sekular dalam semua agama harus dinyahkan. Pemisahan agama dari peranan hidup di luar tempat ibadat banyak mengundang kerosakan di muka bumi. Kristian sebagai contoh terlalu jauh terlari dari ajaran kitab mereka apabila usaha memisahkan peranan gereja dari pemerintahan telah berjaya. Bayu percaya, setiap manusia yang berpegang teguh dengan ajaran kitab mereka yang tulen serta jiwa mereka dekat dengan peranan tempat-tempat penyembahan, iu-isu sosial dapat diseleaikan. Bayu juga percaya semua bangsa dan agama dapat hidup dengan harmoni jika masing-masing tidak terasar dari ajaran agama mereka yang asal.

Tiada ulasan: