Selamat Datang

Jumaat, 11 Januari 2008

Bukan isu roti canai...

Bukan masalah samada pilihan sarapan yang menjadi isu, tetapi isunya ialah kenaikan harga tepung yang mendadak. Apa yang dapat dilihat dari kebengongan Utusan Malaysia dalam laporannya Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai - 10 januari 2008 ialah cuba mengalihkan isu daripada rakyat melihat kenaikan harga itu sebagai suatu bebanan kepada masyarakat teramai kepada satu laporan seolah-olah rakyat malaysia tidak kisah dengan kenaikan harga tersebut. Bukan masalah nak makan roti canai atau tidak, tetapi masalahmya apa akan terjadi kepada peniaga-peniaga rito canai, murtabak dan kuih-muih yang lain yang menggunakan tepung dengan kuantiti yang banyak. Apabila harga tepung naik, peniaga-peniaga kecil ini pula tidak dibenarkan untuk menaikkan harga kuih jualan mereka.Peniaga-peniaga kecil ini berapa sangat lah pendapatan yang mereka perolehi saban hari. Rasanya orang gaji di istana perdana menteri lebih mewah dari peniaga-peniaga ini. Mungkin sebab itu, Perdana menteri dan menteri-menteri ini tidak dapat memahami keperitan rakyat.
Bayu bukanlah bersetuju sepenuhnya dengan langkah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PPRMM) Johor yang berhasrat menghentikan jualan roti canai mulai minggu depan, jika kenaikan harga tepung gandum kini tidak dibendung. Tetapi bayu lihat memang itu pun yang sepatutnya mereka ambil. Berapa sangat untung yang mereka mampu perolehi dengan keadaan seperti sekarang. Mungkin bukan itu sahaja, seluruh peniagakuih muih seluruh negara harus mengambil keputusan mogok tidak berniaga selama seminggu sebagai permulaan. Jika keadaan tersebut juga tidak dipedulikan oleh kerajaan, maka himpunan peniaga dan pengguna seluruh negara di hadapan kementerian harus diatur.
Apa yang kia tuntut ialah harga tepung diturunkan. Kita tidak pernah bersetuju harga tepung dinaikkan oleh kerajaan. Oleh sebab itu kita juga berat hati membiarkan peniaga-peniaga ini menaikkan harga kuih jualan mereka, sebab kesannya seluruh rakyat akan menghadapi kesusahan. Namun jika membiarkan harga tepung dinakkan, tetapi peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jualan mereka ini suatu matematik yang tidak adil terhadap peniaga. Modal semakin besar, tetapi harga jualan masihmacam dulu.. Ini suatu bencana !
Oleh itu, Apa yang rakyat malaysia keseluruhannya harus tuntut ialah TURUNKAN harga semua barang keperluan asas dalam negara kita. Barang Naik hanya memyusahkan lagi rakyat yang fakir dan memiskinkan pula rakyat yang sederhana.
Kalau kita seorang yang kaya dan tidak terkesan dengan kenaikan harga barang tersebut, cuba lah kita turun sekejap melihat kesengsaraan rakyat di bawah.. fahamilah keperitan mereka meneruskan hidup dalam dunia yang serba mahal!!
a. "Barang Naik?"
a. "Bila Naik?"
b. "Baru Naik"
a. "BerapaNaik?"
b. "Banyak Naik..."
Kita Benci harga Barang Naik !!!

4 ulasan:

butaseni berkata...

jangan malaysia jagi macam korea sudah bro,kos kehidupan yang mengerat kepala.

khairyn berkata...

Bayu, hari tu Nazri datang pun dia pesan; kurangkan gula, kurangkan itu ini. Kalau pelajar di luar negara punya masalah kewangan, datang saja belajar seorang diri. Tinggal saja keluarga di rumah.

Senangkan penyelesaian dia???

p/s : dengar khabar dia kurangkan gula dan kalori sebab hari tu dia kena mild stroke. huh!

tintaHati berkata...

eh kat syria ada roti canai x? kalo kat malaysia dah tak ada, tinta nak pindah sana la...hehe :D

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

roti canai... lama x pekena ni. kerajaan ni betul 2 dah peninglah...cermin dah lah kempunan benda tu.