Selamat Datang

Khamis, 3 Mei 2007

Celaka

Tadi. Baru sebentar tadi. Jam dah pukul 11 malam. Bayu bertemankan seorang kawan ke sebuah bank. Biasa la awal bulan. hehe...

Bank tersebut terletak di kawasan hotel terkemuka di Syria. Banyak juga hotel-hotel lain di situ. Terdapat juga berberapa pusat hiburan. Walaupun tak besar dan mewah, tapi matlamatnya tetap sama.

Bayu ambil duit. Banyak juga bekal untuk bulan ni. Ribu-ribu. Tapi Pound Syria je la, hehe...

Setelah selesai ambil duit, bayu dan rakan terus melintas jalan dan menunggu bas di seberang. Sebaik saja kaki berhenti, ada se'mangkuk' kereta dari seberang tadi menghentikan keretanya di depan kami. Diberinya salam sambil mengukir senyuman. Disuakan sekeping kad kepada kami. Kami terpinga-pinga seketika. Lalu se'mangkuk' pemuda dalam kereta tersebut bersuara. Sila la ke tempat ini. Ada disko. Ada juga Perempuan-perempuan. Banyak pilihan. Perempuan Syria, Labenon, Iraq dan banyak lagi dari negara lain juga ada. Harga murah.

tercetus di hati. CELAKA punya manusia....
kalau nak promosi benda jahat ni, tak payah la bagi salam.. siap bagi salam penuh lagi tu. Assalamualaikum Warahmatullah Wa barokatuh...

Kami cakap, kami akan hubungi kalau berminat. Kad masih disimpan. hehe...

sebaik kereta tersebut berlalu, sekali lagi mulut terungkap CELAKA !!!!!

nota: penjodoh bilangan 'mangkuk' diadaptasi dari istilah maki "mangkuk ayun atau hayun" dan digunakan kepada manusia dan perkara-perkara celaka... (sumber ilham sendiri)

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Juga nak tahu asal usul perkataan 'mangkuk, mangkuk ayun'. Agaknya dari mana datangnya perkataan ini?

Achik_Sufi berkata...

memang mangkuk sunggu arab2 itu...bukan sahaja bagi salam, siap nama muhammad lagi...sungguhla mangkuk rab2 itu. tuela...bayu senja jalan di malam hari, kan dah jumpa syaitan bertopengkan manusia...

BaYu SenJa berkata...

zla...
salam perkenalan.
hehe, mangkuk ayun tu bahasa saya dan rakan-rakan menggunakan ketika marah atau maki orang :) mungkin asal-usul dari Kedah atau negeri utara kot.
kot saja la....

achik sufi,
hehehe... macam tau saja cerita tu :)

akirasuri berkata...

anginsore

he he he. kenapa tak jerit kuat-kuat dalam bahasa tempatan perkataan CELAKA tu :p. kalau cakap CELAKA dalam bahasa Malaya, memang depa tak pahamlah walaupun awak dalam nada marah sekalipun :p

*oh oh milan! go go milan! ha ha ha.

INDERA KENCANA berkata...

Kasihan mangkuk kerana sering dijadikan bahan dalam mengutuk orang.

Maafkan saya kerana beberapa hari ini saya tidak upaya mengemas-kinikan blog saya. Sebenarnya tiada modal yang ingin dikongsikan. Segalanya seperti terlalu biasa. Insya-Allah, saya bakal menyusul bayu dengan kisah yang lebih menarik.

Selamat berjaya dalam Imtihan..

Tanpa Nama berkata...

tu dia..sekali mangkuk pun keluar,jangan baling pinggan mangkuk sudah la ye ;)

Unknown berkata...

celaka dlm bhs arab --> TABALLAK!

itu yg cik kema tau masa buat persembahan teater bhs arab. firaun cakap mcm tuh. hahaha.

alah bayu, masa bulan posa dulu cik kema ada dengar pak2 arab berborak sesama sendiri. perkataan masyaAllah, insyaAllah semua kluar. lepastuh, sambil borak, sedap2 jer dia hisap rokok. cik kema pun kompius. taballak betui!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Scan la kad itu jadikan entri blog..he he he...

Iman Mawaddah berkata...

Selamba dan beraninya dorang..bersembunyi di sebalik topeng.Tapi dalam dok celaka tu masih juga simpan kad tu eh..musykil neh :)

hakim dirani berkata...

Kenapa Bayu kutuk arab? bukankah mereka keturunan nabi dan bangsa yang Allah turunkan al-Quran.


Minta Tunjuk ajar. :)

tintaHati berkata...

Yang korang pi simpan kad tu ada apa-apa ka? Huhuhu~ memang c*****! Patutnya Bayu balun sekali. Kalau sayalah pandang dia macam nak makan. Si** sungguh kan?

khairyn berkata...

salam bayu,

err... dah check-out tempat tu ke belum? lalalalala

p/s : uish tengah bengong lagi nih. Exam minggu depan. Kita sama2 doa lulus periksa dengan da bomb nya ek! :p

BaYu SenJa berkata...

akira,
time marah lebih sedap guna bahsa sendiri... jadi kalau dia tak paham pun, kurang-kurang diri puas :)
go go milan !!!!


indera,
kesian mangkuk.. hehe
terimakasih, semoga doa indera betul2 jadi kenyataan.


kiki,
dah sihat ka?
kalau terbaling pun, mangkuk je la.. pinggan cawan nanti kalau terbaling sama, habis takda bekas dah :)


cik kema,
fuh !! ni baru saya tau..
tapi sedap lagi guna bahasa sendiri dalam hal2 mcm ni. Nanti kalau dia paham, susah plak :)


blackpurple,
tak yah scan la.. kalau nak, nanti bayu hantar ke email.. amacam?! hehe


iman,
jangan la kompius lama2.. masih baik lagi ni?!
mujur juga dia tak paksa.. kalau tak kira darurat la kot?! (kena rujuk dr. masyitah)


hakim,
hehe.. abu jahal pun keturunan arab :)


tinta,
hehe.. simpan la.
untuk koleksi kad :)
memang si**

khairyn,
tgh proses.. hehe

semoga kita sama-sama najah !!!



salam sukses untuk semua yang bakal dan sedang menghadapi peperiksaan !!

Pa'chik berkata...

pir'aun tu bangsa apa ye?

Tanpa Nama berkata...

bayu masih simpan kad tu?
seperti kata iman..
musykil juga nih :)

MYA MARJA berkata...

Assalamualaikum,
Salam berkunjung. Pertama kali ke sini. Harap sihat student Syria. Entri mangkukmu satu pengalaman baru bagi ramai orang. Tetapi istilah lebih tepat mungkin 'mangkuk tandas'...baru terserlah kemangkukannya.. he he..

Sunan_Jati berkata...

erm.. muskil jugak nie... ngehehehhe!

Unknown berkata...

arab..biasa le! dah mmg bahasa diorang. yg lebih teruk dr tu pn ramai. kalau di negara2 arab di afrika utara mcm egypt dn morocco lg mcm2 perangai. masa nk minum arak pn dia sebut bismillah.

izinni berkata...

apsal tak cakap "syukran jazillan ya celaka" (errr betui ke tu?) sambil tersenyum manis. hehehehhe

BaYu SenJa berkata...

pa'chik,
saya pun tgh pikir.. piraun tu bangsa apa?!

indahsakura,
jangan kata hampa je musykil, bayu pun tengah musykil jugak awat yang dok simpan lagi kat tu.. hehe


mya,
hehe.. selamat berkunjung :)
maki kalau panjang sangat tak best.. tapi mangkuk tandas tu memang sesuai la :)


azam,
maca tu memang cakap orang yg ada pengalaman berada di negara arab :)


izinni,
hehe.. bukan setakat betu.l.. tapi TEPAT !!!
ait, ada beza ka tu?! (tengah garu kepala)