Selamat Datang

Jumaat, 25 Mei 2007

Ambil Asap Buang Angin....

Tadi. bermula dengan seronok sekali. bayu dan beberapa rakan keluar bersiar-siar mengambil angin malam sambil pula menghilangkan tekanan di hadapan bahan rujukan masing-masing. Destinasi kami adalah jabal (bukit) Qasiyun. Di atas sana, kami melihat ragam kota Damsyik dari sudut atas. memang memukau walaupun hakikatnya jika kami berada di tengah-tengah kota tersebut ketika itu adalah terlalu sesak dan membingitkan hati dan perasaan dek kekalutan orang kota dan keghairahan penduduk damsyik keluar berhimpun di merata-rata pelusuk kota menyatakan sokongan padu mereka kepada Presiden Basyar Al-Asad. (makluman : Syria sekarang berada dalam suasana Pilihanraya Presiden - tetapi hakikatnya suasana renew jawatan presiden... faham-faham je la!!)

Kami seramai 8 orang terdiri 1 doktor perubatan yang berziarah ke sini, 5 blogger syria, 1 arab Algeria dan seorang muballigh tabligh muda yang faqih (puji la sikit.. hehe) menghabiskan 2 jam masa begitu sahaja sambil dihembus angin malam yang mendamaikan di atas Qasiyun. Pot kami, sebuah restoran separa unik. 2 meja dan 8 kerusi kami manfaatkan. Sebaik sahaja duduk, hidangan yang belum pun kami order sampai. Kemudian kami minta tambah teh. Hidangan kami di Restoran tersebut ialah;
1. Teh : 8 cawan teh
2. Strawberi : 14 biji
3. Plum : 10 biji
4. Aki Dunia (sejenis buah) : 10 biji
5. Air mineral : 2 botol besar
6. Kuaci : 2 mangkuk kecil
7. Kacang : 2 mangkuk kecil (rasanya segenggam je kot)
8. Kacang apa ntah : 2 mangkuk

Kami berborak sambil layan angin malam. Ada yang bergambar. bayu tak bawa kamera. Dompet pun tak bawa. yang bawa hanya telefon bimbit.

Setelah hampir 45 minit melepak di situ, rasanya sudah mahu turun dan balik ke rumah. Janji dengan driver , pukul 11.45 malam bertolak turun. Sekarang sudah 11.30. Kami ke kaunter. Di fikiran kami, paling mahal mungkin LS1000. Tetapi kami tersilap. Kami dituntut bayaran sebanyak LS2800 (lebih kurang RM250)...
Langsung tidak logik. dengan makanan tahap cipan macam tu pun kena harga sebanyak tu. alahai... mujur bayu tak bawa dompet :)

Selepas sedikit debat berlaku, kami membayar LR2500 dan terus keluar. Satu lagi masalah pulak berlaku. Van tak sampai. Kami terpaksa tunggu sampai pukul 12.20 malam. Memang janji arab betul la....

Ya Allah !! Siapa la antara kami yang tidur lepas subuh ni?!

Cadang mahu ambil angin sambil tenangkan jiwa,
tapi sekali ambil asap buang angin daaa.....

Pesanan Penaja : siri cerita Syria yang malang.. Tobat aku tak pi dah kedai tu!!!!

Papan Iklan : Jika anda berpeluang ke Syria, cuba ruangkan masa ke Jabal Qasiyun tersebut. Memang mengasyikkan. Cuma elok sahaja tidak menjadi bodoh menghabiskan duit yang banyak melepak di restoran-restoran di situ. Langsung tidak berbaloi.

10 ulasan:

Mimi Amilia berkata...

salam..
ehehe..sib baik tak bawak dompet ek.ke memang dah plan...ehehhe

Seronokkan tgk sesuatu dari sudut atas. Saya tengok tiap2 hari kat sini (baca: duk umah tingkat 17..boleh nampak hampir keseluruhan city centre)

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,
memang bestkan saat mengira kereta yang lalu lalang dek tersadai ditepi jalan.
nikmatnya....

Achik_Sufi berkata...

kesabaran sesuatu yg amat penting dan perlu ada dalam diri semua manusia.

p/s: rase nak telanje casher tue...selamatla achik nie x sebesar arab kalau x dah lame casher tue selamat kembali ke rahmatullah...geram...geram...!!!

azzam bellamy berkata...

hehe..jnji arab..hehe..

tyrexia berkata...

kesimpulan, restoran unik atau separa unik hanya boleh direnung dr jauh... jgn masuk... buruk padahnya.

BaYu SenJa berkata...

wow, tingginya dok :) mujur saya dok rumah tingkat 2...
memang seronok dapat tengok dunia dari atas.. tapi kalau dah selalu tak tau la :)

cermin,
tak rerkira...

achik,
'telan je'.. bukan telanje.. lain makna tu :)

azzam,
orang tu dah biasa ngan janji arab kan? hahaha

tyrexia,
tobat dah tak masuk lepas ni !!!!

bang_gugar berkata...

salam,

bayu.. kita gi sekali lagi..

nak?..

(",)

BaYu SenJa berkata...

bang,
nak.. nak..
nak mampos??!!!

eisraa berkata...

salam singgah.
oh, saya tak dibawa ke situ pula. area mana tuh?
saya suka arab sana. =)

BaYu SenJa berkata...

eisraa,
tu di kawasan Dimayq. ala.. bukit tinggi tu. satu2nya yang kelihatan di Damsyik :)