Selamat Datang

Jumaat, 11 Mei 2007

Syria : Pusat Tamadun Purba dan Bumi Anbiya' ( 1 )

episod 1 :

Syria : Pusat Tamadun Purba dan Bumi Anbiya'

Mukaddimah :

luas: 185 180 km persegi
kedudukan : di bahagian Timur Laut Maditerranian
penduduk : 18 juta
muslim : 88%
ibu negara : Damascus
Bahasa : Arab
Matawang : Syria Pound / Lira
Sistem : Republik

menjadi pintu keluar masuk ke Benua Asia bagi orang yang datang dari sebelah Barat dan pintu ke Benua Eropah bagi orang yang datang dari sebelah Timur.

Bumi Syria pernah menyaksikan sejarah hidup manusia-manusia penting dan kerajaan penting dalam sejarah dunia seperti;
Nabi-nabi:
1) Muhamad (datang berniaga di Syam danmasih terdapat kesan gereja paderi bahira dan tempat duduk unta Nabi)
2) Yahya (terdapat makamnya di sini)
3) Zakaria (terdapat makamnya di sini)
4) Nabi Ayub (terdapat makamnya di sini), dan lain-lain

Tokoh, Ulama dan Sahabat :
1) Muawiyah
2) sdtna Ruqayyah
3) Umar bin Abd. Aziz
4) Bilal bin Robah al habasyi
5) Solahuddin al-Ayubi
6) Abu Darda'
7) Sultan Nuruddin Az-zinki, dan lain-lain


Kesan kerajaan penting dalam sejarah :
1) Roman (terdapat kesan tamadun rom danmasih megah senibinanya. contoh : Roman Amphitheatre)
2) Kerajaan Umawiyah
3) Kesan Kerajaan Uthmaniah
4) Kerajaan di bawah Ratu Zanobia


Pesanan penaja : semua yang bayu tahu insyaAllah akan diceritakan di sini dalam episod-episod yang akan datang. Sekarang ni tak boleh lelama depan komputer :)

10 ulasan:

blackpurple berkata...

Info yang menarik dan berguna. Terutamanya bagi yang tak berkesempatan membelek buku sejarah ketamadunan Islam seperti aku... :)

Achik_Sufi berkata...

mentang2 dah jadi pemandu pelancong sekarang...banyakla cite syria yang bayu tahu...bestla...( jangan lupe belanja achik lagi erk..)

eisraa berkata...

salam singgah. hari tu ke sana tak ada pulak orang nak kasi maklumat tu. tak pe lama2 sikit depan pisi ubah mood ulangkaji. bila mula periksa dah habis periksa? siapa merdeka dulu eh? er...ustat ni tahun berapa eh? err...agak2 soalan tu mengganggu emosi study tak? ;P

azzam bellamy berkata...

hehe..mcm baca buku sejarah..hehe..ok..info best!

ye..ye..dah hapdet lagi!

izinni berkata...

teruskan .... menarik sangat

BaYu SenJa berkata...

UNTUK MAKLUMAT SEMUA PENGUNJUNG, ENTRI SEBEGINI HANYALAH ENTRI APABILA TIDAK PUNYA IDEA LAIN..heheh,
DARI TAK ADA LANGSUNG ENTRI, ELOK JUGA PROMOSIKAN SYRIA DAN BERI SEDIKIT PENGENALAN TENTANG TEMPAT SAYA BELAJAR....
betul tak?!!!

BaYu SenJa berkata...

blackpurple,
hehe.. ni pun entri buang masa je ni:)

achik_sufi,
biasa la.. sambil promosi :) kalau ada orang percaya mudah sikit... hehehehehe

eisraa,
bayu start peksa pepertiga akhir bulan ni..mungkin sebulan jugak kot:) tahun?! kita sembang belakang la.. heheh

azzam,
memang baca buku panduan tentang bumi syria.. ye la, dah bawa orang.. mesti bagi info yang betul:)

izinni,
malu la dgn orang yang dah berpengalaman macam puan Izinni....

izinni berkata...

issyyy apa nak dimalukan. apalah sangat dengan pengalaman tak seberapa ni berbanding dengan kamu yang mencari ilmu diperantauan dan dapat timba benda2 baru di negara orang.

pengalaman saya didalam negara jer ... luar negara? negara dilanggar todak tu je yang pernah dijejaki .. itupun beberapa jam sahaja. pasal negara lain ... saya kenal banyak dari pembacaan dan cerita khairyn yang rajin backpacking tu.

tulis la .. saya suka baca ilmu2 macam ni. nanti nak saran pada irfan untuk baca ilmu2 begini di blog kamu :)

BaYu SenJa berkata...

hmm.. segan rasanya. tapi apa salahnya kan kalau belajar sikit-sikit. kadang-kadang bimbang juga nak entrikan hal fakta ni.. takut tersilap :)
kat blog saya ni, apa la yang irfan boleh dapat sangat.. banyak merapu je.. hehe

akirasuri berkata...

menarik.