Selamat Datang

Rabu, 19 November 2008

Sila Undi di sebelah

Saya amat tersibuk dalam minggu terakhir ini sebelum pulang ke Syria pada 28 November ini.

Alhamdulillah, 18-20 November yang sedang dilalui ini, saya berpeluang untuk menjadi pemerhati sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.
Selepas itu saya akan mula untuk bersiap dan berkemas untuk pulang ke Syria. Saya dijangka bertolak dari rumah di Sungai Petani pada 25 November ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan dan terus ke Syria pada 28 November, 3 pagi dari KLIA.

Jadi saya tinggalkan saudara-saudari pengunjung dengan dua persoalan yang saya sediakan di ruang undian di sebelah. Jasa anda mengundi amat diharapkan dan diucap terima kasih.

Silalah undi. Jangan tak undi.. kesian ni, permintaan tuan rumah :)

p/s: InsyaAllah saya akan cuba untuk update jika berkesempatan dalam tempoh sibuk ini.

1 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Salam Bayu,

Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dalam semua urusan.

Bukan musim mengundi dah habis? :P

Saya tunggu cerita-cerita dari Syria :)