Ikhlas dan tak perlu dedah. Itulah pendirian MB kami di Kedah. Namun setelah diminta oleh Umno dalam sidang Dun baru-baru ni, ditambah pula rakyat bawahan termasuk ahli pas menuduh Ust Azizan sedang bermewah dengan kesenangan, Maka Timbalan Pesuruhjaya Negeri akhirnya mendedahkan sikap Ust Azizan dalam menguruskan Gajinya yang agak lumayan.
Tahniah Ust Azizan. Saya bangga punya MB macam Ustaz.
Petikan Malaysiakini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.
Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.
Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.
Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".
3 ulasan:
salam...
begitulah rencah dan resam kehidupan...selagi tak bersuara selagi itu dilempar pelbagai andaian yang buruk belaka...tahniah orang kedah dapat MB spt Ust Azizan.
alhamdulillah~
kagum! kagum..
Merujuk tulisan Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam blognya.
Ahli-ahli jamaah kena rajin bermujalasah dengan pimpinan. Baru dapat tahu isi hati pemimpin.
Mujalasah tu contohnya ziarah ke rumah waktu pemimpin ada kelapangan. Sambil duduk minum-minum, makan-makan, berbual dari hati ke hati tanpa agenda rasmi. Sambil korek-korek sikit rahsia dia, minta petua dsb.
Catat Ulasan