Keputusan dari undian yang dijalankan di blog ini terhadap pandangan pengunjung ke blog ini berhubung "apakah pandangan anda terhadap Bajet Kedah 2009 " mendapati peratus undian setelah ditutup hari ini seperti berikut ;
a. Baik = 16 % ( 1 Undian )
b. Gagal = 0
c. Biasa sahaja = 16 % ( 1 undian )
d. Kurang liputan = 66 % ( 4 unidan )
Oleh demikian, mungkinlah benar cakap orang bahawa Bajet Kedah memang betul kurang mendapat liputan media samada media pro kerajaan atau pembangkang. Suasana matang kerajaan Kedah dan pembangkang di Kedah dalam persidangan bajet baru-baru ini mungkin tidak banyak boleh diberitakan. Yang ada cuma berita babi.
Apa pun, terimakasih kepada yang sudi membuat undian. Tujuannya cuma satu, mahu melihat bagaimana pengunjung blog ini samada prihatin atau tidak terhadap perkembangan Kedah.
Jawapannya, anda simpulkan sendiri..
7 ulasan:
salam kehidupan,
oklah tu. takkan nak tunggu perhatian media baru nak bekerja.
Media tak buat kerja. Tak bagi perhatian kat kerajaan Kedah.
salam...dengan sukacitanya@dukacitanya anda telah dipaksa untuk menjawab tag dari cik saffa..thanks!
memang kurang sangat liputan.... macam takda apa pun... huhu
salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog. :)
mengapa menyepi?
Salam,
Sudah kembali ke tanah air ke?
Catat Ulasan