Tak sempat nak up date blog kebelakangan ini disebabkan sedikit kesibukan mengurus tiket untuk pulang ke Syria selain ada aktiviti (musafir) luar rumah dalam seminggu kebelakangan ini. Banyak benda yang ingin disentuh. Antaranya cerita rasuah dan pergaduhan perdana dalam pemilihan Umno. Cerita artis kena tangkap khalwat. Artis ditahan kes dadah. Isu-isu setempat. Kemenangan Obama. Pengalam-pegalam bayu sepanjang cuti dan sebagainya.
Dalam pada itu ada satu tajuk yang bakal bayu publishkan juga insyaAllah bertajuk "si manis berbaju kurung" terhasil sepanjang pemusafiran bayu di beberapa daerah dan bandar besar sepanjang cuti kali ini.
tetapi, Post kali ini bayu cuma mahu nyatakan Dah muak membaca krisis rumahtangga Norman- Abby berikutan tangkap Khalwat Norman-Memey. Siapa mereka ini? Tentulah artis.. sebab itu banyak mata memandang.
Bayu tak mahu respon banyak. Sebab tidak ada makna mereka ini dalam kehidupan kita pun. Tetapi bila dah terlalu tidak terkawal cerita ini bayu cuma bimbangkan soal Khalwat tidak lagi dilihat kepada kebusukan dan kejelekan khalwat tersebut tetapi lebih kepada krisis rumah tangga biasa. Sebab itu ada pihak meminta Abby- Norman berbincang baik2 dan selesaikan secara damai. ada juga yang mengatakan tangkapan itu sebagai satu strategi terancang, selain kenyataan2 mereka yang ditangkap seakan menafikan kesalahan berkhalwat tersebut. Semua ini seolah mahu menutup kegiatan jahat dan cuba membutakan masyarakat bahawa Khalwat itu tidaklah seteruk mana.
Khalwat adalah haram. Walaupun atas urusan kerja. Khalwat itu sendiri adalah HARAM. bukan mesti tunggu ada perzinaan baru khalwat menjadi haram.. itu perkara jelas.
Oleh itu, bila sudah didapati cuma merka berdua (lelaki dan perempuan yang bukan mahram) berada di tengah malam dalam satu tempat tertutup, maka jelas ia adalah khalwat.. Ini amat membimbangkan kita kerana artis menjadi perhatian ramai dan dibimbangi akan secara tidak langsung menaja dan mengiklankan peminat masing-masing kepada aktiviti yang tidak berakhlak tersebut.
Bagi bayu selain respon banyak pihak cukup senang, pihak berwajib samada kementerian atau stesen2 Televisyen/ radio perlu bertindak wajar dan tegas kepada setiap artis yang melanggar undang-undang apatah lagi undang2 syariah. Sesiapa sahaja artis yang terlibat dalam jenayah termasuk jenayah syariah seperti khalwat ini harus di'GAM' sehingga terbukti mereka tidak bersalah.
Nabi saw dalam sirah baginda juga bertindak kepada Aisyah dalam peristiwa hadisatul ifki. Baginda tidak menghukum dengan rotan atau sebagainya tetapi Baginda 'gam' dari berbicara dengan Aisyah. Tindakan baginda ialah Baginda tidak bercakap dengan Aisyah sehingga Allah turunkan wahyu menjelaskan hal sebenar.
Dalam hal ini, Norman-Memey secara jelas ditangkap berkhalwat walaupun Norman nafi mereka berada dalam keadaan meragukan. Tetapi khalwat tetap haram walaupun tidak berlaku perzinaan. Pihak berwajib harus segera GAM Norman-Memey dalam isu ini sebagai tindakan mengajar erti akhlak dan sekaligus mengawal kerosakan masyarakat yang sedia ada akibat menjadi ikutan ramai artis yang busuk perilaku mereka...
5 ulasan:
xbaik mereka digam..
setiap maknusia melakukan kesilapan.
biar makamah memutuskan hukuman kepada mereka
bukan semua khalwat haram kan? Rasulullah s.a.w pun khalwat di gua hira' untuk mendekatkan diri pada Penciptanya ... bersendirian. Kalau dalam beribadah maksud khalwat iaitu duduk bersendirian dan beribadat, jauh dari gangguan lain.
Kalau diikutkan ramai yang patut digam. Bersentuhan, berpelukan bukan muhrim dalam filem ... maksiat jelas terang.
utopia,
ya setiap manusia melakukan kesilapan. Tetapi manusia yang elakukan kesilapan harus dihukum kalau melanggar undang-undang yang ditetapkan..
itu disiplin agama.
Ya, biar mahkamah memutuskan. Namun, menturuti sirah rasulullah yang kita panggil sekarang sebagai fiqhus sirah. Hudud atau takzir tidak diambil kerana perlu sabit beberapa perkara. Tetapi hukum yang berbentuk takdib juga perlu supaya menyedarkan.
izinni,
o.. khalwat itu tidak dimaksudkan di sini..
satu lagi sebagai teguran (harap maaf), 'muhrim' tidak betul tetapi yang betulnya ialah 'mahram' :
Muhrim = orang yang sedang dalam ihram.
Mahram = orang yang haram kita nikahinya.
Salam..
tak berapa gemar dengan berita artis kawin cerai atau main kayu tiga ni..
macam rumahtangga tu takder nilai bagi mereka..
murah ker umahtangga yang golongan arits ni bina..??
p/s: mawi dan siti kawin berapa banyak duit yang di belanjakan..??
berbaloi ker..??
hmmmm..ada-ada sahaja...biarkan mereka selain kita memperuntukkan diri kepada Ilahi. Bukan bermakna meneruskan mereka dengan khalwat dan zina ttp kita mencari bahan menanganinya..tapi, siapa kita ya?
Catat Ulasan