Sukar juga menceritakan perihal penduduk Syria. Di kota Damscus yang sesak ini, kami hidup sangat bahagia. Ada 2 perkara yang paling penting menjamin kententeraman hidup di sini . Pertama Jiran, kedua Tuan rumah. Kalau dapat kedua-dua ini memahami kita, alangkah bahagia dan selesa tinggal di sini walaupun rumah seperti rumah hakim dirani.. kan?
Keistimewaan dan keseronokan hidup di sini sukar dibayangkan. Suasana ilmu sungguh rancak dan mekar hidup sentiasa. Kalau bayu di Sungai Petani asyik membilang dan mengatur hari meninjau pasar malam, di sini para pelajar asyik mengatur masjid setiap malam dan memilih sendiri syeikh-syeikh mana untuk belajar talaqi. Setiap hari dan malam pasti banyak masjid dan syeikh membuka kelas pengajian. Ini cerita di luar kelas.
Kehidupan orang asing seperi kami tidak bahaya. Sentiasa disenangi oleh masyarakat sini. Berjalan seorang diri di kala jam sudah 2-3 pagi juga tidak mengapa. Cuma untuk mereka yang bergelar perempuan, jangan lah mencuba sekali-kali berjalan seorang diri di tempat dan kala sunyi. Biasa la arab ni, makan daging banyak.. yang baik pun kena jaga-jaga jugak.
Mentaliti mereka terhadap pelajar agama juga sangat baik. Bagi kami yang, penerimaan mereka terhadap kami sangat baik. Kesusahan kami sering dimengertikan. Mereka menghargai kesanggupan kami merantau jauh ke negara mereka mencedok ilmu. Mereka sering meraikan kami. Alhamdulillah.
Kalau anda berpeluang seperti kami hidup di bulan puasa, anda tak perlu berbuka di rumah. Pasti saja ada jemputan setiap hari. Duit poket atau zakat juga kerap dihulurkan kepada pelajar. Bagi yang kaya, pantang terlihat orang yang memerlukan terus sahaja diberikan sumbangan. Derma dan kutipan saban minggu di hari Jumaat bisa meringankan masjid dan mereka yang meminta. Anda pergi saja ke mana-mana masjid di sini, pasti begitu.
Kami yakin, apa yang menghijaukan bumi Syria dengan longgokan ketenangan dan keberkatan ini adalah disebabkan Rasulullah pernah mendoakan bumi ini. Hadis Rasulullah dari Riwayat Bukhari dan Tirmidzi menyebut : 'wahai Allah, berkatilah Syam kami dan Yaman kami'.
Pada suatu hari, rasululah pernah ditanyai oleh para sahabat 'wahai rasulullah, jika suatu masa nanti sudah tiada lagi keamanan di dunia, ke manakah harus kami pergi?' jawab rasul s.a.w. ' hendaklah kamu pergi ke Syam'.
Syam ialah Syria dan termasuk sebahagian dari Jordan. Kalau anda berbicara dengan masyarakat arab, bila di sebut syam, mereka maksudkan Kota Damsyik (Damascus).
Syam juga termasuk dalam kawasan yang disebut Allah dalam firmannya 'Maha Suci Tuhan yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dimana telah kami berkati kawasan sekelilingnya".
Keberkatan tersebut dapat dilihat dari segi penghuninya yang menerima jejakan begitu ramai Rasul, Nabi, Wali Allah, Sahabata Rasulullah, Ulama', Tokoh-tokoh dan selainnya. Bumi ini juga berkat dengan tanah yang subur dan cuaca yang menyenangkan. Bumi Syria dapat mengeluarkan tumbuhan yang banyak sekali sehingga mampu di bawa keluar ke negara-negara lain. Antara Produk bumi yang terbesar ialah zaitun, tin, anggur, epal dan bermacam lagi buah yang sungguh enak dan segar kalau di beli terus di pasar-pasar di sini. (Cikgu iza, buah kurma tak banyak di Syria.. hehe)
Pesanan penaja : Periksa mula 30 haribulan ni, Tapi semangat nak khatamkan kitab sebelum peperiksaan bermula masih tak berjaya. mungkin kena baca malam periksa juga kot... hehehe
40 ulasan:
Tahun ni tahun melawat Malaysia..bukan melawat Syria. Silap promote negara ni hehe.
Patutlah ada orang tu, jam sudah pukul 2 pagi masih di cc lagi. Kalau di Malaysia dah banyak dah jenayah2 malam yang berlaku waktu tu.
isk isk isk...jgn tunggu malam periksa..nanti menyesal tak sudah.Bukankah di hantar ke Syria untuk belajar..so, jgn malas2!
ehehhee...
Seronok ya tinggal di negara Islam. Periksa berapa lama dan cuti berapa lama? Kalau nak bercuti jemput-lah ke UK.
hi...ngah promote nampak...dah banyak masuk tue...
Kenapa rumah saya, ho ho ho saya lupa rumah baru saya berupa banglo yang boleh memuatkan 100 orang sekali duduk di ruang tamu. besarkan?
Salam Bayu,
Menarik nampaknya bumi Syria, tapi tak terdaya untuk ke sana.
Apapun bayu, pelajaran jgn lupa. Moga berjaya dalam imtihan itu nanti :)
Bayu macam nak bawa diri ke syria...Cari peluang lain di sana. Dah sesak fikiran duduk sini..
Wahh besarnya rumah pakcik hakim. Tapi rumah tinta lagi besar berbatalion semut boleh duduk di ruang tamu. hahaha..
Bagus...bagus...Nanti kalau kami ke sana bolehlah guide kami ekk.. :)
ustat balik malaya bila?
oh oh! selamat berjuang :)
jauh perjalanan,
luas permandangan..
teringin jugak aku merasa ke situ.
wet bayu.... rumah hakim tu rumah aku juga...
Rumah yang memberi kebahagiaan kepada setiap pengunjung...hehheheh
salam singgah.
saya pernah merasa berpuasa dan berapa di sana tahun lepas. orang sana kaya2 makan beras basmati lagi. bila puasa macam2 barang dapur dikasi arab. cuma duit raya je yang tak dapat.
ustat ni tinggal di bukit atau lembah eh? =)
*berapa= beraya
wak blackpurple,
"kami" tu biasanya merujuk kepada orang yang bukan seorang. kecuali "kami" penggunaan orang utara yang merujuk kepada 'saya'.
"kami"???? hehehehe ;)
menarik. just nak tau ... bagaimana dengan kesedaran mereka/rakyat syria dengan hal-ehwal dunia terutama yang membabitkan umat islam? Apa pandangan mereka tentang Iran yang dilihat lebih vokal menghentam barat berbanding negara arab yang lain?
menarik. just nak tau ... bagaimana dengan kesedaran mereka/rakyat syria dengan hal-ehwal dunia terutama yang membabitkan umat islam? Apa pandangan mereka tentang Iran yang dilihat lebih vokal menghentam barat berbanding negara arab yang lain?
tambahan.. apa pandangan mereka tentang Islam haidhari tu...
huh taipo,
apa pandangan mereka tentang Islam hadhari tu...
YE..YE..DAH HAPDET..DAH HAPDET!
UNTUK SEKIAN KALINYA!
SALAM...
azzam
iman,
sapa ha orang tu?!
ya ka tahun melawat MAlaysia? tak sedar la plak :)
mimi,
terimakasih. Ini sekadar aktiviti buang masa :) tergeliat hotak membelek kitab nun... InsyaAllah pas ni tak curi tulang dah !!
zlaa,
saya habis hujung bulan 6 pastu cuti sampai bulan 10...
Wah, macam bagus kalau dapat ke UK. Tapi cadang ke Turki cuti kali ni :) tahun depan plan ke UK plak... duit kena kumpul sikit2.. hehe (kalau ada rezeki)
achik,
banyak la ngko !!
hakim,
ya memang besar. Izinkan bayu entrikan rumahmu boleh?
indahsakura,
Terimakasih. Doakan saya ok?! ntah, walaumacamana menarik pun tempat orang, tempat sendiri tetap yang paling dirindui :)
tinta,
Wah... besar sungguh rumuah cik tinta ya? hakhakhak
blackpurple,
boleh boleh..
'kami'?
akira,
ntah la nak balik ke malaya dan bumi SP yang sedang kronik tu bila :)
terimakasih. Selamat berjuang juga untuk akira
butaseni,
jauh perjalanan luas pemandangan,
Tapi sesak juga hidup kalau hidup asyik nak berjalan je :)
datang la sini, saya alukan:)
Islam melalui Quran mengajak umat berfikir dan mengambil iktibar dari alam, bangsa lain dan umat terdahulu yang ditinggal dalam sejarah. Sebab itu Islam memberi rukhsah buat muslim yang bermusafir :)
kurma,
betul ka rumah hang jugak?!! tak pernah nampak ada rumah pun..
'Lori' parking mana sekarang?
eisra,
betul la macam eisra cakap tu.
Duit raya takdak, tapi duit posa dah boleh jadi kaya oo :) eisra datang sini tahun bila?!
doakan saya untuk exam kali ni ok..
izinni (dan pa'chik),
bayu akan entrikan hal ni boleh? panjang juga kalau nak cerita tu :) tapi hutang ni kalau lupa harap jangan tuntut kat langit esok la.. hehehe
sbg mukaddimah, (kalau terlupa nak entri pasal ni, kira maklumat ni halal la.. boleh kot puan izinni?)
kebanyakan rakyat Syria membenci Israel dan Amerika secara khusus berbanding negara barat lain. Merata tempat bila disebut Amerika dan Israel memang nampak membuak marah mereka. tetapi sejak akhir-akhir ni usaha menyekat barang-barang penyumbang amerika dan Israel mula ada kebocoran. Pepsi dah masuk. KFC baru saja buka.
Satu lagi, seperti masyarakat lain juga, masih ramai yang hanya mengutuk dan menghentam. sedang usaha nampaknya masih kurang. Cuma apa yang saya lihat, usaha dan kerja buat syeikh-syeikh memberi peringatan tentang hal ini masih saja diteruskan. dan harap akan juga diteruskan. Tidak dihentikan. Khutbah sangat memberik kesan. Mimbar di sini banyak menghentam kekutukan Barat (walaupun langsung tidak menyentuh langsung sikap kerajaan sini). Masih baik.
sebagai mana maklum, Syria adalah (mungkin satu-satunya) negara yang membuka sempadan untuk pelarian dari Iraq dan Palestin. Sikap mereka terhadap negara Jiran yang diserang amat menyenangkn negara jiran. dan Sikap berkeras dengan barat memang semacam sudah menjadi trademark negara ni :) Iran dan Syria dilihat tidak ada masalah dalam hubungan malah apa yang saya fahami, ketenteraan Syria banyak berunding dengan Iran.
wallahu a'lam . Nak cerita pun maklumat macam tak konkrit je. Segan la dengan puan wartawan dan pa'chik pengulas :)
pa'chik,
orang umum sini langsung tak tau pasal islam hadhari. Kami pun malu nak cerita.
tapi syeikh-syeikh sini tahu. Kadang-kadang kalau dalam majlis depa, pernah juga kena perli !
tapi secara umum, rakyat syria terlalu mengagumi Malaysia dan Mahathir Muhammad. depa tak tau yang skrg, badawi pulak. Wibawa mahathir secara khusus terlalu kuat di sini.
azam,
nantikan kunjungan saya !! kalau tak tinggl jejak jangan marah noo!! nanti depa kata bayu tak baca buku plak :)
salam,
hehehehe.. aku dah kembali..
baca malam pereksa memang cepat ingat dah tu plak cpat lpa lpas jwab..
semoga najah la no...
(",)
salam singgah. datang lagi.
masa saya datang sana tahun lepas, cuma ada 1 SAHAJA kfc (kalau tak silap dalam perjalanan nak pegi ke kediaman duta malaysia) yang ada di syria. dengarnya syria memang sangat2 memboikot amerika dan sekutunya.
adakah masih kekal keadaan tahun lepas sehinggah sekarang? cayalah anaknya si asad itu! (terlupa apa nama president syria, yang ingat nama ayah dia je hehe)
salam kehidupan,
bila abis baca tadi, terdetik kat hati beruntungnya menjadi rakyat syria walau utk seketika.
kan bagus kalau di malaysia begitu juga keadaannya...
Haih~~~
Bayu: Macam mana lah nak khatamkan kitab kalau dok layan cc je. Jgn marah!
Baru ni akak tanya Itqan dia nak ke mana: Jordan, Syria, Mesir atau Yaman. Itqan jawab: Mesir. Tanya Rujhan soalan yang sama, dia jawab: Australia.. iskh.. lain yang ditanya lain pulak jawabnya...
Ada rezeki aku pun sampai nanti.
anginsore
saya sudah tamat berjuang untuk kali ini. he he he. jangan jeles ek bayu :p
ustat!! jangan rajin ke cc saja. baca kitab tu :)
*orang di Malaya ada mengirim doa untuk ustat-ustat di sana ;)
terima kasih banyak atas penerangan kamu tu. maklumlah nak pergi bila zamannya .. so hanya boleh bertanya je la :)
bang_gugar,
hoorey sakan la hampa no!! baik hampa pulun sakan, nanti kelas hampa tu buka awal.. kuang 3x
eisraa,
KFC dah ada 3 cawangan di syria (seperti di tulis dalam iklan). Presiden skrg masih mcam ayahnya dulu jugak. Cuma dilihat sedikit mudah longgar. tapi mungkin itu politiknya menghadapi tekanan barat..
eisra, macam lama je di syria dulu?! hmm. kalau bayu g mesir, eisraa boleh tolong uruskan?! hehe
cermin,
ya, terasa beruntung pernah berjijak di sini :)
tyrexia,
ya kan?!
kak chrysalis,
hehe.. bayu pun teringin nak gi mesir. tpi setakat ziarah je la. kalau boleh sambung ijazah pun ok gak...
isk, abngan2...
pegawai khalwat,
ya, apa lagi.. jangan tunggu lama2 :)
akira,
terimakasih untuk orang kampung...
skrg dah tak rajin da ke cc!! sungguh
pn. izinni,
bgus juga soalan tu, dapat juga bayu 'menyiasat'..... terimakasih :)
terima kasih banyak atas penerangan kamu tu. maklumlah nak pergi bila zamannya .. so hanya boleh bertanya je la :)
Salam Bayu,
Teruskan bercerita ... menarik!
Kalau nanti di bulan Ramadhan, Bayu banyak terima wang sagu hati... dan jika Bayu rasa wang yang ada pun sudah memadai, kirim sahaja pada saya di Malaysia ini. Saya tentu amat berterima kasih pada Bayu :P
untungnya jadi pelajar di Syria. Untung juga tinggal di Syria sebuah negara jaminan Rasulullah saw.
Cita-cita nak ke Mekah tahun ni terbantut. Mungkin ada hikmahnya? Tak nampak lagi. Mungkin tahun ke 3? InsyaAllah. Nak ziarah ke Syria, boleh? :)
pa'chik,
ait, macam kenal je la.. memang selalu ke sehati sejiwa sepemikiran ni?!
bunga rampai,
isk.. terimakasih :)
indera,
wang semakin banyak semakin tak cukup...
isk, tu yang heran :) jadi nampaknya, takda harapan la nak kirim ke malaysia...
khairyn,
oo... dah tu cadang ke mana cuti ni?
hmm, dah selesai exam?
nak ziarah ke sini, ahlan wa sahlan.. bagitau je, kita siapkan semua :)
salam..
kai faha lu ka?
salam `alaik ya akhi al-kareem...
alhamduliLlah...
segala Puji hanya layak bagiNYA,
untukNYA dan kernaNYA....
tiada apa komentar, hanya...
اللهم صلي وسلم على سيدنا ونبينا محمد
وعلى آله وصحبه اجمعين
syukran jazilan
atas perkongsian ini
dan semoga najah dalam imtihan.
...اللهــــم آميـــــن
ALLAHu a`lam bisawab.
uhuk .. uhuk .. patutlah saya asyik terbatuk beberapa hari ni .. ada orang sebut nama rupanya hehe..
Isu bunga dan buah kurma belum selesai lagi eh hehe ..
Bersyukurlah kerana bayu antara yang terpilih untuk menimba ilmu di bumi berkat, semoga pulangnya nanti juga membawa keberkatan buah ummah sejagat. Amin.
ni nak lari dari tajuk..
tak nak baca pn tk pe..dah pernah baca pn tk pe..aku nak cerita jugak..hehe..
Aku prnah try jual minyak tp tk laku! Masa tu aku gi kat dpan stesen minyak kt sg buloh yg bawah bukit tu kan..aku tgu la sapa2 nk beli. Lpas tu dtg la Aji Metok..alaa yg tayar basikal dia tercabut masa nk gi tgok menyunat anak sedara dia tu. Kan tayar tu bergolek terus langgar pintu bilik air Aji Saim. Masa tu Kalsum tgh mandi. Habis pintu bilik air tu pecah. Tu yg Aji Metok kena tuduh kononnya dia nk 'anu'kan Kalsum. Nasib baik aku ada masa tu utk jadi saksi(mmg 'lawa' pn Kalsum masa mandi tu!). Kalau tk merengkok la dia kt kandang rumah Ketua Kampung. Err..jual minyak tadi..Aji Metok kata "Buat apa ko jual kat sini..bukan ada org nk beli pun.." so aku blah la gi tmpat lain.
Lepas tu..
Aku gi la Medan Selera kt jaln Wangsa Maju tu. Aku bertanya la dr kedai ke kedai samada kdai mkn tu nk beli minyak ke tak. Dah tu aku jumpa bininya Aji Metok - Mak Kebah..alaa yang selipar jepun dia trsangkut kt pagar dawai klinik kerajaan jln sg ruan tu. Masa tu kan Mak Kebah tgh sakit perut tgu doktor panggil. Lpas tu aku ada kt situ tgh usha misi yg duk kt rcption tu. Dah tu Mak Kebah marah aku dia kata "Oih..ko budak 10 tahun mana boleh ngurat anak dara 25 tahun tu..!" Aku pn jwb balik "Saya dah sunat Mak Kebah." Dia pn cakap pulak "Dah sunat ke kulop apa aku kira..kang kalau kena tangkap tk pasal2 misi tu kna tuduh mlakukn maksiat dgn budak bwh umur..ceh..ko yg sedap!" Aku jwb lagi "Mmg saya nak sedap pun..hehe" Mak Kebah terus bangun dan kejar aku. Aku lari bagai ribut terus panjat pagar dawai tu. Entah macamana Mak Kebah cuba pnjat tp selipar jepun dia terlekat kat pagar tu. Padan muka dia. Selipar jepun tu smpai skrang terlekat kt situ. Nnti aku nk buat tugu kt situ dan tulis 'SELIPAR MAK KEBAH YG KECUNDANG'. Heh! Hmm..minyak td..ha..dah tu Mak Kebah cakap kt aku "Ceh..minyak tu ko nak jual kt sini buat apa..bukan kitorang guna pun." Aku pn blah dr situ.
Aku cakap kat hati..'biar la aku pakai sendiri minyak rambut ni.'
salam...
buta senia,
alhamdulillah.. tamam :)
ukhti,
afwan.. wasyukran lakum :)
iza,
sekarang dah hilang batuk?! Klau serius, gi la klinik :) hehehe...
Amin.. semoga doa cikgu tu akan dibaqbulkan :)
Azzam,
hehe.. walaupun tak kena ngan tajuk, kira orait la tu :)
suka la ...
nanti fotokan kesan selipar tu boleh?!
Catat Ulasan