Selamat Datang

Isnin, 9 April 2007

Rokok..

Rokok..
Harga rokok di Malaysia antara paling murah di rantau ini, laporan Berita Harian..
Harga minyak dinaik, harga gula naik, barang-barang lain juga naik. Semuanya sudah tidak murah. Harga rokok masih murah?!

apakah cukup Amaran Kerajaan Malaysia : Merokok Merbahaya Kesihatan itu mampu mengurangkan perokok tegar dan menghalang penjinak baru rokok?!

Kata Prof. Dr. Syed Muhamed Al Junid Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, harga sekotak 20 batang rokok di Malaysia 4 kaliganda lebih murah dari Thailand dan Singapura.

Cukai yang dikenakan kerajaan pula masih di bawah paras 50 yang membolehkan Syarikat rokok mengaut keuntungan besar tanpa sebarang jejas..

katanya, cukai yang dikenakan kerajaan sekarang masih boleh diserap syarikat tembakau kerana pendapatan tahunan mereka yang tinggi. Hanya jika cukai dinaikkan antara 65 hingga 75 peratus, syarikat rokok tidak dapat menyerap kenaikan itu yang akan menyebabkan harga lebih mahal dan tidak mampu dibeli perokok..

tapi bayu berhembus,
Dadah dan segala jenisnya pun harga terlalu mahal, tapi peratus penagihan tetap tak surut..

kata Pa'chik Iklan rokok sudah dihentikan.. alhamdulillah sekurang2nya :)

tapi mungkin, Syarikat Rokok banyak memberi sumbangan kepada negara...
mungkin..

Papan Iklan : Hukum rokok, Anda Sudah Tahu....

9 ulasan:

Iman Mawaddah berkata...

Bayu,
Suruh pa'chik komen bab ni :)

Pa'chik berkata...

bayu, iklan rokok lama dah takde. kalau dulu buleh guna POP tapi, dah lama juga takde, van pengedar rokok pun dah lama takde.

Satu saja yang aku nak marah sangat bila mereka haramkan iklan rokok... nak tengok bola susah la.. ada estro tak pe la, tapi masalahnya bila keluar minum-minum, kedai yang nak dituju tu, takde estero, takleh tengok la.. Bola mesia pun makin suram bila dunhill dah tak taja mereka. sungguh.. dulu banyak jugak dunhill bagi kat satu-satu tim.

Sebenarnya pasal cukai tu, bukan dibawah paras 50%, kalau nak ikut la, tapi pasal, tiap kali cukai naik, mereka naikkan harga rokok, tu pasal tak sampai 50%. Tak silap $80 bagi setiap seribu batang, jadi cukai dalam 0.08 sebatang, jadik cuma singgit nam sekotak 20.
Harga kos+cukai, dalam $3 sekotak. Tokey rokok buat untung kasar dalam $4.30.
Tapi kena ingat juga, cukai arak, lagi murah dari rokok kalau tak silap aku.

Pa'chik berkata...

opss... iman, haha...

silap, van rokok, dah lama takde tulis jenama rokok kat sini, cuma mereka guna kaler merah yang dipanggil merah dunhill... jadi macam iklan tak langsung la.
Dan juga, salem, JTI tulis nama tu macam hurup Salem dulu..

mereka cuma guna warna untuk kaitkan dengan jenama rokok mereka.

BaYu SenJa berkata...

iman, pa'chik dah komen...

pa'chik,
wah... suruh la mini market kampnung pa'chik taja bola sepak plak pas ni :)

o.. iklan rokok dah tak ada rupanya...
di akhbar dan majalah?!

arak tu, bukan patut saja naikkan cukai... patut saja jadikan barang kawalan dari muslim dan dijual hanya dalam bentuk terhad kep[ada bukan muslim...

akirasuri berkata...

Salam.
macam mana la kerajaan mahu buat tak tahu pada rokok dan tembakau. kerajaan dapat keuntungan besar dari tu. begitu juga hal dengan sektor perjudian. kerajaan dapat untung banyak dari dua sektor ni.

entahlah.

Iman Mawaddah berkata...

hehe kan dah kata..pa'chik bab rokok memang expert

Pa'chik berkata...

apa-apa iklan bersabit dengan tembakau memang takleh, lama dah.. banyak tahun dah.. tapi.. hari tu, memang aku yakin sangat-sangat, ada iklan perfume dunhill kat tibi.. sekali tu je la.. dalam dua minggu lepas.

BaYu SenJa berkata...

akira,
begitu la... entah sampai bila kekayaan negara masih berpunca dari sumber begitu...

iman,
betul la...

pa'chik,
o....
terimakasih :)

BaYu SenJa berkata...

pa,chik,
saya dah betulkan apa yang tersilap..
terimakasih :)
dah 3 tahun tinggalkan tanahair....