Selamat Datang

Jumaat, 20 April 2007

Barang itu...

Ketika itu aku sedang bersiap untuk keluar. Seorang sahabat masuk ke bilik lalu duduk di hujung katil. Keadaan sunyi seketika. Matanya liar menguasai ruang bilik. Sebentar kemudian dia bersuara ' nak pi mana ni?' sepatah pula dijawab aku 'jalan-jalan'. Dia sengih. Dia sudah memahami maksud itu. mahu ke cyber cafe.

Aku calitkan sedikit atar di telapak tangan lalu diusap ke seluruh baju. Dia ke rak kitab yang berada di penjuru bilik. Dia mencari2 kitab untuk rujukannya. Tiba2 dia bersuara kembali. Dia ternampak barang pemberian 'orang itu'.

"ait !! hang dok simpan lagi barang2 dia?''
"dah tu? awatnya?"
"hey, ada apa2 lagi ka? dok sayang lagi kot?"
(sambil tersengih macam beruk mak ye)
"La.. barang tu mahal. Nak buang rugi. Nak bagi kat orang pun rugi. Nak jual rasanya takdak orang nak beli. Nak bagi balik, kesian pulak kat dia. Nanti buruk siku"
(sambil membalas sengihan)

"dok teringat lagi kot?"
(sambil buat2 kompius dan sengaja nak cari pasal ngan aku)
"barang tu dah takdak apa2 makna. Hilang pun takdak apa2 rasa. Tapi dah dok ada, biar la dia kat situ. kot2 ada orang nak curi...."

sama-sama ketawa sambil berlalu keluar. Lampu dipadam. Bilik ditutup rapat.

Dan barang itu masih di situ. sampai bila pun aku tak tahu....


Papan Iklan : Anak Kedah Syria menang 5 - 2 dengan Anak Selangor Syria (Perlawanan Persahabatn)... hehe, bangganya bayu sebagai anak kelahiran Hijau Kuning :)

16 ulasan:

hakim dirani berkata...

Barang apa? kalau dah tuan bagi izin bagi saya yang curi.

BaYu SenJa berkata...

jangan cakap macam tu. dah mula berbelah bagi ni.. hehe

Tanpa Nama berkata...

jgn disimpan barang yang dah lepas. jdkn knangn tk pa..utk digunakan fikir lapan ratus kali dulu..

eh..barang apa, beb?

BaYu SenJa berkata...

barang? banyak tu...hehe
mungkin sebab banyak, dah tak rasa apa2 kot :)

jadikan kenangan tu yang tak mau. malas untuk kembali berkenangan...
tapi kalau untuk kegunaan, hantam je la labu :)

izinni berkata...

eshhhh .. simpan! buat apa buang .. rugi wooo. hehehehehe ... tapikan nanti hang dok layan perasaan plak .. hang bagi je la kat member hang tu .. sebenarnya dia nak tu sebab tu dok sakat hang. hahhahaha

Chrysalis berkata...

Bayu: pos kat akak sebelum dicuri org, nanti akak hantar masuk muzium/ arkib..

akirasuri berkata...

wah! barangan apa tu? he he he. dalam hati masih ada cinta?[turut sama macam kawan bayu menyakat]. oh oh kalau disimpan selagi hati itu tegar tak teringat-ingat. tak apa aja bayu. jangan dok teringat-ingat sudahlah :D

Pa'chik berkata...

dulu masa kat arau, sorang che'gu ni, orang selangor, cukup tak suka kalau ngan kedah (kes bola saja... bukan benci sungguh)

CikguAndey berkata...

Kalau aku, aku tak akan buang. Aku akan gunakan. Kalau teringat pun aku dah takde perasaan apa2. Melainkan kalau benda tu tak berguna, mcm gambar ke perhiasan yang ntah apa2 ke, aku buang je. Nyemak je

khairyn berkata...

Wah! materialistik!

hahahaha.

ngusik.

Tanpa Nama berkata...

sian kat kawan yg bagi barang tu kan.

banggugar berkata...

salam,
wow.. wanginya tar tu sampai kesini..
kecoh weiiii... kecohhh
5-2 ada apa...
(",)

tintaHati berkata...

Tinta pon masih ada simpan 'barang itu'. Tak dapat nak buang. Bukan sebab kenangan dari si pemberinya tapi 'barang itu' adalah senaskah Al-Quran. Dulu tinta takut nak baca mashaf itu sebab takut baca tapi hati bukan pada Sang PENCIPTA. Tapi, sekarang tidak lagi..

BaYu SenJa berkata...

izinni,
tu la.. nampak mata dia saja dah tau :)
simpan!!!!

chrysalis,
hehe.. betul la akak, hantar muzium pun best gak :)

akira,
rasanya macam tu dah kot.. insyaAllah, sifat ketegaq dan ego tu masih kuat dalam diri..
huhuhuh

pa'chik,
Tu la... tapi kami kat sini ngan selangor ok je, cuma ganu payah sikit nak masuk kapla... tak tau sebab apa....

payakubor,
betul tu.. barang yang boleh dok guna buang buat apa kan? kalau gambar tu, buang pun takdak orang nak pungut kot !!
kuikuikui

khairyn,
hahaha... memangh materialistik pun :)

penyubiru,
kesian? ada jugak la.
tapi.......

bang,
wei belah la.. perak ada apa? nak lawan jom la !!! hampa cari padang :)

Tinta,
bagus la macam tu..
saya naskah quran tak dapat, tapi saya yang bagi.....

Tanpa Nama berkata...

selagi barang itu tidak mendatangkan musibah pada diri atau sesiapa..untuk apa dibuang...biarkan saja disitu.. mgkin ada kegunaannya nnti :)

BaYu SenJa berkata...

indahsakura,
mungkin kan?!

patut tak malu mengguna benda tu?!