Selamat Datang

Rabu, 25 April 2007

Nak ambil cuti !!!!

Kata orang, kalau mahukan sesuatu terkadang perlu mengorbankan sesuatu yang lain. Mungkin kata itu yang bakal bayu pegang buat seketika ini. Banyak masa yang perlu bayu berikan untuk hari-hari sebelum peperiksaan bertamu di hujung sepertiga mei depan. Dengan bakal menghadapi 11 subjek, rasanya tenaga dan masa perlu dibekalkan sempurna.

Tentang detik detik berbaki ini, bayu perlu betul menghargai. Nasihat orang, "Berikanlah masa untuk fikirkan masa depan sebagai perancangan, dan peruntukanlah masa untuk mengenang masa lampau sebagai penyesalan dan pembaikan".

Dalam tempoh terakhir ini banyak teori perlu dikaji dan diselami. Banyak perkara perlu diselesaikan. Banyak nota harus disiapkan. Banyak kalam harus dihafal. Semua kaedah perlu dicuba. Kata motivasi dari seseorang, "tidak berjaya dengan tidak mencuba (sesuatu) akan lebih dikesalkan dari tidak berjaya walau telah mencuba..."

Dengan suatu matlamat mencedok ilmu sabanyaknya dari telaga yang luas ini, sememangnya menjanjikan keletihan dan kesabaran. Tetapi kelelahan harus dilupakan. Pernah diungkap orang, "Manusia pastikan letih mengejar ilmu jika diri tiada hala tuju.."

Dalam keadaan suasana peperiksaan yang melanda semua pelajar di sini, sesuatu yang sering dipesan orang jangan pula terlalu pentingkan diri dan lupa orang kiri dan kanan. Falsafah yang sering ditanam ke benak, 'makan ramai-ramai lebih sedap dari makan bersendirian walau terkadang makanan itu tidaklah seberapa...'

Menyejukkan naluri yang sentiasa beralun tidak tenang ini, Bayu selalu berhembus halus sendiri, "Kita mengharapkan sebuah kejayaan, namun memadailah sekalipun gagal kita masih punya insan yang sudi berteman". Terlalu takut berlaku sebaliknya.

Pesanan Penaja : Buat semua rakan pengunjung, sudi2kanlah mendoakan kejayaan bayu. Bayu akan berhenti aktif seketika dan mungkin kunjungan bayu ke halaman teman semua selepas ini tidak lagi meninggalkan tapak. Keadaan akan berterusan sebegini sehingga selesai imtihan (peperiksaan).
TerimaKasih :)

12 ulasan:

Cik Kema berkata...

salam.

selamat menghadapi peperiksaan. semoga berjaya :)

itu buku sumua kasi baca heh! hehe

p/s - syukur akak dah lepas dah bab-bab peksa ni. kalu suruh dok amik balik... ampunnnn. senak perut! haha.

Izariza berkata...

Bayu,
Selamat maju jaya dalam menempuh musim peperiksaan. Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan dengan usaha yang tidak pernah mengenal jemu, doa yang tidak pernah lekang serta tawakkal yang disandarkan, Bayu akan berjaya.

Mudah-mudahan, najah fil imtihan.. (eh.. betul ke ni?)

Selagi tak abis imtihan, jangan berpeleseran di alam maya! hehe..

13may berkata...

Good Luck!

PayaKubor berkata...

sama-samalah kita saling berdoa ye. Aku esok start final

KAMARSURIA berkata...

salam..

Semoga segala yang dipelajari memperoleh pulangan yang baik memalui keputusan yang flying colors..n lepas tuh bolehlah mencurahkan bakti kepada anak bangsa...

Selamat menghadapi peperiksaan n dapat keputusan yang cemerlang terbilang gemilang..hidup...malaysia (nak merdeka nih semangat tuh kena bawak walau dimana jua anda berada)

Chrysalis berkata...

Selamat insyaallah. Semoga dipermudahkan. Bittaufiq wannajah.

azzam bellamy berkata...

aku kan, beb..kalu aku dh cop seseorg sbagai kawan..aku sanggup buat apa saja. so..ko jgn bimbang la. aku sentiasa doakan kjayaan ko dlm apa jugak bidang.

skang ni..cuma diri ko sndiri yg boleh mmbntuk apa yg sesuai utk diri ko. pikirkn yg trbaik.

pnjg dh ni aku mmbebel..tk dak 'shai bi laban' ke..hehehe.

tintaHati berkata...

Najah fil imtihan insyaAllah

BaYu SenJa berkata...

cik kema,
betul la akak.. saya kerap senak perut sekarang ni :)


cikgu iza,
tak boleh juga, kena juga dok melepak kot kaki lima alam maya ni.. buat lepas tension :) boleh kot !!!

13may,
terimakasih :)


payakubor,
wow !!! awal lagi dari bayu..
sama2 doa ok?!

BaYu SenJa berkata...

kamarsuria,
terimakasih.. semoga harapan menjadi kenyataan...


akak chrysalis,
Terimakasih...

azambelammy,
nak shai bi laban ke nak humus ma'a laban?!!

terimakasih cop bayu sebagai sahabat !!!!


tinta,
insyaAllah.. bi du'aikum :)

akirasuri berkata...

bayu. doa orang di SP ada untuk bayu di sana. jaga diri. berusahalah :)

BaYu SenJa berkata...

cik akira,
huhu.. mewakili rakyat SP ka?!
TERIMAKASIH....