Selamat Datang

Isnin, 9 April 2007

Cerita Cinta

mungkinkah cinta itu resam Mawar,
berputik untuk segar kian lama, layu berguguran sudahnya..
cantik mawar hanya ketika mekar,bila layu hanya layak dilempar..

peminat mawar:
Biar saja tajam berduri, ketika mekarnya berseri sanggup saja dilukai..Sesudah hilangnya seri, mekar seri tadi sudah tiada erti..

pastinya cinta itu suatu keperluan,
hakikatnya keperluan yang mendebarkan..

pastinya cinta itu berdosa buat insan,
hakikatnya hanya untuk mereka yang lemas dilanda cinta tanpa panduan..

pastinya cinta itu menyakitkan,
hakikatnya bila harapan bergunung itu berlalu bersama angin tiupan..

pastinya cinta itu membahagiakan,
hakikatnya hanya mereka yang benar mengerti makna cinta bisa bahagia dengan percintaan..

pastinya cinta itu tidak berpanjangan,
hakikatnya kerana manusia juga tidak berkekalan..

pastinya cinta ilahi itu suatu tuntutan,
hakikatnya Dia lah yang mencipta cinta di hati Insan..

Mahu mencintai dan dicintai insan naluri biasa,
Adam juga bercinta dengan Hawa,
Asmara mereka suci di dalam syurga,
namun bisikan Iblislah punya angkara,
meleraikan 2 insan mulia itu dengan kisah cinta pertama di dunia...

cinta itu mahukan kesetiaan,
cinta itu mahukan pengorbanan,
cinta itu mahukan kesabaran,
cinta itu mahukan kesefahaman...

Bila mahukan sesuatu yang terbaik untuk cerita cinta sendiri.. bersoallah kepada diri, apakah sudah yang terbaik kita beri?!

Papan Iklan : terasa sejuk angin di hujung musim ini menerpa kepala menembusi ke otak... pokok2 rambut yang lebat itu sudah ditarah rata :)

16 ulasan:

akirasuri berkata...

Salam.

Chenta..
ustat teringat 'Dia' ke?
jangan sedih-sedih.
calon zaujah yang empat itu sudah dipilih :)

jaga diri.
Salam.

INDERA KENCANA berkata...

Cinta yang berlalu itu amat manis jika dikenang tetapi ingatlah Bayu, ianya boleh menjadi racun berbisa sekiranya engkau enggan melepaskan kenangan itu...

Iman Mawaddah berkata...

Wah..ustaz bayu...cerita tentang cinta lagi ke :)

IndahSakura berkata...

jgn lupa iman...ustaz pun pandai mengungkit perihal cinta juga..
kerna cinta itu adalah suatu anugrah dari-Nya yang tak akan pernah
hilang sampai hari kiamat tiba :)

BaYu SenJa berkata...

akira,
mana ada la...
tapi ntah tiba2 ingin berbicara cerita cinta :)
mungkin sebab terpanggil dek ramai yang masih bercerita pasal cinta..

indera,
bayu sudah hembus jauh kenangan itu :)

iman,
saja....

indahsakura,
ya.. cerita cinta suatu anugerah bualan sepanjang zaman :)

kujie berkata...

Cinta itu spt kelopak mawar
dapat dilihat di nilai
dengan mata hatimu
pandaindera batinmu
kerana di setiap kelopak
yang terdekat yang terlihat
ada banyak lagi kelopak kelopak
yang tidak terlihat

di sebalik kelopak yang berbeza
ada banyak sudut dan ruang rahsia
yang darinya terbitlah kewangian
kemanisan sebuah rasa
manisan madu yang pandai dihidu
oleh makluk yang mencari rahsia itu...

ukhti27 berkata...

salam `alaik akhi al-kareem,
alhamduliLlah...

ana gemar pada perenggan yg ke 8 (",)
insya`ALLAH.

...dan cinta kpd ALLAH wajib diusahakan kerna mengenal dan mencintaiNYA
adalah sumber utama
bertapaknya iman dihati...

ALLAHu a`lam bisawab.

Izariza berkata...

Ini ayat-ayat orang sedang bercinta.
Jangan lemas ye bayu ;)

notaiza: semakin lama cintaku semakin mendalam

izinni berkata...

cinta sesama manusia .. kekalkah ia? .......

bunga rampai berkata...

Salam,

Oh, bayu senja bercerita tentang cinta rupanya :)

Cinta tidak buta.

blackpurple berkata...

Cinta itu boleh mengasyikkan dan boleh juga membosankan kalau tertumpah pada jiwa yang salah...

khairyn berkata...

Cinta

tafsirannya universal.

tintaHati berkata...

salam ziarah ke blog saudara Bayu. macam biasa di dengar nama Bayu ini..

BaYu SenJa berkata...

kak jie,
terimakasih.. indah sekali madah yang diberi :)

ukhti,
semoga sama2 kita berusaha mendapatkan cinta-Nya..

cikgu iza,
kepada siapa tu cinta semakin mendalam?!

izinni,
cinta manusia itu akan kekal sampai ke syurga bila diikat dengan perkahwinan.. itu pun bila perkahwinan memupuk cinta kerana Allah di samping hidup berpandukan panduan dari-Nya..

BaYu SenJa berkata...

bunga rampai,
cinta itu akan buta bila hati buta..
bila hati dapat melihat dengan nurnya, pasti cinta juga tidak buta..


blackpurple,
betul tu :)


tintahati,
ahlan wa sahlan...
ya ka biasa dengar?
'macam pernah ku dengar.. tapi di mana ya...' :)

kazuma berkata...

salam..
setelah puas menyelongkar utk cari ubt ktenangan..
terjumpa plak blog ni..
entry yg menarik (w'pun sudah agak ditelan masa)..
mmg rasa terkesan..
maklum lah kalo org yg pnglmn sama tu msti la rs yg mahu diungkapkan hmpir sama gak kan..
hehe..
mohon kebnrn bayu utk 'kopi' madah yg menarik nih..
alhamdulillah udah ilang gundah di hati..
bila kita membuka mata melihat sekeliling, bukn hy kita sj yg teruji..
malah insan lain lebih hebat diuji!
thanx