Selamat Datang

Ahad, 22 April 2007

PAK LONG !!

Hari ni, saja berjalan-jalan di sekitar Damascus. Ke kelas terasa tiada mood. Suasana mula hangat. Matahari kian terasa teriknya. Sejuk yang telah empat bulan dulu semakin menghilang. Namun, bayu yang menyapa masih membawa khabar dari musim dingin dulu.

Buah-buah badam putik yang masam semakin di penghujung musim mungkin. Sudah tidak sebanyak dulu dijual. Strawbery pula semakin banyak dan jenuh mengambil ruang pasar. sayang sekali, bayu tidak bersama kamera hari ni..

Hari ini, Kota Damascus serta seluruh bumi Syria sibuk dengan Pilihanraya Umum. Sedikit sebanyak menjadikan bayu terasa hangat Rakyat Malaysia di Ijok.

Suasana pilihanraya sini banyak juga bezanya dari Malaysia. Terlalu ramai yang bertanding. Kekuatan Kelompok berparti dan bebas sama berat untuk menang. Seperti yang di ceritakan rakan arab di sini, setiap 3 orang terbanyak mendapat undi di setiap kawasan akan ke kerusi di Dewan. Mula-mula terkejut juga. Tetapi bila diperhati, kawasan mereka bukan seperti kita di Malaysia, selalu di pecah kecil. Damascus ini contohnya, hanya dua kawansan iaitu Damascus bandar dan Damascus Rif (Pinggir). Jadi tidak mustahillah, pemilihan mengambil pemenang yang ramai.

Sepanjang jalan tadi, bayu melihat proses pilihanraya tidak langsung mengganggu perjalanan pengajian Anak-anak sekolah. Pusat pembuangan undi tidak di buat di sekolah. Mereka menjadikan dewan hospital, dewan bank dan dewan2 masyarakat lain sebagai tempat proses pengundian. sayang sekali hal ini tidak digambarkan. Kamera tidak bersama.

Bangsal panas juga tiada, seperti Malaysia sekarang. Perayu Undi juga jarang-jarang kelihatan. Kelihatan pusat buangan undi tidak semeriah Malaysia. Manifesto calon tidak semaju calon Pilihanraya di Malaysia. Rakat masih takut. Bicara juga hanya berbisik jika menyentuh pemerintah. Sebulan berkempen bagai tidak punya manfaat. Kalau calon-calon di Malaysia diberi peluang berkempen selama sebulan macam di sini, alangkah baiknya. Mungkin kerana terkesan dengan kezaliman sistem sosialis dan kekejaman pentadbiran dulu masih menghantui proses Demokrasi di sini. Suara rakyat mungkin masih terasa bagai tersekat. Mungkin.

Sekarang ramai yang menunggu 'PakLong' pula bersedia mengadakan pemilihan Presiden. Pemilihan yang adil dan telus. Mungkin juga mustahil. Mungkin.

Pesanan Penaja : Sebenarnya sampai sekarang pun masih tak berapa paham lagi dengan sistem pilihanraya di sini...

18 ulasan:

izinni berkata...

hmmm menarik juga ya suasana pilihanraya di sana. kalau masa berkempen di sini sama macam disana, alamatnya kematian kutulah calon2 yang bertanding nak mematah hujah dan tujah.
ada debat antara calon tak disana? kalau ada mesti sangat2 mengujakan.
ini membuatkan saya memikirkan bahagian akhir episod "Meeting Barata". Barata ada bercerita tentang proses pilihanraya di Cuba. masih mencari2 masa untuk mengarangnya sebab ia memerlukan tumpuan penuh.

bayu, tidak rugi ambil tahu tentang sistem pilihanraya negara lain. boleh mematang dan membuka minda kita pada kelebihan atau kekurangan negara sendiri dan orang lain.

:)

akirasuri berkata...

huhu. mahu mengomel pasal politik. puan reporter lebih arif :D

oh oh. ruginya bayu tak jinjit 'kekaseh' di tangankan. kalau tak boleh jadi halwa mata pengunjung blog bayu ;)

Tanpa Nama berkata...

kalau ada gambar..tentu dapat sama melihat suasana yg menarik itu..
ahh..ruginya.. :)

Izariza berkata...

Kata Bayu :
Buah-buah badam putik yang masam semakin di penghujung musim mungkin. Sudah tidak sebanyak dulu dijual. Strawbery pula semakin banyak dan jenuh mengambil ruang pasar. sayang sekali, bayu tidak bersama kamera hari ni..

Err.. bunga tamar masih tidak kelihatankah? :)

INDERA KENCANA berkata...

Alangkah baiknya jika bayu dapat sertakan gambar-gambar dari sana...
Kangen hati untuk melihat bumi Imam Nawawi..

Unknown berkata...

kalau dh namanya pilihanraya semuanya sama, beb!

teringin jgk aku nk ke dmscs. dulu aku tk smpat pasal embassy m'sia suruh aku balik.

sedih aku, beb..tk jd nk round satu globe.

Pa'chik berkata...

kawasan dun dan parlimen kita dah disusunatur agar dapa memenangkan mereka saja. Dan juga, telah merugikan melayu akhirnya.

Unknown berkata...

bukan setakat tak faham sistem kat sana, sistem kat sini pun susah nak faham. hehe ;)

khairyn berkata...

Syria, bekas 'komunis'. Pasti pilihanrayanya menarik.

Scotland. Bakal berpilihanraya juga - May 3. Isu huh! Tahapa-hapa. Bosan. Tapi kelakar. Kamu boleh hentam saya, saya boleh hentam kamu. Sesuka hati.

saya tak boleh mengundi. hahahaha

CerminDiri berkata...

salam kehidupan.....
kenapa payah paham?.....
adakah kerana sistemnya memang payah difahami atau diri bayu sendiri yang tiada masa untuk memahami.
(maklumlah orang sibuk)

13may berkata...

mengaku tak paham lebih baik daripada pura pura paham....

hehhe

CikguAndey berkata...

bayu dapat kain batik free tak. Kat sana ada bagi kain ke apa jadah ke apa2 lah

BaYu SenJa berkata...

izinni,
begitulah.. rasanya tidak sepanas mana suasana berlawan hujah dan tujah tu di sini. masing-masing lebih kepada kempen masing-masing dan sedikit sangat kalau adapun yang menghentam calon lain. Mungkin kerana pencalonan terlalu ramai sehingga tidak ketahuan siapa yang lebih menggugatnya...

keputusan sekarang, pemenang di Kota Damascus ini majoriti terdiri dari calon bebas :)

rasa berkenan juga untuk mengikuti perkembangan politik di sini, tetapi banyak yang kita tak mampu persoalkan..
sedikit mengecewakan.


akira,
wahai rakan sekampungku :) hehe
itu la pasal.. kalau tak boleh tengok jugak kan?!


indahsakura,
memang rasa rugi.. dan sayang sekali buat teman pengunjung :) masa tu,sebenarnya saya nak ke kelas, tetapi tiba2 rasa malas nak gi kelas.. terus melencong :) itu la pasal..

BaYu SenJa berkata...

indera,
insyaAllah, lepas ni bayu akan cuba memperbanyakkan gambar bumi anbiya' dan auliya' ini di sini...
terimakasih :)

azzam bellamy,
ok !! sekarang mai la sendiri.. bayu tawarkan perkhidmatan menjadi pemandu pelancong :) amacam?!


pa'chik,
semua rakyat dah maklum, setiap kali nak pilihanraya pasti ada kawasan yang akan dipecah-aturkan semula.. semuanya hanya untuk kepentingan orang pengecut...


cik kema,
haha... memang pening nak paham politik ni kan?!!!

BaYu SenJa berkata...

khairyn,
balik la mengundi kat malaysia tahun depan.. kata orang :)

hantam menghentam tu suatu yang bagus dalam pilihanraya... tapi kalau terlalu terbuka sangat mesti tak best !!!
mungkin sebab kita dah terlalu biasa disekat..
mungkin


cermin,
saja buat2 tak paham.. atau mungkin juga sengaja tak mau paham kot :) hehe


13may,
Betul !!! setuju :)


payakubor,
ntah.. bayu kompom dah tak dapat...
kat sini banyak jugak kempen yang pakai konsert... hehe
1 lagi, politik wang ada jugak tau !!!

Tanpa Nama berkata...

lama2 paham la nanti.

BaYu SenJa berkata...

penyubiru,
moga2...

BaYu SenJa berkata...

cikgu iza,
bunga tamar tak nampak di sini !!!!
nanti kalau terjumpa kita gambarkan ok?!!