sumbangan dari Tuan Guru Hj Ahmad Sungai Petai
Di kampung itu ayah dan ibu mengirimkan aku,
Di kampung itu 7 tahun yang lalu menerima aku,
Di kampung itu aku kenal erti hidup,
Di kampung itu aku diajar, diasuh dan dibentuk,
Kampung itu jauh bertemankan hutan,
Kampung itu jauh dari riuh pekan,
Kampung itu sudah 2 kali dimusnah banjir hujan,
Kampung itu sudah berkali menyaksi kebakaran,
Namun kampung itu tetap subur dengan iman,
Sungai dulu masih setia mengalirkan kehidupan,
Pepohon nan rendang masih berimbun,
bayunya tetap sesegar embun,
Kampung itu tak pernah bosan melihat kenakalan anak,
Kampung itu sering tersenyum melihat ragam bebudak,
Kampung itu hidup untuk anak-anak,
Kampung itu milik rakyat,
Membentuk ilmu rakyat dengan sumbangan rakyat,
Kampung itu rakyat yang punya,
Kampung itu kampung agama,
kampung itu tak pernah buat angkara,
Kampung itu tak mengganggu sesiapa,
Di kampung itu pendidiknya ikhlas dan baik hati,
Kampung itu pernah berkali tangis sendiri,
Sedih dan menyentuh hati,
Melihat pengorbanan yang tidak bertepi,
Kesanggupan permuafakatan di dalam diri,
guru-guru hanya dapat saguhati bukannya gaji,
Kerana terkadang berbulan-bulan baru sekali diberi,
Kampung itu jauh di pendalaman,
Namun sudah dikunjung ramai tetamu kenamaan,
Dari luar negara yang kejauhan,
Juga dari dalam negara tidak ketinggalan,
Kampung itu tiada gerbang,
Sentiasa terbuka mengalukan tetamu bertandang,
Di kampung itu 7 tahun yang lalu menerima aku,
Di kampung itu aku kenal erti hidup,
Di kampung itu aku diajar, diasuh dan dibentuk,
Kampung itu jauh bertemankan hutan,
Kampung itu jauh dari riuh pekan,
Kampung itu sudah 2 kali dimusnah banjir hujan,
Kampung itu sudah berkali menyaksi kebakaran,
Namun kampung itu tetap subur dengan iman,
Sungai dulu masih setia mengalirkan kehidupan,
Pepohon nan rendang masih berimbun,
bayunya tetap sesegar embun,
Kampung itu tak pernah bosan melihat kenakalan anak,
Kampung itu sering tersenyum melihat ragam bebudak,
Kampung itu hidup untuk anak-anak,
Kampung itu milik rakyat,
Membentuk ilmu rakyat dengan sumbangan rakyat,
Kampung itu rakyat yang punya,
Kampung itu kampung agama,
kampung itu tak pernah buat angkara,
Kampung itu tak mengganggu sesiapa,
Di kampung itu pendidiknya ikhlas dan baik hati,
Kampung itu pernah berkali tangis sendiri,
Sedih dan menyentuh hati,
Melihat pengorbanan yang tidak bertepi,
Kesanggupan permuafakatan di dalam diri,
guru-guru hanya dapat saguhati bukannya gaji,
Kerana terkadang berbulan-bulan baru sekali diberi,
Kampung itu jauh di pendalaman,
Namun sudah dikunjung ramai tetamu kenamaan,
Dari luar negara yang kejauhan,
Juga dari dalam negara tidak ketinggalan,
Kampung itu tiada gerbang,
Sentiasa terbuka mengalukan tetamu bertandang,
Bangunan di atas bukit (boleh selamat dari banjir)
yang bakal menampung semua kelas,
pejabat, perpustakaan dan semua keperluan.
Kampung itu kampung pendidikan,
Si anak kecil punya tempat jagaan,
Pra sekola juga ada tempat asuhan,
Peringkat rendah dan menengah sudah ada bangunan diisi setengah hari dengan pembelajaran,
Sesudah menengah tersedia pula program lanjutan,
Bagi para dewasa dan orang biasa usrah kampung terus berjalan,
Di samping kelas terbuka di masjid tak pernah dihentikan,
Kampung itu cita-citanya tinggi melampai,
Bukan sebarangan mampu tercapai,
Selagi ombak menampar pantai,
Selagi itu usaha kan pasti terus dirantai,
Tidak mustahil cita-cita itu akan juga tercapai,
Kampung itu bercita membina tamadun pendidikan,
Kampung itu berhasrat menjana jaringan sampai ke Selatan,
Kampung itu mahu cipta rujukan serantau ,
Mampukan kampung itu manjadi pusat tamadun hanya bermula dari sebuah dangau?!
Bangunan Dewan Pengajian Tafaqquh (kelas tinggi)
Pesanan Penaja : Kampung itu ialah Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah. tempat aku belajar selama 5 tahun. Kampung itu dibuka oleh Almarhum Ayahanda Syeikh ar-Rahil Niamat Yusof ( Al-Fatihah buat ayahanda Tuan Guru..) pada tahun 1980. ketika itu, Derang belum wujud di muka dunia. Merantau masuk ke tengah-tengah hutan tebal, membina sendiri kampung itu. Mula beroperasi dengan membina Maahad Tarbiyah Islamiah Derang pada tahun 1981 dengan satu bangunan pertama sahaja iaitu rumahnya sendiri sebagai kelas dan pusat operasi.
Kampung itu kampung ku sendiri. Aku berbangga pernah hidup di kampung itu. Untuk tujuanMu itu, tunggukan kepulanganku untuk terus merantai perjuangan orang-orang terdahulu...
31 ulasan:
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung kelahiran..
moga cita2 untuk berbakti pada kampung tercinta akan terlaksana jua..
indahsakura,
Terimakasih.. kampung itu ialah sekolah bayu :)
salam seindah senyuman zulhelmi dari teman sekampung.
Ya.. rupanya kita teman sekampung :) sama merantau untuk membawa khazanah pulang ke halaman..
salam `alaik akhi al-kareem,
masya`ALLAH...
moga kampung "itu"
tiada henti berpesan dan mengingatkan
akan kampung "akhirat"...
kepada mereka yang telah banyak
berjasa untuk ummah
dan telah kembali kepadaNYA,
moga ALLAH mencuri rahmat keatas rohmu
dan menempatkan mu didalam golongan orang2 yang beriman lagi benar, amin.
al Fatihah...
ALLAHu a`lam bisawab.
ukhti,
terimakasih...
Semoga ruh mereka sentiasa aman dengan sumbangan yang telah mereka bekalkan di dunia dulu :)
salam,
kampung yg indah dan permai.. udaranya segar.. fuhhh... aman (",)
sayangnya saya terpaksa berkampung di tengah kota yang diselaputi debu dan dosa. Moga terus dipelihara olehNya dari calitan noda!
Baguslah Bayu punya semangat sekeras waja untuk mengangkat syariat agama walaupun bakal berdepan dengan cabaran. Jangan diperkecil dangau yang bergegar jika ditampar kerana kelak siapa tahu dari dangau itu keluar ulama'-ulama' yang menggegarkan kesesatan dunia barat...
Ingatlah, perjalanan yang jauh itu bermula dari selangkah tapak...
Kreatif....
Bersyukurlah kerana mempunyai kampung...
Ayat-ayat kamu itu bayu .. entah kenapa menyentuh sayu hiba hati saya .. ayat-ayat kamu itu.. ada 'zuukk!'
Semoga kelak berada di barisan pewaris nabi insyaAllah..
saya tidak mempunyai ikatan yang kuat dengan sekolah ..baik sekolah rendah atau menengah. padahal 7 tahun hidup saya habis di sekolah menengah.
rasa nak melawat 'kampung itu'. tak tahu bila...
bang,
betul.. kampung itu udaranya cukup segar, jauh dari kotoran moden :)
tintahati,
kata ulama' orang yang mampu bertahan di tengah pergolakan noda, imannya lebih hebat dari seorang abid di tempat yang jauh dari dosa :)
indera,
semoga doa indera mengiringi impian saya untuk itu...
blackpurple,
terimakasih :)
saya lebih bersyukur kerna di pilih untuk hidup di kampung itu...
iza,
terimakasih :)
semoga apa yang cikgu iza doakan menjadi nyata...
izinni,
alhamdulillah, sampai sekarang semua guru di sekolah rendah atau menengah tidak saya lupakan.. guru-guru itu juga serig berhubungan dengan saya di sini :)
ketika saya di malaysia, selalu saja saya lepak di sekolah ketika cuti, dan sering juga melawat sekolah lama ketika berpeluang :)
zizie,
semoga anda berpeluang melawat kampung itu dan pasti kedatangan anda akan membawa manfaat ke kampung itu...
alamak..entry ni buat aku makin nak balik kampung je. Dan kita harus bangga dengan asal usul kita. Pedulikan apa orang kata.
Betul tu !!!
biar apa pun orang kata, kampung itu tetap kampung kita :)
Semoga cita-cita Bayu untuk menabur bakti mendidik anak bangsa dipermudahkan Allah.
bayu off topic kejap, bayu kedah tang mana ek?
ok, on topic. mudah-mudahan bayu dapat mencurah bakti pada sekolah tu. jiwa muda pasti membawa inspirasi yang lebih untuk anak-anak itu nanti, insya-ALlah.. :)
berusahalah :)
salam kehidupan,
sifu....bukankah setiap kampung di sana milik kita bersama atas nama rakyat Malaysia.
Utk Bayu yang suka makan anggur..
Tak silap akak, mak mertua akak pernah sebut tentang tempat ni, sebab dia pun ngaji di Kedah juga satu waktu dulu.. tapi tak pasti kat mana :)
kampungku telah berjaya,
bla..bla..argh lupa lak lagu tu.hehe
Sekolah... hehehe banyak kenangan.
Tempat belajar segala-gala 'ilmu'.
Saya tak pernah bersekolah di kampung. Bandarlah jadi kampung saya.
iman,
terimakasih, semoga doa dimakbulkan :)
akira,
apanya? rumah ka sekolah? rumah dekat Amanjaya (Sungai Petani) sekolah dekat Pokok Sena.... hehe
Semoga Doa akira mengiringi impian itu....
Cermindiri,
wah sudah ada orang panggil sifu !!!! hehe
memang setiap kampung itu milik rakyat malaysia, namun tak semua kampung itu milik kita :)
raiyyan,
ya ka? ada jugak la kesah di kedah kan? mungkin jugak kot tempat tu... :)
anggur.... hehe
penyubiru,
kampung penyu pun ada lagu khas ke? hehe
khairyn,
saya mengenali hidup di kampung di sekolah. Tok ngan Tokwan dah tak ada, tok yang masih sorang tu pun tinggal bersama kami di pekan, maknanya kampung sudah tak punya lagi.....
Sekolah itu banyak mengajar erti hidup buat bayu :)
Dulu banggunan (gambar atas) pernah menjadi asrama saya.
dia pun nak bercerita jugak pasai tu.. tau la hakim dulu masuk situ :)
sekarang bangunan tu jadi kelas sekolah rendah perempuan kan?
erk? bayu orang sungai petani ke? kejap amanjaya tu di pinggir bandar tu kan?
akira,
ait?! apasal ni dengar sungai petani mcm terkezut saja ;)
yap, Amanjaya tu kira di pinggir la... antara bandar sungai petani dan gurun / bedong dan Merbok :)
ada apa2 ka?
ha ha ha. saya duduk sp juga la ustat ;)
akira,
ya ka?!! wah.. heheh, jumpa orang kampung la kat sini.. tak sangka pulak, berkawan lama baru tau dari sekampung.. hehe :) SP dok kat mana?
Catat Ulasan