Selamat Datang

Khamis, 12 April 2007

Cerita Cinta - Novel Maria



Hari ini, bayu telah mencipta sejarah sendiri dalam dunia bacaan, bila buat kali pertamanya membeli sebuah novel...

Sebelum ini sudah banyak novel yang habis dikhatam, cuma saja tidak pernah memiliki.. hanya sekadar pinjam dan terus-terus saja berprinsip begitu. haha...

Novel yang berjudul Maria tersebut pernah 2 kali bayu khatamkan, tetapi entah kuasa apa yng menarik minat bayu untuk membeli dan membacanya lagi seterusnya dijadikan bahan simpanan.

Novel berkisahkan cinta seorang gadis German yang berkecamuk ditengah-tengah perang hujah antara agama ini ditulis oleh Emine Senlikoglu, beliau merupakan penulis wanita terkenal Turki yang penulisannya banyak menyentuh konflik agama. Penulis pernah dipenjarakan ekoran beberapa tulisannya yang tidak disenangi pemerintah.

Kisah Maria yang beribukan seorang yang taksub Kristian Katholik dan berbapakan seorang penggerak fahaman Aties menjadi bingung bila menyintai seorang pemuda Islam Turki. Dia sering saja menginginkan pemuda tersebut dikristienkan lalu berkahwin di gereja.

Dalam masa yang sama, seorang sahabat Maria yang berasal dari Mesir bernama Abd. Wahab sering pula dijadikan tempat beliau berhujah tentang Islam. Tujuan asal untuk mengelirukan Abd. Wahab tentang islam, bertukar menjadikannya pula berminat kepada Islam. Namun hubungan mereka terbatas bila Abd. Wahab terlalu berpegang kuat dengan Agama Islam di samping terlalu menyayangi tunangnya Salwa.

Kisah yang padat ilmiah tentang hujah antara fahaman ini dikuatkan dengan hujah dari Al-Quran, bible dan logik akal.

Kisah cinta Maria bertukar dari mencintai seorang pemuda aties kepada seorang pemuda Islam Turki yang kemudiannya pemuda tersebut berubah fahaman kepada aties ketika Maria sudah bersedia dan mengimani Islam sebagai agama. Ketika itulah cintanya dengan Abdul Wahab mula berputik segar. Hubungan sebagai kawan yang sering berbalas hujah tentang agama bertukar menjadi sepasang tunangan. Namun, dalam kemelut kebencian keluarga Maria yang meluap-luap kepada mereka yang telah jelas mengaku Islam dan mahu berkahwin atas nama Islam ditambahperitkan pula dengan berita Salwa tunang lama Abd. Wahab sebenarnya masih hidup...


TAMBAHAN : Novel ini berlatarkan zaman kejatuhan Kerajaan Othmaniah Turki dengan pelbagai propaganda Barat dan aties terutamanya. Mendedahkan kepesongan akidah kristien dan kepincangan dan kecelaruan falsafah aties. Novel ini juga membentangkan senario umat Islam yang terlalu ghairah membanggakan cara hidup barat yang kononnya bertamadun sehingga lemas dan hanyut jauh dari Ajaran Islam yang sebenar.
Maria, gadis German tersebut berada di tengah-tengah pergolakan antara fahaman Aties yang telah berjaya membina pengaruh antarabangsa (oleh ayahnya sendiri) , Ketaksuban Ibunya dengan pegangan kristien katholik selain kemurnian pekerti kekasihnya yang Islam di samping Masyarakat Islam lain di seluruh dunia sedang jatuh dengan kerosakan hasil rancangan Barat.


Pesanan Penaja : Mula mula terasa mahu menulis tentang Mawi, tetapi bila tadi menerima kad berwarna merah jambu berisi jemputan ke majlis perkahwinan Ketua bayu di dalam Majalah Itqan, serasa mahu saja kalungkan TANIAH kepadanya yang akan diakadkan oleh Syeikh Rusydi (kalau tidak silap) pada malam ini :)
Beruntung betul mereka ni, dan beruntung juga bujang-bujang seperti kami yang dapat menjadi tetamu kepada sahabat2 yang berkahwin... pastinya makanan sedap-sedap :)

32 ulasan:

banggugar berkata...

salam,
maria mariana ke..

(",)

INDERA KENCANA berkata...

Mirip novel Isabella yang berlatarbelakangkan keagungan Cordova sewaktu Mesir diperintah oleh Dinasti Fatimiyyah.

Tanpa Nama berkata...

tentu novel yang menarik kan!
bayu..boleh pinjam tak? :)

Izariza berkata...

Ye .. saya teringatkan novel Isabella itu sebagaimana disebut Indera.
Salam walimah untuk sahabat itu ye.

izinni berkata...

novel tu berbahasa inggeris ke?

akirasuri berkata...

Salam.
novel tu menarik. nak pinjam ustat :D

BaYu SenJa berkata...

bang,
maria mariana pala hotak mu :)

indera dan Iza,
Novel ini berlatarkan keruntuhan kerajaan Othmaniyah Turki.. Penuh dengan rahsia kejatuhan kerajaan Islam Agung itu disamping mendedahkan propaganda penjajah dalam merosakkan negara dan fahaman umat Islam..

indahsakura,
untuk indahsakura pastinya boleh :) tapi, nak bagi macamana?! hehe

izinni,
Novel berbahasa Turki.. tapi yang saya baca telah dialihbahasakan ke Bahasa Melayu, edaran Persekutuan Mahasiswa Republik Arab Mesir :)

akira,
akira pun nak pinjam.... boleh :) tapi dengan syarat, tak boleh panggil saya ustaz, segan la.. tak layak lagi!!!!

izinni berkata...

ooo kat malaysia takde jual ke? nak terus boleh? hahhahaha

Tanpa Nama berkata...

disini gerangannya tempat bermulanya bayu senja bertiup.hmm..dulu masa jiwang2 (sblm kahwin) selalu gak beli dan baca novel.skang ni,nak abiskan baca paper pun x sempat.

CikguAndey berkata...

salam..aku berminat lah novel yang kau ulas ni. Kirim kat aku bole tak :)

Iman Mawaddah berkata...

Wahh..macam best..lebih kurang kisah dalam Ayat-ayat cinta. Bagi details nya boleh..nak try cari dekat sini. Tapi kalau tak berjaya cari, nak minta Bayu kirim boleh? hehe sure FOC punya.

khairyn berkata...

salam bayu,

saya dah baca novel ni. Seronok. Pemberian sahabat dari Mesir. Dulu. Tapi sayang, qualiti kertas penerbitan agak kurang. Almaklumlah, hasil kerja mahasiswa. Apapun isinya memang best.

izinni,
aku rasa ada kat rumah. Kena pi Melakalah kalau nak pinjam. Sentimental value buku tuh hehehe, ye know! auw! malu

tintaHati berkata...

Saudara Bayu, saya sudah lama mencari novel ini. Telah beberapa kali saya kirim kepada teman-teman nun di Timur Tengah sana namun hampa! Mungkin saya sendiri terpaksa jejak kaki ke sana dan mendapatkannya sendiri..

Tanpa Nama berkata...

wa'aaaaaaaa...nnt berbunga, berbuah berdaun sakanla ayat2 Bayu....:p

phewwiiit...... SIB ke ?

banggugar berkata...

salam,
ku fikirkan maria mariana..
silap rupanya.. hahaha

(",)

BaYu SenJa berkata...

izinni,
tak tau la pulak.. pelajar Malaysia kat mesir nu ramai, kalau sorang bawak balik sikit pun dah boleh diedar kat mesia :)

penyuBiru,
saya pun tak pernah lagi dalam sejarah hidup habis baca akhbar.. kalau tengok gambar di akhbar tu habis la :)

payakubo,
berminat? nak kirim camana?! hehe.. kalau nak, boleh je nak tolong kirimkan :)

iman,
boleh saja kalau nak dikirimkan..
Penulis Asal buku ini ialah Emine Senlikoglu dan dialihbahasakan oleh Mohd Rofizi bin Dolah, edaran Persekutuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM).
bayu pun tak pasti samada terdapat di pasaran Malaysia atau tidak :)

BaYu SenJa berkata...

Khairyn,
ya, cetakannya juga kurang kemas selain susun letak huruf juga kurang baik.. namun isi cerita dan pembawakannya tetap dapat menyentuh perasaan pembaca :)
kan?kan?kan khairyn....

tintahati,
o.. kesiannya :)
mungkin juga kot nak kena ke sana sendiri..
sekarang buat makluman semua, saya hanya ada sebuah sahaja.. tapi jika ramai yang berkenan, boleh saya cuba usahakan memesan stok dari PMRAM dan saya hantarkan dari sini :)

kak jie,
berbunga-bunga? hakhak hakk...
takut kak jie tak paham la plak:)

BaYu SenJa berkata...

bang,
hakhakhak...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Seperti menarik...

Selalunya novel translasi dari bahasa asing ke bahasa Melayu jarang memikat saya, sebab mungkin kekadang seni dan kehalusan bahasa dan sasteranya tidak sampai.

Kalau buku ini ada dijual di pasaran KL ini, berminat juga untuk membelek-beleknya sebelum membeli.... :)

BaYu SenJa berkata...

blackpurple,
saya tak pasti samada terdapat di pasaran KL ataupun seluruh Malaya..
saya dapati dari mesir :)

selalunya begitu la..
kadang-kadang perasaan melalui terjemahan tidak sampai kepada pembaca..
tapi rasa saya, kalau novel ini tidak diterjemahkan rugi juga bangsa melayu...
bahasa turki ni payah nak mampus !!!!

Pa'chik berkata...

orang macam kamu ngan aku la yang banyak menyumbang kepada bengkrapnya serikat buku kat malaya ni... hhehe.. baca saja, beli tidak..
tapi dulu ada juga beli, la ni, hehe.. dah tiga tahun tak beli... yg diskaun 5inggit sebijik pun tak beli...

izinni berkata...

khairyn,
kalau along balik melaka mintak tolong dia amikkan buleh? pastu boleh la janji jumpa kat mana2. lagipun opis dia dah dekat sangat ngan umah aku. boleh laaaa .. hang bagitau kat along ek.

akirasuri berkata...

ok..panggil bayu.
bayu nak pinjam boleh? adeii dah terbiasa panggil ustat, susahnya. lalalala~

Tanpa Nama berkata...

salam. kunjungan balas ni. herm... mcm menarik ceritanya. harus dibeli neh ;)

BaYu SenJa berkata...

wah pa'chik !!
sepemahaman nampak.. ni yang best ngan pa'chik ni :)

izinni,
(buat tak tau je... hehe, malas nak kaco)

akira,
apa yang susoh ni.. boleh saja nak pinjamkan :) bagi saya kontek, musim panaih ni ramai kawan yang nak balik...

cik kema,
kalau rasa menarik, beli saja... tapi musykilnya, payah nak didapati...

fatimah_mastura berkata...

salam `alaik akhi al-kareem,
ada apa dengan novel?... (^^,)

alhamduliLlah,
untuk kedua mempelai,
baarokALLAHulak wa baaroka `alaiika
wa jama`a baiinakumaa fii khoiirr.


amin ya RABB.
ALLAHu a`lam bisawab.

BaYu SenJa berkata...

Amin.. semoga pasangan diberkati sepanjang masa..
Semoga tempias sahutan Sunnah itu terkena kepada kita yang masih dari golongan bujang ni :)

Anne berkata...

ceritanya sangat menarik.teringin untuk memilikinya..

BaYu SenJa berkata...

kamarsuria,
ya.. memang menarik ..
bagiu saya tak rugi kalau memilikinya :)

NF berkata...

salam....
n0vel neyh ade lg x?
really need dis n0vel....
pls....

Ladyana Bella berkata...

Salam...dah lama mencari novel nie...tapi tak ada dijual pown...kat mana nak beli yew...saya memang meminati cerita ini pada kali pertama saya mendengar tentangnye...

sakura berkata...

Salam.... novel ni sgt2 Bagus...kat penang, sy slalu p QB mall.. ada 1 lot kedai y mmg jd tempat sy cri buku2 kegemaran..tiap kali sy p, mst novel ni mgamit hati..tp tk terniat nk beli..one day, dgn Kuasa Allah, akhirnya sy beli gak..after that, when i went to that bookstore again.. until now... that novel wasn't sold again... lucky me... berjodoh dgn novel yg sgt bagus..