Buku nota punyaan bayu untuk entri (simpanan bakal2 entri), tiba-tiba hilang..
alahai, mau hilang pedoman seketika....
buat teman-teman.. tentang bayu;
1. Rombongan ustaz dari Malaysia akan sampai pada 12hb ni. Bayu dilantik berkhidmat.. dilantik menjadi jawatankuasa sambutan rombongan ;)
2. Jadual latihan lakonan 4 hari sebelum program Jumaat depan. (sabtu, selasa, rabu dan khamis)
3. Proses terakhir pengeluaran majalah ITQAN (tarikh cadang keluar 16/3/2007).
4. Program Malam Asean pada jumaat. sehari suntuk perlu berada di Dewan.
5. Gerak kerja pengeluaran Majalah Ilham (majalah alumni MTI Derang di Syria) telah mula hari ini.. akan terbit awal bulan April. bayu juga menjadi editor :)
6. Mesyuarat Agung & Pemilihan Pimpinan Baru Badan Kebajikan Anak Kedah Syria pada hari khamis ni. Mungkin dicalonkan.Macam gila kuasa kan? hehe
dan,
7. Pengajian Kuliah pun dah seminggu bermula.
Hafazan Quran belum ready lagi untuk di tasmie esok malam.. alahai
mungkinkah 'kisah itu' akan pergi bersama kepadatan jadual?!
semoga...
..........................................................
iman, tag iman akan bayu sahut secepat mungkin..
terimakasih :)
18 ulasan:
bayu senja,
Pertamanya .. menilik tajuk entri kamu kali ini, saya disapa keliru.
"Mungkinkah pergi DI kepadatan jadual?". Oh oh, penggunaan kata sendi 'di' itu seperti kelat bunyinye :)
Namun, bila habis membaca senarai panjang yang dipendekkan itu,rasanya saya tahu. Jiwa kamu juga kacau ye? :D
Tidak mengapa. Kadangkala tekanan atas bawah depan belakang dan kiri kanan itu akan memandu kita ke satu arah tuju, dan membantu kita untuk lebih mengenali kekuatan dan kapasiti diri. Dan tentunya lebih membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
Semoga sukses selalu dan jangan bersedih lagi.
Selalulah makan bunga kobis :D
Biar jadual sibuk tak mengapa, jangan kosong terus, bosan....
Nama majalah macam nama anak akak :)
Oh tentu! Kesibukan juga penawar "kesakitan" yang baik. Kalau sesak fikiran tatkala sibuk, kita akan senang melihat mereka yang jauh lebih sibuk. Dengan umur dan tubuh yang kuat, kita akan malu dengan mereka yang tua tetapi masih bersemangat bekerja. Dengam ujian hati dan perasaan yang menekan, kita bersyukur dengan org lain yang lebih dahsyat dugaannya.
Percayalah. Jangan ucapkan selamat tinggal, tetapi ucapkan semoga bertemu lagi. Jika tidak di bumi Tuhan, moga-moga di syurga-Nya nanti... Gambatte!
salam bayu..
moga 'kisah itu' akan hilang sedikit demi sedikit bersama kepadatan waktu..InsyaAllah..
Selamat menunaikan amanah dan berjuang dengan jiwa yang lebih kental. Tapi tanggungjawab belajar jangan sesekali diabaikan. Itu yang lebih utama.
Tag itu kemudian-kemudian pun tidak mengapa. Saje je mengetag tiada paksaan.
Tertarik untuk mengetahui..apa yang dimaksudkan izariza tentang "Selalulah makan bunga kobis"..apa kaitannya dengan bunga kobis ya?
wah! boleh berlakon ek. jadi apa ya ustat :D
Wah! bz bz ustaz muda kita.
good luck!
salam alaik akhi al-kareem...
sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi
benih2 kenikmatan yang akan datang...
justeru, pandang la kehadapan...
pentingkan yang lebih penting
kerna yang lebih penting itu
adalah lebih penting dari yang penting... (^^,)
insyaALLAH,
with ALLAH's help and guidance,
you will Not go astray.
amin ya RABB...
p/s 1: mulakan la setiap amalanmu
dengan asmaNYA.
p/s 2: kehidupan adalah suatu giliran
di antara senyum dan ratap.
air mata pula adalah masin,
kerna ia adalah garam penghidupan.
ALLAHu a'lam bisawab.
izariza,
ya la, memang kelat pun.. tapi ntah mungkin hari tu rasa manis kot :) nak tak bunga kubis?!
blackpurple,
kalau kosong asyik nak cari tilam je :)
chrysalis,
itu la.. mula membaca artikel akak, saya ingat akak pelajar Syria;) doakan saya...
indahsakura,
insyaAllah...
iman,
insyaAllah, bayu akan tetap utamakan pelajaran :) doa la exam akhir tahun, bulan 5/6 ni lulus ok?
oo... bunga kobis tu panjang cerita...
kalau nak tau,kena baca komen kat tajuk Dos Jiwa Kacau, blog izariza la :)
peh, sempat kempen blog izariza plak..
izariza, nanti upah bayu tau. hehe
akira,
o, lakonan tu mestila jadi hero :)
tak la, pelakon extra yang paling extra je....
khairyn,
tu la.. tumpang rajin ni, jangan sapa dok halang. nanti bila mai malas tu, jenuh depa nak kerah... baloq ni:)
ukhti,
insyaAllah.. yang penting akan tetap diutamakan.. kerana bayu dah baca fiqh Aulawiyat :)
(sila la tengok dalam blog Bicara Beta - sekadar kempen)
doakan saya ok?!
Semoga kesibukan itu mengajar kita erti ketabahan
eH .. kempen penamaan calon MPP ke ni :)
Balik Malaysia nanti bolehlah saya belanja kamu sup bunga kobis, sudi?
Iman, bunga kobis itu sekadar bercanda .. tiada hubungan yang signifikan antara bunga kobis dengan jadual yang padat ;) atau paling tidak, belum ada kajian empirikal dijalankan. Mungkin juga jawapannya YA .. who knows?!
p/s: oh.. "DI" sudah menjadi "BERSAMA" rupanya..
indera,
semoga apa yang indera cakap akan dikecapi :)
izariza,
kalau iza sudi ajak, takkan tergamak pula bayu menolak;)
iza, amacam sekarang.. ada kelat tak lagi?!
iman, rasanya apa yang cikgu iza cakap tu.. dah lebih dari paham kot :)
OO ok..ingatkan bunga kobis tu ada maksud tertentu..terima kasih Cikgu Iza.
Bayu,
Selamat menempuhi 'alam kesibukan".
Semoga diberi kekuatan.Ameen.
salam bayu,
pastikan perut juga padat sebelum melaksanakan jadual yang padat, kerana kepadatan waktu dengan kerja mungkin mengosongkan perut dan mudah saja keletihan, mungkin juga kesurutan idea.
(",)
iman,
anda dah tahu ke apa cerita di sebalik bunga kobis;)
iffah,
insyaAllah
bang,
ya la tu......
Catat Ulasan