Selamat Datang

Jumaat, 2 Mac 2007

Gadis kita..

Berkenaan kajian akademik terhadap "886 dari 887 gadis 'berisiko tinggi' terlibat seks".. bayu tersentak. Bayu termenung sendiri..
mungkinkah kebobrokan sistem pendidikan negara menjadi punca?
Mungkinkah hiburan melampau menjadi punca liar dalam hidup?
mungkinkah artis perlu dikawal oleh akta?
atau......


Kepada anak-anak gadis sekelian, ingatlah harga seorang perempuan itu ialah apa yang dia berikan untuk suaminya.
Apa pun untuk gadis yang pernah terlibat dengan kes ini, bayu nasihatkan kembali lah kepada TuhanMu yang Maha Pengampun..

7 ulasan:

syahid_zul berkata...

hm...gadis kita..."gadis"?entah lah..

Jiwa Rasa berkata...

Inilah jadinya bila kita tinggalkan amar ma'ruf nahi munkar.

Sekarang ni, lagi senang jadi pencuri, dari kerja menangkap pencuri.

Yang sering disalahkan ialah orang yang menangkap pencuri.

Nak menangkap pencuri di negara kita perlu ada budi bahasa, lemah lembut. Tak boleh kasar-kasar.

blackpurple berkata...

Bukankah sample yang diambil untuk kajian itu di kalangan pelajar yang 'bermasalah', tentulah seperti boleh dijangkakan hasil kajiannya.

Begitulah akhlak muda-mudi kini, kalau surah dan sirah dipisahkan jauh dari kehidupan.

BaYu SenJa berkata...

syahid zul,
entah la.. saya pun fikir panjang apa yang sepatutnya saya letak mengganti 'gadis'..

jiwa rasa,
saya hairan sebenarnya, kenapa perlu lebih-lebih memikirkan untuk merai pesalah, sehingga tak terfikir pula meraikan orang yang bersusahpayah nak membaiki pesalah..

balackpurple,
betul..
buntu difikir bagaimana pemurnian nilai dapat dibuat dalam keadaan sekarang..
tetapi usaha sedikit yang ikhlas tak mustahil mampu mengembalikan kehidupan berasas panduan tulen..

izinni berkata...

bayu,

dari setiap anak gadis yang hilang daranya ... ada seorang anak teruna yang menjadi penyebabnya, atau bukan anak teruna ... mungkin bapak kepada teruna?!?

apabila lelaki sudah mula hilang rasa tanggungjawab dan sifat untuk melindungi, selagi itulah ada anak-anak gadis yang terus menerus hanyut.

BaYu SenJa berkata...

izinni,
saya setuju dengan pendapat izinni.. kesalahan tidak patut dihalakan kepada satu pihak sahaja. kebebasan melampau remaja secara umum (lelaki dan perempuan) merupakan puncanya.

tapi saya teringat apa yang pernah saya ungkap lama dahulu,
kalau tiada gula mana kan datang semutnya..

izinni berkata...

hmmm semut sekarang bukan setakat gula .. semuanya dihurung termasuk bangkai dan taik perut ikan. jenuh nak spray semut-semut ni.

insyaAllah semut yang baik untuk gula yang sedap manis. semut yang jahat, suka pada bangkai dan taik.