Selamat Datang

Isnin, 26 Mac 2007

LePaS GeRaM.... (3 entri terus sekaligus)

hahaha...
nak nangis ke baca entri kali ni?! tak pun baca sikit terus cabut....
banyak kan?! ha, ni namanya lepas geram :)

Jawab tag dari indahsakura
Kesihatan :
Pernah berehat di Hospital Sungai Petani hampir 2 minggu (kerana pucat kekurangan darah) dan dipindahkan kemudiannya ke Hospital Alor Setar hampir 2 minggu juga pada tahun 1996 (tahun menghadapi UPSR).. mungkin kali pertama dan terakhir kot bercuti di Hospital..
Sehingga kini, bayu tetap macam insan lain yang kadang-kadang ditamu juga sakit.. tak la sihat sentiasa. Nanti macam firaun pulak jadinya :)

sakit demam, selesma, digigit serangga atau sebagainya menjadi tanda kita masih dikasih Tuhan… alhamdulillah

Fizikal :
Macam indahsakura bayu tidak perlu risau pasal berat badan kerana tidak akan gemuk..Tapi bimbang juga kalau-kalau perut saja yang naik.. hehe
Tinggi hanya 167 cm, berat pula cuma 55kg. kiranya sesuai menjadi model tak?!

Gaya hidup :
Lebih selesa hidup macam orang lain dengan kesederhanaan. Hidup biar kemas tetapi sedikit malas.. hehe
Tidak terlalu berkisah dengan gaya hidup berjenama. Bangga dengan imej melayu.
Tidak suka terlalu diperhati orang tetapi suka pula memerhati orang lain.

Pemakanan :
Telah menjadi penggemar masakan pedas selepas tidakdipedulikan rayuan lidah ini hampir 2 tahun oleh rakan serumah..
Lebih minat kepada masakan yang simple seperti masak kicap, sambal, sup dan lain-lain… wah beruntung lah !!!
Terus merindui asam ko bila indahsakura sebut ASAM… alahai, memang tak patut la :)

Sikap :
Dilihat pendiam oleh mereka yang tidak mengenali atau rapat dengan bayu. Menjadi seorang yang mesra dengan rakan-rakan.yang rapat.
Tidak pandai marah tetapi seorang yang pendendam kalau disakitkan oleh orang yang tidak dikenali sehingga selepas perkenalan sekali pun.. astaghfirullah..

Kesalahan yg paling besar :
biarlah kesalahan besar yang dikira dosa menjadi rahsia antara bayu dengan Allah..
astaghfirullah....
tapi bayu pernah menyesal dengan sesalan yang besar…
tak mau lagi lastik sarang tebuan!!!

Sekarang sambung pula tag ini kepada :
akirasuri
iman mawaddah
indera kencana
izinni
khairyn
izariza
daelova





21 ulasan:

akirasuri berkata...

adeii..
kena virus tag..terima kaseh ustat sebab bagi virus tu kat saya..alahai..hahak..

oh ohh orang sp ke?la ustat ni tua setahun je ke dari saya..ingatkan seeeeeeeeniiiiiiorrr sangat..hahak..

BaYu SenJa berkata...

kuikuikui...
mana tau saya seniooooour setaun?!
o, selama ni rasa saya tua la :)
muda lagi tauuuu!!!

kiki berkata...

erm..testing...testing one..two ..three...bayu...:p

akirasuri berkata...

oh ohh asalnya saya ni membayangkan ustat dalam lingkungan usia 27-28..sebab orang sudah bagi calon zaujah sampai 4 orang!ingatkan sudah besar-besar, rupanya budak-budak lagi..ha ha ha..[baru 23 kan?saya tua setahunlah, saya silap kira ;)]

dan..saya sebenarnya mengimejankan ustat berbadan plum..hahak..rupanya ustat slim river jek :P

nota: maaf daya membentuk karektor saya ni sudah tersilap..:)

Pa'chik berkata...

orang yang tidak pandai marah adalah orang yang tidak berpikir semasa marah, baling barang ikut suka, cerai bini talak tiga, tumbuk orang, terus berenti kerja, dan lain-lain tindakan yang merugikan.

itu orang yang tidak pandai marah.
Bagi aku la.

izinni berkata...

tak pandai marah ek? huh! bahaya! sekali marah tsunami, twister melanda. banyak simpan dlam. menakutkan.

biar cam aku .. mudah marah, mudah sejuk. hehehhe :P

malas nak jawab tag yang begitu berperibadi nih! MALU :D

blackpurple berkata...

Tapi kawan saya kata, lepas umur 30an nanti baru dapat kesan perut naik ke tak..nak-nak lagi bila dah berumahtangga... :D

Iman Mawaddah berkata...

Oitt..balas dendam ke? Ala tag ni peribadi benor laa...segan. I ni gadis pemalu tau hahaha

INDERA KENCANA berkata...

Tag Bayu akan saya jawab sepulang dari Pulau Pinang nanti..

Ada apa nak kirim kat Pulau Pinang?
Kirim biah pala? berkirim salam? kirim berdoa selamat untuk org utara. Tempat kelahiran bayu, kan?

ukhti27 berkata...

salam alaik ya akhi al-kareem...

masyaALLAH,
3 entries dalam sehari,
mabruk dan marha x3 diucapkan... (^^,)

"ambil la dari dunia untuk tubuh badanmu
dan ambil la dari akhirat untuk hatimu."
- Suffian As-Thauri.

ALLAHu a’lam bisawab.

IndahSakura berkata...

salam bayu..
suka asam..? kita sama...

terima kasih jawab tag..amat dihargai :)

BaYu SenJa berkata...

kiki,
ait, apa yang di'testing'kan tu :)
ahlan.....

akira,
oo, saya muda setahun la rupanya. ingatkan boleh nak belagak tua :)
maknanya perlu asah lagi daya mengimajen tu...
imaginasi saya mengkhabarkan yang akira ni ada iras2 gafil tu :) betul?!

BaYu SenJa berkata...

pa'chik,
camtu ka dia punya teori?!
ok, pasni bayu ambik kursus marah :)

izinni,
kalau la pemanas air rumah bayu macam izinni sifatnya.. tak la perlu tunggu lama untuk air panas :)

tag tu tiada paksaan, cuma permintaan..

blackpurple,
30 an???!!!! lambat lagi kot...
pazni bayu kontrol :)
sapa ada ubat?! tolong gitau bayu....

BaYu SenJa berkata...

iman,
dendam? mungkin ada sikit kot :)
ikut la, tapi kalau boh yang tak meggugat seorang pemalu pun ok jugak..

indera,
terimakasih..
nanti ceritakan pada bayu apakah bau tanah itu sudah berubah dengan hanyir kedurjanaan manusia..
Selamat bermusafir :)

ukhti,
syukran..
waalaikumul barakah...
ukhti, saya rasa mubarak lebih tepat berbanding mabruk...
kalau tak silap :)

BaYu SenJa berkata...

indahsakura,
memang suka asam.. dah pecah liur jadinya:)
kata arab ketika diucapkan orang terimakasih padanya, "la syukra alal wajib" (tidak perlu ucapkan terimakasih kepada perkara wajib....)

izinni berkata...

bayu,
tapikan .. nanti belum sempat nak buat kopi, ayaq dah sejuk leweh! ehehehhe

izinni berkata...

adehhh part permintaan tu yang tak sanggup tuh! nanti2lah digagahkan jua ....

ukhti27 berkata...

salam alaik akhi al-kareem...

alhamdulillah, wa iyyakum.

insyaALLAH,
tiada masalah dgn pengunaannya;
ia dari sudut bahasa.
perkataan ‘mabruk’ seperti perkataan barakah bermakna nikmat,
kebaikan dan yang sewaktu dgnnya... (^^,)

kalau dlm BM,
ia adalah satu ucapan atau doa
kebaikan kpd seseorang
yang mendapat nikmat, kegembiraan dll.

ALLAHu a’lam bisawab.

BaYu SenJa berkata...

izinni,
boleh saja kalau buat kopi sejuk pun:)
hakhak.. rasa terpaksa ka? permintaan je...

ukhti,
setahu saya mubarak lebih tepat dan mabruk tidak digunakan kerana mungkin tidak sesuai dengan maknanya atau penggunaannya...
Terimakasih :)
walLahu a'lam bis sowab

bang_gugar : berkata...

salam,
pendiam.. ada la sikit2 lbih kurang sama kita ni ye.. sikit je.. sbb bnyaknya saya ni tak dduk diam.. (",)

BaYu SenJa berkata...

bang,
betul ke bayu pendiam?!