Selamat Datang

Sabtu, 3 Mac 2007

virus Pelik dah sampai..

bukan senang nak cari yang pelik. mungkin kita rasa pelik, tetapi pada orang lain biasa saja, ataupun sebaliknya.
bukan mudah nak paparkan kepelikan diri pada orang, tetapi minat mengetahui kepelikan orang.
Namun, sebagai menyahut tag dari iman mawaddah, saya teruskan juga virus 6 pelik ini.
mungkin terfikir, bila orang mahu tahu tentang kita, ertinya kita dihargai :)
6 perkara yang pelik dari banyak perkara lagi yang pelik-pelik saya paparkan disini ;
1. Terlalu gemar mengikut perkembangan bolasepak, tetapi tidak minat bermain bola sepak.
2. Minat mengutip pasir-pasir kasar.. 5-6 butir akan dimasukkan ke dalam poket kiri. tak tahu apa yang best ;)
3. Makan banyak, selera makan juga berkembang dan nafsu makan tak pernah berkurang.. cuma berat badan tak nak naik (dalam 5 tahun kebelakangan ini, cuma naik lebih kurang 3 kg)
4. Berasa besar dan penuh keyakinan (sekali bangga) bila berada di pentas untuk berucap. Tetapi akan bertukar takut, rasa kerdil, gemuruh dan macam-macam lagi bila di pentas untuk persembahan.. walaupun menjadi orang yang paling tak penting di pentas. hehe
5. Lebih suka putih telur dari kuning telur. hanya lalu kuning telur bila dimasak tidak beku, dan makan panas-panas.
6. terbatuk bila dikorek telinga kanan. mungkin tergeletek urat batuk kot...

saya teruskan tag ini kepada rakan-rakan;
1. syifa Arjuna
2. bang_gugar
3. mencuba untuk ukhti27 (jika tak keberatan ;)
4. amiene rev
5. seperti iman mawaddah, saya cuba tag akma
6. iffah Humaira

22 ulasan:

izinni berkata...

salam bayu,

hmmm ... first time dengar orang suka kutip pasir kasar pastu masuk poket. mungkin tindakan luar sedar untuk prektis kutip batu2 kecil untuk melontar jamrah nanti kot. hehehhehe ...

abih batu tu apa jadinya nanti? kuarkan balik dari suar tak?

BaYu SenJa berkata...

itu la, segan jugak kalau orang perasan :)
itu rahsia kenapa tangan saya sentiasa berada dalam poket.. hehe

Iman Mawaddah berkata...

hehehe no 6 tu macam kelakar..macam anak buah saya dia rasa nak termuntah bila mama dia korek telinga dia.

Apa-apa hal pun terima kasih Bayu. Walaupun tag ini sekadar suka-suka, tanpa kita sedar secara tidak lansung kita mengenali antara satu sama lain dan terjalinlah ukhuwah antara kita dan rakan-rakan yang lain.

IndahSakura berkata...

yang no. 3 tu...
sebijik sama.. :)

yang no 6 tu..rasa nak tergelak bila baca...rupanya bayu ni kelakar juga orgnya..

BaYu SenJa berkata...

iman,
o, maknanya anak buah iman lebih dahsyat dari saya.. tercabar rasanya :)

BaYu SenJa berkata...

ye ke sebiji? herankan? nak ubat macamana pun tak tau..
tentang kelakar tu, boleh la juga:)

zizie ali berkata...

minat kutip pasir? minat ni boleh dikembangkan. jadi tokey pasir!

khairyn berkata...

salam bayu,

berdiri jauh-jauh dari saya kalau tak mahu pasir-pasir tu saya hoover (vakum) hehehehe

BaYu SenJa berkata...

zizie,
tu la.. pernah juga bercita-cita menjadi tokey pasir dulu :)

khairyn,
cari la benda lain untuk di vakum, janganla pasir saya.. hehe

ukhti27 berkata...

salam alaik,
masyaALLAH tabaraka wa ta'ala,
terpanggil ana untuk singgah kembali...

jazakALLAH khair akhi kerna sudi
- tag ana dalam '6 virus pelik'.
- link pondok ana ilaa blog akhi ini.

insyaALLAH,
akan ana menyahutnya,
fi amanillah (^^,)

Bunga Rampai berkata...

Salam kenal,

Yang pelik itu unik, satu kelebihan yang tidak ada pada orang lain :) Hargainya.

Salam ukhuwah.

Izariza berkata...

Salam perkenalan .. :)

Butir-butir pasir itu mengingatkan saya pada seorang rakan. Persis kamu! Apa jadi pada pasir-pasir itu?

blackpurple berkata...

Nasib baik cuma pasir-pasir kasar. Bagaiman agaknya kalau batu-batu kasar...? :D

BaYu SenJa berkata...

ukhti27,
terimakasih kerana sudi :) saya tunggu..

bunga rampai,
salam perkenalan juga dari saya.. terimakasih sudi menyapa saya :) pelik ke saya?insyaAllah akan saya hargai.. hehe

izariza,
salam juga dari saya.. gembira rasanya izariza sudi ke sini :)
pasir-pasir tu saya simpan je.. buat koleksi..kalau dah boring saya buang dan kumpul yang baru.. hehe

blackpurple,
kalau batu kasar boleh buat senjata kalau terjumpa org jahat (",)hehe

ukhti27 berkata...

salam alaik,
afwan akhi.

insyaALLAH, disini ...

...and have made you into nations & tribes, so that you might come to know one another. Verily, the noblest of you in the sight of ALLAH is the one who is most deeply conscious of HIM... (^^,)
(Al-Hujuraat : 13)

ALLAHu a’lam bisawab.

BaYu SenJa berkata...

ukhti,
terimakasih.. semoga pengenalan mengerat ukhuwah dalam hidup berjamaah berpandukan Syariah..:)

ukhti27 berkata...

salam alaik akhi,
afuan ala kulli hal.

insyaALLAH,
kita usaha dan doakan bersama.

utk persiapan Majalah Itqan (PPMS),
moga ALLAH permudahkan,
amin ya RABB. bismillah.

beramal la...
sesungguhnya,
Islam itu indah
utk dinikmati bersama...

ALLAHu a'lam bisawab.

BaYu SenJa berkata...

terimakasih ukhti..
harap segala perbuatan kita dipermudahkan Allah :)

INDERA KENCANA berkata...

Saya pula jangan kan telinga kanan. Dua-dua belah telinga kalau dicuci dengan cotton bud akan terbatuk..

bang_gugar berkata...

salam bayu,
memang pelik2 virus yang dah "melekat" pada bayu, pasal batu yang bayu suka kutip dan simpan dalam poket, saya harap tidak dibaling pada anak2 arab, kesian...
tag yang bayu amanahkan pada saya, alhamdulillah saya dah selesaikan, harap bayu dapat berpuas hati dengannya.
salam...

kujie berkata...

salam bayu..huhu..jgn nnt jadi tokey korek pasir haram dah ye....nnt kena cekup masak tv!

bab kuning telur tu...anak2 kak jie pun mcm tu..dia org tak suka kuning telur..

BaYu SenJa berkata...

indera,
maknanya..
sekurang-kurangnya kita dah temui titik persamaan antara kita :)

bang_gugar,
terimakasih kerana sudi terima :)

kak jie,
insyaAllah tak.. sebab saya ni anti projek haram :)

nanti kenalkan saya dengan anak-anak kak jie yang tak suka kuning telur tu boleh ;)