Selamat Datang

Isnin, 26 Mac 2007

Catatan Cuti bersama Rombongan dari Malaysia











desktop terbaru :)






Catatan percutian mengiringi rombongan ustaz dari Malaysia

Isnin (12/3/2007) : Rombongan sampai di Syria dan berehat.

Selasa (13/3/2007)
- Melawat Bazar Hamidiah dalam kota lama (bazaar tertutup) Damsyik.
- Makam Sahabat Rasulullah bernama Abu Darda’
- Makam Salahuddin Al-ayubi
- Makam kepala saidina Husein sebelum dipindahkan k mesir
- Makam Nabi Yahya
- Jamie Umawi. Masjid yang unik senibinanya dan pernah menjadi mercu kemegahan pentadbiran khalifah Islam.

Rabu:
Musafir ke selatan Syria

- Makam Imam Nawawi di kampung Nawa
- Makam Nabi Ayub dan salah seorang anaknya.
- Kesan Kota-kubu atau Bandar lama Busro (tempat pentadbitran empayar Rom suatu ketika dulu)
- Roman Amphitheatre (yang dibina dalam abad ke 2 masehi)
- Bekas tapak kaki unta nabi ketika baginda dating ke Syam dan bertemu Rahib Buhaira
- Malam : mengikuti majlis bersama Syeikh Husamuddi farfour

Khamis :
Tidak mengiringi rombongan kerana terlalu sibuk dengan persiapan Malam pe;ajar-pelajar ASEAN.

Jumaat :
- Selepas subuh :Majlis Zikir dengan tarikat khalawatiah.
- (tidak dapat mengiringi rombongan sampai ke malam)
- Malam : persembahan dan mengikuti Malam pelajar ASEAN
- Pukul 12 malam berolak ke Halab (Aleppo) - Utara Syria

Sabtu :
- Melihat kota-kubu lama Halab.
- Makam Nabi Khidir.
- Bazar tertutup Halab.
- Masjid Umawi Halab
- Makam Nabi Zakariya
- Makam Umar bin Abd. Aziz dan isterinya ( di Maaratun Nukman )
- Makam Khalid bin Al-walid yang digelar Pedang Allah, anaknya serta Abdullah bin Umar bin Al-Khattab – di Bandar Homs.
- Kincir Air (antara tertua di dunia) – di Bandar Hama.
- Malam : setiba di Damascus terus mandi wap bersama rombongan.

Ahad:
- Melawat Pusat Pengajian di sini.
- Makam Bilal bin ar-Robah (tukang azan nabi)
- Membeli belah di bazaar saidah zainab.

Isnin:
- Salah seorang ahli rombongan bertolak balik kerana ada urusan penting.
- Malam: Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama anak-anak yatim Syria.

Selasa:
- Membeli belah di Bazar tertutup Hamidiah.
- Melawat makam Nuruddin Az-zinki

Rabu:
- Makam Habil.
- Naik ke bukit bersalji di Bludan.
- Ke tasik zarzar
- Naik ke bukit Qasiyun di Damascus melihat suasana damsyik dari atas secara menyeluruh (program kesimpulan lawatan)

Khamis:
Rombongan bertolak balik...

terus melawat Halaman sendiri di pondok bayusenja.....

7 ulasan:

akirasuri berkata...

rombongan menengok zaujah tak ada ke ustat..he he he :P

BaYu SenJa berkata...

takdak.. cuma disebut-sebut saja :)
orangnya kat malaysia!!!

izinni berkata...

huh! SAYA HIJAU PENUH CEMBURU!

Chrysalis berkata...

:) dah jadi hulk pulak izinni.

BayuSenja: Catatan perjalanan yang panjang kadang lebih senang ditulis gaya isi penting.

Oh dan akak dah naik ke Jabal Qasiyun Ogos tahun lalu. Dan mahu ke bazar lagi tentunya kerana waktu ke Syria, akak tak boleh keluarkan duit daripada ATM (syahdu je). Oh ye, kedai Abaya di tingkat atas pasti akan dijenguk lagi kalau ke sana.. Sekadar jenguk sahajalah!

Dan berazam mahu duduk seharian di dalam Umayyad Complex lalu mengamati setiap inci senibinanya... Mungkin kena tunggu Itqan belajar di Syria kot? :)

Tak lupa nak jalan2 kat deretan kedai manisan di waktu malam kerana senang menjamu mata dengan bermacam manisan yang pelbagai rupa dan warna.

Macam perasaan yang indah di pesisir Sydney Harbour, malah perasaan itu terlebih lagi di Dimashq.

Iman Mawaddah berkata...

Woit..desktop seksi..tutup mata..tak boleh tengok. hehe..agak2nya kalau saya hendak ke sana dengan siapa saya boleh berhubung ?

BaYu SenJa berkata...

izinni,
awat jadi macam ni... jangan bikin bayu takut :)

chrysalis,
o, sudah bertamu ke bumi penuh sejarah ini rupanya :)
Kalau itqan ke sini dalam 2-3 tahun ini, boleh saja untuk saya menyambut..

BaYu SenJa berkata...

iman,
tutup....
kalau iman berminat nak ke sini, saya pelawa diri untuk uruskan. ramai kawan-kawan akhawat di sini.
lebih baik dan jimat berbanding travel. bukan apa, nak tolong kawan2...
kalau nak saya jugak yang kendalikan sepenuhnya.. kira terpaksa la ;)