Selamat Datang

Rabu, 7 Mac 2007

Biarlah saja..

Selepas sebulan cerita duka itu berlaku, kini telah bayu delete semua sms-sms darinya...
Biarlah kenangan manis yang bertukar pahit bayu telan bersama liur kekecewaan..

51 ulasan:

izinni berkata...

salam bayu,

aduhlaaa .. sadisnya entri ni. kiciwa? setakat delete sms tadi ingatan di hati dan kepala masih terpahat tak jadi gak.

bunga bukan sekuntum ....

BaYu SenJa berkata...

alahai izinni..
tak tahu la nak bagi hilang camana. boleh tolong saya?!

sekurangnya, bila tengok handphone datak nampak dia :)

Iman Mawaddah berkata...

Bagus..bulatkan tekat..kuatkan azam menuju ke puncak jaya hehehe macam lagu koir tv karya usman awang la pula.

Barang yang lepas usah di kenang..biarkan ia berlalu sebagai pengajaran di masa hadapan..percayalah pada suratan takdir sebuah pertemuan dan perpisahan..yang penting kita tidak hilang kasih sayangNya yang Maha Esa..bercerita berdasarkan dari pengalaman ni tau :)

BaYu SenJa berkata...

wah.. tergiur rasanya bila digimik begitu.. teringin benar, nak tau pengalaman iman :)
doakan saya kuat menghadapi masa depan tanpa dihantui bayangan yang lalu.. ok?

Iman Mawaddah berkata...

Pengalaman saya? hehe tak perlu cerita lah..sebab saya malas nak flash back. Dah simpan dalam bilik kebal yang saya sendiri lupa no siri kuncinya hehehe.InsyaAllah..bayu boleh...orang yang belajar agama lagi pandai mengawal perasaan. Cuba berfikiran positif kay :)

izinni berkata...

aduhai,

saya tak pernah putus kasih. Kasih saya yang mula dan satu insyaAllah kekal bersama saya hingga kini.

hmmm ... lazimnya hati suka bermain rasa. lagi kita nak buang ingatan itu dari hati, perasaan dan minda .. lagi lah ingatan tu semakin kuat dan menebal. betul tak?

sibukkan diri dengan tugas, zikir padaNya. Rela dan redhakan dia pergi dari hidup. Doakan kebahagian dia. InsyaAllah bila kita tahu perpisahan adalah untuk kebaikan bersama, demi kebahagian si dia ... hati akan menurut kata.

Pengorbanan jugak tu. Ingat satu .. Allah menjanjikan yang lebih baik untuk bayu.

hmmm macam love doctor ler plak. Orang kat scotland tu lagi terer dari saya. hehehhehe .. tunggu dia singgah naaa ... kita baca apa yang dia nak tulis :)

fatimah_mastura berkata...

salam alaik akhi al-kareem...

la tahzan - jangan bersedih...
tegar dan sabar la tawakal pada NYA...

utamakan la cinta ALLAH,
maka nanti DIA akan menemukan kamu
dengan org yang menyintai NYA
sebagaimana kamu menyintai TUHAN kamu...

p/s : bisa sahja amalkan
munajat Al-Furqan ayat 74 dll... (^^,)

biiznillah wALLAHu a’lam bisawab.

Tanpa Nama berkata...

kenangan lalu akan terpahat walau kita cuba melemparkannya ke dalam lautan

Tanpa Nama berkata...

kekecewaan itu akan terubat jua di suatu waktu nanti...insyaAllah..

Iman Mawaddah berkata...

wah3x..doctor izinni ke main lagi dia hehe..bila nak kenalkan pot dengan saya? haha habis kotak bayu pula jadi mangsa chat box kita.

izinni berkata...

itilah penangan "jane of all trade" hahahahaha ... lepas ni jadi lawyer plak.

bayu tak marah kan? kan? KAN? ... iman moh sembang lagi! hehhehee

IFFAH berkata...

Salam,

Bayu, Ingatlah !
Sesungguhnya bersama-sama kesulitan itu ada kemudahan.Menurut mufassirin , 1 kesulitan yang dialami akan mendapat 2 ganjaran kemudahan. Subhanallah ! Betapa maha pengasihnya pencipta kita.

Allahu taala a'lam.


p/s :

Terkadang diri ini terasa jauh dengan-Nya apabila tiada ujian yang datang bertandang. Banyak-banyak doa : Ya Allah, ujilah aku dengan ujian yang mampu aku hadapi.Ameen !

Bunga Rampai berkata...

Salam Bayu Senja,

InsyaAllah, esok masih ada untukmu. Doa saya mengiringimu :)

Moga dalam dakapan kasih-NYA selalu.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tak perlu toleh lagi ke belakang..
Pandang jauh ke depan..

:)

Iman Mawaddah berkata...

izinni..nak menyampuk tadi..tapi masa amat mencemburui saya bersembang di sini hehehe

BaYu SenJa berkata...

iman,
tak apa.. jangan bimbang, saya takkan memaksa :) tapi kalau dah ungat balik no siri kunci tu, apa salahnya.. hehe

izinni,
tahniah la kepada izinni kerana membulat kasih yang satu :)
terimakasih untuk ajaran tersebut..
saya juga tunggu singgahan orang scotland tu;)

ukhti,
terimakasih.. amanatmu sangat bermakna :)

BaYu SenJa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BaYu SenJa berkata...

kiki,
kalau campak ke dalam hutan, bisa ketemu jalan keluar.. kalau ditanam di dasar bumi.. pastikah dia mengorek naik nanti?! hehe, lawak je :) kiki, bagaimana mampu kita bertahan dengan kenangan silam?

iman& izinni,
berbangga saya, iman dan izinni jadikan box ini sebagai tempat sembang... hehe
ajak la ramai2 lagi.. bayu tak kisah.
cuma bayu nak minta maaf... takde teh :)

BaYu SenJa berkata...

indahsakura,
insyaAllah. itu yang bayu harapkan :) semoga cepat masa itu datang...

iffah,
amiiiin ya rob... terimakasih :)

bunga rampai,
semoga esok datangnya hari yang indah kan?! amiin ya rob...

blackpurple,
kalau boleh, taknak lagi pandang ke belakang.. tapi yang di belakang itu acap kali menerjah ke hadapan :)

BaYu SenJa berkata...

iman..
ala, apa salahnya bersembang di sini:) izinni.. jangan malu2, jemputla....

Iman Mawaddah berkata...

Tak de teh..kopi pun jadi lah..tapi dekat middle east dorang tak minum kopi kan. Lebih kepada teh. Dan cara dorang tak sama dengan cara kita minum teh. Dia kemam gula batu dalma mulut kemudian baru minum airnya kan..hehe merapu pasal teh la pula.

BaYu SenJa berkata...

iman,
memang depa minum teh lagi.. kopi ni kira kurang sikit.. tapi kopi depa, kompom orang kita yang baru tak boleh minum.. pahit nak mampus:) siap campur dengan buah pelaga (serbuk)lagi...

Iman Mawaddah berkata...

buah pelaga serbuk?? ermm dorang suka betul minuman berempah kan

izinni berkata...

adehhh dah bersembang pasal kopi ngan teh ler plak! hehehhe

Ilham Purnama berkata...

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Allah yassirlak... :)

khairyn berkata...

adeh!

Kenapa saya di'seru'? SMS dah delete, nombor 'dia' tu dah delete juga ke belum?

Sebenarnya Bayu, dalam hal ni tak ada apa yang boleh ubatkan hati kita, kecuali MASA. Ambil masa, untuk relakskan minda (wah! ala ala Dato Fazilah Kamsah).

Masa ni memang Bayu rasa macam dunia muram dan kusam tapi kalau bayu lihat kawan2 yang tersenyum gembira, bergelak ketawa, bayu akan rasa sebenarnya kegembiraan itu ada. Jangan terlalu tenggelam dengan emosi.

Bayu orang yang berpendidikan. Apatah lagi sedang mendalami ilmu Allah. Tapi, kita manusia yang lemah dan melakukan khilaf, jadi bermunajat dengan Dia, mohon dikuatkan jiwa dan tabah. Allah la sebaik-baik tempat untuk kita mengadu kan?

InsyaAllah, saya doakan Bayu kuat.

Wassalam

hakim dirani berkata...

Bayu, saya rasa buang sms kesannya sikit kalau dihati masih berbekas kasih.

banyakkan berdoa agar Allah membantu anda.

izinni berkata...

haaa kan aku dah cakap bayu .. bila love doctor dari sekotlen dah masuk ... fuhh!!!! mengcengkam! siapa sangka hatinya belum lagi dimiliki .. huhuhuhu

Chrysalis berkata...

Buang sms, hadiah, gambar etc.. dan try la buang photographic memory bayu tentang apa sahaja terkait dia... insyaallah. Memori dan hati dan perasaan kan Allah yang pegang. Ask Him. Janganlah dalam blog kata nak lupa tapi dalam hati mahu ingat sentiasa. Konflik jadinya nanti dik.

Lebih baik adik ambil keputusan untuk terus ingat dia.. dan bila dah boleh terima hakikat yang mengingat dia pun sudah tiada gunanya, dengan sendiri bayangan itu akan pergi.

All the best. Doa akak utk adik.

izinni berkata...

btw .. cinta pertama ke ni?

kalau ya ... dengarkan la lagi ni -->>
http://www.youtube.com/watch?v=4j6evHY39O4&mode=related&search=

adakah akan makin parah nanti? hayati liriknya ..

INDERA KENCANA berkata...

Bayu,
Kenangan itu sesuatu yang sangat indah bila dikenang tetapi kepahitan bisa memudaratkan diri.

Biasanya kita tahu akan kesannya. Tetapi kita sama sekali tidak ingin melepaskannya pergi.

Berbanyaklah bersabar. Di dalam percintaan akan ada pelbagai dugaan dan rintangan. Mohon petunjuk dan panduan dari Allah SWT. Pasti Allah akan memberikan jodoh yang mulia buat kita. Insya-Allah.

akirasuri berkata...

salam bayu..

wah..kuciwa?pasti akan ketemu dengan yang baek-baek..cuma belum masanya ;)

ya ya budak sekolah..

AKMA berkata...

bayu,

maaf lama tidak meninggal jejak. agak terburu-buru mengejar masa. alhamdulillah, selamat selesai semuanya.

teruskan perjuangan! saat jatuh, ingat Rasul yang Agung. Bayangkan jatuh bangun beliau. Itu motivasi paling dekat di hati kita. Insya-Allah.

BaYu SenJa berkata...

iman,
untuk pengetahuan buah pelaga tu dia mesin sekali ngan kopi, minum tanpa gula.. peh!! ye la, makanan mereka kira jenis berkhasiat juga, tapi depa ni kalau makan manis... masyaAllah :)
izinni, jom la join sekali pasal kopi.... hehe

BaYu SenJa berkata...

ilham purnama,
betul.. tapi itu tidak ku sedar sebelum ini :)
syukran ya akhi...

BaYu SenJa berkata...

khairyn,
terimakasih. tamuan khairyn memang bayu nanti2 kan.. tak caya tanya izinni :)
memang dirasa alam sentiasa sunyi tak bersuara.
bayu terpaksa jadi orang lain untuk hadapi semua ni.. semoga MASA yang khairyn cakap merupakan esok bagi bayu....

hakim,
kalau boleh mahu disabun bersih karat kasih itu.. tapi, apakandaya?!

izinni,
ya la.. memang bayu pun tunggu dia bertamu...
betul ka hatinya belum agi dimiliki?! huhuhuh

BaYu SenJa berkata...

chrysalis,
terimakasih kak, memang tak dapat lupa lari dari bayangnya pun.. mana mungkin itu boleh kalau dah tiap hari terserempak.. moga akan kebal hati menghadap si dia:)

izinni,
ntah la.. tapi waktu budak2 dulu pun nakal gak.. hehe,
saya akan dengar dan hayati lagu tu ok?

BaYu SenJa berkata...

indera,
ku harap yang pergi itu kan berganti yang terbaik pula pada diri.. semoga gantinya nanti kekal menjadi jodoh ku.... terimakasih indera, doakan saya sama noleh?!

akirasuri,
jap2.. bukan budak sekolah la, dah lepas umur mengundi ni tau:)hehe...
akirasuri, kalau hal ini hanya kisah antara kami, masih ku anggap ringan.. tapi, 2 keluarga pun dah mengikat berjanji...
alahai

BaYu SenJa berkata...

akma,
tulus hati bayu berkata.. singgahan akma juga bisa menenangkan hati yang gelora :)
terimaksih, insyaAllah rasul Agung itu kan bayu turuti...
dan, TAHNIAH buat akma.. kami menunggu kepulanganMu

banggugar berkata...

salam bayu,

merasakan begitu sadis yang menimpa bayu, rasanya jika sekadar sms dipadam masih belum ada apa2 sekiranya dibandingkan padam saja no. tel sidia...

hidup mesti diteruskan...
(",)

BaYu SenJa berkata...

bang,
kalau dah hapal no dia.. apa guna padam lagi..
biar la saja.. kot2 darurat nanti:)

khairyn berkata...

salam bayu,

insyaAllah MASA tu akan sampai. Just think positive. Akan tiba saatnya bila terdetik dalam hati; 'ish, kenapalah aku pernah terminat pada dia dulu.'

Sekarang terlalu awal untuk Bayu menilai kembali sifat, sikap dan perangai dia. Untuk lupa memang payah tapi jangan sampai menipu diri sendiri. Jadilah diri Bayu sendiri. Ambil masa untuk layan emosi tapi jangan sampai tenggelam.

Banyak lagi yang boleh saya katakan tapi satu saja saya nak ingatkan Bayu. Think positif. Tanam perasaan dengki dalam hati. Improve kedudukan/taraf Bayu. Azam, yang satu hari dia akan melihat Bayu dan dia pula terdetik di hati 'menyesal aku buat dia macam tu dulu.'

that is your satisfaction. Kejam ke? I don't think so.

Iman Mawaddah berkata...

Ya..sokong kata-kata Khairyn..tingkatkan jati diri dan kedudukan. Jangan tunjukkan diri kita lemah tanpa kehadiran dia disisi. "Ajar" dia dengan kebahagiaan yang akan kita lalui untuk hari-hari mendatang. Biar dia gigit jari tengok kita hehehe...jahatnya. Apa-apa hal pun anggap ini satu hikmah..agen perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang lebih mulia disisi-Nya..InsyaAllah.

Perhh bersemangat waja betul hehehe


p/s: izinni,
ya la.. memang bayu pun tunggu dia bertamu...
betul ka hatinya belum agi dimiliki?! huhuhuh
..Nak tackle Khairyn pula ke? hehe..

BaYu SenJa berkata...

khairyn,
terimakasih,
mungkin itu yang perlu bayu buat..
:)

BaYu SenJa berkata...

iman,
bayu macam semakin kuat dengan sokongan rakan-rakan sekelian
biar dia menyesal nanti...

amboi iman, pandai pulak mencipta gimik..
kalau betul,amacam? hehe ;)
khairyn, jangan marah.......

izinni berkata...

Alhamdulillah ... kelihatan makin kuat menghadapi DOGAAN Allah. Tayang kat si dia ... aku masih boleh hidup bahagia tanpa kau! huhuhuhuhu ... dan tunjuk pada keluarga yang bayu masih boleh berdiri teguh walaupun hasrat kecundang di tengah jalan.

errr ... nak tackle khairyn? boleh saja TAPI .. tengok diri pada cermin. kalau ada rupa german caucasian Muslim ala-ala abang kahn ... esok masuk meminang pun gerenti jawapannya YES! hahahahaha

BaYu SenJa berkata...

izinni,
wah.. sakan nampak menyakat :)

insyaAllah, hidup mesti diteruskan.. InsyaAllah akan lebih bermakna tanpa si dia kan?kan?kan?

ya la kan, khairyn minat jejaka german... isk..

banggugar berkata...

salam bayu,

hembusan bayu memang lembut, sesiapa juga boleh merasanya, hembusan itulah menenangkan segalanya..

(",)

BaYu SenJa berkata...

bang,
semoga benar bayu itu sedamai bayu senja....

Tanpa Nama berkata...

Allahu Allahu,

Telah berpesan Ulama'Ulama Sufi
Keterikatan kita terhadap manusia bermakna tertipu kita dengan dunia dan masih belum berjaya mengenal Allah..

Dari kesakitan apa jua sebenarnya pembuka jalan menuju Allah. Ambillah peluang ini. Di bumi barakah itu juga, pencinta2 Nabiyyuna s.a.w di mana-mana. Isilah dengan majlis-majlis Malaikah nescaya jalan menuju Allah makin hampir dan makin mencinta Allah, Rasul dan ulama'-ulama'. Percayalah, tiada nikmat besar selain itu. Hatta cinta manusia.

BaYu SenJa berkata...

nai,
terimakasih....
semoga Allah bersama kita :)