Selamat Datang

Isnin, 26 Mac 2007

LePaS GeRaM.... (3 entri terus sekaligus)

hahaha...
nak nangis ke baca entri kali ni?! tak pun baca sikit terus cabut....
banyak kan?! ha, ni namanya lepas geram :)

Jawab tag dari indahsakura
Kesihatan :
Pernah berehat di Hospital Sungai Petani hampir 2 minggu (kerana pucat kekurangan darah) dan dipindahkan kemudiannya ke Hospital Alor Setar hampir 2 minggu juga pada tahun 1996 (tahun menghadapi UPSR).. mungkin kali pertama dan terakhir kot bercuti di Hospital..
Sehingga kini, bayu tetap macam insan lain yang kadang-kadang ditamu juga sakit.. tak la sihat sentiasa. Nanti macam firaun pulak jadinya :)

sakit demam, selesma, digigit serangga atau sebagainya menjadi tanda kita masih dikasih Tuhan… alhamdulillah

Fizikal :
Macam indahsakura bayu tidak perlu risau pasal berat badan kerana tidak akan gemuk..Tapi bimbang juga kalau-kalau perut saja yang naik.. hehe
Tinggi hanya 167 cm, berat pula cuma 55kg. kiranya sesuai menjadi model tak?!

Gaya hidup :
Lebih selesa hidup macam orang lain dengan kesederhanaan. Hidup biar kemas tetapi sedikit malas.. hehe
Tidak terlalu berkisah dengan gaya hidup berjenama. Bangga dengan imej melayu.
Tidak suka terlalu diperhati orang tetapi suka pula memerhati orang lain.

Pemakanan :
Telah menjadi penggemar masakan pedas selepas tidakdipedulikan rayuan lidah ini hampir 2 tahun oleh rakan serumah..
Lebih minat kepada masakan yang simple seperti masak kicap, sambal, sup dan lain-lain… wah beruntung lah !!!
Terus merindui asam ko bila indahsakura sebut ASAM… alahai, memang tak patut la :)

Sikap :
Dilihat pendiam oleh mereka yang tidak mengenali atau rapat dengan bayu. Menjadi seorang yang mesra dengan rakan-rakan.yang rapat.
Tidak pandai marah tetapi seorang yang pendendam kalau disakitkan oleh orang yang tidak dikenali sehingga selepas perkenalan sekali pun.. astaghfirullah..

Kesalahan yg paling besar :
biarlah kesalahan besar yang dikira dosa menjadi rahsia antara bayu dengan Allah..
astaghfirullah....
tapi bayu pernah menyesal dengan sesalan yang besar…
tak mau lagi lastik sarang tebuan!!!

Sekarang sambung pula tag ini kepada :
akirasuri
iman mawaddah
indera kencana
izinni
khairyn
izariza
daelova





Catatan Cuti bersama Rombongan dari Malaysia











desktop terbaru :)






Catatan percutian mengiringi rombongan ustaz dari Malaysia

Isnin (12/3/2007) : Rombongan sampai di Syria dan berehat.

Selasa (13/3/2007)
- Melawat Bazar Hamidiah dalam kota lama (bazaar tertutup) Damsyik.
- Makam Sahabat Rasulullah bernama Abu Darda’
- Makam Salahuddin Al-ayubi
- Makam kepala saidina Husein sebelum dipindahkan k mesir
- Makam Nabi Yahya
- Jamie Umawi. Masjid yang unik senibinanya dan pernah menjadi mercu kemegahan pentadbiran khalifah Islam.

Rabu:
Musafir ke selatan Syria

- Makam Imam Nawawi di kampung Nawa
- Makam Nabi Ayub dan salah seorang anaknya.
- Kesan Kota-kubu atau Bandar lama Busro (tempat pentadbitran empayar Rom suatu ketika dulu)
- Roman Amphitheatre (yang dibina dalam abad ke 2 masehi)
- Bekas tapak kaki unta nabi ketika baginda dating ke Syam dan bertemu Rahib Buhaira
- Malam : mengikuti majlis bersama Syeikh Husamuddi farfour

Khamis :
Tidak mengiringi rombongan kerana terlalu sibuk dengan persiapan Malam pe;ajar-pelajar ASEAN.

Jumaat :
- Selepas subuh :Majlis Zikir dengan tarikat khalawatiah.
- (tidak dapat mengiringi rombongan sampai ke malam)
- Malam : persembahan dan mengikuti Malam pelajar ASEAN
- Pukul 12 malam berolak ke Halab (Aleppo) - Utara Syria

Sabtu :
- Melihat kota-kubu lama Halab.
- Makam Nabi Khidir.
- Bazar tertutup Halab.
- Masjid Umawi Halab
- Makam Nabi Zakariya
- Makam Umar bin Abd. Aziz dan isterinya ( di Maaratun Nukman )
- Makam Khalid bin Al-walid yang digelar Pedang Allah, anaknya serta Abdullah bin Umar bin Al-Khattab – di Bandar Homs.
- Kincir Air (antara tertua di dunia) – di Bandar Hama.
- Malam : setiba di Damascus terus mandi wap bersama rombongan.

Ahad:
- Melawat Pusat Pengajian di sini.
- Makam Bilal bin ar-Robah (tukang azan nabi)
- Membeli belah di bazaar saidah zainab.

Isnin:
- Salah seorang ahli rombongan bertolak balik kerana ada urusan penting.
- Malam: Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama anak-anak yatim Syria.

Selasa:
- Membeli belah di Bazar tertutup Hamidiah.
- Melawat makam Nuruddin Az-zinki

Rabu:
- Makam Habil.
- Naik ke bukit bersalji di Bludan.
- Ke tasik zarzar
- Naik ke bukit Qasiyun di Damascus melihat suasana damsyik dari atas secara menyeluruh (program kesimpulan lawatan)

Khamis:
Rombongan bertolak balik...

terus melawat Halaman sendiri di pondok bayusenja.....

Desktop.. dah jawab iman :)



2 yang paling digemari :)
nak sambung pula ke bang gugar..
yang lain tu saja taknak tag sebab keisan.. hehe

Jumaat, 23 Mac 2007

yang pergi sudah BERGANTI?!

Dalam redup mendung duka itu, bayu bercuti seketika...
mencari di mana damai yang dulu..
mencari di mana semangat pergi berlalu..
menghitung silap sendiri..
mencari kekuatan kembali..
selain berusaha memenuhkan semula ruang hati yang tidak berisi..

Dalam cuti ini, bayu ditawarkan beberapa gadis untuk bergelar taman hidup bayu.. mungkin ini gantinya kan?
tapi bayu harus lihat dulu..
kan sunnat tengok dulu sebelum jadi?
tapi harus istikharah dulu..
takut juga kalau tak jadi lagi?

semuanya berlaku ketika mengiringi rombongan guru yang datang berziarah ke Bumi Anbiya' ini...

nota: petang ini bayu di'sms' lagi... tunggu jawapan la tu :)

Ahad, 18 Mac 2007

Maaf dari Bayu

entah kenapa sudah seminggu tidak melayari internet....?!

Tetapi, beberapa perkara harus dibicara...
1. Mohon maaf dari indahsakura, kerana tidak berjaya mencari pembikin asal lirik lagu perang Itali.... maaf, tak berjaya ;)
2. Mohon maaf juga dari Iman Mawaddah kerana tidak sempat lagi meng'entri'kan tag dari iman di halaman maya bayu senja ini... {takut nanti jadi basi la pulak...;)}
3. mohon maaf kepada semua sahabat yang mengunjungi saya tanpa sebarang entri baru.. dan mohon maaf juga jika lama tidak menziarahi anda...

sebenarnya bayu terlalu rindukan teman-teman di maya siber ini, dan terlalu rindukan halaman berbicara di wakaf sendiri, cuma tak tahu apa yang menjadikan bayu terasa ingin bercuti dari alam ini seketika...

tetapi,
bayu akan menyapa anda dengan entri ringkas tentang percutian bayu... insyaAllah:)
Tunggu sari dua lagi ok?!
Assalamualaikum...

dah lewat,
orang dah keloi panggil.......

Jumaat, 9 Mac 2007

mungkinkah pergi bersama kepadatan jadual?

Buku nota punyaan bayu untuk entri (simpanan bakal2 entri), tiba-tiba hilang..
alahai, mau hilang pedoman seketika....

buat teman-teman.. tentang bayu;
1. Rombongan ustaz dari Malaysia akan sampai pada 12hb ni. Bayu dilantik berkhidmat.. dilantik menjadi jawatankuasa sambutan rombongan ;)
2. Jadual latihan lakonan 4 hari sebelum program Jumaat depan. (sabtu, selasa, rabu dan khamis)
3. Proses terakhir pengeluaran majalah ITQAN (tarikh cadang keluar 16/3/2007).
4. Program Malam Asean pada jumaat. sehari suntuk perlu berada di Dewan.
5. Gerak kerja pengeluaran Majalah Ilham (majalah alumni MTI Derang di Syria) telah mula hari ini.. akan terbit awal bulan April. bayu juga menjadi editor :)
6. Mesyuarat Agung & Pemilihan Pimpinan Baru Badan Kebajikan Anak Kedah Syria pada hari khamis ni. Mungkin dicalonkan.Macam gila kuasa kan? hehe
dan,
7. Pengajian Kuliah pun dah seminggu bermula.
Hafazan Quran belum ready lagi untuk di tasmie esok malam.. alahai

mungkinkah 'kisah itu' akan pergi bersama kepadatan jadual?!
semoga...

..........................................................
iman, tag iman akan bayu sahut secepat mungkin..
terimakasih :)

Rabu, 7 Mac 2007

Biarlah saja..

Selepas sebulan cerita duka itu berlaku, kini telah bayu delete semua sms-sms darinya...
Biarlah kenangan manis yang bertukar pahit bayu telan bersama liur kekecewaan..

Sabtu, 3 Mac 2007

virus Pelik dah sampai..

bukan senang nak cari yang pelik. mungkin kita rasa pelik, tetapi pada orang lain biasa saja, ataupun sebaliknya.
bukan mudah nak paparkan kepelikan diri pada orang, tetapi minat mengetahui kepelikan orang.
Namun, sebagai menyahut tag dari iman mawaddah, saya teruskan juga virus 6 pelik ini.
mungkin terfikir, bila orang mahu tahu tentang kita, ertinya kita dihargai :)
6 perkara yang pelik dari banyak perkara lagi yang pelik-pelik saya paparkan disini ;
1. Terlalu gemar mengikut perkembangan bolasepak, tetapi tidak minat bermain bola sepak.
2. Minat mengutip pasir-pasir kasar.. 5-6 butir akan dimasukkan ke dalam poket kiri. tak tahu apa yang best ;)
3. Makan banyak, selera makan juga berkembang dan nafsu makan tak pernah berkurang.. cuma berat badan tak nak naik (dalam 5 tahun kebelakangan ini, cuma naik lebih kurang 3 kg)
4. Berasa besar dan penuh keyakinan (sekali bangga) bila berada di pentas untuk berucap. Tetapi akan bertukar takut, rasa kerdil, gemuruh dan macam-macam lagi bila di pentas untuk persembahan.. walaupun menjadi orang yang paling tak penting di pentas. hehe
5. Lebih suka putih telur dari kuning telur. hanya lalu kuning telur bila dimasak tidak beku, dan makan panas-panas.
6. terbatuk bila dikorek telinga kanan. mungkin tergeletek urat batuk kot...

saya teruskan tag ini kepada rakan-rakan;
1. syifa Arjuna
2. bang_gugar
3. mencuba untuk ukhti27 (jika tak keberatan ;)
4. amiene rev
5. seperti iman mawaddah, saya cuba tag akma
6. iffah Humaira

Jumaat, 2 Mac 2007

Gadis kita..

Berkenaan kajian akademik terhadap "886 dari 887 gadis 'berisiko tinggi' terlibat seks".. bayu tersentak. Bayu termenung sendiri..
mungkinkah kebobrokan sistem pendidikan negara menjadi punca?
Mungkinkah hiburan melampau menjadi punca liar dalam hidup?
mungkinkah artis perlu dikawal oleh akta?
atau......


Kepada anak-anak gadis sekelian, ingatlah harga seorang perempuan itu ialah apa yang dia berikan untuk suaminya.
Apa pun untuk gadis yang pernah terlibat dengan kes ini, bayu nasihatkan kembali lah kepada TuhanMu yang Maha Pengampun..