Selamat Datang

Sabtu, 1 September 2007

bAyU Oh BaYu

Terkini
Bayu sedang bersama dengan krew TV3 membuat shooting untuk rancangan Ilmuan Islam musim ke tiga di sini. Bayu dihantar oleh sebuah syarikat travel yang mengurus kedatangan tv3 ke sini sebagai penterjemah.
hmm.. dapat la belajar sikit2 pasal media :)
banyak juga keunikan kajian yang bayu tak pernah tahu sebelum ini..
kalau anda berminat nak kongsi apa yang bayu dan krew dapat dalam pengembaraan kami, nantikan rancangan ilmuan islam di tv3 selepas Aidil Fitri nanti sebanyak 13 episod sekitar Syria-Mesir-Iran-Turki.
heheh :)


Merdeka.
Dah 50 tahun merdeka rupanya. Sana sini riuh Jubli emas Malaysia merdeka.
Merdeka..Merdeka..Merdeka...
Bila tanya apa yang merdeka.. jawabnya entah apa-apa.
Lagi terkejut, bila ditanya apa slogan Sambutan Merdeka tahun ni... Lebih ramai yang tak tu dari yang tahu...
aduh..

Semalam. Semua rakyat Malaysia di Syria adakan sambutan Kemerdekaan ke 50 di Dewan Basil Al-Asad, Kuliah Handasah, Damascus University. Pak Duta turut sama hadir. Pengarah JPM Di Amman juga turun. Pegawai kedutaan semuanya hadir. Pegawak JPT juga ada. Siap krew TV3 sama-sama menyertai...
Nampaknya bagaikan gempar sambutan kali ni.. mesti lebih menggemparkan dari tahun lepas. Lagi pula bajet sambutan kali ini lebih banyak dari tahun lepas...
tapi,
Aduh sayang, sambutan Jubli emas sangat menghampakan. Banyak kecelaruan berlaku. terutama dari persembahan dan sound teknikal. Persembahan bagai lepas batuk di tangga. Ada juga wakil anak negeri yang langsung tidak menghormati majlis melalui persembahan pentas mereka.Minum air di tengah persembahan. bertempik melalak dalam persembahan dan sebagainya. mudah sebut, Syok sendiri.
Satu lagi faktor yang menyerlahkan lagi kecacatan sambutan kali ini ialah ketidakserasian 3orang pengacara. Pengacara persembahan pentas langsung tidak berprotokol dan saya labelkan sebagai gagal. Mana lagi 2 orang pengerusi majlis perasmian yang sering diganggu masalah sound teknikal dan sedikit ketidakfahaman antara mereka berlaku.

Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pengarah.. sebab bijak juga mengawal program dengan visual patroitik yang disediakan. kalau tidak, rasanya malam tadi langsung tidak mempunyai apa-apa nilai kecuali letih semata2.


Salah Paham.
Bila terbaca akhbar baru-baru ini, saya terbaca satu artikel "Haram Mendatangi Isteri Melalui Dubur". Mungkin ayatnya mudah paham dan sudah pun dipahami. Saya cuma teringat kata-kata ustaz saya semasa belajar di Malaysia dulu. "menyetubuhi isteri melalui dubur tidak mengapa.. cumanya jangan ke dalam dubur, itu yang HARAM"

hm... bayu lambat faham (,'')

17 ulasan:

akirasuri berkata...

ho ho ho.
bz nya ustat bayu ni ek.
hahak.

apapun.
salam merdeka.
buat jiwa-jiwa merdeka!

BaYu SenJa berkata...

salam merdeka :)
nak cuti jugak !!!!!

Iman Mawaddah berkata...

Wah..Bayu maju setapak lagi. Dah jadi orang media la pula :D

BaYu SenJa berkata...

imanmawaddah,
huhuhu.. setapak ke hadapan :)

bunga rampai berkata...

Bahtera merdeka tanpa layar dan kemudi tidak akan sampai ke pelabuhan merdeka.

Salam Merdeka :)

Izariza berkata...

Salam selembut bayu yang berhembus, sehening dinihari yang kudus :)

Pengalaman itu bekal menuju kematangan, pemanis rencah kehidupan. Moga banyak perkara berfaedah yang dipelajari lewat pengalaman itu ye.

Moga pulangnya kelak ke tanahair bisa menghidupkan semula semangat Golongan Muda dan Ikhwanul Muslimin kala memperjuang kemerdekaan fizikalm dan minda.

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

bayu,bila nak rekamen cermin untuk bawa tv 3 pula.

persembahan anak selangor malam tu macam mana?.....the best kan?.....

khairyn berkata...

salam bayu

seronok jadi penterjemah? Media memang satu cabang kerja yang menarik.

BaYu SenJa berkata...

bunga rampai,
huhuhu..
salam merdeka :)

izariza,
insyaAllah, semoga harapan itu jugfa menjadi kenyataan buat kita semua :)
salam merdeka....

cermin,
huhuhu.. kedah lagi best maaa :)

khairyn,
memang seronok :) pengalaman baru... hehe
MERDEKA !!!

Tok Rimau berkata...

Blog munakahat ni.

faridmw berkata...

salam...

bayu dah kaya nanti jgn lupa belanja... nasi mandi ka... berostet ka, mashwi ka... ok yer...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah! Masuk tvlah nanti ekk... :D

Erk..bab yang bawah itu, lama juga nak fahamkan... :D

izinni berkata...

errr .. berapa dapat fulus jadi translator? hehhehee

bidang media memang menyeronokkan. cuma kena selalu berhati-hati :)

wanie_agk berkata...

SALAM. SENANG MEMBACANYA

BaYu SenJa berkata...

tok rimau,
hehe.. boleh belaka :)

farid,
tengok la nak jadi macamana nanti.. hehe

blackpurple,
huhu..
dah perasan popular pun :)

izinni,
hmm... boleh la nak hidup :)
huhuhuh

wanie,
mujur.. mujur..

tintaHati berkata...

Wah tinta ketinggalan rupanya...huhu...

Seronok ekh dpt jadi translator... ;)

BaYu SenJa berkata...

tinta,
hehe.. tu la
len kali jangan ralit