Selamat Datang

Sabtu, 25 Ogos 2007

17 jam Menunggu kecewa

sebelum jam 10 pagi, bayu dah terpacak menunggu di balai ketibaan Airport Antarabangsa Damascus. Beberapa orang teman turut serta. Shabab (lelaki) dan juga Akhawat (perempuan). Masing-masing berwajah ceria menanti kedatangan rombongn 'adik-adik' baru ke Syria yang dipimpin oleh Ustaz kami dulu. 9.20pagi tadi lagi, penerbangan Emirate telah mendarat dan menurunkan rombongan tersebut.

Semua pelajar yang datang menyambut kedatangan ustaz dan kawan-kawan tersebut sangat berseri. Yang tak pernah pernah pakai lebai pun nampaknya ada lebai di kepala. Ramai pulak yang berbaju melayu.. butangnya, nah sampai habis ke tengkok dia pakai. yang perempuan pulak, masing-masing segak dengan purdah dan tudung labuh yang memang sudah menjadi kebiasaan pelajar sini. tapi hari ini, semakin segak.. hehe

Penumpang penerbangan yang tiba tadi semua dah keluar habis. rombongn yang kami tunggu masih di dalam. 10.15 ada lagi penerbangan yang mendarat. semua penumpang dah keluar habis. Rombongan yang kami nantikan masih di dalam. Begitulah sampai ke petang. Kami dirikan solat jumaat mengikut mazhab hanafi di masjid Airport. Kami dapat sms dari ustaz yang memimpin rombongan mengtakan mereka disoal siasat. Mereka mungkin ditahan sebentar lagi untuk menunggu keputusan dari Kementerian dalam negeri di sini samada diizinkan masuk atau sebaliknya.

Kami memebeli makanan tengahari untuk dihantar kepada mereka di dalam. tetapi pegawai airport tidak mengizinkan. malah mereka juga tidak mahu menolong. jadi, roti-roti itu menjadi rezeki tengahari kami yang menunggu di luar. Sesudah makan tengahari, siswi yang menunggu disyorkan pulang dulu. Tinggallah 6-7 shabab yang masih kuat menunggu.

pukul 2 pagi esoknya (seteah 16 jam kami menunggu di Airport), kami menerima sms bahawa rombongan tidak diizinkan masuk. Tak ada sesiapa yang mengetahui sebab ketidakizinan tersebut. setelah beberapa ketika, setelah kering bibir memaki dan mengumpat arab.. kami ambil keputusan balik dulu. 3 pagi kami ambi bas dan pulang ke kota Damascus.

hari ni, mereka masih di dalam. Ditahan lagi. Keputusan dikeluarkan, mereka mesti balik Malaysia. Mungkin esok pagi, mereka akan berlepas pulang.

bayangkan 2hari 2 malam dalam tahanan di Airport. Jangan sangkakan seperti tahanan Airport di negara barat atau negara maju. Tahanan di sini amat menyedihkan dan memilukan. Tempat yang tiada apa2. Harapan yang menggunung untuk menimba ilmu di sini dan Semangat yang berkobar merentasi hidup di bumi perantauan tiba-tiba hampir lebur disebabkan birokrasi yang entah apa-apa.

Mereka yang pernh hidup dalam masyarakat arab pasti dapat mengerti betapa celakanya kita dipermainkan oleh birokrasi mereka.

12 ulasan:

Iman Mawaddah berkata...

Kesiannya dorang. Tapi memang tak dinafikan imegresen negara-negara timur tengah memang banyak kerenah.


p/s: Lain kali nak tulis entri, pilih keyboard yang elok. Tak delah banyak huruf yang gugur. Lagi satu jangan menaip entri sambil chat :D

faridmw berkata...

salam...

sabarja la bayu.. mungkin dugaan ... dkt mana pon ada dugaan... nasib baik tak p airport ari tu kalau tak mesti sakit hati juga...

tintaHati berkata...

Hurmm semua airport kat arab mcm tu ka? Dulu masa pi sana, terpaksa tggu berjam2...rasa mcm nak marah jer kat pak arab2 tu...tapi sabar jerla..mak suh maniskan muka jugak kasi pak arab2 tu suka...huhu..

BaYu SenJa berkata...

iman,
ait?! mana tau orang menulis entry sambil chat?!
hehe

farid,
oo.. mana aci hampa tak pi sama....

tinta,
len kali jangan maniskan muka ngan pak arab airport.. kalau depa suka jenuh.. jahat puak tu !!
kalau arab yang baik suka, rezeki la tu :) hehe

tintaHati berkata...

Hehe bayu...setakat ni yang saya jumpa baik lagi...tapi takut juga kan kalo dia buat apa2..bangsa arab ni kasar2...

akirasuri berkata...

ala ciannya..
sabar jelah ek bayu :)

Tanpa Nama berkata...

sememangnya bangsa arab Syria ni (bkn semua) bangsa yg sungguh PELAQ!!!

khairyn berkata...

bayu,
Pernah gak ada experimen kena check kat airport negara belah timur tengah ni. Huh! ngalahkan kat UK.

BaYu SenJa berkata...

tintahati,
heheh
mujur tau :)

akira,
yup..sian kat kami :)

hmm....,
bangsa arab ni bangsa yang terpilih.. sebab Allah memilih perkembangan dakwah islam bermula dari arab.. sebab kalau mereka baik, memang betul2 baik..tak terdapat kat bangsa kita..
tapi yang hawaq (adik beradik pelesit la..) macam firaun sebiji...


khairyn,
hehe
letih kan..?!

KAMARSURIA berkata...

dapat rasakan perasaan mereka yang tak dapat masuk belajar kat sana..sedihnya..mungkin akan ada rezeki lain untuk mereka diakan datang..

pak arab, hemm pernah dihantar praktikal bekerja dengan pak arab..

boleh dia kata kat malaysia nih semua bangsa tak boleh dipercayai,
kalau cina banyak menipu..kalau india pemabuk dan kalau melayu sangat berlagak..

dan setelah tiga bulan disana dapat saya simpulkan dan telah saya luahkan pada dia on my last day, kalau cina semua penipu dan kalau india semua pemabuk dan kalau melayu itu berlagak,bangsa arab pula semua kreteria tu ada bahkan ada satu lagi penambahan, collection perempuan. isteri sampai empat n belum masuk lagi mistress yang keliling pinggang.

Izariza berkata...

Itu mihnah dan dugaan, untuk membina keutuhan jatidiri, kerana dalam pencarian ilmu tiada satu pun yang mudah :)

BaYu SenJa berkata...

kamarsuria,
hmm.. boleh pakai juga simpulan kamarsuria tu :)

izariza,
hehe.. betul :)
harap tak putus asa nak sambung belajar dah la...