Selamat Datang

Ahad, 9 September 2007

Kedah.. kedah pantang KALAH

Bola Sepak.
Terasa bertuah menjadi anak kelahiran Kedah. Hijau Kuning bergaya merangkul kejuaraan hatrik tahun ini (selepas Liga Super dan Piala F.A) dengan membenam Perak 3-0 melalui final Piala Malaysia semalam. Tapi, sayangnya semua puluhan peminat hijau kuning tak dapat menyaksikan kehebatan wira-wira kenari membenam dengan penuh rakus skuad seladang. Siaran langsung melalui web tidak dapat dilihat semalam.
Apa pun, Tahniah dari anak jati Negeri Jelapang Padi buat hero-hero Skuad Kenari yang telah mengembalikan Piala Malaysia yang sudah 14 tahun berpindah ke tangan-tangan orang lain..

hehe.. "Biar Jasa Jadi Kenangan.. Hijau Kuning Lambang Kemegahan"

huh, taksub sungguh !!


Kerja dah selesai.
Selepas 12 hari bersama krew tv3, bayu sekarang dah kembali punya waktu yang cukup untuk rehat dan bersama rakan2.
Sekarang dah tak jadi orang media... heheh :)


Dah nak puasa.
InsyaAllah, lusaumat Islam akan melihat sama ada anak bulan akan timbul atau tidak. Maknanya tulat atau tungging (hehe.. bahasa kami untuk tunjuk selepas tulat ) kita akan berpuasa.
hmm.. entah la, tahun ni kita akan mula berpuasa bersama-sama atau malaysia akan berbeza juga dengan kami di Syria. Orang kata, takwim melalui hisab di malaysia tak pernah lari dari rukyah.. maknanya, takwim tu memang tepat selalu. Kalau macam tu, kompom la orang malaysia mula berpuasa macamana yang terdapat dalam kalendar :)

cerita pasal tentu puasa dan raya ni.. kami di sini mau tak mau dekat-dekat pukul 10 baru tau. Tu pun tau melalui jiran2. Di sini tak ada penyimpan besar mohor raja-raja nak umumkan dalam tv ataupun radio. kesian. Lambat sungguh kami nak dapat maklumat. Kalau nampak anak bulan, maka ramai-ramai la yang akan keluar lewat-lewat untuk bertarawih. Ataupun bertarawih dalam bilik saja. Atau lagi, kira tarawih malam tu mendapat uzur.huhu.
Begitu juga dengan raya, kami akan sembahyang tarawih dulu baru tau raya ka tak esok tu....

huhu.. bertuah juga ada penyimpan besar mohor raja-raja :)


Kepada anda semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak dan selamat berpuasa...
Bulan Syaaban ni berapa hari dapat puasa?!!
hehe..
sendiri-sendiri jawab la untuk diri sendiri (,")

13 ulasan:

Iman Mawaddah berkata...

Ustaz tetap ustaz..bola tetap bola. Tak boleh dipisahkan...hehe.

Moga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk Bayu dan rakan-rakan di sana.

tintaHati berkata...

Wahh taksubnya kamu dengan bola...huhu...ingatkan sejak kekalahan msia sudah tak kisah pasal bola!

BaYu SenJa berkata...

iman,
bola masih tersemat rapi di sisip sanubari tau :)

tintahati,
yup. ini kes taksub la...

akirasuri berkata...

ustat!
selamat menyambut ramadhan ek..
erk!
tahniah juga..
kedah menang malam tu ;)
gila bola juga ustat ni ek :D

BaYu SenJa berkata...

akira,
selamat menyambut ramadhan untuk akira :)
bola.. bola..
hehe

bunga rampai berkata...

Salam Bayu,

Semua orang kenal bola :) Hijau kuning bersemangat kembali!

Selamat berpuasa, semoga ibadah Ramadhan tahun ini lebih sempurna berbanding yang lepas.

Salam Ramadhan.

Achik_Sufi berkata...

taksub gileeerrrr...kejor yob kejor!!!!

ah kim berkata...

Salam Ramdhan.

IndahSakura berkata...

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat Bayu.
Moga mendapat lebih limpahan rahmat
dari-Nya

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

buat pengetahuan semua rakan maya, anak-anak kedah di sini semuanya taksub negeri. pantang sebut nama kedah. mana dia kesatuan rakyat malaysia.

maaf yea bayu, melawak aje.....

KAMARSURIA berkata...

selamat menunaikan ibadah puasa..

wah kalau org kedah tuh walau dimana jua tetap dengan semangat kenegeriannya...huhu

BaYu SenJa berkata...

bunga rampai, ah kim, indahsakura, kamarsuria,
Salam Ramadhan :)

achik sufi,
mesti la taksub...

cermin,
hehe.. kedah teta kedah

Izariza berkata...

Salam Ramadhan penuh barakah Bayu. Semoga bertambah kewibawaan sebagai bakal murabbi kepada ummah :)