Selamat Datang

Selasa, 18 September 2007

Ahlan wa Sahlan

Ramadhan Kareem

Menyusuri hari-hari Ramadhan di bumi Anbiya (Syria) ini memang bakal dirindui bila pulang ke Tanah Air nanti. Masjid yang jika di hari-hari biasa pun sudah meriah dengan jemaah, semakin meriah pula bila kedatangan Ramadhan. Penghuni bumi Syria ini bagai lali bila mengerjakan kebaikan. Yang untung pelajar syarie. Saban hari ada saja jemputan berbuka yang kami terima. Kalau pun tidak ada jemputan, pasti ada juada yang diberi oleh jiran dan masyarakat setempat menemani kami berbuka di rumah sendiri.
Bukan itu sahaja, malah sumbangan berbentuk kewangan pun di bulan Ramadhan lah paling banyak kami terima dari masyarakat sini. Kami akan dapat duit puasa di Syria.. tetapi duit raya tak ada :)
Muamalat di sini akan bersih di bulan Ramadhan. Jual beli macam tak berani menipu. Mungkin terkesan dengan hadis dan nasihat para ulama'. Namun birokrasi dalam urusan-urusan lain tetap macam biasa. Arab tetap arab. Susah dan Sulit.

Kami juga dapat menyaksikan betapa ramadhan bukan lah penghalang kepada urusan dan kerja harian. Puasa bukan penyebab kepada malas bekerja. Kerja dan urusan berjalan macam biasa. Malah semakin rajin pula.
Di sini, anda akan saksikan betapa mulut-mulut orang yang beriman sering berzikir. Suara-suara alunan wahyu terdengar di sana - sini.
alhamdulillah.. masih berkesempatan berpuasa di bumi barakah ini...

hmm.. malam ni ada lagi jemputan berbuka di Masjid Bab Musolla :)


Rusuh...

Saban hari membaca akhbar, hati dan jiwa dah muak dimainkan dengan isu Batu Buruk. Berita yang keterlaluan macam sudah hilang nilai. Hari-hari mula dulu, minat juga ikuti isu ini.
entah laa.. nak cakap apa pun, tunggu dulu keputusan dan penghakiman lebih baik.

bulan ramadhan ini jiwa manusia panas. ditambah pula dengan tak dapat makan dan minum. mood manusia akan tidak selesa. jadi cukup2 lah memprovok... bimbang nanti ada orang puasa yang kurang iman tak dapat tahan sabar mengamuk dan merusuh lagi...

Tapi bayu yakin.. orang kita sudah matang. Tidak sabar juga sudah pandai dikawal. ada orang kata, "mana kan terbakar kalau tidak dicucuh"....
wallahu A'lam..


Info puasa

Bersahur merupakan amalan sunat. Bukan tujuan utama bersahur untuk melantak sepuas hati tetapi tujuan utamanya mencari keberkatan. mafhum dari hadis..'bersahurlah..sesungguhnya di sana ada keberkatan".
bagi yang malas bangun, bangun pi la sat.. makan sebiji dua kurma dah tu minum air kosong pun dah jadi. Sebenarnya kurma atau tamar ( hehe.. kami di sini makan tamar.. sedap oo) sudah cukup untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti seharian anda..
percaya lah!! tak nak percaya?!... sudah.....

Banyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan.. kerana pasti bila habis ramadhan semangat baca quran anda dah hilang.. anda pasti dah tak rajin membaca quran seperti rajinnya anda sekarang di bulan Ramadhan.
percaya lah!!!!

8 ulasan:

khairyn berkata...

salam bayu.

seronoknya dapat berpuasa di tanah Arab. Dapat duit lagi hehehehe.

jeles nih!

cuba untuk perbanyakkan amalan di bulan ini. InsyaAllah

KAMARSURIA berkata...

tingin nak nak beribadat di bumi makkah.nak p umrah la ....

ah kim berkata...

Salam.

Terima kasih. Banyak information nih! Hehehe!

Salam Ramadhan.

tintaHati berkata...

terkenang masa buat umrah bulan posa yang lalu...waduss kenangan itu menggamit kembali...

Izariza berkata...

Bayu,
Tiadakah gambar masjid yang indah di sana? Teringin sekali melihatnya :)

Salam ramadhan kareem

SoFie NuR berkata...

salam ramadhan...moga beroleh keberkatan dari-Nya...

Iman Mawaddah berkata...

Selamat berpuasa bayu, semoga menjadi peroleh barakah di bulan yang mulia ini.

BaYu SenJa berkata...

khairyn,
heheh.. jeles pun tak guna kalau tak mai sendiri :)

kamarsuria,
hmm.. ke makkah macam tu la.. yang belum pernah terlalu kempunan dan mereka yang pernah pasti kerinduan...

ah kim,
hehe.. sama2 ja :)

tintahati,
huhu.. cari la kesempatan lain pula ke sana lagi..
seronok kan?!

cikgu iza,
hmm.. sori la sebulan dua ni jarang bersama dengan kamera..
nanti bayu paparkan gambar2 masjid di sini.. insyaAllah :)

sofie nur,
moga-mogaan...
:)

imanmawaddah,
Allahumma barik lana fi syahri ramadhan..
amiin ya robb