Selamat Datang

Sabtu, 10 Februari 2007

Alahai...

alahai anak anak generasi pewaris Malaysia hari depan.. apa dah jadi?!
nak kena mintak mawi laungkan "Belia Benci Zina" kot.. hehe

petikan dari Utusan Malaysia 10 Februari 2007 / 22 muharram 1428

Dalam Negeri

Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine’s Day
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kes remaja hamil luar nikah di negara ini sering menunjukkan peningkatan setiap kali selepas sambutan Hari Memperingati Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.
Gejala itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menyumbang kepada meningkatnya kes pembuangan bayi di negara ini.
Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan kepada kes yang dikendalikannya, jumlah remaja hamil yang dirujuk ke pusat itu pada akhir Februari dan awal Mac biasa meningkatnya.
Katanya, dalam tempoh itu pusatnya yang menempatkan remaja-remaja yang bermasalah menerima purata 40 hingga 45 remaja hamil.
‘‘Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day.
‘‘Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar ‘terlanjur’ lalu hamil,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Justeru, katanya, Kewaja menyarankan supaya sambutan hari tersebut diawasi dan sewajarnya oleh semua pihak terutama ibu bapa dan tidak dijadikan amalan di kalangan remaja khususnya yang beragama Islam.
‘‘Islam tidak menggalakkan sambutan seperti itu kerana hari tersebut bukan sahaja mengagungkan budaya Barat malah mempunyai banyak pengaruh sosial yang tidak baik,’’ katanya.
Dalam hal itu, beliau berpendapat kempen kesedaran harus dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kesedaran remaja terutamanya terhadap bahaya pergaulan bebas.
‘‘Kempen yang berterusan akan membantu untuk membendung gejala tidak sihat ini,’’ katanya.
Kemaja yang ditubuhkan pada tahun 1988 membimbing wanita serta remaja bermasalah terutama yang mengandung di luar nikah menggunakan elemen Islam Hadhari.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Remaja skrg mmg terlalu berani melakukan apa saja tanpa risau memikirkan maruah diri dan ibubapa..kekadang mengalahkan golongan dewasa.

Tanpa bimbingan akhlak yang sempurna, sesetengah mereka ini akan mudah terjebak dengan amalan yang jauh menyimpang dari norma kehidupan.

Minta dijauhkan dari semua ini..

BaYu SenJa berkata...

amin..betul tu indah sakura,semoga jauh dari ita semua.