Selamat Datang

Isnin, 19 Februari 2007

Selamat Pengantin Baru bang...

Hari ini, pasti seisi keluarga bayu nun di utara tanah air diselubungi keletihan. kelmarin 18 hb Februari majlis kenduri perkahwinan abang bayu dilangsungkan. Kelmarin rumah baru di Amanjaya itu menyaksikan kenduri kedua dari keluarga "bani Abdillah" dilangsungkan. Namun rumah itu tidak pula melihat bayu menyertai majlis kenduri kahwin abang abangnya yang ke tiga dan ke empat.. Bayu belum mengenali ipar yang yang ketiga dan ke empat ini:)

Dulu mama bercadang nak tunggu kepulangan bayu untuk bersama sama dalam majlis ini, tetapi bayu jawab "buat la dulu.. bayu tak apa je, benda baik jangan ditangguh lama.." lagipun bayu belum bersedia nak pulang ke Malaysia..

Apa pun bayu ucapkan selamat Pengantin Baru buat abang Azmir Abdullah bersama pilihan hatinya Suhaili yang diakad-nikahkan pada pukul 11.30 pagi hari sabtu 17 Februari dengan sekali lafaz.. Tahniah!! semoga bahagia selamanya dengan erti sebenar :)

bayu tiba tiba toleh kanan, toleh kiri, angkat tangan dan bilang jari, sampai jari kelingking bayu tersenyum sendiri.. "la, dah sampai turn aku..!!" empat jari berbaki masih digenggam. semua dah akhiri zaman bujang ;)

6 ulasan:

Pa'chik berkata...

salam ukhuwah

selamat pengatin baru untuk abang kamu, semoga perkahwinan itu kukuh dan terus kekal selamanya. amin.

err.. takyah kira jari, sampai masa tu, adalah. ;)

sh_alkhair berkata...

Salam Alaikum...

Selamat Pengatin baru untuk abang anda.Semoga mereka bahagia.hiks!sememangnya belajar dinegara orang pasti banyak benda yang tidak dapat dihadiri atau erti kata lain terlepas.Serupa seperti saya juga, tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan akak yang baru berlansung.

Iman Mawaddah berkata...

Selamat pengantin baru untuk abang-abang bayu. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Jika sampai turn "jari kelenking" jangan lupa jemput :).

hakim dirani berkata...

Bayu, kalau dah dah sampai giliran tu, jangan tunggu lama2, takut ada orang potong barisan.

BaYu SenJa berkata...

terimakasih untuk semua.. kalau dah sampai masa (harap harap tak lama) nanti ucapkan untuk saya pula;;hehe

pa'chik,
amin..

sh_alkhair,
batul tu. tapi ok je..

iman,
insyaAllah.. tapi sudi ke terima jemputan? :)

biar orang barisan pun, jangan potong 'line' sudah., hehe

kujie berkata...

zaman skrg....langkah bendul tu perkara biasa..:)