Selamat Datang

Jumaat, 21 September 2007

isk..letih

Puasa dan Jaga

Ya Allah.. betul2 terasa malas nak singgah di cc. Nak post entri pun malas kemain.. Rasa lebih enak di rumah.. macam2 boleh terjaga.

bila keluar rumah mata susah sangat nak kontrol..hidung pun sama.. berapa gelen minyak wangi minah arab sembor pun tak tau la.. aduh..
letih saja puasa macam ni..

tapi problem pulak kalu dok rumah, tetamu ramai dan tak henti2... mulut pulak payah nak jaga...
huhu

tapi ahad ni, kelas dah bermula.. sesi baru...
kehidupan di jalanan dan luar rumah harus dihadapi juga...
puasa la mata.. oh mata !!!


info ramadhan

imarahkanlah (hidupkanlah) setiap malam ramadhan ini.. kita tak tahu mana satu di dalamnya lailatul qadar ..
Nabi di bulan ramadhan tidak tidur malam demi untuk merebut lailatul qadar...
siapa kita berbanding nabi??!!

Selasa, 18 September 2007

Ahlan wa Sahlan

Ramadhan Kareem

Menyusuri hari-hari Ramadhan di bumi Anbiya (Syria) ini memang bakal dirindui bila pulang ke Tanah Air nanti. Masjid yang jika di hari-hari biasa pun sudah meriah dengan jemaah, semakin meriah pula bila kedatangan Ramadhan. Penghuni bumi Syria ini bagai lali bila mengerjakan kebaikan. Yang untung pelajar syarie. Saban hari ada saja jemputan berbuka yang kami terima. Kalau pun tidak ada jemputan, pasti ada juada yang diberi oleh jiran dan masyarakat setempat menemani kami berbuka di rumah sendiri.
Bukan itu sahaja, malah sumbangan berbentuk kewangan pun di bulan Ramadhan lah paling banyak kami terima dari masyarakat sini. Kami akan dapat duit puasa di Syria.. tetapi duit raya tak ada :)
Muamalat di sini akan bersih di bulan Ramadhan. Jual beli macam tak berani menipu. Mungkin terkesan dengan hadis dan nasihat para ulama'. Namun birokrasi dalam urusan-urusan lain tetap macam biasa. Arab tetap arab. Susah dan Sulit.

Kami juga dapat menyaksikan betapa ramadhan bukan lah penghalang kepada urusan dan kerja harian. Puasa bukan penyebab kepada malas bekerja. Kerja dan urusan berjalan macam biasa. Malah semakin rajin pula.
Di sini, anda akan saksikan betapa mulut-mulut orang yang beriman sering berzikir. Suara-suara alunan wahyu terdengar di sana - sini.
alhamdulillah.. masih berkesempatan berpuasa di bumi barakah ini...

hmm.. malam ni ada lagi jemputan berbuka di Masjid Bab Musolla :)


Rusuh...

Saban hari membaca akhbar, hati dan jiwa dah muak dimainkan dengan isu Batu Buruk. Berita yang keterlaluan macam sudah hilang nilai. Hari-hari mula dulu, minat juga ikuti isu ini.
entah laa.. nak cakap apa pun, tunggu dulu keputusan dan penghakiman lebih baik.

bulan ramadhan ini jiwa manusia panas. ditambah pula dengan tak dapat makan dan minum. mood manusia akan tidak selesa. jadi cukup2 lah memprovok... bimbang nanti ada orang puasa yang kurang iman tak dapat tahan sabar mengamuk dan merusuh lagi...

Tapi bayu yakin.. orang kita sudah matang. Tidak sabar juga sudah pandai dikawal. ada orang kata, "mana kan terbakar kalau tidak dicucuh"....
wallahu A'lam..


Info puasa

Bersahur merupakan amalan sunat. Bukan tujuan utama bersahur untuk melantak sepuas hati tetapi tujuan utamanya mencari keberkatan. mafhum dari hadis..'bersahurlah..sesungguhnya di sana ada keberkatan".
bagi yang malas bangun, bangun pi la sat.. makan sebiji dua kurma dah tu minum air kosong pun dah jadi. Sebenarnya kurma atau tamar ( hehe.. kami di sini makan tamar.. sedap oo) sudah cukup untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti seharian anda..
percaya lah!! tak nak percaya?!... sudah.....

Banyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan.. kerana pasti bila habis ramadhan semangat baca quran anda dah hilang.. anda pasti dah tak rajin membaca quran seperti rajinnya anda sekarang di bulan Ramadhan.
percaya lah!!!!

Ahad, 9 September 2007

Kedah.. kedah pantang KALAH

Bola Sepak.
Terasa bertuah menjadi anak kelahiran Kedah. Hijau Kuning bergaya merangkul kejuaraan hatrik tahun ini (selepas Liga Super dan Piala F.A) dengan membenam Perak 3-0 melalui final Piala Malaysia semalam. Tapi, sayangnya semua puluhan peminat hijau kuning tak dapat menyaksikan kehebatan wira-wira kenari membenam dengan penuh rakus skuad seladang. Siaran langsung melalui web tidak dapat dilihat semalam.
Apa pun, Tahniah dari anak jati Negeri Jelapang Padi buat hero-hero Skuad Kenari yang telah mengembalikan Piala Malaysia yang sudah 14 tahun berpindah ke tangan-tangan orang lain..

hehe.. "Biar Jasa Jadi Kenangan.. Hijau Kuning Lambang Kemegahan"

huh, taksub sungguh !!


Kerja dah selesai.
Selepas 12 hari bersama krew tv3, bayu sekarang dah kembali punya waktu yang cukup untuk rehat dan bersama rakan2.
Sekarang dah tak jadi orang media... heheh :)


Dah nak puasa.
InsyaAllah, lusaumat Islam akan melihat sama ada anak bulan akan timbul atau tidak. Maknanya tulat atau tungging (hehe.. bahasa kami untuk tunjuk selepas tulat ) kita akan berpuasa.
hmm.. entah la, tahun ni kita akan mula berpuasa bersama-sama atau malaysia akan berbeza juga dengan kami di Syria. Orang kata, takwim melalui hisab di malaysia tak pernah lari dari rukyah.. maknanya, takwim tu memang tepat selalu. Kalau macam tu, kompom la orang malaysia mula berpuasa macamana yang terdapat dalam kalendar :)

cerita pasal tentu puasa dan raya ni.. kami di sini mau tak mau dekat-dekat pukul 10 baru tau. Tu pun tau melalui jiran2. Di sini tak ada penyimpan besar mohor raja-raja nak umumkan dalam tv ataupun radio. kesian. Lambat sungguh kami nak dapat maklumat. Kalau nampak anak bulan, maka ramai-ramai la yang akan keluar lewat-lewat untuk bertarawih. Ataupun bertarawih dalam bilik saja. Atau lagi, kira tarawih malam tu mendapat uzur.huhu.
Begitu juga dengan raya, kami akan sembahyang tarawih dulu baru tau raya ka tak esok tu....

huhu.. bertuah juga ada penyimpan besar mohor raja-raja :)


Kepada anda semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak dan selamat berpuasa...
Bulan Syaaban ni berapa hari dapat puasa?!!
hehe..
sendiri-sendiri jawab la untuk diri sendiri (,")

Sabtu, 1 September 2007

bAyU Oh BaYu

Terkini
Bayu sedang bersama dengan krew TV3 membuat shooting untuk rancangan Ilmuan Islam musim ke tiga di sini. Bayu dihantar oleh sebuah syarikat travel yang mengurus kedatangan tv3 ke sini sebagai penterjemah.
hmm.. dapat la belajar sikit2 pasal media :)
banyak juga keunikan kajian yang bayu tak pernah tahu sebelum ini..
kalau anda berminat nak kongsi apa yang bayu dan krew dapat dalam pengembaraan kami, nantikan rancangan ilmuan islam di tv3 selepas Aidil Fitri nanti sebanyak 13 episod sekitar Syria-Mesir-Iran-Turki.
heheh :)


Merdeka.
Dah 50 tahun merdeka rupanya. Sana sini riuh Jubli emas Malaysia merdeka.
Merdeka..Merdeka..Merdeka...
Bila tanya apa yang merdeka.. jawabnya entah apa-apa.
Lagi terkejut, bila ditanya apa slogan Sambutan Merdeka tahun ni... Lebih ramai yang tak tu dari yang tahu...
aduh..

Semalam. Semua rakyat Malaysia di Syria adakan sambutan Kemerdekaan ke 50 di Dewan Basil Al-Asad, Kuliah Handasah, Damascus University. Pak Duta turut sama hadir. Pengarah JPM Di Amman juga turun. Pegawai kedutaan semuanya hadir. Pegawak JPT juga ada. Siap krew TV3 sama-sama menyertai...
Nampaknya bagaikan gempar sambutan kali ni.. mesti lebih menggemparkan dari tahun lepas. Lagi pula bajet sambutan kali ini lebih banyak dari tahun lepas...
tapi,
Aduh sayang, sambutan Jubli emas sangat menghampakan. Banyak kecelaruan berlaku. terutama dari persembahan dan sound teknikal. Persembahan bagai lepas batuk di tangga. Ada juga wakil anak negeri yang langsung tidak menghormati majlis melalui persembahan pentas mereka.Minum air di tengah persembahan. bertempik melalak dalam persembahan dan sebagainya. mudah sebut, Syok sendiri.
Satu lagi faktor yang menyerlahkan lagi kecacatan sambutan kali ini ialah ketidakserasian 3orang pengacara. Pengacara persembahan pentas langsung tidak berprotokol dan saya labelkan sebagai gagal. Mana lagi 2 orang pengerusi majlis perasmian yang sering diganggu masalah sound teknikal dan sedikit ketidakfahaman antara mereka berlaku.

Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pengarah.. sebab bijak juga mengawal program dengan visual patroitik yang disediakan. kalau tidak, rasanya malam tadi langsung tidak mempunyai apa-apa nilai kecuali letih semata2.


Salah Paham.
Bila terbaca akhbar baru-baru ini, saya terbaca satu artikel "Haram Mendatangi Isteri Melalui Dubur". Mungkin ayatnya mudah paham dan sudah pun dipahami. Saya cuma teringat kata-kata ustaz saya semasa belajar di Malaysia dulu. "menyetubuhi isteri melalui dubur tidak mengapa.. cumanya jangan ke dalam dubur, itu yang HARAM"

hm... bayu lambat faham (,'')