Selamat Datang

Rabu, 28 Februari 2007

SaYang..

diungkap mak bee dalam filem Cinta..
"kadang kadang orang yang paling kita sayanglah paling payah untuk disayangi.."

Ahad, 25 Februari 2007

PeRanG..

"Ibuku..
doa lah, jangan menangis
tetapi ketawalah dan pandanglah
tak tahukah ibu? bahawa Itali memanggilku
aku berangkat ke Tripoli
dengan riang dan gembira
aku dapat mempersembahkan darahku
untuk menghancurkan Islam yang terkutuk
dan untuk memerangi Islam
aku akan berjuang sekuat tenaga
mengikis Al-quran
bila orang bertanya pada ibu
mengapa ibu tidak berkabung di atas kematianku
jawablah ibu,
dia mati dalam memerangi agama Islam
ibu,
gendang telah dipukul
tidakkah ibu mendengar hiruk pikuk peperangan?
ibu,
biarlah aku memelukmu
biarlah aku berangkat.."

Lagu Perang Itali ke Tripoli
petikan dari kaset Ust. Ismail Kamus dalam ceramah bertajuk "Islam Tercabar" edaran An-Nahl Enterprise

Jumaat, 23 Februari 2007

dulu dan kini selepas 2 tahun

* kiraan mudah 10 Lira Syria (LS) = 80 sen Malaysia (RM 0.8)

2 tahun dulu, mula mula bayu sampai di bumi Syria, harga ayam (kepak) sekilo hanya 45 LS tapi sekarang rata rata sudah 80 LS. Dulu kalau nak makan nasi berulam timun ok je, boleh selalu. Dulu beras 20 LS sekilo, tapi sekarang dah 35 LS. Timun pula dari 15LS dulu dah jadi 45LS.
2 tahun dulu telur 5 LS boleh dapat 2 biji, sekarang sebiji saja sudah 6LS. Kalau bawang sekilo 15 LS dulu, sekarang dah 35.. ala penat la nak list, semua dah naik..
isk isk..

paling dahsyat, rumah.. dulu kalau 8000 LS dah dikira mewah, sekarang 10 000 belum tentu dapat rumah yang boleh dipanggil rumah. Alasan tok arab sini bagi, ramai pelarian dari Iraq yang kaya dok cari ruma di sini..
Alahai....

macamana bayu nak jelaskan kat orang tua?! dulu bekal tiga bulan pun boleh tahan, sekarang kena hantar tiap tiap bulan...
alahai.....

Rabu, 21 Februari 2007

Salji oh salji..




"orang sejuk sejuk cari tempat panas, tapi kita ke tempat beku.." pernah dikata seorang teman. Betul juga logik teman tersebut, tapi entah mengapa jarang ada manusia yang tidak suka salji turun.

Di kala hati bayu sesak dengan masalah, hari hari bayu kosong tak tentu arah, jiwa bayu juga di saat lemah..
salji putih turun membuatkan bayu terasa tenang..
(pantang diajak rakan bermain salji,pasti bayu sahut biar berapa kali pun..)
terasa damai sekali..
Buat seketika segalanya kosong..
Bayu hanya gembira...

Isnin, 19 Februari 2007

Selamat Pengantin Baru bang...

Hari ini, pasti seisi keluarga bayu nun di utara tanah air diselubungi keletihan. kelmarin 18 hb Februari majlis kenduri perkahwinan abang bayu dilangsungkan. Kelmarin rumah baru di Amanjaya itu menyaksikan kenduri kedua dari keluarga "bani Abdillah" dilangsungkan. Namun rumah itu tidak pula melihat bayu menyertai majlis kenduri kahwin abang abangnya yang ke tiga dan ke empat.. Bayu belum mengenali ipar yang yang ketiga dan ke empat ini:)

Dulu mama bercadang nak tunggu kepulangan bayu untuk bersama sama dalam majlis ini, tetapi bayu jawab "buat la dulu.. bayu tak apa je, benda baik jangan ditangguh lama.." lagipun bayu belum bersedia nak pulang ke Malaysia..

Apa pun bayu ucapkan selamat Pengantin Baru buat abang Azmir Abdullah bersama pilihan hatinya Suhaili yang diakad-nikahkan pada pukul 11.30 pagi hari sabtu 17 Februari dengan sekali lafaz.. Tahniah!! semoga bahagia selamanya dengan erti sebenar :)

bayu tiba tiba toleh kanan, toleh kiri, angkat tangan dan bilang jari, sampai jari kelingking bayu tersenyum sendiri.. "la, dah sampai turn aku..!!" empat jari berbaki masih digenggam. semua dah akhiri zaman bujang ;)

Khamis, 15 Februari 2007

Siapa Setia

suatu petang sambil masing masing menghadap teh ala ala teh arab, suasana sembang juga menjadi semakin rancak..
tiba tiba seorang rakan mencelah, "aku rasa lelaki lebih setia.."
ait?!
jawab pula rakan yang lain, "tapi lelaki suka main main.."
ait?!

Isnin, 12 Februari 2007

Teman akrab buat bayu

Setelah hampir 2 minggu bayu kembali aktif menulis di dunia blog, bayu masih rasa sesuatu yang kurang.
Memendam rasa rindu pada teman teman yang bayu iktiraf sebagai akrab di dunia blog kurang lebih sebulan lamanya, bayu rasa puas bila dapat kembali menyapa indera kencana, nieys, indah sakura, dan iman mawaddah..
Namun, suatu perasaan kurang masih terasa,
bayu masih belum dapat menyapa akma..

Sabtu, 10 Februari 2007

Alahai...

alahai anak anak generasi pewaris Malaysia hari depan.. apa dah jadi?!
nak kena mintak mawi laungkan "Belia Benci Zina" kot.. hehe

petikan dari Utusan Malaysia 10 Februari 2007 / 22 muharram 1428

Dalam Negeri

Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine’s Day
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kes remaja hamil luar nikah di negara ini sering menunjukkan peningkatan setiap kali selepas sambutan Hari Memperingati Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.
Gejala itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menyumbang kepada meningkatnya kes pembuangan bayi di negara ini.
Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan kepada kes yang dikendalikannya, jumlah remaja hamil yang dirujuk ke pusat itu pada akhir Februari dan awal Mac biasa meningkatnya.
Katanya, dalam tempoh itu pusatnya yang menempatkan remaja-remaja yang bermasalah menerima purata 40 hingga 45 remaja hamil.
‘‘Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day.
‘‘Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar ‘terlanjur’ lalu hamil,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Justeru, katanya, Kewaja menyarankan supaya sambutan hari tersebut diawasi dan sewajarnya oleh semua pihak terutama ibu bapa dan tidak dijadikan amalan di kalangan remaja khususnya yang beragama Islam.
‘‘Islam tidak menggalakkan sambutan seperti itu kerana hari tersebut bukan sahaja mengagungkan budaya Barat malah mempunyai banyak pengaruh sosial yang tidak baik,’’ katanya.
Dalam hal itu, beliau berpendapat kempen kesedaran harus dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kesedaran remaja terutamanya terhadap bahaya pergaulan bebas.
‘‘Kempen yang berterusan akan membantu untuk membendung gejala tidak sihat ini,’’ katanya.
Kemaja yang ditubuhkan pada tahun 1988 membimbing wanita serta remaja bermasalah terutama yang mengandung di luar nikah menggunakan elemen Islam Hadhari.

Cuti..

Apa la yang bayu nak isi cuti cuti ni.. dah rasa 'cemuih' bila cuti panjang tapi tak ada program nak isi.. kawan kawan yang mengaji di institusi pengajian lain semua tak cuti, tempat bayu saja cuti.. tapi di tempat bayu cuma 8 orang sahaja pelajar malaysia yang ada.
aduh rasa tak 'toghah' jadinya..

ok..malam ni cadang nak pi kacau hakim dirani:)
hakim, tak pa noo kacau kerap2 ;)

Rabu, 7 Februari 2007

Godaan Si Perempuan

suatu malam, selepas saya bergurau dengan abang yang akan melangsungkan perkahwinan pada 18 haribulan Februari ni.. saya fikirkan macamana agaknya persediaan yang beliau lakukan. macam macam persediaan mesti disiapkan, haaa.. yang zahir pun kena yang batin pun kena:) saya agakkan beliau sedang gementar dan ketaq menanti saat dan tarikh tu.

Dengan lamunan pikiran yang melayang merata, saya tertidur jugak lewatnya..entah kenapa sebulan ini sampai ke hari ni, mata hanya akan dapat lena bila jam memberi isyarat "lagi sejam atau dua jam dah nak subuh!!!"

esoknya saya terjaga.. saya hidup macam biasa. saya bangun dan berteman dengan rakan rakan sambil berbual tentang perkahwinan.. tiba tiba dalam rancak bersembang datang seorang perempuan buat kecoh. langsung majlis bualan kami menjadi kelam kabut.

si perempuan ini datang menggoda kami. Apa pasal la minah ni mai sini.. ramai lagi yang lebih sempoi dok ada tak mau kacau. kami bukan ada apa, sen pun takdak..tapi rupa tu ada la kot;)

semua rakan saya cabut awal lagi..tinggal saya saja yang tinggal nak buat berani..maka si perempuan terus menggoda, dan menggoda tapi saya punya kekuatan..

sehinggalah sampai satu tahap dia sudah bengang..dia terus mengugut akan menyihir saya, lalu digenggam pasir dan dengan mulut yang ganas membaca sesuatu. terus ditiup kepada saya..
lidah saya jadi kelu. Saya menjerit menyebut nama Allah..tapi bagai suara tak terkeluar. Semua nafas tertahan di dada. Seluruh urat nadi sudah lenguh menanggung derita. saya sudah tak kuat bergerak.. tetapi dengan kuat saya berazam akan terus melawan. dengan sekuat tenaga yang ada saya menjerit membaca surah "qul huaAllah"...tetapi tak sempat habis dibaca saya rasakan suara saya telah keluar dengan kuat...

kawan sebelah bersuara tanda tak puas hati..dia mengguling kiri kanan sebagai protes.. saya faham rupanya mimpi tadi dah mengganggu kawan tidur.. berpeluh juga saya di musim sejuk ni:)

saya bangun dan baca au'zubillah lalu diludah tanpa liur ke kiri. segera saya berwudhuk dan solat sebelum subuh..saya rasa, semalam saya tertidur tanpa baca doa..tidur dalam melayan fikiran sendiri kot...

Isnin, 5 Februari 2007

Bayu Kembali

Sebulan berlalu bayu bertiup agak sepoi. malah kekadang langsung tidak bertiup buat tika yang panjang. Sekarang bayu kembali bertiup di alam maya siber ini dengan suatu niat untuk menyegarkan kembali ruh penulisan yang bermanfaat sebagai perkongsian bersama. hari hari yang bayu tempuhi lebih sebulan yang lalu terlalu meletihkan. Namun bayu bersyukur semua itu menjadikan bayu seorang yang berfikir. Bayu anggap apa yang bayu lalui telah menjadikan bayu orang yang kuat. Apa pun terimakasih bayu kalungkan kepada teman2 yang banyak merangsang bayu selama ini.

Bayu terpaksa melalui peperiksaan dengan tribulasi yang sangat mencabar. Yang menjadi penghalang sangat bersifat kronik pada jiwa bayu..

Sekarang bayu sudah kembali. Peperiksaan sudah habis, masalah yang lain pun sudah bayu anggap selesai. bayu akan kembali dengan bayu yang kuat.. akan bertiup mendamaikan jiwa yang disapa.

bayu ingat sewaktu di sekolah dulu.. bila selesai periksa, pakat pakat menjerit MERDEKA!!! sekarang?!