Bayu Senja menyokong Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengutuk tindakan Hindraf.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah tindakan yang melampau.
Dakwaan yang dibuat juga sangat biadap dan tidak meraikan toleransi antara kaum yang ada di Malaysia. Tindakan Hindraf membuat aduan mengenai kaum India di Malaysia kepada kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, adalah semata-mata untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.
Kita menyedari bahawa kemahuan kaum India jarang sekali tidak dipedulikan oleh kerajaan. Kita melihat dakwaan Hindraf ini lebih kepada suasana dan dakwaan yang sama yang telah ditimbulkan oleh Lee Kuan Yew terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Seharusnya mereka (kaum India dan China) melihat betapa sebenarnya bangsa melayu sendiri yang terpinggir dalam pembangunan negara dan hak keistimewaannya sendiri.
Wakil terbesar kaum India dalam kerjaan Harus menyatakan pendirian dan maklum balas segera dalam isu ini. Sampai sekarang, sudah seminggu, kita sentiasa menantikan MIC, PPP dan sebagainya memberikan kenyataan dan pendirian yang menyelesaikan dan memuaskan dalam isu yang sangat sensitif ini. Apa untungnya mereka berada dalam kelompok kerajaan sedangkan isu yang melibatkan kaum mereka sendiri terpaksa dijawab oleh kaum lain. Kalau mereka masih bersikap bisu, jelaslah, kedudukan mereka dalam kelompok pemerintah tidak lebih untuk mencari dan mencedok sebanyaknya keuntungan untuk diri sendiri.
Tetapi, apa pun, kita harus memuji tindakan dan semangat yang ditunjukkan oleh Hindraf berhubung perjuangan mendaulatkan kaum india Hindu dan menuntut hak serta keistimewaan kepada kaum India. Kita seharusnya kesal dan malu dengan bangsa melayu sendiri yang masih lena bermimpi indah dengan keadaan kaum melayu yang semakin naif, daif dan jauh ketinggalan.
Bangsa Melayu bila lagi mahu bangkit menuntut kembali hak kita yang sudah lama dicabul !!!
10 ulasan:
The problem is malaysian have never been treated equal with malay supreme and being privilege to acquire stock, special discount for house buying, university entrance, privilege to import cars, privilege to impose law to gain business and monetary advantage over other races and etc.
'Bangsa Melayu bila lagi mahu bangkit menuntut kembali hak kita yang sudah lama dicabul !!!'
Komen diatas adalah komen yang paling bodoh dan penuh dengan perkauman yang aku pernah baca.
Otak dikepala lutut orang yang menulis macam ini.
Kerajaan, kesultanan, perhidmatan awam, GLC, Bank, Petronas, polis, tentera, tanah, dsb semuanya dibawah Melayu. Hak apa lagi yang hendak dituntut
Kalau melayu tak malas, tak payahlah kita import pekerja-pekerja asing dari Nepal, Indonesia, Burma, Vetnam, India dsbnya untuk membuat kerja.
Melayu patut bersyukur kerana tak merempat macam saudara merake di Indonesia.
achik sokong bayu...!!!
kalau setakat tin kosong,takkan nak cakap bawah melayu...
kalau x...camne linggam boleh tentukan kehakiman negara...ada fikirka...?
to respected my neighbourhood malaysian...speacially the malay those who have no bloody brain...
From the what my friend told about the malaysian goverment and certain malay people in malaysia is VERy TRue enough that you are ( malay's) the culprits in the society !!! even the MOst selfish of POwer of islamism that ever i had not crossed, I travelled to the most country's that giving the fair and square rights to the human community...to be called as freedom community of avoiding the racial issues and so on.
Am very shamed on of what i had thought about malaysian goverments and malay culprits who have no rational thinking of the HUman Rights & Equal share margin .
live peace..
Terimakasih kepada semua pandangan :)
Bayu bersyukur, artikel ini mendapat pandang balas yang pro dan kontra..
Blog bayu kena spam ek :)
Emmm hampir GE..
begitulah selalunya..
macam-macam..
tinta sokong bayu... ;)
oopppsss ada yang tak puas hatilah...camtuh balik negara asal lah...huhu..
Sungguh saya tidak faham dengan penulis blog ini. Umpama biawak lidah bercabang.
Sekejap disuruh PAS berdiam diri bila PAS bangkit menyuarakan pendapat. Sekejap dipujinya Hindraf dan dikatakan bagus tindakan mereka itu. Sekejap dipujinya Perdana Menteri.
Macam ni ke pendirian orang mengaji bidang agama? Sepatutnya mempunyai pendirian yang jelas kerana lebih faham bidang agama.
Betullah kata equaliser komen penulis ini macam otak letak di kepala lutut.
salam kehidupan,
kita komen ikut keadaan dan natijah yang bakal berlaku. kekadang kita harus mengangguk tetapi tidak bererti kita perlu menggeleng.
orang malas hanya bersyukur dengan apa yang ada, cukuplah...... hanya itu rezeki aku. tak mahu langsung untuk maju. dibanding dengan yang mundur, sudah tentulah kita mendabik dada.
(apa yang betul perlu disokong walaupun ia dari pihak lawan)
salam. melayu mmg bantak melakukan 'pengorbanan'..
Catat Ulasan