Selamat Datang

Jumaat, 14 Disember 2007

ISA bukan jalan penyelesaian

Kes Hindraf memang terlalu mencabar keselamatan negara. Namun tindakan kerajaan menggunakan ISA sebagai jalan penyelesaian adalah suatu yang sangat keji.
Akta Keselamatan Dalam Negeri itu bukanlah seperti tuntutan Umat. Kita menyedari hindraf amat bahaya. Namun, kesalahan tersebut mesti didakwa dan dibuktikan di mahkamah. Menggunakan akta menahan tanpa bicara sesuatu yang sangat tidak bertamadun dalam perjalanan undang-undang di dalam sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Lebih dari itu, akta tersebut juga tidak langsung mempunyai nilai keadilan dalam lunas perundangan. Selain itu ia menafi hak pesalah membela diri. Islam sangat menentang sikap menghukum manusia tanpa penghakiman. Mana munkin pesalah akan berubah atau bertaubat dengan keinsafan dirinya sendiri melalui hukuman yang tidak berprikemanusiaan seperti itu.
Kita menuntut supaya pimpinan Hindraf yang sudah ditangkap agar dihadapkan di mahkamah dan selongkar setiap kesalahan mereka. londehkanlah fakta-fakta yang mengaitkan mereka dengan pengganas. Dan jika benar dan terbukti mereka bersalah maka hukumlah dengan hukuman yang sepatutnya. Andai mereka pemberontak sekali pun, Islam tidak pernah mengajar supaya menghukum mereka sesuka hati. Perbicaraan merupakan asas utama kepada keadilan. Apa yang amat dibimbangi adalah akta tersebut lebih digunakan untuk menjaga kepentingan pihak pemerintah.. tidak lebih dari itu.
Apa pun salah yang dilakukan oleh rakyat, akta ISA adalah tidak sepatutnya dikenakan. ISA juga harus dimansuhkan dari perundangan negara. Tuntutan rakyat supaya ISA dimansuhkan adalah amat tepat dengan nilai kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Selain itu, kita juga memohon dengan penuh rendah diri agar pihak kerajaan memikirkan dan membuat pertimbangan dengan sifat dan naluri kemanusiaan yang masih ada dalam jiwa mereka supaya dibebaskan semua tahanan ISA. Fikirkan perasaan anak bini tahanan. Fikirkanlah juga betapa tidak sesuainya ISA untuk diterima oleh akal manusia yang waras.
Pertempuran politik tidak harus dicemari dengan senjata sebusuk ISA !!
Kita harus menyokong dan menyertai GMI mengadakan himpunan aman meuntut ISA dimansuhkan sekiranya pendirian kerajaan terhadap ISA masih sama...

7 ulasan:

Pa'chik berkata...

aku buleh paham lagi bila kerajaan nak guna ISA.. itu memang lumrah.. orang yang takut hilang kuasa di saat mereka sedang mabuk kuasa nih.. akan buat apa saja.. tak kira halal haram dah...

tapi bila ada rakyat marhaen yang buleh sokong akta bodoh dan jahat ini... memang tak tercapai di akal lah.. mereka lupa... dengan menyokong.. mereka merestui kerajaan menggunakan akta jahat neh...

entah satu hari nanti.. akta jahat ini buleh jugak dikenakan ke atas mereka atau keluarga mereka atau keduanya...

tintaHati berkata...

sokong kata-kata pa'chik kat atas...depa guna isa sbb takut hilang kuasa gamaknya....cuba kalo depa yang diperlakukan sedemikian rupa...sendiri mau ingat la...

bkn selamanya mereka akan memerintah pun...huhu...

BaYu SenJa berkata...

pa'chik,
tu laa..
depa memang takut hilang kuasa.. selagi ada kuasa, gunakan sungguh2 pertahan kuasa..
apa pun Isa memang kejam dan harus dimansuhkan segera!!!

tinta,
betul tu..
bukan selamanya nak jadi pemerintah.. depa tak tau ka dalam politik shit depa tu, bila2 saja depa boleh dicantas oleh kawan2 depa sendiri..
kalau terus guna akta ni, tak mustahil depa pun mungkin terkena jugak

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

kuasa yang disalah guna buat apa. takut kuasa itu pula makan diri, takke naya.

banggugar berkata...

salam,

ya bantah jugak..

mansuhkan ISA!..

(",)

Achik_Sufi berkata...

walaupun kita membantah apa yg dilakukan hindraf tetapi kita tidak boleh menggunakan akta yang menzalimi mereka...sepatutnya kita memberi ruang keadilan utk mereka dengan membicarakan mereka di mahkamah...

p/s:selamat hari raya aidil adha...

Pa'chik berkata...

kata mahathir.. kalau tak nak ISA.. jangan undi orang yang suka ISA.. ekekek...